Menandatangani buku
pelawat digerai pameran Kor Perkhidmatan DiRaja sempena hari sambutan ATM ke 80
dipadang Selangor Club pada hari Ahad 22 Sep 2013.
Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia atau
ATM ke 80 pada 16 Sept 2013 yang lepas, ATM telah mengadakan Hari Sambutan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) Ke-80 pada hari Sabtu dan Ahad, 21 hingga 22
September 2013 di Dataran Merdeka. Tahniah dan syabas kepada ATM kerana telah berjaya
mempamirkan satu perbarisan raksasa pada pagi hari Sabtu 22hb yang telah
mengembalikan semangat keperwiraan kita dan tentunya telah juga mencetuskan semangat
kebanggaan oleh rakyat terhadap pasukan ATM kita. The parade
themed 'ATM Perkasa Kedaulatan Terpelihara' involved more than 5,000 officers
and men as well as about 200 assets encompassing the land, air and sea
services.The highlight of the parade was an emergency rescue of hostages by a
combination of ATM's special forces using real weapons and explosives.
Dalam
pada itu, pada hari Ahad 22 Sept itu juga, Majlis Veteran ATM telah mengadakan
Mesyuarat Agong Tahunan yang ke 14, diRoyal Selangor Club yang berhampiran
dengan tempat pameran hari sambutan ATM ke 80 dipadang Selangor Club atau
Dataran Merdeka. Suatu perkara yang amat dibanggakan untuk disebutkan disini
ialah mengenai Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV adalah hasil
inisiatif oleh Majlis Veteran ATM untuk meyakinkan kerajaan Malaysia bagi penubuhannya.
Mewakili
Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan DiRaja pada mesyuarat AGM Majlis Veteran ATM
tersebut, terdiri daripada Presidennya iaitu Brig Jen Baharuddin Che Din, Timbalan
Presiden Brig Jen Abdul Majid Daudsha, Bendahari Kol Mohamed Shafieq Ismail, Setiausahanya
Mej Amir Ahmad Abdul Majid dan saya, yang menurut perintah. Beberapa orang dari
Skot 22 juga telah hadhir mewakili Kor dan Rejimen masing masing. Mereka terdiri
daripada Skot Lt Kol Nik Omar alHaded dari Kelab Veteran Komando, Skot Lt Kol
Osman Yaacob dari Pertubuhan Veteran Kor Ordnans dan Skot Mahmood Arshad RAMD.
Segala
pembentangan dan lapuran mengenai AGM tersebut tentunya akan dilapur dan dikeluarkan
oleh Setiausaha Majlis Veteran ATM iaitu Capt Badri Khalid dikemudian hari
namun sukacita diturunkan dibawah ini liputan gambar gambar pada hari mesyuarat
tersebut. Para perwakilan kemudiannya satelah tamat mesyuarat telah disajikan
dengan nasi beriyani RSC. Alhamdulillah.
Ucapan aluan oleh
Presiden Majlis Veteran ATM Lt Kol Datuk Abdul Hamid Ibrahim
Lt Kol Zainal Abidin Mohd Dan selaku Bendahari
membentangkan penyata kira kira.
Welcome to the Club. Mej Jen Dato Dr Mohanandas mewakili Persatuannya yang telah diterima masuk sebagai ahli Majlis Veteran ATM.
Wakil dari Bekas Askar British menyuarakan kelohan mengenai persatuannya. Dikiri kanan beliau ialah Brig Jen Baharuddin Che Din KPD dan Capt Badri selaku Setiausaha Majlis Veteran ATM
Sebahagian dari wakil dari ahli pertubuhan masing masing, Col Shaffieq KPD, Mej Shamsul Qamar RAMD dan Skot Mahmud Arshad.
Skot Lt Kol Osman Yaacob stressing his point.
Brig Jen Dato Roslan Rashid RAMD, Skot Lt Kol Nik Omar KDO dan Zainal
Anggota KPD dengan pack ration dihadapan gerai Pameran Hari Sambutan ATM.
0 comments:
Post a comment