Salam
Nay, Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mak Anjing, semua orang tahu.. apa lagi
mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mak Anjing ni.
Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman
Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu
ketika dulu ada bebudak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu
masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat
dilubok tersebut.
Arakian tersebutlah sebuah kisah seorang yang sedang mengail
dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mak
Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak
terojon kedalam lubok tersebut. Nasibnya baik bila tiba tiba penunggu lubok
tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas.
Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan di-jawabnya, 'tidak'. Jin
itu pun tengelam semula kedalam ayor dan bila muncul.. kali ini dipegang
di-tangannya sebilah golok perak dan bertanya kat orang itu kut itu ke golok
dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam
kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila
ditanya oleh Jin tu, orang itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Maka
Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.
Bila
dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang di-alaminya
itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape nye tak di-ambik je golok emas tu.
Udah le hidup nak makan pun susah.. kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi
kaya..,'rungut bininya. Orang tu pun menasihat bininya, "sabor Yong.. kena
jujor". Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mak Anjing dan
terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas tsb. Bila bininya tak
balik balik.. orang tu pun pergi le ke lubok tersebut untuk mencari bininya.
Kain ada di-tepi tebing tapi orangnya tak mandang. Bila dah jenoh mencari.. dia
pun seru le Jin penunggu lubok Mak Anjing itu.. untuk nolong mencari bininya.
Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan yg
bertelanjang boleng dan cuma pakai bulu mata palsunya yang melentik je dan Jin
pun bertanya ke orang itu, 'ini ke bini mika ?' Maka terus je di-jawab dek
orang itu, 'YA YA..'
Cerita
diatas tu.. teman pinda dan ubah suai sikit dari apa yang mika certa semasa
kita jumpa diKGPA sempena launching of Old Clffordian portal. Boleh le mika
masukkan kedalam portal tersebut sebagai sumbangan terulong dan memperlawa
orang orang lama untuk memberi ulasan tentang the moral of the story. Kalau
idak pun boleh le deme tengok gambor Rozita Che Wan yang teman attach bersama
ini
Teman
pun baru dengor nama dia dari mika. Fawzi, masa mika bercerita.. ngeronyin je.
Dia kene kut.. Lepah ni rame le bebudak Old Cliffordian yang duduk dimerata
tempat.. balik keKuale dan pergi mengair diLubok Mak Anjing. Ini le cara nak
promosi pekan Kuale dan untuk tolong peniaga jual golok dan parang di-Lembah..
Semenjak dari tahun 68.. baru ini le kita jumpa.. tapi teman tak akan lupa masa
kita darjah dua dahulu., mika jual guli untuk nak buat gundu.. sebijik mika
punya, teman kena bagi mika sepuloh biji. Kesudahnya guli yang teman tukar
dengan mika tu pecah.. haru betoi le. Budak kelas teman yang expert pase
artist artist ni ialah Dato Zainal Nazri yang kahwin memole dengan Lidyawati..
lepah tu dengan Suliza Salam. Lan Bintang, adik Hamdan Bintang (68) budak kelas
5A2, bila teman bagi tahu yang Zainal Nazri buat tak kene dengan kenkawan
sekelas berkata, 'ngkome sape.. nak kawan dengan dia.. aku sendiri.. kawan baik
dia masa dikampung dulu pun.. sekarang bila jumpa.. dia buat tak pandang.. masa
balik raya diPadang Rengas'. Marah benor Lan kat dia.
Pada awal 80'an, masa teman keroje dengan Bas MARA Ekspres dulu,
dua tiga orang bebudak kerani teman mintak kebenaran nak keluor pejabat dan
bila deme balik.. dua tiga orang lagi pulak nak mintak juga kebenaran yang
sama. 'Engkau orang apahal macam kambing biri biri.. sekor melompat, yang lain
pun nak melompat juga'. 'Encik Zainal tak tahu ke.. sekarang diPejabat Tanah WP
orang ramai pergi sebab ada pembukaan tanah.. rame orang pegi nak mintak'. 'Ya
ke..' Lepah tu teman pun melompat juga le jadi kambing bebiri. Memang betul..
bila teman sampe, ada photostat borang dan pelan juru teris.. lot lot tanah
untuk dipilih, siap diletak di-kaunter dan bayaran pendaftaran 15 ringgit untuk
setiap permohonan. Kawasan tanahnya ialah diChubadak, Hot Spring Setapak, Datuk
Keramat dll. Dalam pada itu, teman perati didalam pejabat tu ada kelibat
sesaorang yang teman perasan macam kene. Bila balik kepejabat, teman tanya
budak kerani yang lakinya bekeroje dipejabat tanah itu. 'Kamu tanya laki kamu..
ada tak kawan dia sesama pejabat yang nama Zainal Nazri?'. 'Oo itu kawan
husband saya.. dia SO Pejabat tanah WP'. Teman pun mintak contact number dan
call le siZainal. Pendek cerita dia ajak teman kerumah dia diSelayang yang
kebetulan dekat dengan rumah yang teman sewa. Zainal Nazri sewa dibelakang
rumah tuan punya rumah tersebut.. duduk dengan anak bininya, seorang kakitangan
kerajaan juga. 'Mana ada tanah diWilayah ni.. semua permohonan kena ada
kelulusan Exco bukan aci boleh mintak je..' Zainal bagi tahu ke teman dan dia
pun bercerita le panjang lebor hal tanah ni. ‘Aku hari hari ikat tiga empat
bandut borang permohnan dan lepah itu aku campak kedalam setor.. kita dah bagi
tahu kat orang ramai.. tak ada tanah tapi deme nak mintak juga.. apa nak
dibuatkan'. Sembang sembang lagi dengan dia.. engkuhnya dia dulu memole keroje
diPejabat Tanah Telok Anson.. ada kes, pindah keManjung.. lepah tu datang KL.
Sorang
lagi budak kelas kita yang jadi SO Pejabat Tanah iaitu diSlim River ialah Raja
Nahar. Tapi dia tak le pande macam Zainal Nazri. Cerita orang keroje dengan
pejabat tanah yang jadi kaya raya masa dulu.. biasa le. Tambah lagi kalau diWP
dan Selangor. Ada cerita kaki tangan biasa yang dijumpai duit berjuta dalam
booth kereta dia pun ada. Raja Nahar dan budak kelas 5A2 iaitu Al Karib Shah
dan Zul, main takraw wakil sekolah untuk Perak. Raja Nahar dan Zul main sebagai
tekong dan Raja Nahar sebenornya dalam regu teman termasuk Nasa. Keme sebagai
pemain apit tak dipilih utk wakil Perak sebab Nasa lipat sampe rabak net masa
lawan SDAR. Itu le hebat tak hebatnye Nasa bdak Grik yang sekarang ACP dalam
FRU. Zul macam aruah Sabri (masa kecil ku diKg Karai), pande main gitar dan
Chegu Rahim (Dato yang jadi Principal sekolah VI) peronah puji dia.. sebab Zul
bayor duit school fees dari titik peloh main kugiran masa perayaan sebulan Hari
Jadi DYMM Sultan Idris dulu. Masa tu Bukit Chandan memang hebat.. macam macam
ada. Getah buku orang orang kampung pun banyak hilang masa tu.
Di-hostel
masa tu ada juga le sorang dua yang ada dan boleh le sikit sikit main gitar.
Zul peronah datang kehostel dan demo intro lagu Tum Bin. Nasa mesti syok dengor
lagu ni. Macam macam perangai bebudak Klipot masa bersekolah dulu. Teman cuma
tulis ngajak menkome mengenang kisah kisah yang lalu je.
0 comments:
Post a comment