Drama Melayu – Bulan
Dear Skot,
Pernah dengar info mengenai bulan yang terbelah sebagai tanda mukjizat Rasullullah SAW? Rasul rasul terdahulu juga banyak menunjukkan mukjizat kapada umat umat mereka. Ada yang hingga boleh menghidupkan orang yang sudah mati namun tetap juga manusia masih tidak mahu beriman dan kufur dengan tanda tanda kekuasaan Allah.
Selain ada surah al Qamar atau bulan, terdapat 27 perkataan berkaitan bulan didalam al Qur'an. Kalau tak percaya baca dan kira sendiri. Science telah membuktikan bahawa pasang surutnya ayer laut has all got to do with the moon. See attachment - moon. Dalam pada itu banyak lagi perkara perkara mistri yang terdapat pada bulan yang mempengaruhi manusia. Tahu berapa banyak lagu P. Ramlee yang menyebut bulan..? 'Bulan dan juga Angin, Engkau laksana Bulan, Malam Bulan dipagar Bintang and guess nama lagu ini yang ada senikata: 'Ku harapkan, kuntum mu teratai.., hai.. tiada bederai..oh oh oh oh.., senantiasa kembang ala sayang, oh oh oh oh.. dibulan teraaang..' Tahu ke..?
Orang yang jiwa-jiwa, kesuburan perempuan, kalau kena gigit binatang yang berbisa; tengok keadaan bulan pada masa itu. Teruk dan sakitnya mungkin bertambah kalau silap silap bulan. Orang yang bercinta tentunya inginkan bulan terang tapi orang yang RTM, tunggu bayaran pencen, memang sentiasa menunggu bulan gelap yaini hujung bulan. Masaalah dengan Ah Long pun kena tengok bulan jugak. Namun disebalik perkara ini, sukacita saya turunkan drama berikut for your reading pleasure. Ceritanya mengenai bulan dan drama ala twilight zone.
Cerita disekitar tahun enam puluhan berkisar disebuah kampung nelayan dimuara sungai dan penduduk penduduknya kebanyakan ialah nelayan pantai yang mencari ikan dengan memukat, jala, belat, bubu dsb. Sebuah warung kopi menjadi tumpuan pemuda pemuda disitu dan topik hangat sembang sembang mereka bukan pasal RMK 9, kenaikan harga minyak atau isu ekonomi atau politik semasa tapi pasal seorang janda muda. Biasalah macam cerita drama drama melayu yang lain.Karektor utama dalam drama ini ialah Ali, lakunan Salleh Kamil a typical crook filem melayu dengan sikapnya yang pemalas dan panas baran juga seorang kaki judi. Isteri beliau, Joyah dan namanya sahaja sudah cukup untuk kita bayangkan wataknya i.e mulut becuk, cemburu dsb. Ali dan isterinya Joyah ini hidup ala kadar dengan kerja kampung dan hasil laut dan kerana sikap Ali yang tidak mahu bersungguh sungguh didalam apa jua yang di-usahakannya, ditambah pula dengan selalu menghabiskan duit dimeja judi, membuat Joyah selalu berleter dan membebel dan mereka tidak sunyi dengan bertengkar yang kadangkala berakhir dengan pelempang dan sepak terajang.Kamarudin atau dipanggil K sahaja ialah seorang pemuda anak dagang yang disebut sebut mempunyai hubungan intim dengan seorang janda muda yang kebetulan bernama Siti Nurhaliza, baru sahaja pulang dari laut dan singgah sebentar diwarung kopi. Sambil minum beliau meluahkan rasa dukacitanya yang mana dia berkata bahawa pukat, bubu dan rawainya telah dicerobuhi dan ikan ikannya mungkin telah dicuri orang. Cerita beliau ini telah disambut oleh beberapa orang yang lain yang mengalami keadaan yang sama dan perkara sebegini telah menggangu keamanan kampung itu dan mereka tidak dapat mengesyaki siapa yang empunya durjana.
Selang beberapa ketika, pada suatu malam bulan terang, semasa itu ayer surut hampir pasang, sedang Ali mendayung sampan koleknya dan memeriksa bubu dan jaring disitu tiba tiba beliau dikejutkan oleh suara Kamarudin dengan berkata: 'Ali., aku nak pergi dibalik sana, kejap lagi ayer pasang.. boleh tak engkau ambil aku dengan sampan. Aku nak pasang umpan tajor aku sementara ayer surut ni. 'Pertanyaan itu terus dijawab secara reluctant oleh Ali, 'Baik lah..' Ada perkara yang bermain didalam kepala Ali ketika itu. Beliau sebenarnya berada dikawasan orang lain dan adakah mungkin Kamarudin menyedari bahawa beliau sedang memeriksa dan mencuri tangkapan orang. Sekiranya perkara ini diketahui, tentunya rahsia Ali selama ini akan terbongkar dan beliau akan mendapat malu besar. Maka dengan prasangka yang mendadak, syaitan pun memainkan peranannya. Ali mendayung sampannya ka arah Kamarudin dan apabila Kamarudin melompat naik dan duduk sahaja., Ali menghayunkan goloknya ka tengkok Kamarudin dan beliau rebah didalam sampan itu. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil melihat pada bulan purnama itu, Kamarudin berkata : 'Tiadalah yang menjadi saksi atas perbuatan zalim kamu ini Ali.. melainkan bulan itu sahaja!!' Ali kemudian menarik mayat Kamarudin ketepi tebing dan menanamnya dekat perdu mengkuang dipersisiran ayer.Kampung yang sebelumnya aman damai itu telah dikejutkan dengan kehilangan seorang pemuda dan diwarung kopi terdapat cerita cerita andaian mengenai kehilangan Kamarudin. Ada yang mengatakan mungkin dia terjatuh dan lemas dan dihanyut ayer, ada yang berkata mungkin telah dibaham buaya dan tak kurang juga mengatakan beliau telah membawak diri kerana cintanya mungkin telah ditolak oleh Siti, janda muda dikampung itu.Pada malam bulan terang berikutnya, sedang Ali duduk di-anjung rumah atap nipahnya, sambil menggulung rokok daun nipah, radio grundig kepunyaannya mengalun lagu..: "Diwaktu malam.. bulan purnama, angin laut.. meniup niup tenang..' Sedang dia mengelamun melihat bulan dan tersenyum seorang diri tiba tiba suara Joyah isterinya memecah syahdu malam itu, 'Apa lah yang tersenyum tu.., itu tak lain mesti tengah berangan pasal janda Siti tu!!'. Joyah membuat andaian terhadap Ali dan mula berleter perkara lain yang bersangkutan dengan perangai suaminya. Ali lantas menyuruh Joyah untuk diam dan supaya jauh dari situ dan untuk mematikan keadaan tersebut beliau berkata, 'Engkau jangan nak cari pasal dengan aku.. engkau tahu Kamarudin yang hilang tu.. hah.. akulah yang melenyapkan dia dan mayatnya pun aku tanam dekat pokok mengkuang sana. Jadi kamu jangan nak buat bising bising disini.., karang nahas nanti..’ Mendengar itu Joyah sentap lalu menarik muka masam dan terus masuk kedalam, tidak mahu mencari pasal.
Pada ketika itu, Joyah langsung tidak mahu percaya dan tidak hendak menyangka sama sekali yang suaminya benar benar berani melakukan pembunuhan keatas Kamarudin dan mengangap itu hanyalah sikap suaminya yang cepat panas baran dan cuma mengertaknya supaya dia diam dan tidak cemburu terhadap suaminya yang beliau prasangka ada membuat hubungan dengan Siti, janda muda itu. Joyah lebih mempercayai bahawa Kamarudin sudah keluar dari kampung itu kerana gagal bercinta dengan Siti yang sekarang hendak 'tackle' suaminya pula. Begitulah sikap perempuan kalau dah cemburu.
Selang beberapa hari, mereka yang sedang duduk diwarung kopi kampung itu telah terkejut melihat telatah Joyah dengan pakaian yang tidak ter-urus serta rambutnya yang kusut masai berlari dan menangis sambil cuba ditenteramkan oleh Tok Sidang (Ketua Kampung) yang kebetulan lalu disitu. 'Kenapa kamu ni Joyah.., tak habis habis bergaduh.. pergi lah balik,' kata Tok Sidang itu kapadanya. Joyah bingkas menjawab dengan meratap ratap dengan berkata yang beliau tidak mahu lagi untuk balik kerumahnya kerana Ali telah mengugut hendak membunuhnya bila dia mendapat tahu yang Ali telah mencuri gelang emasnya untuk mengorat Siti.
Semua orang disitu tahu yang kebelakangan ini, Ali selalu menghabiskan masa dan kalah teruk bermain judi dan mungkin wang tersebut hasil dari jualan gelang emas kepunyaan Joyah. 'Tak apa,' sambung Tok Sidang, 'pergilah balik.. tak kan lah Ali berani nak bunuh kamu..biar aku ikut kamu balik sekali dan nasihat Ali'. Joyah tetap bertegas dan meronta ronta. Disini tiba tiba Joyah melatah dan menyebut, 'Ya.. dia nak bunuh saya.. dulu pun dia ada kata dia yang bunuh Kamarudin..!Perkataan itu walau pun diluah sebagai saja untuk menambah dan menyebut keburukan terhadap Ali, namun telah menarik perhatian mereka mereka yang mendengarnya dan siasatan lanjut yang dilakukan mendapati perkara itu benar. Mayat Kamarudin telah dijumpai dan disemadikan. Ali didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Begitulah kuasa misteri bulan yang menjadi saksi terhadap peristiwa itu yang kemudian mendorong kapada terlaksananya keadilan. Pelajaran lain yang dapat kita ambil ikhtibar ialah supaya mengelak dari perbuatan prasangka. Sila lihat ayat Qur'an surah al Hujurat ayat 12 as attached.
What are Lunar Tides?Tides are created because the Earth and the moon are attracted to each other, just like magnets are attracted to each other. The moon tries to pull at anything on the Earth to bring it closer. But, the Earth is able to hold onto everything except the water. Since the water is always moving, the Earth cannot hold onto it, and the moon is able to pull at it. Each day, there are two high tides and two low tides. The ocean is constantly moving from high tide to low tide, and then back to high tide. There is about 12 hours and 25 minutes between the two high tides.


From: Zainal AbidinTo: Undisclosed recipients
Date: Saturday, 20 August, 2011, 6:35 PM
Subject: Warkah dari Tanah Suci – Bulan Mengelilingi Kaabah
|
|