Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Mengandungi 159 tajuk kecil yang menghimpunkan kisah dan sejarah ketenteraan iaitu keperwiraan dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa di-zaman insurgensi,

Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Turut mengandungi bingkisan coretan kenangan dan nostalgia serta bimbingan agama dengan dimuatkan ayat ayat al Quranul Karim sebagai renungan dan puluhan selingan lagu lagu, clip video dan website info.

Penyerahan buku dan CD, Inilah Barisan Kita Skot 22 kepada Mejar Jeneral Dato` Nordin Bin Haji Rahok, Ketua Pengarah dan Pengerusi Kor Perkhidmatan DiRaja

Inilah Barisan Kita Skot 22

Inilah Barisan Kita Yang Ikhlas Berjuang

Saturday, 3 October 2020

Misteri Lubok Mak Anjing

Salam Nay, Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mak Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mak Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada bebudak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut. 

Arakian tersebutlah sebuah kisah seorang yang sedang mengail dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mak Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Nasibnya baik bila tiba tiba penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan di-jawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula kedalam ayor dan bila muncul.. kali ini dipegang di-tangannya sebilah golok perak dan bertanya kat orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, orang itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Maka Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu. 

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang di-alaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape nye tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup nak makan pun susah.. kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,'rungut bininya. Orang tu pun menasihat bininya, "sabor Yong.. kena jujor". Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mak Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas tsb. Bila bininya tak balik balik.. orang tu pun pergi le ke lubok tersebut untuk mencari bininya. Kain ada di-tepi tebing tapi orangnya tak mandang. Bila dah jenoh mencari.. dia pun seru le Jin penunggu lubok Mak Anjing itu.. untuk nolong mencari bininya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan yg bertelanjang boleng dan cuma pakai bulu mata palsunya yang melentik je dan Jin pun bertanya ke orang itu, 'ini ke bini mika ?' Maka terus je di-jawab dek orang itu, 'YA YA..'

Cerita diatas tu.. teman pinda dan ubah suai sikit dari apa yang mika certa semasa kita jumpa diKGPA sempena launching of Old Clffordian portal. Boleh le mika masukkan kedalam portal tersebut sebagai sumbangan terulong dan memperlawa orang orang lama untuk memberi ulasan tentang the moral of the story. Kalau idak pun boleh le deme tengok gambor Rozita Che Wan yang teman attach bersama ini

Teman pun baru dengor nama dia dari mika. Fawzi, masa mika bercerita.. ngeronyin je. Dia kene kut.. Lepah ni rame le bebudak Old Cliffordian yang duduk dimerata tempat.. balik keKuale dan pergi mengair diLubok Mak Anjing. Ini le cara nak promosi pekan Kuale dan untuk tolong peniaga jual golok dan parang di-Lembah.. Semenjak dari tahun 68.. baru ini le kita jumpa.. tapi teman tak akan lupa masa kita darjah dua dahulu., mika jual guli untuk nak buat gundu.. sebijik mika punya, teman kena bagi mika sepuloh biji. Kesudahnya guli yang teman tukar dengan mika tu pecah.. haru betoi le. Budak kelas teman yang expert pase artist artist ni ialah Dato Zainal Nazri yang kahwin memole dengan Lidyawati.. lepah tu dengan Suliza Salam. Lan Bintang, adik Hamdan Bintang (68) budak kelas 5A2, bila teman bagi tahu yang Zainal Nazri buat tak kene dengan kenkawan sekelas berkata, 'ngkome sape.. nak kawan dengan dia.. aku sendiri.. kawan baik dia masa dikampung dulu pun.. sekarang bila jumpa.. dia buat tak pandang.. masa balik raya diPadang Rengas'. Marah benor Lan kat dia. 

Pada awal 80'an, masa teman keroje dengan Bas MARA Ekspres dulu, dua tiga orang bebudak kerani teman mintak kebenaran nak keluor pejabat dan bila deme balik.. dua tiga orang lagi pulak nak mintak juga kebenaran yang sama. 'Engkau orang apahal macam kambing biri biri.. sekor melompat, yang lain pun nak melompat juga'. 'Encik Zainal tak tahu ke.. sekarang diPejabat Tanah WP orang ramai pergi sebab ada pembukaan tanah.. rame orang pegi nak mintak'. 'Ya ke..' Lepah tu teman pun melompat juga le jadi kambing bebiri. Memang betul.. bila teman sampe, ada photostat borang dan pelan juru teris.. lot lot tanah untuk dipilih, siap diletak di-kaunter dan bayaran pendaftaran 15 ringgit untuk setiap permohonan. Kawasan tanahnya ialah diChubadak, Hot Spring Setapak, Datuk Keramat dll. Dalam pada itu, teman perati didalam pejabat tu ada kelibat sesaorang yang teman perasan macam kene. Bila balik kepejabat, teman tanya budak kerani yang lakinya bekeroje dipejabat tanah itu. 'Kamu tanya laki kamu.. ada tak kawan dia sesama pejabat yang nama Zainal Nazri?'. 'Oo itu kawan husband saya.. dia SO Pejabat tanah WP'. Teman pun mintak contact number dan call le siZainal. Pendek cerita dia ajak teman kerumah dia diSelayang yang kebetulan dekat dengan rumah yang teman sewa. Zainal Nazri sewa dibelakang rumah tuan punya rumah tersebut.. duduk dengan anak bininya, seorang kakitangan kerajaan juga. 'Mana ada tanah diWilayah ni.. semua permohonan kena ada kelulusan Exco bukan aci boleh mintak je..' Zainal bagi tahu ke teman dan dia pun bercerita le panjang lebor hal tanah ni. ‘Aku hari hari ikat tiga empat bandut borang permohnan dan lepah itu aku campak kedalam setor.. kita dah bagi tahu kat orang ramai.. tak ada tanah tapi deme nak mintak juga.. apa nak dibuatkan'. Sembang sembang lagi dengan dia.. engkuhnya dia dulu memole keroje diPejabat Tanah Telok Anson.. ada kes, pindah keManjung.. lepah tu datang KL.

Sorang lagi budak kelas kita yang jadi SO Pejabat Tanah iaitu diSlim River ialah Raja Nahar. Tapi dia tak le pande macam Zainal Nazri. Cerita orang keroje dengan pejabat tanah yang jadi kaya raya masa dulu.. biasa le. Tambah lagi kalau diWP dan Selangor. Ada cerita kaki tangan biasa yang dijumpai duit berjuta dalam booth kereta dia pun ada. Raja Nahar dan budak kelas 5A2 iaitu Al Karib Shah dan Zul, main takraw wakil sekolah untuk Perak. Raja Nahar dan Zul main sebagai tekong dan Raja Nahar sebenornya dalam regu teman termasuk Nasa. Keme sebagai pemain apit tak dipilih utk wakil Perak sebab Nasa lipat sampe rabak net masa lawan SDAR. Itu le hebat tak hebatnye Nasa bdak Grik yang sekarang ACP dalam FRU. Zul macam aruah Sabri (masa kecil ku diKg Karai), pande main gitar dan Chegu Rahim (Dato yang jadi Principal sekolah VI) peronah puji dia.. sebab Zul bayor duit school fees dari titik peloh main kugiran masa perayaan sebulan Hari Jadi DYMM Sultan Idris dulu. Masa tu Bukit Chandan memang hebat.. macam macam ada. Getah buku orang orang kampung pun banyak hilang masa tu.

Di-hostel masa tu ada juga le sorang dua yang ada dan boleh le sikit sikit main gitar. Zul peronah datang kehostel dan demo intro lagu Tum Bin. Nasa mesti syok dengor lagu ni. Macam macam perangai bebudak Klipot masa bersekolah dulu. Teman cuma tulis ngajak menkome mengenang kisah kisah yang lalu je.


Mej (B) Anuar Kamaruddin Arty, Raja Zainal (Nay), Raja Fihir (MCKK)


RCW


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites