Sunday, 3 November 2013

Hijraan Mahjuura !!


 
Gambar pada T Shirt yang dipakai semasa menghadiri perbicaraan pampasan tanah Sayong Lembah oleh kerajaan Negeri Perak, diPejabat Tanah Daerah, Kuala Kangsar .


Sempena menyamput awal Muharam atau Maal Hijrah 1435 ini, elok ler kalu kita bercerita tentang hal hijrah dan perkara tersebut tentunya dapat kita perolehi dan hayati  dikuliah kuliah serta syarahan sempena sambutan Maal Hijrah tersebut, diMasjid dan surau surau dan ditempat awam dan sebagainya yang menganjurkan program dengan tema ‘Wasatiyyah tonggak kesatuan Ummah’. Peristiwa menyambut kedatangan tahun baru Hijri yang tidak dapat teman lupakan ialah semasa diMasjidil Nabawi, Madinah pada tahun 2009 atau 1430H. Mengkaitkan akan hal tersebut, bior ler teman menyimpang kepada cerita yang berikut dulu : Jika kita pergi keKuale Kangsar, Bandar DiRaja dan singgah diLembah ditepi sungei yang mana kalu pada hari Sabtu dan pada hari Ahad akan terdapat pasar pagi dan pasar tani yang meriah dengan segala aneka jualan disitu dan kalu mengkeme jenguk kekelior sikit diseberang sana Sungei Perak itu, akan nampaklah tersergam indahnya beberapa bangunan dan tempat pelancongan dan rekreasi yang dinamakan Persisiran Sayong. Tempat itu dibina atas tanah reserve tepi sungai dihujung geran tanah beberapa penduduk Sayong Lembah dan pembinaan beberapa komplek pelancongan disitu secara tidak langsung alHamdulillah telah menambah seri dan menaik taraf imej kampung Sayong Lembah.

Di dalam posting the Ship is more than the Crew, teman bercadang satelah Tok Mami bersara sekarang ini untuk kembali dan duduk dikampung, berhijrah dan terus menetap diSayong Lembah. Sedang baru je teman nak buat romah dan nak menaikkan bumbung tiba tiba teman menerima surat yang menyatakan supaya hadhir untuk perbicaraan diPejabat Tanah Daerah, Kuala Kangsar. Perbicaraan adalah bersangkutan hal pampasan kerana kerajaan negeri Perak sudah membuat keputusan untuk membuat jalan pintas melalui dan melibatkan tanah penduduk Sayong Lembah. Ini bertujuan untuk membolehkan kenderaan bas untuk masuk dan parking disatu kawasan bagi kemudahan pelancong untuk kePersisiran Sayong tersebut. MasyaAllah, baru ini ler yang teman tahu dan dah beratus tahun keturunan teman berkeris bergolok demi menjaga dan memakmurkan tanah  pusaka dan warisan keturunan ditanah leluhur yang bertuah itu, dah pulak nak diambik oleh kerajaan. Bukan itu sahaja malah teman dengor dari saudara mara yang bahawasanya tanah Sayong Lembah dan disekitarnya akan dibangunkan sebagai bandar kedua Kuala Kangsar. Maka tidak hairanlah semasa teman sampai dan minum digerai bersebelahan Pejabat Tanah sebelum perbicaraan bermula, ramai penduduk terdiri dari tuan tanah dan waris yang terlibat datang berkumpul disitu dan disertai dengan taklimat yang diketuai oleh Mej Yahya Ariff (B) MP, untuk menyampaikan memorandum membantah dan menentang rancangan mengambil tanah dan memberi pampasan tersebut.

Pada permulaan perbicaraan tersebut, ADO pengerusi telah menegaskan bahawa rancangan pengambilan tanah untuk rancangan tersebut telah dimuktamatkan dan tujuan perbicaraan pada 30 Okt 2013  itu, fokus untuk membicarakan nilai pampasan yang akan dipertimbangkan yang patut diberi sahaja!! Mendengar akan kenyataan itu maka bermainlah dibenak hati teman ketika itu yang niat dan hasrat teman untuk berhijrah, terus lebur dan memikiokan pulak tentang romah yang sedang dalam pembinaan itu. Bawak ngelior ler nampaknya. Mengambil kira pada nilai cukai tanah, ialah sembilan kupang dan nilai harga tanah pulak ialah dalam linkungan dua ringgit sekaki persegi dan bagi tujuan pampasan pengambilan tanah tersebut, Pengerusi menawarkan pada kiraan enam ringgit sekaki persegi. Teman ingatkan kut tanah teman itu deme nak bagi dalam lima enam juta, boleh ler teman pindah duduk diLondon dan ngabor kedia yang ikan seluang zaman ler ni pun udah lima belas ringgit sekilo. Pengerusi seterusnya bertanya macam mana kami mendapat tanah masing masing. Teman lantas menjawab, ‘that’s a good question’, kerana tanah tanah milik ini ialah tanah pusaka turun temurun dan menjelaskan akan hakikat peri pentingnya terhadap mempertahankannya dan kalau boleh supaya tanah tanah pusaka ini tidak diambil alih. Ada lima geran tanah yang terlibat dan setiap geran mempunya antara lima dan enam pemilik dengan hak keluasan tanah masing masing.

Ditanya oleh saudara Rejab Hj Paseh yang merupakan bekas anggota KPD dan juga sepupu teman, akan tanah tanah mana yang terlibat didalam pengambilan tersebut. Engkuh engkuhnya bahagian tanah dia dan teman tidak terlibat akan tetapi pampasan akan diberi kepada semua. AlHamdulillah walau pun perkara tersebut menjurus kepada rasa lega bagi teman namun ianya masih mempunyai implikasi dan teman tetap berpendirian dengan mereka mereka yang lain agar kerajaan menimbang semula untuk tidak meneruskan rancangan pengambilan tanah untuk membuat jalan pintas dan parking tersebut kerana ada lagi jalan alternatif yang bolih dilaksanakan demi kebaikan bersama. Apa pun teman bersyukur dan semasa perbicaraan tersebut teman dapat bertemu dan berkenalan dengan saudara mara yang tak peronah peronah jumpa sebelum ini. Teman duduk diSayong zaman bersekolah semasa darjah dua diKlipot dan pergi sekolah pada zaman itu menyeberang dengan naik sampan pakai galah.  Mujor bebenor ler kaborkan, kalu tidak hajat teman hendak berhijrah akan menjadi Hijraan Mahjuura !! Mengkeme tahu ke apa maksud perkataan Hijraan Mahjuraa tersebut. Untuk itu sila hayati pula kisah dibawah ini pula :

Mencerita akan kenangan manis sambutan tahun baru hijrah., pada hari Khamis, penghujung bulan Zulhijjah dalam perjalanan selepas menunaikan haji pada tahun 2009 atau 1430H, teman semasa itu berada diMadinah yang mana kebetulan solat waktu Asar pada hari itu, telah melengkapi 40 waktu solat teman diMasjidil Nabawi dan apabila masuk sahaja waktu Maghrib, maka bermulalah tahun baru 1431H bagi takwim Islam. Disertai oleh beberapa jemaah Malaysia yang berada bersama, teman mengetuai membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun pula selepas sahaja azan Maghrib. Panduan doa tersebut teman baca dari risalah surah Yaasin yang diberi oleh seorang jemaah untuk dibaca pada masa tersebut. Sebagai lazimnya ditanah ayer, masjid dan surau menganjurkan untuk jemaah bersama sama mengaminkan doa oleh imam tetapi tidak dilaksanakan diMasjidil Nabawi. Sepontan juga teman bayangkan bahawa sekitar 1430 tahun yang lampau, penduduk Madinah terdiri dari kaum Ansar telah beramai ramai keluar untuk menyambut ketibaan hijrahnya baginda Nabi Mohamad SAW dengan mengalunkan, 'Tala’al-Badrul 'alaina min thaniyyatil-Wada. Wajaba al-shukru ‘alayna ma da’a lillahi da’.. di kota Madinah al Munawarah itu. Rasulullah telah berdoa sebagaimana Nabi Ibrahim a.s memohon untuk menjadikan kota Makkah sebagai tanah haram, baginda telah bermohon agar kota Madinah itu juga dijadikan sebagai tanah haram. Maka segala amalan kebaikan telah digandakan ribu kali ganda, alhamdulillah.

Semasa solat Isyak diMasjidil Nabawi tersebut, Imam telah membaca ayat yang ada menyebut 'Hijraan Mahjuraa', dan lantas teman teringat ayat ayat atau maksud ayat Allah yang bersangkutan dengannya. Sungguh pun ada perkataan hijraan yang seakan bunyi perkataan hijrah, ianya tiada kena mengena dengan peristiwa hijrah tersebut atau mungkin juga anjakan maksud hijrah dalam ertikata yang lain seperti keluar dari kegelapan kepada cahaya petunjuk dan hidayah Allah, dari jahat kepada baik atau apa apa kemungkaran kepada perkara amal makruf. Ia sebenarnya merupakan ungkapan dari orang kafir yang selalu mempertikai akan kerasulan Nabi Mohamad SAW dan selalu mencabar ayat ayat dan Kekuasaan Allah SWT. Kita ikuti salah satu ayat mengenai ungkapan ini. 'Berkata orang orang yang tidak menanti nanti pertemuan(nya) dengan Kami : "Mengapa tidak diturunkan kepada kita malaikat atau mengapa kita tidak melihat Tuhan kita ?" Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar benar telah melampaui batas (dalam melakukan) kezaliman. Pada hari mereka melihat malaikat dihari itu (maksudnya dihari kematian atau dihari kiamat) tidak ada kabar gembira bagi orang orang yang berdosa dan mereka berkata : "Hijraan mahjuuraa!!!" Surah al Furqan ayat 21 dan 22. Ini suatu ungkapan yang biasa disebut oleh orang Arab diwaktu menemui musuh yang tidak dapat dielak lagi atau ditimpa suatu bencana yang tidak dapat dihindari. Ungkapan ini bereti "semoga Allah menghindarkan bahaya ini dari saya". Lihat hujung ayat 22

Semoga janganlah kita nanti pulak di-akhirat, menyebut ungkapan ini sedangkan orang orang di-syurga menyebut ucapan 'salaaman' sesama mereka dan marilah kita sama sama bertekad untuk berhijrah dalam konteks dan perkara yang telah teman sebutkan diatas tadi dan berdoa agar Allah SWT melindungi kita dari terpesong dan terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Untuk rangsangan dan mengetahui akan sifat Allah yang arRahman dan arRahim, marilah pula kita sama sama merenung akan mafhum ayat ayat berikut : 'Dan orang orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya). yakni akan dilipat gandakan azab untuknya dan dia akan kekal dengan azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'. Surah alFurqan ayat 68,69 dan 70. Sadaqallahul 'azim. Sekian sedikit cebisan mengambil berkat dari peristiwa hijrah semasa membuat ibadah haji. 

 


[21]Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita?” Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

[22](Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: “Semoga kita jauh – dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)”.




Selamat menyambut Maal Hijrah 1435.


Wassalam,



Z



Mej Yahaya Arif (B) MP memberi penerangan akan memorandum yang hendak disampaikan bagi membantah rancangan kerajaan negeri Perak untuk mengambil tanah penduduk Sayong Lembah

Dua dari kiri berbaju merah ialah saudara Rejab dan disebelah beliau ialah Mej Yahaya Ariff MP yang sebelumnya dari Wataniah sedang memberi penerangan sebelum masuk kedalam bilek  perbicaraan. Teman tukar dan pakai T Shirt ‘Perantau Sayong Lembah’ bukannye apa, sebab teman memang ler perantau dari Sayong Lembah.


Keme bukan tolak pembangunan tuan, tapi... Semasa perbicaraan dibilek mesyuarat Pejabat Tanah Daerah Kuala Kangsar pada 30 Okt 2013


Rumah teman yang baru nak dinaikkan bumbung. Pandangan dari jalan hadapan
 


Pandangan dari jalan sebelah belakang atau bahagian dapur. Uniknya romah teman ini ialah ianya akan ada dua porch. Satu didepan dan satu lagi dibelakang. Ini kerana ada dua jalan masuk atau access road iaitu dari depan dan juga dari belakang. Bila kerajaan Negeri nak buat jalan pintas dua lot dari kiri romah teman, maka kuranglah bising dari bunyi kenderaan terutamanya motosikal yang lalu lalang sama ada dari hadapan atau belakang untuk kePersisiran Sayong sebab akan ada jalan pintas di sebalik sana

 Sedih hiba dan pilu selepas ziarah Wida’ pada musim haji 1430 H. Dibelakang ialah Makam Rasulullah SAW


Buat aqiqah kerana dikurniakan mendapat cucu semasa di Mekah

 Cucu teman Zahra, lahir pada 2 Dec 2009 semasa saya mengerjakan haji di Makkah

 Cucu Zahra kanan sekarang berumur 4 tahun dan adik Sofea 3 tahun, bersama Tok Mami siap untuk pergi ‘school’ yang disediakan oleh Khazanah Nasional kerana ibu Farrah bekerja di situ




 

.

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites