Kol Abdul Fuad KPD (B) semasa dirawat diHospital Selayang
selepas terjatuh tangga dan mengalami kecederaan dikepala pada tahun 2011.
Bersama melawat ialah Kol Syafieq Ismail KPD, Mej Ismail Munir KPD, Mej Jen
Dato Mohd Raih Ismail RAMD dan Brig Jen Baharuddin Che Din KPD.
Salam
Dato, tuan tuan dan sahabat yang dihormati,
'Jika
terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi. Dalam irama ku kirim pesan
sebagai tanda aku dah pergi. Begitulah kalau nak diibaratkan, sebagai
madah terakhir dari seorang insan yang setelah uzur sekian lama,
akhirnya tunduk terhadap Ketentuan Ilahi dan kemudian telah kembali
keRahmatullah. Innalillahi wa'ina ilaihi raji'un. Begitulah KehendakNya.. hanya
kira kira lima bulan selepas arwah Brig Jen Akbar KPD meninggal dunia pada hari
Jumaat yang penuh barakah dan fadhilatnya, pada awal pagi Jumaat 18hb Okt 2013,
Kol Abdul Fuad Bin Mohd Amin KPD (B) mantan Pengarah Kor Perkhidmatan diRaja pula telah kembali
keRahmatullah.
When I was attached to 3 Supply in Kamunting, Taiping, Col Abdul Fuad (B)
is best remembered bila semasa beliau sebagai OC Sekolah Kor Perkhidmatan,
Taiping yang semasa itu hanya menjawat pangkat Mejar, with his team
telah berusaha gigih membuat proposal and presentation to convince 'Naziran' so to
upgrade the MSC School. When it was finally approved, he was promoted to Lt
Kol to command that establishment. Begitulah susah payahnya nak dapat naik
pangkat dalam KP semasa era dipertengahan tahun tujuh puluhan tersebut.
Selain
dari beberapa sahabat handai yang merupakan bekas pegawai dan anggota KPD, turut
melawat jenazah dikediaman arwah diTaman Sri Gombak Fasa 6 ialah mantan
Panglima Angkatan Tentera terdiri daripada Jeneral Tan Sri Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Hamid dan Jeneral Tan Sri Borhan Bin Haji Ahmad. Selepas solat Jumaat, diikuti dengan
bergemanya takbir sempena hari tasriq dalam musim haji 1434H, alHamdulillah jemaah yang penuh sarat satu Masjid
alKhairiah, Sri Gombak tersebut telah bersama mengerjakan solat jenazah. Dalam renyai
hujan pada hari Jumaat yang penuh Rahmat itu jenazah telah dibawa terus untuk
disemadikan ditanah perkuburan berdekatan.
Ya
Allah sesungguhnya hamba Mu, Abdul Fuad bin Mohd Amin dalam tanggungan Mu dan tali perlindungan
Mu. Perliharalah dia dari fitnah kubur dan siksa neraka. Engkau adalah Maha
Setia dan Maha Benar. Ampunilah dan belas kasihanilah dia. Sesungguhnya Engkau
Dzat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Shahih Ibnu Majah : 1/251, Abu
Dawud : 3/211)
Gambar
gambar sekitar ziarah arwah Kol Fuad
Dari kiri Mej Fatimah dan suami Mej Baharudin Jamil, Mej Shukri, Brig Jen Baharuddin Che Din, Mej Maharom Ali, Mej Ramli Mat Yusof dan Lt Jen Dato Mohd Salleh Ismail mantan DMI.
Mantan PAT, Jeneral Tan Sri Borhan Bin Haji Ismail semasa menziarahi arwah Kol Fuad dikediaman beliau diTaman Sri Gombak.
Mej Maharom Md Ali memberi penghormatan terakhir dan doa takziah : 'Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil dan bagiNya pula apa yang Dia berikan. Segala sesuatu bagiNya ada memiliki masa masa yang telah ditetapkan, hendaklah kamu bersabar dan pohon pahala dari Allah. Semoga Allah membesarkan pahalamu, dan kamu (keluarga) bisa berkabung (bersabar) dengan baik serta mayatnya diampuni Allah.
Jenazah dibawa keMasjid untuk urusan mandi jenazah, kafan dan solat jenazah.
Imam dan Jemaah membaca doa selepas selesai solat jenazah.

Hendaknya dalam perjalanan ini kau bekalkan ku, alFatihah
Lt Kol Sanudin KPD yang baru bersara dengan rakan seperjuangan dalam KPD, diluar perkarangan Masjid untuk mengiringi jenazah ketanah perkuburan.
Diperjalanan balik.. pekena steamboat and banana split diAEON alpha angle. Dato Salleh, Ramli Kinta, Maharom, Zainal dan Abdul Rani RAMD (Portsea)
Wassalam,
Z
0 comments:
Post a comment