Border pass issued by the Israeli authority to
cross into Jerusalem from Amman Jordan at the Alenbi Bridge Immigration check
point
Salaaman,
Dari
Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi
Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar
belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga
buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (
Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis al Bukhari.
Selama dua minggu
dari 12 Feb hingga 25 Feb 2014, Alhamdulillah kami telah mengunjungi ke tiga
tiga masjid yang tersebut diatas bagi tujuan membuat umrah dan ziarah.
Rombongan lebih kurang 40 jemaah terdiri dari mantan KSU MINDEF, Tan Sri Hashim
Meon berserta kaum keluarga dan beberapa bekas pegawai pegawai kanan tentera iaitu,
Tan Sri Jen Ismail Hassan, Dato Lt Jen Nawi Alias, Dato Lt Jen Osman Harun,
Dato Mej Jen Hashim Yahya, Dato Brig Jen Mohd Kassim, Brig Jen Rahman Jabir, Lt
Kol Ramli Kinta dan termasuklah Mej Mokhtar Wazir dan saya.
Bergambar
di hadapan masjid Kubah Shakhrah atau Dome of the Rock
Selain
sudah seringkali mengunjungi Masjidil Haram diMekah dan Masjidi Nabawi
diMadinah dalam siri mengerjakan umrah lazimnya didalam bulan Ramadhan, ini
ialah kali kedua bagi saya dan isteri berpeluang membuat ziarah dan beribadat
didalam Masjidil Aqsa. Peristiwa yang lepas tersebut telah saya rakamkan
didalam posting, The Nebateans and the valley of Ambia. Syukur kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat ziarah dan beribadat ditempat tempat suci. Cuma kali ini lawatan kePetra tidak ada didalam itinerary
lawatan.
On
this blissful hari Jumaat yang mulia dan dikesempatan ini, ingin saya berkongsi
pandangan mengambil fadhilat akan pengalaman ziarah tersebut iaitu dari
peristiwa Israq dan Mikhraj junjungan besar Nabi Mohamad SAW dan peristiwa
peristiwa pada kaum Bani Israel dibumi BaitulMaqdis yang banyak telah
diperturunkan rasul dan nabi bagi memimpin mereka kearah kebenaran dan nikmat
dari Allah Ta’ala. Kisah dan peristiwa dari zaman Nabi Yaakob a.s sehingga ke
Nabi Isa a.s yaini dari isnad Nabi Ishaq a.s iaitu anakanda kepada Nabi Ibrahim a.s.
Berbeza dengan keturunan Nabi Mohamad SAW dari salasilah seorang lagi anakanda
Nabi Ibrahim a.s iaitu Nabi Ismail a.s yang tidak terdapat nabi atau rasul seperti
yang dikurniakan kepada keturunan Bani Israel maka, ‘Supaya engkau memberi
peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak
diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai’. Yaasiin ayat 6.
Daripada
ayat ayat yang terdapat didalam hikayat atau cerita cerita kaum Bani Israel yang berkenaan
mari kita ambil tiga istilah ayat iaitu: Firasat, Zahidan dan Nasihat serta
dalil yang terdapat didalam alQur’an mengenai peristiwa peristiwa tersebut.
Seorang
raja Mesir telah memberi Firasat yang tepat mengenai Nabi Yusof a.s.
"Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia
bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak". 'Dan demikian
pulalah Kami memberi kedudukan yang baik kapada Yusuf dimuka bumi (Mesir) dan agar
kami ajarkan kapadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusanNYA,
tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya." Surah Yusuf ayat 21.
Seterusnya, "salah seorang dari kedua wanita itu berkata: ‘Ya bapaku
ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerena sesungguhnya orang
yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang
kuat lagi dapat dipercaya.’ Surah al Qashash ayat 26. Wanita ini ialah anak
kapada nabi Shuaib a.s yang menceritakan perihal Nabi Musa a.s kapada bapanya
yang kesudahannya Nabi Musa a.s berkahwin dengan anak Nabi Shuaib a.s dan
seterusnya beliau diangkat menjadi rasul. Seterusnya..,"dan berkata isteri
Firaun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu
membunuhnya, mudah mudahan ia bemunafa'at kapada kita atau kita ambil ia
menjadi anak', sedang mereka tiada menyedari" 28:09. Sadaqallahul 'Azim
Peristiwa
ini terjadi apabila isteri Firaun menjumpai Nabi Musa 'dihanyutkan' semasa
bayi. Saudara saudara tentunya mengetahui akan kisah dari al qur’an ini. Tidak
disebut nama isteri Firaun itu didalam Qur'an namun terdapat hikayat yang
mengatakan beliau bernama Asiah dan salah seorang wanita Muslimah yang
terbilang selain Mariam al Masih, Siti Khadijah isteri rasullullah SAW dan anak
baginda Siti Fatimah. Allah memuji isteri Firaun didalam firmanNya: "Dan
Allah membuat isteri Fira'un perumpamaan bagi orang orang yang beriman, ketika
ia berkata 'Ya Tuhanku, bangunlah untuk ku sebuah rumah disisiMu dalam surga
dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum
yang zalim". Surah Tahrim ayat 11. So as conclusion, Firasat atau Firasah
is a sense of visual acumen, perception and insight.
Semasa
jemaah sampai diMekah dari Madinah untuk mengerjakan umrah, tempat penginapan
ialah diHotel Kenzi iaitu kira kira 400 meter dari Masjidil Haram. Menaiki
bukit yang jauh melalui Jalan Jabal Ka’abah iaitu jalan utama untuk keTanaem yang
sesak dengan kenderaan serta berdebu ditambah pulak dengan menu hidangan yang
kurang baik maka ianya tentulah memerlukan sikap dan perasaan toleransi dan kesabaran yang tinggi apalagi kita sedang berada didalam tanah haram serta ada jemaah yang sedang mengerjakan ibadah umrah. Mengambil
ikhtibar dari keadaan tersebut mari kita ambil pula istilah zahidan melalui
peristiwa apabila Nabi Yusuf a.s dibuang didalam perigi yang kemudiannya
dipungut dan dijual,
Dan
(setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu
beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak
menghargainya. Surah Yusof Ayat 20. Kalimah zahidan itulah dalam ilmu
kerohanian atau rahasia hati datangnya zuhud. Kenalah ada sifat ini terutamanya
apabila kita ditempat suci mengerjakan ibadah seperti umrah dan haji,
InsyaAllah.
Seterusnya
kalau kita perhatikan ayat ayat alQur’an, ianya
lebih memberati agar kita saling ingat mengingati. Oleh
itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran),
kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Surah Al-A'laa 87:9 Didalam peristiwa apabila Musa menumbuk dan
membunuh seorang Qipti, “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu
dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: “Wahai Musa,
sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu,
mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah
pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu”. Surah al Qasas ayat 20.
Sebelum
bertolak balik dari Amman Jordan, jemaah telah singgah dan disambut oleh
Penasihat Ketenteraan Malaysia diJordan iaitu Kol Abdul Aziz Sharif KPD dirumah beliau. Selepas
solat Isyak dengan jamak solat Maghrib, jemaah bernasib baik kerana ustaz Farid Ravi yang
kebetulan sedang membuat Phd dalam
pengajian tafsir telah memberi tazkirah dan dalam nasihat beliau antara lain agar
jemaah selalu membaca dan menghayati alQur’an. Alhamdulillah Kol Aziz Sharif telah
memberi layanan dengan hidangan daging kambing muda, gulai lomak ikan dan above
all teh tarik yang sudah dua minggu tak pekena. Alhamdulillah betapa beruntungnya kami.
Solat
Isyak di-imamkan oleh Ustaz Farid Ravi dirumah Penasihat Ketenteraan Malaysia,
Kol Aziz
Diikuti dengan tazkirah
Carpet
hijau didalam Raudhah semasa diMasjidil Nabawi di Madinah
Tok
Mami dihadapan Masjid Qubah, di Madinah
Perjalanan melalui pintu AsSalam di Masjidil
Nabawi untuk menziarahi makam Rasulullah SAW
Diluar perkarangan Masjidil Nabawi dengan seorang
jemaah antarabangsa
Mej Mokhtar Wazir bertahlul selepas mengerjakan
umrah
Jalan
mendongak dan berdebu menghala ketempat penginapan
Lawatan ke Muzium dua Masjid sebelum
ke Hudaibiyah untuk bermiqat
‘tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? 88:17
.. dan yang kena sembelih
Lawatan
dipasar haiwan diKaqqiyah, Mokhtar, Zainal, Dato Hashim dan Rahman
Sebelum mengerjakan tawaf Wida. Maka selesailah
ziarah dan mengerjakan umrah di Masjidil Haram
Menunggu masuk waktu solat
Jumaat di Airport Jeddah
Pekena kopi sebelum berangkat ke Amman untuk
ziarah BaitulMaqdis. Dato Nawi, Rahman, Zainal dan Dato Hashim
Di dalam
Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis
Bersama
Imam Masjidil Aqsa
Wailing
Wall
Pohon Zaitun berusia 2000 tahun
Jalan dalam terowong untuk ke Masjidil Aqsa. Tok
Mami dan Pn. Rahmah bersama seorang anak Palestin semasa balik dari solat subuh
Ada jemaah (dari South Africa) yang memakai
ihram dan bermiqat di Majidil Aqsa
Di Mount Panoramic. Dato Mohd Kassim, Dato Nawi,
Zainal dan Tan Sri Ismail Hassan
Mount of Olive. Tempat Nabi Isa a.s diangkat
kelangit
Bekas tapak kaki kiri Nabi Isa semasa diangkat
kelangit
Patong King David
Maqam
Nabi Daud yang juga tempat suci bagi orang Yahudi
Di perkarangan Masjid Nabi Ibrahim a.s diHebron dan di bawah ialah makam baginda. Pernah disini terjadi tragedi yang mana seorang doctor Israel menembak mati Jemaah yang sedang solat subuh pada bulan Ramadhan. Ikuti ceritanya disini
Mount of Temptation di Jericho. The third temptation, "kneel before me (Lucifer/Iblis) and I'll give you the Kingdom of the World". Jesus declined and he fasted for 40 days and 40 nights of what is not taken by the animal.
Makan di Restoran diJericho, the oldest city in the world
Lawatan ke Maqam Nabi Shuib a.s. merupakan ziarah ketempat dan maqam
maqam yang terakhir dalam siri lawatan atau ziarah diBaitul Maqdis dan di Amman
Jordan
Ucapan penghargaan dari Tan Sri Hashim Meon, mantan KSU MINDEF semasa
di rumah Kol Abdul Aziz Sharif KPD
Sebahagian
dari Muslimah semasa jamuan makan dirumah Kol Abdul Aziz
Ustaz Farid Ravi, Tan Sri Hashim, Tan Sri Ismail, Dato Nawi, Hussein
Dos, Brig Jen Rahman Jabir, Kol Aziz, Zainal dan Lt Kol Ramli Kinta
Tak sah kalau diJordan, tak berlumur dengan
lumpur dan mandi di laut mati
Tak boleh tengelam. Balik Sayong boleh mandi di Sungei Perak.. baru puas, boleh menyelam dan tengelam. Moh le weh
Jubah yang diperagakan oleh Zahra dan Sofea dibeli dari Mount of Temptations
Jubah yang diperagakan oleh Zahra dan Sofea dibeli dari Mount of Temptations