Batu
batu atau hajar juga disebut sakhra (rock) yang diambil dari laut mati didalam pinggan
ceramic dari Istanbul Turkey dan dibelakang serta dikeliling pinggan itu pula ialah hiasan porcelain yang
dibeli semasa diMount of Temptations diJericho, Palestin. Buah koka dipiring hadapan dan tasbih tersebut tentunya dari tanah suci Madinah dan Mekah. Ada dua kemungkinan
mengenai batu batu atau hajara ini. Pertama mungkin ianya berasal dari dasar
bumi dan ditelangkup atau diterbalikkan keatas atau kedua, batu yang ditandakan disisi Allah
yang direjam dari langit diatas Kekuasaan Allah SWT. Cerita selanjutnya dibawah.
"Kemudian
sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air
sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu
keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah
kerana *takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa
yang kamu kerjakan". Sadaqallahul ‘Azim. Surah alBaqarah ayat 74. Demikian
perbandingan mengenai batu dengan orang yang kufur engkar.
Berpautan kepada posting Baitul Maqdis 2014 yang lepas dan mengambil
ikhtibar semasa lawatan keMaqam Nabi Shuaib a.s. diJordan, diberitakan bahawa
penduduk Madyan walau pun nenek moyang mereka pernah menyaksikan dan adalah
didalam pengetahuan mereka akan peristiwa semasa dizaman Nabi Ibrahim a.s. dan saudaranya
Nabi Lut a.s. akan azab Allah yang ditimpakan terhadap penduduk negeri Sadom diatas
perangai dan kebiadapan luar tabi’e, iaitu apa yang dikatakan LGBT sekarang ini, namun mereka
tetap engkar kufur dengan kegiatan menipu didalam perniagaan serta menganas
sesama manusia dan merebakkan bencana kerosakan di muka bumi lalu, “Nabi Syuaib
berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan". Maka
mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan
mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat
besar - (huru-haranya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka
tidak juga mahu beriman”. Surah Asy-Syu'araa ayat 188-190.
“Maka
apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut
itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami
menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya
bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan
mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu”. Surah Hud, ayat 82 dan 83. Alhamdulillah cukuplah rasanya sekadar ingat mengingati
terhadap peristiwa lampau yang mengkaitkan hal atau mengenai batu yang dikisahkan didalam alQur’an sebagai kiasan
mengenai kemelut dan gejala songsang yang melanda dan berleluasa didalam negara kita sekarang ini. Tidakkah kita terfikir yang bahawasanya samaada ianya merupakan fenomena, bahana atau bala demi bala yang menimpa negara kita sekarang ini seimbas dengan kemungkaran yang mengundang kemurkaan dan azab dari Allah SWT yang dijelaskan didalam alQuran dan ada pula yang berani mempersendakannya.
Selain dari ayat ayat diatas, banyak lagi
ayat mengenai batu atau hajarah dalam bahasa Arab serta gunung ganang (yang mengandungi batu batan) yang
disebut didalam alQur’an. Cerita tentera bergajah Abrahah iaitu mengenai burung
ababil, “yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar
keras (105:4), bagaimana Nabi Musa
memukul batu lalu terpancar 12 mata air bagi tiap tiap golongan Bani Israil (2:60),
penduduk Hijr yang mahir memahat batu dari gunung untuk membuat tempat
penginapan (15:82) Dan Kami telah
menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah,
bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan (7:84). Sekiranya Kami
turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),
misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya. (59:21). Seterusnya sebagai peringatan, “Wahai orang-orang yang
beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu; neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan (66:6) Sadaqallahul ‘Azim.
Sekarang
mari kita cerita hal batu dari perspective yang lain pula. Nabi Daud a.s, sekiranya
beliau berzikir, “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud
limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): “Hai gunung-ganang,
ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai
burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan juga telah
melembutkan besi baginya; (Surah Saba ayat 10). Didalam ayat lain, “Langit yang
tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap
tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya;
akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha
Penyabar, lagi Maha Pengampun”. Surah al Israq ayat 44.
yaini
“Sesungguhnya orang-orang yang takut Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang
dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala
yang besar” (67: 12). Disebut istilah atau perkataan ghaib didalam ayat tersebut dan sebagai orang yang beriman kita wajib mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana mukadimah permulaan surah alBaqarah: "Alif Laam Miim. Kitab (alQur'an) ini tiada keraguan mengenainya dan petunjuk kepada orang orang yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib.." dan seterusnya. Maka itulah teman suka pada batu batu dan kemudian pula dibuat bagi
menambah kecantikan sebagai hiasan pada rumah teman selain batu batu itu pula tak
henti henti mengucap bertasbih bagi Allah SWT.
Alhamdulillah
maka dengan itu juga, ini ler teman nak ngabor yang teman telah pun berpindah dan
menetap dikampung teman yang beralamat di 101, Kampung Sayong Lembah atau
Persisiran Sayong, Kuala Kangsar Bandar diRaja. Pada umur senja ini dan setelah
puluhan tahun merantau, jatuh bangun, berjalan dan berlari and those hungry years, tiba masanya
menjelang dipanggil untuk menemuiNya untuk balik ketempat asal yaini kepangkuan kampung
halaman. Ibarat bak cerita diatas, elok ler jadi batu, duduk diam diam sebagai sifat cerita
mengenai mereka. Romah teman diSayong ni, masjid dekat.. kubor pun dekat dan tiada apa
yang hendak dikejorkan lagi selain mempersiapkan diri untuk mengadap Ilahi dan seharusnyalah kerana setiap jiwa akan merasai mati.
Wassalam,
Romah
teman in red circle. Pemandangan dari seberang sungei Perak, diBukit Chandan.
Dihadapan itu ialah restoran Persisiran Sayong
Mengecat replica labu Sayong disekeliling pagar hadapan dan belakang rumah. Kampung Sayong
terkenal diseluruh dunia dengan kraf labu Sayong. Perhatikan batu batu sungei sebagai
hiasan dinding pagar.
Gambar
atas, saudara Hassan sedang memilih dan mengutip batu batu sungai ditepi Sungei
Perak dan gambar bawah, menampalnya sebagai hiasan pagar. Kena tahu art untuk
membuatnya kalau tidak ianya akan berderai jatuh (kerana *takut pada Allah).
Atas:
hiasan pagar dan gambar bawah pula pada didinding rumah. Batu batu ini masih
pudar sebelum dikilatkan. Itu juga pun, kena tahu rahsianya
Gambar Tok Mami posing dihadapan rumah dan dibawah
dari porch belakang. My backyard is my neighbor's garden
Establishing communication. Kontrektor Talikom, Puan Azhariah installing the internet. Ayah beliau, En Jamilan ialah Old Boys Klipot
Installing the CCTV
Pemasangan almari dan Cabinat for Dining Room and Kitchen
Anak saudara, Aiman memerhati Wak Supandi mengilat batu batu di-dinding
Perbezaan yang dikilat dan yang belum
Mengilat batu batu dinding pagar hadapan
Sudah siap. Maka batu batu pun 'bertasbih disekeliling rumah'
Gambar gambar permadangan dari hadapan 101, Persisiran Sayong
Jiran sekampung, Hishamudin, Klipot Class of 69
Wirid dan tahlil aruah selepas solat jemaah Maghrib diMasjid Kampung Sayong Lembah dan menanti ketibaan jenazah anggota Polis Kpl Raja Aizam yang mati diserang warga asing di Klang pada 4 Mar 14

Batu
yang sudah siap dikilat didinding hadapan
Pagar
hadapan
Gambar gambar berikut ini pula
ialah hiasan batu dirumah KL
Batu batu yang dihias didinding tangga ketingkat
atas. Riuhlah dengan tasbih memuji Ilahi. Gambar bawah Sofea dan Zahra
dihadapan rumah KL. Perhatikan batu pada pillar atau tiang gate hadapan
Di muatkan
semuanya di dalam Exora
Dipasang oleh pekerja Indon juga didatangkan
dari KL iaitu Ahmad dan Sapiq. Ada lebih dari 10 tingkap corniss kesemuanya disekeliling rumah di Sayong
Of course I do the final touches. All aspect of
architectural and design of this house is done by me including its interior
design
Tok
Mami.. tukang tayang jer
Keroje orang yang tak ada keroje.. nyangkoi

Bilik Princess.. untuk Zahra dan Sofea

Keroje orang yang tak ada keroje.. nyangkoi

Bilik Princess.. untuk Zahra dan Sofea

Bersama cucu, Hussein Fahri. Like Granpa, like grandson
0 comments:
Post a Comment