Thursday, 27 February 2014

Baitul Maqdis 2014

Border pass issued by the Israeli authority to cross into Jerusalem from Amman Jordan at the Alenbi Bridge Immigration check point
Salaaman,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis al Bukhari.
Selama dua minggu dari 12 Feb hingga 25 Feb 2014, Alhamdulillah kami telah mengunjungi ke tiga tiga masjid yang tersebut diatas bagi tujuan membuat umrah dan ziarah. Rombongan lebih kurang 40 jemaah terdiri dari mantan KSU MINDEF, Tan Sri Hashim Meon berserta kaum keluarga dan beberapa bekas pegawai pegawai kanan tentera iaitu, Tan Sri Jen Ismail Hassan, Dato Lt Jen Nawi Alias, Dato Lt Jen Osman Harun, Dato Mej Jen Hashim Yahya, Dato Brig Jen Mohd Kassim, Brig Jen Rahman Jabir, Lt Kol Ramli Kinta dan termasuklah Mej Mokhtar Wazir dan saya.

 Bergambar di hadapan masjid Kubah Shakhrah atau Dome of the Rock

Selain sudah seringkali mengunjungi Masjidil Haram diMekah dan Masjidi Nabawi diMadinah dalam siri mengerjakan umrah lazimnya didalam bulan Ramadhan, ini ialah kali kedua bagi saya dan isteri berpeluang membuat ziarah dan beribadat didalam Masjidil Aqsa. Peristiwa yang lepas tersebut telah saya rakamkan didalam posting, The Nebateans and the valley of Ambia. Syukur kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat ziarah dan beribadat ditempat tempat suci. Cuma kali ini lawatan kePetra tidak ada didalam itinerary lawatan.

On this blissful hari Jumaat yang mulia dan dikesempatan ini, ingin saya berkongsi pandangan mengambil fadhilat akan pengalaman ziarah tersebut iaitu dari peristiwa Israq dan Mikhraj junjungan besar Nabi Mohamad SAW dan peristiwa peristiwa pada kaum Bani Israel dibumi BaitulMaqdis yang banyak telah diperturunkan rasul dan nabi bagi memimpin mereka kearah kebenaran dan nikmat dari Allah Ta’ala. Kisah dan peristiwa dari zaman Nabi Yaakob a.s sehingga ke Nabi Isa a.s yaini dari isnad Nabi Ishaq a.s iaitu anakanda kepada Nabi Ibrahim a.s. Berbeza dengan keturunan Nabi Mohamad SAW dari salasilah seorang lagi anakanda Nabi Ibrahim a.s iaitu Nabi Ismail a.s yang tidak terdapat nabi atau rasul seperti yang dikurniakan kepada keturunan Bani Israel maka, ‘Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai’. Yaasiin ayat 6.

Daripada ayat ayat yang terdapat didalam hikayat atau cerita cerita kaum Bani Israel yang berkenaan mari kita ambil tiga istilah ayat iaitu: Firasat, Zahidan dan Nasihat serta dalil yang terdapat didalam alQur’an mengenai peristiwa peristiwa tersebut.

Seorang raja Mesir telah memberi Firasat yang tepat mengenai Nabi Yusof a.s. "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak". 'Dan demikian pulalah Kami memberi kedudukan yang baik kapada Yusuf dimuka bumi (Mesir) dan agar kami ajarkan kapadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusanNYA, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya." Surah Yusuf ayat 21. Seterusnya, "salah seorang dari kedua wanita itu berkata: ‘Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.’ Surah al Qashash ayat 26. Wanita ini ialah anak kapada nabi Shuaib a.s yang menceritakan perihal Nabi Musa a.s kapada bapanya yang kesudahannya Nabi Musa a.s berkahwin dengan anak Nabi Shuaib a.s dan seterusnya beliau diangkat menjadi rasul. Seterusnya..,"dan berkata isteri Firaun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah mudahan ia bemunafa'at kapada kita atau kita ambil ia menjadi anak', sedang mereka tiada menyedari" 28:09. Sadaqallahul 'Azim

Peristiwa ini terjadi apabila isteri Firaun menjumpai Nabi Musa 'dihanyutkan' semasa bayi. Saudara saudara tentunya mengetahui akan kisah dari al qur’an ini. Tidak disebut nama isteri Firaun itu didalam Qur'an namun terdapat hikayat yang mengatakan beliau bernama Asiah dan salah seorang wanita Muslimah yang terbilang selain Mariam al Masih, Siti Khadijah isteri rasullullah SAW dan anak baginda Siti Fatimah. Allah memuji isteri Firaun didalam firmanNya: "Dan Allah membuat isteri Fira'un perumpamaan bagi orang orang yang beriman, ketika ia berkata 'Ya Tuhanku, bangunlah untuk ku sebuah rumah disisiMu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang zalim". Surah Tahrim ayat 11. So as conclusion, Firasat atau Firasah is a sense of visual acumen, perception and insight. 

Semasa jemaah sampai diMekah dari Madinah untuk mengerjakan umrah, tempat penginapan ialah diHotel Kenzi iaitu kira kira 400 meter dari Masjidil Haram. Menaiki bukit yang jauh melalui Jalan Jabal Ka’abah iaitu jalan utama untuk keTanaem yang sesak dengan kenderaan serta berdebu ditambah pulak dengan menu hidangan yang kurang baik maka ianya tentulah memerlukan sikap dan perasaan toleransi dan kesabaran yang tinggi apalagi kita sedang berada didalam tanah haram serta ada jemaah yang sedang mengerjakan ibadah umrah. Mengambil ikhtibar dari keadaan tersebut mari kita ambil pula istilah zahidan melalui peristiwa apabila Nabi Yusuf a.s dibuang didalam perigi yang kemudiannya dipungut dan dijual, 



Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. Surah Yusof Ayat 20. Kalimah zahidan itulah dalam ilmu kerohanian atau rahasia hati datangnya zuhud. Kenalah ada sifat ini terutamanya apabila kita ditempat suci mengerjakan ibadah seperti umrah dan haji, InsyaAllah.

Seterusnya kalau kita perhatikan  ayat ayat alQur’an, ianya lebih memberati agar kita saling ingat mengingati. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Surah Al-A'laa 87:9  Didalam peristiwa apabila Musa menumbuk dan membunuh seorang Qipti, “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu”. Surah al Qasas ayat 20.

Sebelum bertolak balik dari Amman Jordan, jemaah telah singgah dan disambut oleh Penasihat Ketenteraan Malaysia diJordan iaitu Kol Abdul Aziz Sharif KPD dirumah beliau. Selepas solat Isyak dengan jamak solat Maghrib, jemaah bernasib baik kerana ustaz Farid Ravi yang kebetulan sedang membuat Phd  dalam pengajian tafsir telah memberi tazkirah dan dalam nasihat beliau antara lain agar jemaah selalu membaca dan menghayati alQur’an. Alhamdulillah Kol Aziz Sharif telah memberi layanan dengan hidangan daging kambing muda, gulai lomak ikan dan above all teh tarik yang sudah dua minggu tak pekena. Alhamdulillah betapa beruntungnya kami.

Solat Isyak di-imamkan oleh Ustaz Farid Ravi dirumah Penasihat Ketenteraan Malaysia, Kol Aziz

Diikuti dengan tazkirah

Carpet hijau didalam Raudhah semasa diMasjidil Nabawi di Madinah
 
Tok Mami dihadapan Masjid Qubah, di Madinah

Perjalanan melalui pintu AsSalam di Masjidil Nabawi untuk menziarahi makam Rasulullah SAW

 Diluar perkarangan Masjidil Nabawi dengan seorang jemaah antarabangsa

Mej Mokhtar Wazir bertahlul selepas mengerjakan umrah

 Jalan mendongak dan berdebu menghala ketempat penginapan
Lawatan ke Muzium dua Masjid sebelum ke Hudaibiyah untuk bermiqat

‘tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? 88:17

.. dan yang kena sembelih
Lawatan dipasar haiwan diKaqqiyah, Mokhtar, Zainal, Dato Hashim dan Rahman

 
Sebelum mengerjakan tawaf Wida. Maka selesailah ziarah dan mengerjakan umrah di Masjidil Haram

 Menunggu masuk waktu solat Jumaat di Airport Jeddah
Pekena kopi sebelum berangkat ke Amman untuk ziarah BaitulMaqdis. Dato Nawi, Rahman, Zainal dan Dato Hashim

 Di dalam Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis
Bersama Imam Masjidil Aqsa

Wailing Wall

Pohon Zaitun berusia 2000 tahun

Jalan dalam terowong untuk ke Masjidil Aqsa. Tok Mami dan Pn. Rahmah bersama seorang anak Palestin semasa balik dari solat subuh
Ada jemaah (dari South Africa) yang memakai ihram dan bermiqat di Majidil Aqsa

 Di Mount Panoramic. Dato Mohd Kassim, Dato Nawi, Zainal dan Tan Sri Ismail Hassan
Mount of Olive. Tempat Nabi Isa a.s diangkat kelangit

 Bekas tapak kaki kiri Nabi Isa semasa diangkat kelangit
Patong King David

Maqam Nabi Daud yang juga tempat suci bagi orang Yahudi




Di perkarangan Masjid Nabi Ibrahim a.s diHebron dan di bawah ialah makam baginda. Pernah disini terjadi tragedi yang mana seorang doctor Israel menembak mati Jemaah yang sedang solat subuh pada bulan Ramadhan. Ikuti ceritanya disini
Mount of Temptation di Jericho. The third temptation, "kneel before me (Lucifer/Iblis) and I'll give you the Kingdom of the World". Jesus declined and he fasted for 40 days and 40 nights of what is not taken by the animal.
Makan di Restoran diJericho, the oldest city in the world
Lawatan ke Maqam Nabi Shuib a.s. merupakan ziarah ketempat dan maqam maqam yang terakhir dalam siri lawatan atau ziarah diBaitul Maqdis dan di Amman Jordan
Ucapan penghargaan dari Tan Sri Hashim Meon, mantan KSU MINDEF semasa di rumah Kol Abdul Aziz Sharif KPD

Sebahagian dari Muslimah semasa jamuan makan dirumah Kol Abdul Aziz



Ustaz Farid Ravi, Tan Sri Hashim, Tan Sri Ismail, Dato Nawi, Hussein Dos, Brig Jen Rahman Jabir, Kol Aziz, Zainal dan Lt Kol Ramli Kinta


 
Tak sah kalau diJordan, tak berlumur dengan lumpur dan mandi di laut mati

Tak boleh tengelam. Balik Sayong boleh mandi di Sungei Perak.. baru puas, boleh menyelam dan tengelam. Moh le weh

Jubah yang diperagakan oleh Zahra dan Sofea dibeli dari Mount of Temptations

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites