Sunday, 27 October 2013

ASAM PEDAS DAGING TETEL



Sekiranya kita memandu melalui lebuhraya AMJ dari Melaka ke Muar tentunya akan berjumpa dengan beca gergasi diatas, disempadan antara Melaka dan Johor. Tahu dimana ?

Pada bulan Okt 2013 ini, tiga kali saya menjadi supir kepada Tok Mami kerana beliau telah dijadualkan untuk memberi ceramah motivasi anjuran JPA kepada kakitangan kerajaan yang diadakan diMelaka.  Sebut sahaja tajuk asam pedas daging tetel, tentunya fikiran kita terus zero in keMelaka sebab masakan tersebut terkenal diMelaka namun sekarang gulai asam pedas boleh didapati dimana mana sahaja Serupa juga dengan masakan Tom Yam yang mana during when I was in the service in the 70's, hanya boleh di-dapati diPadang Besar sahaja, bila pergi melawat detachment, diKem Rimba Mas diawal tahun tujuh puluhan.. Tapi sekarang ini, bersepah terdapat dimana mana. Dari Perlis sampailah kePengerang.. dekat dengan rumah Skot Taib EME diJohor, sekiranya ada gerai yang mempunyai lampu florescent yang berwarna warni.. ada lah Tom Yam disitu. Peleknya Tom Yam ni.. kalau kita makan disebelah sana Padang Besar, rasanya best, tapi bila kita bawa bungkus balik kesebelah sini.. rasanya tidak lagi ummph. Buah limau Cameron Highland juga manis kalau dimakan diatas tanah tinggi itu dan semasa convoy turun, my Pemandu berhenti di-sebelah kebun limau dan dia orang bukan ambil sebijik dua, tapi patah dengan dahan dahan limau sekali.. bawak masuk kedalam lori tiga tan. Bila sampai balik keKem, buah itu rasa masam, berbeza semasa rasanya diatas bukit.

Banyak kenangan manis semasa saya berkhidmat di Melaka and I got married in 1977 when I was the OC of 6 Supply in Terendak. Lt Gen (B) Salleh (DMI) who was the Adjutant of KP 3 Div then, advised me to write in to the CO and read to me sample of some application letters from other previous KP officers who got married with the wording, 'minta kelulusan dan restu dari pihak tuan'. Punyalah susah nak kahwin. I was practically on my own to prepare for the wedding and when my Cpl Pay Clerk came to know of my intention, he told me to get one of my civilian clerks, En. Isnin (typical nama orang Melaka), to do all the gubahan hantaran. Saudara Isnin ni.. jenis orang yang lembut and it was only then that I knew that he was also a dancer and active as ahli Kumpulan Seni dan Kebudayaan Negeri Melaka. My account clerk, Puan Aminah now a Datin, lends me and provided the bekas hantaran. Her husband, an RMR Capt was together with me during an Ops in Sungai Ruan, Raub, Pahang. Saudara Isnin stunned me with his classic gubahan of eleven hantaran. Escorted by Tuan Guru Shafie who was also with me previously in 20 Angkut semasa diSungai Petani.. I went for the akad nikah with confident and Skot Raja Shafauddin KP was my best man during the wedding ceremony.

Semasa seharian Tok Mami mengendalikan kursus tersebut, saya mengambil kesempatan untuk pergi keMuar untuk sarapan pagi dan seterusnya keBatu Pahat. Those days bila memandu hampir menuju pekan Muar, you will see almost every house is with the familiar TV aerial on a very tall pole to get the Singapore TV reception. Sekarang tiada lagi kerana sudah ada perkhidmatan Astro. Muar terkenal dengan Mee Bandung Muar dan Asam Pedas Ikan Sembilang. Rencah Mee Bandung Muar banyak terdapat dijual dipasarnya. There are two pasar that I know yang jual ikan Sembilang yang masih hidup. One is at Pasar Simpang in Taiping and the other one is at Pasar Awam Maharani in Muar. Banyak tempat yang dimulakan dengan nama Parit dalam perjalanan dari Muar keBatu Pahat. Salah satu iaitu pekan Parit Jawa yang juga terkenal dengan masakan Asam Pedasnya. Pekan Parit Raja pulak diBatu Pahat yang terkenal dengan Nasi Briyaninya. When I attended the KPD Junior Officer Course in Taiping, one of the Instructors was then Capt Hamzah Lazim and this Chartered Institute of Transport graduate, lectured at the University Tun Hussein Onn in Parit Raja. Skot Kasmuri and Skot Aziz Awang Hamat both of KPD, did the same and left the service when they qualified and acquired their Chartered Institute of Transport (CIT).

During the JOC course, we were doing exercise and driving the three tonne along the east coast of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johore. After crossing in those days by ferry at Endau and going towards Mersing, the Skot in front of me somehow was driving too slow or rather 'not fast enough' and it will be monotonous or dull and tedious for me to keep pace with him. I slowed down until he was far ahead and then I stepped on the accelerator and chase him until I am about near to him and slowed down again to repeat the same. I thought the Instructors were travelling by the Land Rover ahead of the convoy and didn't realised that Hamzah was in the last vehicle behind me and when we stop near Mersing, he came to my truck and said, 'Can I see the driver of this vehicle..'. Apa lagi.. lepas tu dia suruh I duduk dibelakang tiga tan tersebut and as punishment, barred me from driving, sampailah balik keTaiping. Punyalah boring duduk dibelakang sorang sorang.

Asam Pedas Parit Jawa mempunyai kelebihan berbanding Asam Pedas diMelaka kerana ikannya fresh memandangkan ianya dekat dengan jeti dan pasar ikan yang dibawa dari pemgkalan ikan disitu. Manakala daging tetel pula yang paling best pernah saya rasa ialah digerai didalam Pasar Borong Melaka yang hanya dibuka pada sebelah malam hingga kehampir subuh. Mereka menyediakan masakan daging tetel itu dan dihidangkan didalam periok tanah mini dan best dicicah dengan roti canai dan dimakan ditengah malam. Seorang bekas anggota Komando yang buka Restoren Asam Pedas Melaka diKL ini ialah 15449 WO 2 Haji Hussain Abas, bertempat diMedan Selera Taman Dagang Avenue, Ampang. Sebelum menyertai Rejimen Gerak Khas, beliau ialah Driver MT dengan 4 RAMD diKem Majidee sebelum pertengahan tahun enam puluhan dahulu. Saya mengetahui hal itu bila dia menceritakan kepada saya semasa saya  mula mula berjumpa dengan beliau bersama Mej (B) Baharin Kdo beberapa tahun yang lepas. Also known as Baharin PGB, together with one of his anggota Renger when he was with that Regiment, killed 13 bandits in Sarawak, almost single-handedly. We were together in a room during weapon course in PULADA.

Satu keistimewaan Encik Hussain ini ialah dia boleh ingat Regimental Number kebanyakan anggota 4 Melayu dahulu. Saya test dia dengan memberi nombor 3060.. dan lantas beliau menjawab, 'Itu Encik Mohd Zain'.., my father. Restoren Komando Kiosk beliau yang menyajikan masakan asam pedas dan daging tetel, adalah dekat dengan Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya dan berhampiran dengan Restoren Wong Solo iaitu masakan orang Solo, Indonesia seperti ayam penyet dan gado gado. Solo juga terkenal dengan Bengawan Solo-nya. Saya juga bertanya kapada Encik Hussain sama ada dia ingat akan seorang anggota yang tertembak dirinya sendiri semasa di 4 Melayu dulu. Dia terus menjawab, '11903 L/Cpl Sulaiman dan saya lah driver-nya semasa itu'.

Kejadian berlaku diTanjung Lompat, dekat Pengerang diJohor semasa membuat rondaan berhampiran laut semasa zaman Konfrontasi untuk mengesan pendaratan tentera Indonesia atas arahan Presiden Sukarno untuk 'menganyang Malaysia'. Senjata Sterling SMC 9MM yang diguna tersebut, buttnya terhentak agaknya semasa berada didalam Land Rover dan dengan jari beliau dipicu telah meletup dan pelurunya telah menembusi bawah hidung L/Cpl Sulaiman dan tembus ke-kepala beliau. Astaghfirullah hal Azim dan MasyaAllah.. 'Saya kaut darah bersama serpihan otak beliau dengan penutup water bottle dan bayangkan.. satu full magazine, 34 round.. hanya 19 round sahaja yang berbaki. Nasib baik beliau rebah ke-sebelah kiri kalau tidak, mungkin saya juga tertembak', Encik Hussain menceritakan kapada saya dan beliau terus sambung.. 'semasa saya nak pencen dulu L/Cpl Sulaiman masih 'hidup' di-Kampungnya diPontian'.

Peristiwa menyayat hati yang sedemikian tidaklah sekata dengan lirik lagu.. 'menantikan masa dikau pulang.. dihari bahagia. Seribu harapan.. kemenangan.. menjadi impian. Usah bimbang dihati.. tabah sabar, Satria Abadi. "Waspada" gerak geri.. bentengkan lah nusantara ini..'
 
Wassalam,
Z


Gambar gambar Tok Mami semasa memberi ceramah di Melaka. Gambar bawah ialah peserta pegawai dari DCA seluruh Malaysia


Daging tetel pasar borong Melaka


Typical menu: asam pedas ikan kembong, telur dadar, sayur kobis dan nasi digerai Asam Pedas, Parit Jawa

Sarapan di R&H Cafe, Muar. Salah satunya Cafe di Malaysia yang ada menyediakan sate pada pagi hari. Ada gambar DYMM Sultan Johor dan YAB Menteri Besar Johor yang pernah bersantai di Cafe ini. Memang best especially sate perut
Gambar rencah Mee Bandung Muar dijual diPasar Maharani, Muar
Ikan ikan yang dibawa naik dari jeti yang hendak dilelong kepada peniaga dipasar Parit Jawa sebelum dijual kepada orang ramai.
Haji Wak Sukiman sedang menjamu nasi briyani Mohd Shah yang terkenal di Batu Pahat. Harganya yang sederhana biasa, tentunya tidak menandingi briyani high end of Restaurant al Rawsha, Hadramout, Insaf Jalan TAR etc, yang terdapat di bandaraya KL. Wak Sukiman ialah sesama jemaah pada salah satu haji dengan saya

Lagi nama yang dimulai dengan Parit. Durian kampong dijual diParit Bakar.
 
Skot Capt Taib (B) EME dirumahnya diBelungkur Johor. Salah satu perniagaan beliau ialah mengusahakan perniagaan kapal membawa ayer di Pengerang Johor

Mej Hamzah Lazim (B) KPD semasa perkahwinan beliau dengan Mej QM Norizan KPD pada tahun 2009. Disebelah kanan beliau ialah Mej Shukri (B) KPD dan keluarga

WO II Haji Hussain Kdo digerai Comando Kiosknya

Mej (B) Baharin Jalil PGB, RGKM

Saudara Isnin, Zainal dan Tuan Guru Shafie semasa Majlis Akad Nikah. Skot Raja Shafauddin KP sebagai best man. 


Majlis Persandingan pada 24 July 1977 di Taman Selayang

Rukun mufakat hingga ke anak cucu

Cucu Zahra dan Sofea di hari raya Aidil Adha 1434. Nak tahu macam mana Zahra dan Sofea mewarisi rambut kerinting, tengok rambut Atuk masa muda... handchum..

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites