Monday, 20 July, 2009 08:32
Buah Binjai di Kampung Tabuh Naning
Kalau kita 'wan lughu wan legho'
diJalan TAR, ada sebuah restaurant Zam
Zam yang menjual among others, murtabak. Mungkin mengambil sempena nama
restaurant diSingapore yang masa dulu terkenal dengan murtabaknya. Tempat itu
asalnya ialah kedai kasut terkenal Chotirmal yang ada brute shoes untuk pegawai
askar, selain jenama high end dari Eropah. Restaurant Zam Zam yang terkenal dekat Masjid di Arab Street in
Singapore itu berdepan Islamic restaurant dan berhampiran restaurant Zam Zam
itu, ada restaurant Briyani House specialised in Middle East cuisine but being
really expert dalam hal makan ni the best Briyani Gam in Singapore is at
restaurant Abak berdepan dengan restaurant Maimunah just around the corner into
Jalan Pisang towards Victoria Street. Dia orang buka dari pukul 11 pagi.. orang
beratur and by 3 pm.. kedai tu dah tutup. Apa pun my wife masak nasi briyani,
baik yang kambing mandi atau yang tak mandi, lagi best sebab tiap kali teman pergi
Mekah, akan bawak balik segala jenis rempah briyani termasuk rempah untuk buat nasi
Bokhari dan Tandoori.
Kalau setakat nak pergi
Singapore untuk makan murtabak or nasi briyani.. tak payah susah susah bawak
kereta. Dari Plaza City Square JB, naik jejantas dan menapak lebih kurang 10
minit ke Imigresen di CIQ, kemudian turun kebawah dan naik bas kuning CW untuk
ke Bugis Street. Turun di check point Imigresen Singapore dan lari anak macam
buat Sa’i untuk naik bas dari Sykt yang sama untuk meneruskan perjalanan. Bila
sampai di Bugis or Queens Street.. jalan about few hundred metres to simpang
Arab Street and North Bridge Road.. and you will find all the restaurants
mentioned above. Kalau nak pergi shopping diOrchard Road or anywhere.. walk to
the Bugis MRT Station. Orang Singapore kata anak anak dia orang, tak pernah
tengok pokok beras dan nanti kalau cuti National Day, nak bawak keluarga turun
KL jalan jalan.. shopping. Begitulah kehendak Allah, dulu kita berpusu pusu
untuk pergi ke Singapore, paling kurang untuk beli bawak balik buah epal di
Woodland, tapi sekarang, dia orang pulak datang ke sebelah sini untuk membeli
belah barang barang dapur sehinggakan pada suatu masa dulu, minyak masak naik
harga dan habis di JB.
Sebenarnya our journey to JB
bermula dari hari Ahad, 12 hari bulan yang lepas lagi. Semasa bertolak, telah
siap siap pakai baju melayu, sebab nak singgah di Kem Terendak untuk pergi ke
jemputan kenduri kahwin, Dr Mej (B) Hamzah Lazim KPD. Bukan anak dia yang
kahwin.. dia sendiri yang kahwin dan pasangan beliau ialah Mej Norizan KP iaitu
seorang QM di 73 Bn Angkut yang dulunya ialah 1 Kompeni Angkut, bersebelahan
dengan 6 Supply, my last unit before I left the service and that was the first
time since 1978, I have the chance to be there and see my former unit. Sungguh
terharu dan Kem Terendak pula nampaknya sungguh indah dan cantik dengan
berbagai bangunan baru yang tiada semasa teman disana dahulu, termasuklah
Masjid Terendak diluar Kem yang mana telah di-adakan majlis akad nikah
tersebut. Tidaklah mengherankan sekiranya pengantin orang muda untuk melafazkan
akad nikah, dua atau tiga kali but that was the first time in my life which I
lost count berapa kali Dr Mej Hamzah punya shake hand semasa lafaz akad nikah.
At one point I thought I nak
suruh dia buat short and sharp diluar masjid dulu.. bukan pada Hamzah but to
that juru nikah dan tuan Iman Masjid tersebut. Pada penghayatan dan pengamatan teman
serta mengambil kira suasana tersebut, kira 'boleh' lah dan Islam juga tidak
menyuruh untuk memberat beratkan didalam perkara dan hal ibadah. 'La
yukallifullahunafsan illa wus aha laha maakasabat wa’alaiha maaktasabat',
2:286. However alHamdulillah segalanya selesai though Hamzah tried hard to keep
cool all along and how cute selepas itu, when I saw cucu pengantin perempuan
berlari untuk mendapat dan memeluk neneknya. We left immediately to JB selepas
makan jamuan, semeja dengan Mej (B) Shukri KP and his family semasa reception
di unit 73 Bn Angkut tersebut. Anak perempuan beliau, Suhailah ialah seorang lecturer
dalam bidang aero angkasa atau aviation. Coretan mengenai Hamzah dan Melaka ada
didalam subject Asam Pedas Daging Tetel.
Di JB, tak kurang hebat juga
ada tempat tempat makan dan every time semasa disana, saya akan makan sup yang
beraneka seperti lidah, tulang, urat, pipi, perut dsb iaitu pada sebelah malam
di jalan Meldrum. Kalau di Singapura ada restaurant Zam Zam, di Jalan Petri di
JB pula ada Restoren ZZ yang mana banyak kereta plate Singapore berhenti untuk
makan mee rebus tulang disitu. Sekarang ni kalau balik ke KL, kita orang tak
singgah di Ayer Hitam untuk beli buah buahan tetapi masuk exit Simpang Ampat
just selepas R&R Ayer Keroh. Pergi just few KM selepas Balai Polis menghala
ke resort A Farmosa, yang juga ramai pelancung Singapura berkunjung kesitu dan
akan jumpalah warung di sebelah Taman Seri Naning. Disitu you can have both
world, iaitu gulai asam pedas Melaka ada.. dan gulai lomak cili api Negori pun
ado. Bila nak balik nanti, bolehlah singgah digerai gerai buah buahan di
sepanjang jalan Kampung Tabuh Naning dan selain cencaluk, belacan Melaka, lemang
pun ada. Sekarang ni musim buah cempedak dan buah binjai. 'Ambik lah dua tiga
kilo Pak Cik, untuk bawak balik ke KL.. bagi kat jiran jiran'. Teman kemudian
jawab pada budak yang menjual itu, 'Orang KL mana reti, apa nak buat dengan
buah binjai ni..
Menyatakan secara terus terang
dan tidak pandai untuk menyusun kata namun kapada Skot yang di hormati, tulisan
diatas berkemungkinan menamatkan siri, Jalan Jalan Cari Makan dan Kawan dari
saya as I have been in so many places (the song dedicated to my wife), from
Perlis to Johor Bharu hingga ke Singapore and disebelah Pantai Timur pula dari
Kelantan, Terengganu dan Pahang dan juga Kuching, Sarawak. Terima kasih diatas
kesudian kawan kawan untuk bertemu dengan saya didalam pengembaraan mencari dan
berjumpa Skot dan sahabat. InsyaAllah sekiranya umur panjang dan dilapangkan
masa, dapat kita bertemu lagi. Among other things the journey teaches me one
thing.. that tempat dan orang berubah dan banyak telah menginsafkan diri saya
didalam perjalanan yang dikatakan kehidupan ini..
Link kepada lagu sayang mengapa
dirindu itu ialah lagu semasa teman dan isteri masih bersekolah diJB. Saja
teman selitkan untuk di tujukkan khas kapada pengantin baru untuk melupakan
barang yang lepas dan meneruskan penghidupan baru dan tempat tempat juga sudah
banyak berubah dan lebih dari itu, dukacita bahawa ada Skot yang tidak seperti
dahulu lagi.. dan tiada apa yang hendak diharapkan dari mereka dan dilupakan
sahaja. Apa pun persoalannya, teman juga mempunyai arah tuju teman sendiri dan
berdoa agar kita sama sama mendapat kepimpinan dan petunjuk serta hidayah dari
Allah SWT untuk meneruskan sisa sisa kehidupan ini.
Murtabak di restoran Zam Zam
Pengantin Baru Dr Mej (B) Hamzah KPD dan Mej QM Norizan KPD
Pengantin dengan Mej (B) Shukri KPD dan keluarga
Dr Mej Hamzah KPD bersama bekas kumpulan D'Semenggos semasa
kenduri kahwin anaknya di CSD, KL. Dalam klip video tersebut ada gambar Mej Omar KPD
(B) dan Lt Kol Dato' Che Dan KPD (B)
Gerai buah buahan Ayer Hitam
Wan lughu wan legho
0 comments:
Post a comment