Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Mengandungi 159 tajuk kecil yang menghimpunkan kisah dan sejarah ketenteraan iaitu keperwiraan dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa di-zaman insurgensi,

Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Turut mengandungi bingkisan coretan kenangan dan nostalgia serta bimbingan agama dengan dimuatkan ayat ayat al Quranul Karim sebagai renungan dan puluhan selingan lagu lagu, clip video dan website info.

Penyerahan buku dan CD, Inilah Barisan Kita Skot 22 kepada Mejar Jeneral Dato` Nordin Bin Haji Rahok, Ketua Pengarah dan Pengerusi Kor Perkhidmatan DiRaja

Inilah Barisan Kita Skot 22

Inilah Barisan Kita Yang Ikhlas Berjuang

Friday, 28 November 2014

Kayuh lah weh la molek molek

Gulai tempoyak bahagian kepala ikan patin. Itu ikan patin sangkar yg berharga sekitar RM8 ke RM12. Ada sebuah restoren yg menjual, sebelah sahaja kepala ikan patin dengan harga RM30. Itu mungkin jenis patin buah atau patin muncong. Patin buah selalunya berharga RM70 ke RM100 atau lebih sekilo tetapi ikan patin muncong boleh mencecah lebih RM300 sekilo. Kalu hendak, boleh ikut teman pergi ngair.

Wednesday, 24 March, 2010
From: "Zainal Abidin" zainalana@yahoo.com

Salam Skot dan sahabat..

'Derah lah weh, kita ni mudek bukannye ngilir..
Kayuh lah weh lah molek molek.
Bukannye ngilir.. kita ni mudek.
Jangan lama, orang weh nunggu.
Kawan ni weh.. nak dapat menantu'.

Diatas ialah lagu orang Pahang (Semantan) yang hendak naik sampan ke hulu sungai, membawa segala hantaran untuk pergi meminang. Bukan apa Skot, bila duduk sesorang tak buat apa.. teringat nak makan gulai tempoyak ikan jelawat.. jadi semalam kawan pun gi lah ke Kuala Lipis. Bertolak dalam pukul 10 pagi dan sampai balik waktu Asar. Dipekan Kuala Lipis ada seorang bekas tentera iaitu Penolong Pegawai Lapang Sasar dari Armor yang dipanggil Bakar Black, berniaga gerai nasi bersama isteri beliau. Setiap kali kawan terasa nak makan ikan patin atau jelawat.. kawan nanti gi lah kegerai dia.. itu kalau diKuala Lipis.

Selain gulai tempoyak ikan patin atau kadang kadang ada ikan jelawat, satu lagi keistimewaan digerai Encik Bakar ialah gulai lemak sayor pucok ubi dengan terung pipit. Terong pipit juga ada dengan sambal ikan bilis dan sambal sambal lain. Oleh kerana dia bekas Recce, kawan tanya Bakar Black kut dia kenal nama nama Skot seperti Kamaludin atau Ismail Panhard. Dia kata tuan Kamaludin.. 3 Armor, saya 2 Armor bersama dengan tuan Ismail Butang. Kenapa awak panggil dia Ismail Butang ? ‘Dia kalau masa inspect parade suka check butang’.

Cerita punya cerita. habis lah dua pingan nasi. DiLipis terkenal juga dengan perusahaan yang berasaskan buah kabong. Gula kabong, sira buah kabong (buah kantor) juga dodol gula kabung. Dari Raub, kalau sampai round about Benta, masuk kanan keKg Budu yang ada kubu Mat Kilau, Kg Chat dan Kg Peruang.. semua tempat tempat ini ialah cottage industri dari buah kabong. Selain dari pokok kabong yang banyak tumboh liar dikawasan tersebut, pihak Mardi juga telah menanam 50 hektar pokok kabong. DiKg Peruang, kawan beli buah kabong untuk makan dengan ayer sirap. Semasa balik dan singgah dimasjid Bentong, kawan jumpa dengan Skot Lt Kol Udara (B) Mahyudin. yang juga singgah dalam perjalanan dari Kelantan untuk solat. Dia ni dulu at one time.. pernah cerita hal dia masuk dalam surat khabar but for a different reason. Macam macam Skot kita ni. Sampai dah kita ni weh.. aaa berenti berenti... terlanggor kejamban tu karang. Aa tunjukkan tali tu.. Laah rabunnye betoi.. mana pulak selendang aku tadi..

Z

Subject: Kayuh lah weh la molek molek

From: "mal" mal1331@yahoo.com

Salam Nal, Hok alek mana kedai Bakar Black tu? Dulu teman peronah menghuni kat rest house Kuala Lipis tu tahun 79 masa buat area study utk psyops course. Kami waktu tu selalu makan kat sederet kedai yang di depan rest house tu sebab pada wktu itu disitulah tempat makan orang Melayu yang paling top di pekan Kuala Lipis. Dalam sejarah hidup teman itu lah kali pertama teman merasa gulai tempoyak dan ianya terus melekat sampe le sekarang. Masa kat rumah mertua teman waktu baru-baru kahwin dulu, deme heran tengok teman bantai gulai tempoyak tanpa masaalah, sebab setahu deme kat Kedah mana ada gulai tu. Jadi teman cerita le perihal belajor makan gulai tempoyak kat Kuala Lipis tu. Agaknya ada ke lagi deretan kedai yang jadi tempat kami makan dulu sebab lepah pada tahun tu idak le teman singgah kesana lagi..

Buddy teman waktu tu Dato Fadzrul, sebulan kami disana, banyak le tempat dan kampung yang kami redah untuk keperluan kajian termasuk le Merapoh yang mana waktu tu kena naik keretapi untuk pergi dan balik.Teringat teman waktu tu, hari dah petang dan teman tengah interview responden untuk cukupkan quota teman hari tu, tiba-tiba teman dengor bunyi keretapi sayup-sayup je, hah apa lagi terus salam dan berlari le ke stesen sebab kalau miss yang itu pakai tidor kat mesjid le sebab itu keretapi last ke Kuala Lipis. Banyak juga kisah menarik semasa di Kuala Lipis tu. Insyaalah kalau diizin dan ada rezeki boleh le teman kesana dan mencari tempat-tempat yang mike cerita tu.

Wasallam.
 
 
1013561 PW 1, Bakar Black dengan gulai tempoyak ikan jelawat. Gambar bawah ialah Skot Lt Kol Mahyudin (B) TUDM
 


Subject: Last train from Merapoh
From : zainalana@yahoo.com Sent :
Thursday, 25 Mar, 2010
To: Kamaludin Recce

Salam Din,

Oleh kerana hang cerita pasai kejar nak naik keretapi last dari Merapoh pi Kuala Lipis.. teringat dalam minggu lepaih ada filem Last train from Gun Hill kat Astro, starring Kirk Douglas dan Antony Quinn. Masa tengok wayang tu masa kecik kecik dulu, bukannya paham sangat pun sebab cerita tu banyak berlabun.. cuma last last ada draw pistol. Jadi masa tu duduk dikampung, ramailah yang buat dan main pistol yang guna peluru terong pipit atau juga dikenali terong Belanda. Kalau tak ada terong pipit, buah cherry muda pun jadi.. tapi tak boleh le guna getah untuk tarik kuat sangat sebab nanti tercabut kepala buah cherry tu dari tangkainya.

Dalam cerita perang pulak, masa kita masih kanyiak dulu, Antony Quinn starring dalam filem the guns of Navarone. Orang tua kawan, masa kami duduk di Camp Majidee dulu, beli record dari NAAFI lagu theme the guns of Navarone tu. Orang tua kawan pun memang minat pasai musik dan ramai ramai senior NCO yang duduk diblock 9, Majidee Barrack masa tu, kami sahaja yang ada radio gramm. Peti ais tak ada tapi radio gramm ada. Apa pun ada tiga je rekod 45 rpm iaitu yang ada dua lagu sebelah menyebelah. Selain rekod lagu Guns of Navarone, dua rekod lagi ialah lagu North to Alaska dan Under the Board Walk. Lagu yang ada cerita dalam North to Alaska tu, tidak le sedap sangat.. tapi kerana dah hari hari dengor.. jadi sedap le juga.

Sekali tu 4 RMR buat Family Day dan dia orang pinjam rekod lagu Under the Board Walk.. apalagi, sepuloh kali sekejap le lagu tu dia orang mainkan. Kawan pun, tak padan yang kecik.. sikit punya tarik ke last verse lagu tu. Kalau wayang Tamil, tak sah kalu tak ada keretapi dan selalunya dia orang pulak kalau tengok wayang, bukan sekali.. tapi berulang kali tengok cerita yang sama. Itu le sebab industri perfileman dia orang maju kalau dibandingkan dengan filem filem Melayu.

Lepas dah tengok sekali wayang cerita Tamil dipanggong Rex diKuale, seorang Ane dari Kati Estate berkata yang dia nak pergi tengok cerita tu lagi. Dia kata dalam filem tu ada adegan heroinnya yang cantik tengah nak tangge kain untuk nak turun mandi dalam sungai. Tiba tiba keretapi lalu.. panjang pulak keretapi tu pun. Bila dah lepas, heroin tu dah masok mandi dalam sungei.. terlepas le. Jadi dia nak pergi le tengok wayang tu sekali lagi.. sebab, 'ini kali itu keretapi mungkin lambat sampai..' Itu cerita zaman Low Road ada kedai todi dulu, bukannye geng MIC je pergi situ.. MCA dan UMNO pun rame juga yang minat. One Malaysia.. dulu lagi dah ada..

Z
Bergambar di hadapan radio gram semasa duduk di Block 9, Majidee Camp. Johor Bahru. Bonda Masitah, Nazaruddin, Zainal, Shaharulzaman dan kakak Saedah binti Mohd Zain
Senior NCO Block 9 : Pakcik Sarji, Othman, Mat Norbi, Mohd Zain (my dad) dan Hussain Ahmad (bapa mertua) serta isteri masing-masing
Gulai tempoyak ikan patin Temerloh. Belum siap.. orang dah beratur menunggu.

Rumah rakit di Endau Rompin. Lebih kurang dua jam perjalanan dengan bot with obm, 15 kuda dari Endau

Mancing udang galah dan ikan patin diatas rumah rakit. Dapat..; makan disitu. Sebelah malam tahan taut atau tajor disekeliling rakit sahaja dengan umpan anak seluang atau udang galah. Selalu dapat ikan baung dan ikan tapah yang besar besar.







Thursday, 13 November 2014

al Chuarian – Kiblat

Di kawasan Jabal Deyn tempat cerita arah kiblat di Sana’a, Yaman
 
 
Kata orang puteh.. don't worry ! There's only two things in life, either you are healthy or you are sick. If you are healthy and enjoying life, there's nothing to worry but if you are sick, then there's only two things to worry.. either you recover or you die. If you recover or puleh, you got nothing to worry but if you die.. then you got only two things to worry.. either you go to heaven or you go to hell. If you go to heaven, you got nothing to worry, BUT.. if you go to hell.. You will be very busy talking among your friends.. Seronoknya bersembang sesama orang Kuale ni.. seloro macam mana pun deme tak marah tetapi kenalah ada batasan. Itu kata orang putih.. lantak dia ler. Iaitu joke yang teman dengor semasa gathering Old Cliffordian dari seorang Old Boys bersekolah diClifford, pada zaman semasa baru lepah perang Jepun dulu. Semasa gathering itu, tetamu terhormat ialah YB Musa Klipot yang masa tu ialah Menteri Pelajaran. Keme ye ye le tangkap gambo ramai ramai dan bila teman tanya Fawzi yang masa itu jadi AJK, dia kata.. gambo tak jadi. Haru betoi le..


Kebanyakan ciri ciri penulisan didalam siri Jalan Jalan Cari Makan dan Kawan, mengait kapada perkara perkara ibadah didalam hal keimanan dan taqwa terhadap ilmu keEsaan Allah atau Tauhid, juga perkara tuntutan ibadah yaini menganjur untuk membaca dan memahami al Quran, Puasa, Haji dll serta perkara kerohanian. Cerita mengenai hal perjalanan dan makan, mau pun lagu lagu tersebut, merupakan deception untuk menarik perhatian sebagai cara approach teman, setiap kali untuk membicarakan perkara ibadat mahu pun hal semasa yang mengaitkan dan menjuruskan kepada keimanan dan taqwa. 'Apakah mereka tidak membuat perjalan dimuka bumi, supaya mereka dapat melihat.. al Hajj ayat 46. Seorang dari gulongan sahabat Rasulullah SAW yang baginda suka kerana cepat untuk menangkap ilmu ialah  Muaz Bin Jabal r.a. Oleh kerana kecerdasan didalam keilmuan, baginda Rasulullah SAW telah mengutus beliau ke negeri Yaman untuk menjadi Kadhi atau Gabenor disana dan sekiranya mika pergi ke Yaman atau Hazarul Maut, mika akan jumpa mesjid yang bernama sempena nama Muaz bin Jabal r.a. Kita ikuti mafhum hadith dari Baginda Rasulullah SAW semasa beliau mengutuskan Muaz ke negeri Yaman itu :

“Ya Muaz, bertakwalah di mana saja kamu berada, dan susulilah perbuatan dosa dengan amalan yang baik, nescaya amalan yang baik itu akan memadamkannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik”. "Wahai Mu`az, demi Allah, aku mencintai engkau". Kemudian baginda melanjutkan: "Aku berpesan kepadamu, wahai Mu`az, jangan sekali-kali tinggalkan berdoa selepas solat dengan doa ini: "Allahumma a`inni `ala dzikrika wa syukrika wa husni `ibadatika". "Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

"Ya Muaz, tahukah kamu apakah hak Allah yang diwajibkan atas hambaNya? Dan apakah hak hamba yang akan diberikan Allah?"
Muaz menjawab, "Allah dan rasulNya yang lebih mengetahuinya,"
Maka Rasulullah segera bersabda,"Hak Allah yang diwajibkan atas sekelian hamba ialah menyembahNya dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu dan hak hamba akan diberikan Allah iaitu tidak akan menyiksa orang yang tidak menyengutukanNya."



Sila ikuti article berikut pula : Satellites prove the truth and precision of the words of Prophet Mohammed (saw)

 
No human on earth can draw a straight line on the surface of the earth between two far cities except with the aid of detailed maps, made possible today due to airplanes, satellites, and knowledge of altitude, longitude, and land height. However, there was a person who had done this 1400 years ago. This person is Prophet Mohammed (SAW).
 
Until there came the help of Allah (SWT) and victory, and people were entering Allah's religion (The way of Islam) in crowds. From then on, Islam was spreading and the people of Yemen become Muslims. Then, Prophet Mohammed (saw) started to send the teachers to these people to teach them Islam. He (saw) sent Imam Ali ibn Abu Talib to Hamdan, Muath ibn Jabel to Janad. One of them Wabr ibn Yuhanas Al-Khozaee (May Allah be pleased with Him) whom Prophet Mohammed (SAW) sent to Sana'a, in Yemen. Wabr ibn Yuhanas al-Khozaee r.a was a companion who Prophet Mohammed (saw) sent as a protector over (Sana'a, in Yemen). He was ordered to teach people of Sana'a and to build them a Mosque by features Prophet Mohammed (SAW) had defined to him. Al-Tabarani narrates in the Al-Mu'jam Al-Aswat saying: Wabr ibn Yuhanas Al-Khozaee r.a relates that Prophet Mohammed (SAW) said to me, "If you build the Mosque of Sana'a, make it to the right of Jabal (Deyn Mountain)."
 
Prophet Mohammed (saw),1400 years age, ordered to build the mosque Sana'a facing Jabal Deyn (Deyn Mountain). If we use Google Earth today and draw a straight line from the mosque Sana'a to the Qibla (direction of prayer) which is in Makkah, it will pass through the peak of Jabal Deyn (Deyn Mountain) and will end at the center of Holy Kaabah. I swear by the star when it goes down. Your companion does not err, nor does he go astray; Nor does he speak out of desire. It is naught but revelation that is revealed. Glorious Qur'an (53:1-4) How could someone 1400 years ago have shown the exact direction for Holy Ka'abah from a far away city without using the modern aids needed for such a process?
 
SubhanAllah (Glory be to Allah)! Of course this is a miracle! We will soon show them Our signs in the universe and in their own souls, until it will become quite clear to them that it is the truth. Is it not sufficient as regards your Lord that He is a witness over all things? Glorious Qur'an (41:53) Wallahu’alam, astaghfirullahal azim liwalakum dan kesejahteraanlah terhadap kamu dengan Rahmat Allah serta KeberkatanNya,
 
Z
Di dalam Masjid al Jami al Kabir


 
Salah satu batu tanda mengenai cerita arah kiblat dalam Masjid al Jami al Kabir, Sana’a Yaman
Di pasar Babul Yaman 
 
 
 
Persembahan kebudayaan orang Yaman
 


Inilah keadaannya street di Sana'a

 
Yaman ada musim sejuk. Kot dijual dgn murah ditepi jalan, diBabul Yaman 
 

 
Didalam Masjid Saleh sempena nama President Yaman, selepas menunaikan solat jumaat. Besar tapi jemaah tak sampai pun 10 saf. Mungkin sebab baru dibuka semasa itu.
 
 
 
 
 

 

Wednesday, 12 November 2014

Pokok Beras, Buah Binjai


Monday, 20 July, 2009 08:32

Buah Binjai di Kampung Tabuh Naning
 
 
Kalau kita 'wan lughu wan legho' diJalan TAR,  ada sebuah restaurant Zam Zam yang menjual among others, murtabak. Mungkin mengambil sempena nama restaurant diSingapore yang masa dulu terkenal dengan murtabaknya. Tempat itu asalnya ialah kedai kasut terkenal Chotirmal yang ada brute shoes untuk pegawai askar, selain jenama high end dari Eropah. Restaurant Zam Zam yang terkenal dekat Masjid di Arab Street in Singapore itu berdepan Islamic restaurant dan berhampiran restaurant Zam Zam itu, ada restaurant Briyani House specialised in Middle East cuisine but being really expert dalam hal makan ni the best Briyani Gam in Singapore is at restaurant Abak berdepan dengan restaurant Maimunah just around the corner into Jalan Pisang towards Victoria Street. Dia orang buka dari pukul 11 pagi.. orang beratur and by 3 pm.. kedai tu dah tutup. Apa pun my wife masak nasi briyani, baik yang kambing mandi atau yang tak mandi, lagi best sebab tiap kali teman pergi Mekah, akan bawak balik segala jenis rempah briyani termasuk rempah untuk buat nasi Bokhari dan Tandoori.


Kalau setakat nak pergi Singapore untuk makan murtabak or nasi briyani.. tak payah susah susah bawak kereta. Dari Plaza City Square JB, naik jejantas dan menapak lebih kurang 10 minit ke Imigresen di CIQ, kemudian turun kebawah dan naik bas kuning CW untuk ke Bugis Street. Turun di check point Imigresen Singapore dan lari anak macam buat Sa’i untuk naik bas dari Sykt yang sama untuk meneruskan perjalanan. Bila sampai di Bugis or Queens Street.. jalan about few hundred metres to simpang Arab Street and North Bridge Road.. and you will find all the restaurants mentioned above. Kalau nak pergi shopping diOrchard Road or anywhere.. walk to the Bugis MRT Station. Orang Singapore kata anak anak dia orang, tak pernah tengok pokok beras dan nanti kalau cuti National Day, nak bawak keluarga turun KL jalan jalan.. shopping. Begitulah kehendak Allah, dulu kita berpusu pusu untuk pergi ke Singapore, paling kurang untuk beli bawak balik buah epal di Woodland, tapi sekarang, dia orang pulak datang ke sebelah sini untuk membeli belah barang barang dapur sehinggakan pada suatu masa dulu, minyak masak naik harga dan habis di JB.

 

Sebenarnya our journey to JB bermula dari hari Ahad, 12 hari bulan yang lepas lagi. Semasa bertolak, telah siap siap pakai baju melayu, sebab nak singgah di Kem Terendak untuk pergi ke jemputan kenduri kahwin, Dr Mej (B) Hamzah Lazim KPD. Bukan anak dia yang kahwin.. dia sendiri yang kahwin dan pasangan beliau ialah Mej Norizan KP iaitu seorang QM di 73 Bn Angkut yang dulunya ialah 1 Kompeni Angkut, bersebelahan dengan 6 Supply, my last unit before I left the service and that was the first time since 1978, I have the chance to be there and see my former unit. Sungguh terharu dan Kem Terendak pula nampaknya sungguh indah dan cantik dengan berbagai bangunan baru yang tiada semasa teman disana dahulu, termasuklah Masjid Terendak diluar Kem yang mana telah di-adakan majlis akad nikah tersebut. Tidaklah mengherankan sekiranya pengantin orang muda untuk melafazkan akad nikah, dua atau tiga kali but that was the first time in my life which I lost count berapa kali Dr Mej Hamzah punya shake hand semasa lafaz akad nikah.

 

At one point I thought I nak suruh dia buat short and sharp diluar masjid dulu.. bukan pada Hamzah but to that juru nikah dan tuan Iman Masjid tersebut. Pada penghayatan dan pengamatan teman serta mengambil kira suasana tersebut, kira 'boleh' lah dan Islam juga tidak menyuruh untuk memberat beratkan didalam perkara dan hal ibadah. 'La yukallifullahunafsan illa wus aha laha maakasabat wa’alaiha maaktasabat', 2:286. However alHamdulillah segalanya selesai though Hamzah tried hard to keep cool all along and how cute selepas itu, when I saw cucu pengantin perempuan berlari untuk mendapat dan memeluk neneknya. We left immediately to JB selepas makan jamuan, semeja dengan Mej (B) Shukri KP and his family semasa reception di unit 73 Bn Angkut tersebut. Anak perempuan beliau, Suhailah ialah seorang lecturer dalam bidang aero angkasa atau aviation. Coretan mengenai Hamzah dan Melaka ada didalam subject  Asam Pedas Daging Tetel.

 

Di JB, tak kurang hebat juga ada tempat tempat makan dan every time semasa disana, saya akan makan sup yang beraneka seperti lidah, tulang, urat, pipi, perut dsb iaitu pada sebelah malam di jalan Meldrum. Kalau di Singapura ada restaurant Zam Zam, di Jalan Petri di JB pula ada Restoren ZZ yang mana banyak kereta plate Singapore berhenti untuk makan mee rebus tulang disitu. Sekarang ni kalau balik ke KL, kita orang tak singgah di Ayer Hitam untuk beli buah buahan tetapi masuk exit Simpang Ampat just selepas R&R Ayer Keroh. Pergi just few KM selepas Balai Polis menghala ke resort A Farmosa, yang juga ramai pelancung Singapura berkunjung kesitu dan akan jumpalah warung di sebelah Taman Seri Naning. Disitu you can have both world, iaitu gulai asam pedas Melaka ada.. dan gulai lomak cili api Negori pun ado. Bila nak balik nanti, bolehlah singgah digerai gerai buah buahan di sepanjang jalan Kampung Tabuh Naning dan selain cencaluk, belacan Melaka, lemang pun ada. Sekarang ni musim buah cempedak dan buah binjai. 'Ambik lah dua tiga kilo Pak Cik, untuk bawak balik ke KL.. bagi kat jiran jiran'. Teman kemudian jawab pada budak yang menjual itu, 'Orang KL mana reti, apa nak buat dengan buah binjai ni..

 

Menyatakan secara terus terang dan tidak pandai untuk menyusun kata namun kapada Skot yang di hormati, tulisan diatas berkemungkinan menamatkan siri, Jalan Jalan Cari Makan dan Kawan dari saya as I have been in so many places (the song dedicated to my wife), from Perlis to Johor Bharu hingga ke Singapore and disebelah Pantai Timur pula dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dan juga Kuching, Sarawak. Terima kasih diatas kesudian kawan kawan untuk bertemu dengan saya didalam pengembaraan mencari dan berjumpa Skot dan sahabat. InsyaAllah sekiranya umur panjang dan dilapangkan masa, dapat kita bertemu lagi. Among other things the journey teaches me one thing.. that tempat dan orang berubah dan banyak telah menginsafkan diri saya didalam perjalanan yang dikatakan kehidupan ini..
 
Link kepada lagu sayang mengapa dirindu itu ialah lagu semasa teman dan isteri masih bersekolah diJB. Saja teman selitkan untuk di tujukkan khas kapada pengantin baru untuk melupakan barang yang lepas dan meneruskan penghidupan baru dan tempat tempat juga sudah banyak berubah dan lebih dari itu, dukacita bahawa ada Skot yang tidak seperti dahulu lagi.. dan tiada apa yang hendak diharapkan dari mereka dan dilupakan sahaja. Apa pun persoalannya, teman juga mempunyai arah tuju teman sendiri dan berdoa agar kita sama sama mendapat kepimpinan dan petunjuk serta hidayah dari Allah SWT untuk meneruskan sisa sisa kehidupan ini.
 

Murtabak di restoran Zam Zam
 
Pengantin Baru Dr Mej (B) Hamzah KPD dan Mej QM Norizan KPD

Pengantin dengan Mej (B) Shukri KPD dan keluarga

Dr Mej Hamzah KPD bersama bekas kumpulan D'Semenggos semasa kenduri kahwin anaknya di CSD, KL. Dalam klip video tersebut ada gambar Mej Omar KPD (B) dan Lt Kol Dato' Che Dan KPD (B)


Gerai buah buahan Ayer Hitam

 
Wan lughu wan legho

 


 


 

Tuesday, 11 November 2014

Few Good Men



Sometime ago, I was just passing through and taking short cut from Tanjung Bidara going to Masjid Tanah to attend a wedding invitation. Responding to a Skot’s comment on the appalling state of Terendak Camp against the situation when he was the CO of 3 Div Sig Regt and SO 1 log of 3 Div, prior to his retirement in 1997, and here is my comment : I could understand your frustration on the negative impact and circumstances that took place on places we have been during our service. You may say that since I may have just served a short while as such I won't be able to understand the feeling that surrounds your frustration. Let me just tell you my friend.., I am practically born into the army and I have gone through 'that life' that I am afraid that you and the rest of our Skots may not be able really understand. It is not only involved the heritage in infrastructures but also cultures of what the army has gone through or transformed even during the time when I was in Terendak Camp. Perhaps you probably felt the same in comparing soldiers during your earlier days against their attitude nowadays. I don't mean to brag but let just compare notes and walk that memory lane once again and see where the bonding fell apart.
 
The situation destined to Terendak Camp as you have described has been sensed to prevail even in 1977, during when Gen Jamil was the GOC of 3 Div. In a meeting chaired by him that involved all COs and OCs that include those RGKMs in Sungai Udang, the main agenda was on the well being of the Camp. The GOC felt even at that time, the situation was already appalling for lack of attitudes among officers and soldiers and of course the issue of funding on maintenance. The GOC who experienced living in the Netherlands and with his Anglo-fied accent told us and describes the beautiful tulips of Holland against the lalang and semak samun of Terendak Camp. He also cited seeing at one of the living quarters, furniture.. a table of fine quality wood left by the British, stashed outside a kitchen with a batu penggiling rempah on it. The proposal of the Committee was to collect additional 'stoppages' from soldiers for the funding and this was rudely objected by the CO of the Renjer Regt. "Duduk berbulan dalam hutan.. balik tak sampai beberapa hari.. pergi pulak buat Battalion Retraining.. lepas tu masuk balik dalam hutan. Sudahlah nak kena bayar TKR Rejimen, duit masjid, swimming pool.. masa bila yang my people boleh dapat guna ini semua!!!" Everybody including the GOC was taken aback by this CO's, couldn't careless type of remark and the GOC sternly warned him that his conduct would be reported to Mindef. The GOC also put it to him, what would be his responsibility if he was also in the Commitee? "Serah balik pada Kerajaan''. That was his peduli apa punya remarks. This makes the GOC furious.
 
Few years ago just before Ramadhan I met Dato Ghazali Komando, over breakfast and together we related this incident, as he was the one who stood up to calm down the GOC especially the unbecoming nature of the situation was in the presence of young officers. He was referring to Megat and myself where we were the only 2Lt among Majors and Lt Cols attended the meeting. I have known the Dato not just because he was one of our instructors in RMC but since the formation of Gerak Khas in Majidee Camp in the mid 60's and so was Gen Tan Sri Che Md Noor during their 2Lt days. With the yester years feeling in his mind, he spoke with regret that officers nowadays lacked even basic courtesy. ‘Jawab talipon pun biadap', that's one of his sorrow's remark. Now you must be wondering what is this all about the 60's that I know.
 
Let me tell you more. I was called by the DQ of 1 Brigade to mengadap the Panglima for being absent during Musabaqah alQur'an in Seremban organised by 15 RMR in Kem Paroi. I stood in front of Brig Gen Dato Esa Ahmad along with the 2IC of the Ranger Regiment. The Major was trying to talk his way out and even I knew that it was a lame excuse. When it comes to my turn I told him that I do not have anything to offer but to admit my wrongdoing and promised that I will attend the closing ceremony function that night. My admission probably in a way, tone down the Panglima and he reminded especially the Major to consider likewise what will be his feeling if he organises something and nobody turns up. The Panglima, probably while considering and anticipating what punishment to be meted to us, asked if anyone of us has ever served under him before specifically to mean kenal atau tahu akan 'perangai' dia dan padahnya. When the Major who now feeling hopelessly guilty just shake his head, I told the Gen, 'saya belumlah pernah Dato, tapi masa ayah saya dulu ada lah'. 'Siapa ayah engkau?', I replied giving only the Regimental Number, '3060.., Dato'. The Panglima, who was a bit surprised and with no hesitant... '3060 Mohd Zain.. Encik Mat Zain? Encik Mat Zain ayah ekau? The word hand's on belum orang guna lagi pada masa tu, but that's how it was in those days, the relationship between officers and their soldiers. Anyway, it was a feat even Houdini will be proud of. That night I was standing in line with all the other officers to greet the Panglima Brigade after the closing ceremony. When he saw me, he told the Datin that was walking along with him. 'Inilah dia budaknya. Dulu kecik kecik main longkang...' The Datin was glowing with her smile anxiously asking me about my parent while the rest of the officers look on, amused. Sometime later, I was the only officer among so many ladies in a meeting of wives of officers and NCOs in preparation to organise kueh Raya for soldiers on duty in the border, chaired by the wife of the then and the late Lt Col Hasbullah Komando. One of the points raised was the packaging, where to get plastics and boxes? The Panglima who just happen to walk in and said, 'Apa susah.. kan Tawkey kita ada ni', pointing at me’. Also later on, I stood in front of the Major as he was the DS in the Lt to Capt, Tactic practical exam and you can guess how I faired.
 
The year 1977/78 saw politics drew centre stage in the history of the Army when the PM, Hussein Onn favours and promoted Maj Gen Ghazali Seth also a Johorean against the more illustrious Maj Gen Mahmud Sulaiman for the CGS post. The DEB or NEP also brought down the monopoly of Tan Chong as sole Contractor and brought about Bumiputera entrepreneurs into the business and almost all are directly or indirectly associated with political figures. The restructuring was a mess and there were Contractors that failed to perform. I was in a room with all the KP's COs, Lt Kol Kassim (koboi) Ahmad, Lt Kol Zulkifli Kushairi who later becomes the Orang Besar Jajahan (OBJ) in Parit Buntar, Perak and Lt Kol Osman ‘4 by 4’. Though I was just a subaltern among them however having to address issues together, make me feel recognised and comfortable. 'How can I'm the one to go around and educate them tuan'. I was referring to the bloody Contractors. Lt Kol Kassim added, 'engkau punya post tu bukan Lt Muda punya kerja itu Nal, tapi Lt Kol'. They were all somewhat sympathised with me since the establishment of 6 Supply was a Capt's appointment and I do not even have an AO to assist me let alone talk of pay of higher rank. It was non-existence in MSC or now Kor Perkhidmatan DiRaja. Mind you, I was in charge of two states, Negri Sembilan and Melaka. I don't remember the CO having to meddle with the day to day running of the Supply unit. Later when I finally submitted my request to leave the service about 9 months before my ROD, Lt Kol Kassim, when he interviewed me to endorse my application, remarks: 'Your father can take it for 21 years., Zainal'. I told him that it has got nothing to do with it and he agrees when we talk about it that the army was no more what it was used to be and wished me all the best.

Prior to that I had infact signed to extend my service however requested the adjutant, Salleh retired Lt Gen Dato', mantan DMI to hold it as I wish to withdraw and resign my commission. To my surprise and without the CO calling me for an appraisal Salleh told me that the CO had signed the recommendation and the application is already at MSC Directorate and though I requested him to liaise with the Directorate not to pursue it, few months later it was approved and published dalam PAQ and warta kerajaan! Dulu bukan senang boleh nak berhenti bila bila masa. I was lucky as my sister in law who was a PTD in MINDEF and thru aruah Dato Ali Dollah finally received a message a day before my ROD date that reads, tertakluk kapada kelulusan MAT, lembaga pegawai no 2B telah menerima dan meluluskan permohonan teman untuk menamatkan perkhidmatan and few months after that when I was working in a bus company in Teluk Anson, now Teluk Intan, my former unit 6 Supply in Terendak, sent me a ctc letter that reads, tertakluk kepada perkenan DYMM SPB Yang diPertuan Agong MAT telah meluluskan blah blah blah.. "In my stars, I'm above thee but be not not afraid of greatness, some are born great, some achieve greatness and some have greatness thrust upon 'em.." Shakespeare's twelfth night, 1602.  
 
My beloved father passed away in the mid 80's and one of them who was there for the funeral just before Friday prayer was Ex Brig Gen Dato’ Mansor who was then a Capt and OC of C Coy, 4 RMR where my father was the CSM. My father retired in 1967 and Brig Gen Dato’ Esa Ahmad was the CO. Those days you rarely see children outside their houses or quarters after 9 or 10 pm as there were no activities or even TV. When there's a movie shown in the Sgt Mess, the parents and their children will be smartly dressed and the NCOs wore coat. Those AKC (later on SKC) movies sometime ends long into the midnight and I remember holding my father's hand when I was still a kid, together standing in attention when the Bugler sounded the ' Reveille or the Last Post..'
 
411338 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ZAIN
 
KOR PERKHIDMATAN DI RAJA
 
 

 

Tribute to my father : 3060 Mohd Zain Bin Abdul Samad. Royal Malay Regt.

 


 

 
 
 
Berdiri dikanan dan gambar atas berpangkat L/Kpl duduk di tengah
Gambar atas, Capt Mansor and WO 2 Mohd Zain dan dibawah semasa Mes Night. Dari kiri Ghani dan paling kanan ialah Malik, mantan Provost Mashall dan disebelah beliau ialah Rahman ‘rimau’
  
Officers and Gentlemen of 4 RMR, Majidee Camp JB 1966. CO Lt Col Esa Ahmad and beside him on the right is Mej Mohamad (Mat Uban)
 
Above : The Warrant Officers and wives during their Mess Night at Majidee Camp in the mid sixties and below bersantai and tengok wayang at the Sergeant Mess in the early sixties.
 
 
 
Mejor Jeneral (B) Dato Ghazali bin Ibrahim. Komando
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Wednesday, 5 November 2014

Angin Laut China Selatan

Signboard menghala ke rumah Lt Kol Hj Salleh Anuar

Dato, Skot dan Sahabat yang dihormati sekelian, Assalamualaykum wbrt dan salam sejahtera.., Semasa memandu mendaki dan menurun dengan selesa melalui lebuhraya dikawasan Genting Sempah diKarak Highway untuk menuju kePantai Timor, fikiran dan ingatan saya melayang dan terkenang betapa mencabarnya untuk membawa convoy melalui Bukit Bentong yang penuh berliku dizaman awal tujuh puluhan dahulu. Salah satu dan malahan tugas sebagai convoy commander yang pertama bagi saya ialah untuk membawa anggota dan kelengkapan Skuadron Peninjau yang baru pulang dari Malaysia Timor untuk balik kepengkalan mereka diKuantan. Mungkin juga menyedari yang itu ialah tugasan saya yang pertama sejak baru sahaja ditauliahkan dan belum pun menghadiri kursus JOC untuk pegawai muda KP, Adjutant KP 2 Div, Capt Nazri semasa diMess 2 Div telah memberi arahan dan nasehat yang panjang lebar supaya saya melaksanakan tugas dengan baik bagi menjaga imej Kor Perkhidmatan. Ini kerana semasa itu hanya saya seorang sahaja subaltant diunit 20 Kompeni Angkut yang berpengkalan diSungai Besi semasa itu, sebelum unit pasukan itu berpindah keSungai Petani, Kedah. Begitu prihatin, sikap dan tanggung jawab pegawai pegawai dahulu.
 
Sejak dari pukul tujuh pagi lagi, kira kira dua puluh biji 3 ton telah siap terpacak menunggu kapal Kota Ratu yang masih dilaut untuk berlabuh diPelabuhan Kelang dan hingga kemalam barulah barang barang termasuk kenderaan siap dipunggah dari kapal dan dimuatkan kedalam lori tiga ton dan convoy pun mula bergerak untuk keKuantan diiringi kenderaan Perisai dari Skuadron Peninjau itu sendiri. Mengikuti convoy itu dari belakang, saya tidak akan lupa melihat deretan pemandangan lampu merah tail light dari kenderaan kenderaan didalam convoy tersebut melengkar menaiki jalan bukit Bentong yang gelap gelita merentasi hutan dikelilingi gunung dan jeram rabung yang tinggi. Sekiranya ada sebuah sahaja lori balak yang sesama mendaki jalan Bukit Bentong itu, maka sudah cukup untuk menyekat kelancaran pergerakan convoy dan disinilah convoy commander perlu bertindak dengan bijak untuk memastikan semua kenderaan berjalan lancar. Kira kira tengah malam apabila sampai diKem Mentakap, satu berita sedih telah menyelubungi setiap anggota tentera terutama Rejimen Askar Melayu DiRaja atas kemangkatan baginda Sultan Pahang. Maka apabila sampai diKuantan, tugas saya bertukar dari membawa convoy kepada ceremonial duty dan saya pun berangkat kePekan, Pahang untuk urusan perkebumian almarhum DYMM Sultan Pahang.
 
Semasa mengiringi isteri saya keJerantut Pahang dan Kemaman diTerengganu, kami telah bermalam diKuantan. Sebelum itu oleh kerana jalan menuju keJerantut itu melalui Temerloh, maka saya tidak melepaskan peluang untuk makan gulai tempoyak ikan Patin digerai ditepi sungai yang terkenal diTemerloh itu dan kemudiam membawa bungkus pula untuk makan lagi bersama dengan Lt Kol (B) Che Dan KP dan isteri beliau. Che Dan menjadi Setiausaha Sulit kapada Tengku Mahkota Pahang dan beliau memaklumkan bahawa kontrek beliau telah disambung lagi sehingga tahun 2011 yang mana ketika itu umur beliau akan menjangkau 63 tahun. Esoknya tu saya sekali lagi telah pergi kePekan Pahang.. saja jalan jalan untuk mengimbau kenangan lama dan pada sebelah malamnya telah sembang sembang dan makan malam dengan Dato Suffian. Beliau ialah Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Mengetahui Skot Baharom yang sekarang berada diTerengganu, maka saya pun pergilah untuk berjumpa dengan Mejor Bersara kawan kita ini yang sekarang membuka dan mengusahakan kilang jahit diBukit Payong diTerengganu. Dia berhajat untuk berjumpa dengan Dato Mej Jen Salim Ali, Panglima Ketua Lojistik Tentera Darat, untuk mendapat peluang berniaga buat uniform dengan Mindef. Saya berkata pada Baharom, 'Apa susahnya.. kan dia Skot..' Kalau hendak sesama hendak, gajah berantai lagikan terlepas, kata lirik lagu orang Terengganu.
 
Terkenang semasa dulu, beberapa hari sebelum kita mengangkat sumpah untuk secara rasmi menjalani latihan Pre OCTU diSebatang Karah, bakal pegawai kadet (BPK) semuanya dilayan dengan penuh mesra dan baik untuk menjinakkan mereka dan sebagai orientasi untuk persiapan menjadi anggota tentera didalam Kem Sebatang Karah tersebut. Siapa yang gentar atau tidak yakin masih lagi boleh untuk menarik diri untuk balik kampung. Apabila selesai sahaja acara angkat sumpah yang diterajui oleh Capt Chanchal Singh KP dan pintu pintu bilek panjang yang dijadikan dewan itu dibuka, Skot Skot telah dikejutkan dengan kehadhiran Staff Staff Instructor dengan berpakaian Battalion Orderly Sargent (BOS), siap dengan selepang merah menunggu dengan serious disetiap pintu dan terus lantang dan menengking memberi arahan kepada kadet kadet.. maka bermulalah detik kelang kabut bagi semua Skot Skot dari ketika itu termasuk arahan yang tegas dari PT Instructor. Tak boleh terhegeh hegeh.. seorang punya pasal, habis yang lain akan kena dera. Pendek kata mereka mereka yang masih muda dan masih didalam proses membesar ditambah pula dengan menghentak kaki dengan boot kawat yang berat, mungkin boleh membantutkan tumbesaran kerana kejutan perubahan pada cara hidup mereka.
 
Jadi semasa sebelum kita mengangkat sumpah tersebut, beberapa orang Skot telah duduk dibawah pokok Macang ditempat yang kemudian dimana kepala mereka telah didogolkan. Che Dan bercerita dengan loghat Kedahnya kepada isteri isteri kami, 'kita tunduk kepala.. ingatkan dia guna mesin untuk gunting dari belakang tengkok.. rupa rupanya dia sodok dari depan dahi'. Disitu ada satu tali besar digantung didahan pokok macang tersebut dan Skot Skot pun mulalah secara seronok seronok mencuba untuk memanjatnya. Skot Haris Penang semasa itu bolehlah dikatakan menyerlah kerana dia memanjat tanpa membelit tali itu dengan kaki dan hanya menggunakan kekuatan tangan sahaja untuk memanjat tali itu. Oleh kerana beberapa orang Skot yang lain yang mencuba memanjatnya telah gagal kerana tidak menggunakan teknik yang betul oleh kerana latihan belum dijalankan lagi, seorang Staff yang berada disitu telah menceritakan bahawa dahulu, ada seorang kadet yang gaya dan bercakap ala seorang yang lembut namun dia telah menjadi seorang yang tough dan dia boleh panjat tali itu dengan sekali henjut sahaja satelah menjalani latehan. Kenyataan yang sebegitu telah menyuntik semangat dan perangsang kapada mereka yang berada disitu dan tidak sabar lagi untuk memulakan latihan.
 
Apabila kita berhijrah ke RMC, barulah diketahui bahawa kadet tersebut ialah senior Regular 15, iaitu Cadet Sarjan Salleh Anuar dari Abdul Rahman Kompeni yang ditauliahkan bersama Skot 22 kita. Pada hari Isnin, 19 Okt 09, mewakili Skot 22 yang berada diKelantan iaitu, Lt Kol Udara (B) Mokhyiddin yang akan berangkat menunaikan haji, Lt Kol (B) Nik Bakar, Skot Hanapi dan saya berserta dengan Skot dari Regular 15 iaitu Dato Mej Jen (B) Yunus Long, Dato Mej Jen (B) Megat Mohd Yusof, Lt Kol (B) Suhaimi Mohd Zain JLJ, Lt Kol (B) Che Dan KP, Mej (B) Mat Arif, iaitu JUO Abdul Rahman Coy dan Mej (B) Mohd Yasin Jurutera iaitu Cadet Sarjan Abdul Rahman Coy semasa diRMC dahulu, telah bersama sama menziarahi Lt Kol (B) Salleh Anuar Rjr, Skot Tauliah Jangka Tetap atau Regular Intake15 yang sekarang gering mengidap barah tulang. Juga telah melapangkan masa melawat bersama ialah Panglima Lapan Briged iaitu Brig Gen Abdul Rahim. Boleh dikatakan semua yang hadhir termasuk isteri isteri telah terharu dan simpati apabila Salleh menceritakan akan keperitan mengenai penyakit kanser tulang atau bone marrow cancer dan kos perubatan yang terpaksa dibiayai malah cara dia bercerita sebaliknya telah memberi pengetahuan kepada yang hadhir mengenai penyakit itu namun bagaimana berat sekali pun mata memandang, berat lagi bahu memikul.
 
Dikesempatan yang sama, Dato Megat selain menyampaikan salam dan sumbangan dari Skot Regular 15 yang lain yang tidak dapat hadhir, beliau juga telah menganjurkan kutipan bagi kami sumbangkan kapada Salleh dan sebaliknya Salleh beserta isteri dan keluarga juga telah bersusah payah menyediakan hidangan nasi briyani serta dessert pudding dan hidangan lain yang lazat dan menyelerakan kapada kami sebagai tetamu, menjadikan suasana pada hari itu seperti open house hari raya pula yang kebetulan hari terakhir bulan Syawal. Sesungguhnya angin laut China Selatan yang membawa rahmat dengan menyirami hujan disetiap petang selama tiga hari semasa saya diKota Bharu juga menyaksikan pertemuan silaturrahim sesama hamba Allah yang ditakdirkan telah bersama sejak dari tahun 1970 lagi bagi mereka didalam Regular 15 dan dari tahun 1972 dengan kita SSC Skot 22 pula, semasa diMaktab Tentera DiRaja.
 
Saya berkata kapada Salleh semasa bersalam perpisahan semasa hendak balik, bahawasanya saya niat datang dari Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tuan dan semasa didalam perjalanan saya kemari saya telah berenang didalam lautan rahmat dan apabila saya sampai saja tadi, terus saja saya tengelam didalam lautan rahmat itu (Mafhum hadith mengenai fadhilat melawat orang sakit). Dia berkata yang dia juga berbesar hati dan sangat suka dapat peluang berjumpa dengan kawan kawan. Semoga Allah memberkati dan meRahmati Salleh dan keluarganya. 'Sekiranya Allah menghendaki sesaorang hambaNya ditimpa musibah berupa sakit, maka diutusNya tiga Malaikat kepada orang tersebut. Malaikat pertama mengambil seri mukanya, Malaikat kedua mengambil nafsunya. Maka jadilah orang itu tidak beseri dan tidak bermaya serta hilang selera dan nafsu serta semangatnya. Malaikat yang ketiga pula diutuskan untuk mengambil segala dosa orang tersebut untuk disimpan. Apabila hambaNya dikehendaki oleh Allah untuk sembuh atau pulih, maka disuruhNya Malaikat Malaikat itu mengembalikan segala barang kepunyaan orang itu kecuali Malaikat ketiga yang mengambil dosa orang tersebut. Maka berkata Malaikat itu, 'Ya Allah, semua barangan orang itu telah dikembalikan tetapi mengapa Engkau tidak memerintahkan aku untuk kembalikan akan dosa dosanya? Maka Allah berfirman, 'cukuplah bagi orang itu yang telah merasakan akan azabnya dari Ku.' Mafhum hadith.
 
Dua perkataan menghendaki dan dikehendaki itu bolehlah ditakrifkan sebagai kudrat atau kuasa dan iradat Allah yaini sebahagian dari sifat Allah SWT. Alhamdulillah ada rahmat disebalik musibah yang menimpa. "When the going gets tough.. the tough get going.. but when the going gets tougher.. there stood the patient and the resilience who endures..". Dedicated to Lt Kol (B) Tuan Haji Salleh Anuar.
 
Wassalam,
Z
 
Pada 071614 Hrs, November 2009 bersamaan 1430 Hijrah, saudara Salleh Anuar telah kembali keRahmatullah. ‘Semoga roh beliau bersama dengan para shuhadah dan mereka mereka yang solehin’. Kata kata dari sms Dato Mej Jen (B) Yunus Long.


At 2 Div Officers’ Mess taken on November 1974

 


Lt Kol (B) Che Dan KP dan isteri


Kilang Jahit Skot Mej Baharom
Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
Skot Lt Kol Nik Bakar (B) kena detail baca doa
Regular 15 dan Skot 22 menziarahi Lt Kol Salleh Anuar Rjr (B)
Lt Kol (B) Suhaimi, Zainal, Dato Mej Jen (B) Megat Mohd Yusof, Brig Jen Abdul Rahim, Dato Mej Jen (B) Yunos Long, Lt Kol (B) Che Dan, Lt Kol (B) Nik Bakar, Lt Kol Udara (B) Mokhyiddin, Mej (B) Mohd Yasin dan Mej (B) Mat Arif dan duduk di tengah ialah Lt Kol (B) Tuan Haji Salleh Anuar bersama isteri-isteri masing masing
Al Marhum Sultan Abu Bakar memeriksa perbarisan 4 RAMD diKem Mentakap
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites