[1] Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
- [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. al Asr. Jam menanda waktu waktu solat didinding masuk Majidil
Nabawi diMadinah. Waktu solat Isyaq dilewatkan setengah jam diwaktu bulan
Ramadhan
[80] Dan
pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku
ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta
keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan
berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang
menolongku”, Sadaqallahul ‘Azim. Surah al Israq.
Assalamualaikum wbrt. Pertamanya marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, inayah dan kemurahanNya telah memberi kita sebaik kesihatan dan kekuatan serta menemukan kita dan masih lagi tekun InsyaAllah melaksanakan amal ibadat difasa terakhir pada bulan yang mulia ini dengan penuh harapan agar kita tergulung dikalangan mereka ‘yang terlepas dari seksa neraka’. Selawat dan salam kita panjatkan keatas junjungan besar nabi Mohamad SAW serta kaum keluarga. Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim
Alhamdulillah dengan kalimat doa seperti ayat 80 surah al Israq diatas, pada 25 Jul bersamaan 16 Ramadhan 1434H yang lepas, saya dan isteri telah berangkat untuk menunaikan umrah dan satelah 3 hari diMadinah alMunawarrah kini telah selamat berada ditanah suci Mekah, baladilamin. Akhir Ramadhan sebagaimana yang dijanjikan ,‘terlepas dari seksa neraka’ dan sebab musababnya masuk neraka tentunya adalah lantaran melakukan dosa yaini mereka dalam golongan mujrimun. Nabi Mohamad, rasul Allah lahir didalam zaman dan dalam kalangan Arab Jahiliah or ignorant. Bukan maksud mereka tu bodoh atau bangang tetapi kerana mereka dalam context tidak pernah diberi dan mendapat petunjuk dan hidayah sebagaimana Bani Israel yang diturunkan kepada mereka akan rasul demi rasul dari Nabi Yaakub a.s. sampailah kepada Nabi Isa a.s. “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai”. Begitu firman Allah terhadap Rasulullah SAW melalui surah Yaa-Siin ayat 6 kerana orang Arab adalah dari salasilah Nabi Ismail yang tiada terdapat sebarang rasul pemberi peringatan sehinggalah lahirnya baginda nabi Mohamad SAW berbanding Bani Israel yang berasal dari Nabi Ishak yang telah lahir banyak zuriat dari para nabi dan rasul walau pun pada hakikatnya kedua mereka adalah anak dari Nabi Ibrahim a.s.
Melainkan segelintir dari kalangan pakatan Abu yang kita kenali, seperti Abu Lahab, Abu Jahal dan yang seangkatan dengannya, Arab jahiliah ini apabila diberi peringatan dengan petunjuk hidayah terhadap syariat ketuhanan atau tauhid, mereka lantas beriman dan bertaqwa berbanding dengan kaum Bani Israel yang banyak diceritakan didalam al Qur’an akan dolak dalik dan penentangan mereka terhadap nabi nabi sehinggakan ada yang mereka bunuh. Allah SWT telah menjanjikan umat nabi Mohamad SAW bermacam amalan ganjaran pahala untuk menyaingi umat nabi terdahulu yang mana mereka itu ada yang telah dilebihkan dari segi kekuatan dan umur. Salah satunya ialah ganjaran pahala amalan dimalam Lailatul Qadar yang ganjaran pahalanya bersamaan amalan lebih baik dari seribu bulan. Alhamdulillah terdapat beberapa tempat ditanah suci yang fadhilat ganjaran pahalanya digandakan dan doa yang dimakbulkan. Tuan tuan tentunya sedia maklum mengenai tempat dan perkara tersebut termasuklah ganjaran pahala amal ibadat yang dilaksanakan didalam Masjidil Haram ini, maka kalikan sahajalah dengan seribu bulan sekiranya amalan tersebut bertepatan dengan malam tersebut, InsyaAllah. Semoga ianya dapat menjadikan rangsangan kepada kita semua bagi meningkatkan amalan kita dan kepadaNyalah kita berharap.
Manusia tiada terlepas dari membuat kesalahan dosa, jadi dosa apa yang boleh sampai terjerumus masuk neraka yang kita ingin dan harapkan agar terlepas darinya yang dijanjikan pada sepuluh akhir Ramadhan sekarang ini? Senang cerita dan mengenali sesama kita or we same same we, what to count dan didalam kesempatan yang ringkas ini, saya mengajak tuan tuan dan mari kita ambil fahaman atau approach mudah dengan merangkumkan jenis dosa itu kepada dua sahaja. 'Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. Surah al Baqarah ayat 35. Buah dari pokok tersebut yang dinamakan oleh Iblis sebagai khuldi. "Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” Surah Thoha Ayat 120. Kita sedia maklum akan kesudahan ceritanya iaitu sebab musababnya sehingga nabi Adam a.s. diturunkan kedunia.
Namun dengan Rahmat serta sifat pemurah lagi maha mengasihi Allah, satelah Nabi Adam diturunkan kebumi, Allah telah memberi hidayah kapadanya dengan kalimat yang lazim kita baca, iaitu : 'Rabbana zalamna anfusana wa'ilamtarfirlana watar hamna lanakunnana minal qashirin' 7:23. Yaini, 'Ya Allah., sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku ini, sekiranya Engkau tidak mengasihini akan diri ku ini Ya Allah., maka tergulunglah aku kapada orang orang yang rugi'. Maka Allah mengampuni akan kesalahan atau dosa Nabi Adam a.s. Maka kesimpulannya dosa lantaran kesalahan dengan bertaubat dan meminta ampun kepada Allah SWT akan mendapat keampunan, InsyaAllah. Itu jenis dosa yang pertama. [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [71] Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; Surah al Furqan dan 'tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); maka sesungguhnya Aku Maha Pangampun lagi Maha Penyayang. An Naml Ayat 11. Sadaqallahul 'Azim.

[71](Ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ” Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia – Adam dari tanah; [72]” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud
kepadanya “. [73] (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah
sekalian malaikat, semuanya sekali, [74] Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur
mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir. [75] Allah
berfirman: ” Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada
(Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku
sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? ” [76] Iblis
menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku
dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.[77] Allah
berfirman: ” Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya
engkau adalah makhluk yang diusir. [78] ” Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus
menerus hingga ke hari kiamat!” [79] Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Jika demikian,
berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) “. [80] Allah berfirman:
” Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh [81]”
Hingga ke hari masa yang termaklum “.
[82] Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, [83]” Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “. [84] Allah berfirman: ” Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan [85]” Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya “ [86] Katakanlah (wahai Muhammad): ” Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada “. [87] Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. [88] Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi. Sadaqallahul 'Azim. Surah Shaad.
Walau pun disebut bahawa Iblis itu dicipta dari Kekuasaan Allah namun perhatikan akan sifat sifat durhaka makhluk yang dilaknat itu didalam ayat diatas seperti sombong, takbur dan mengingkari atau menentang dan rebellious serta menganggap diri dari golongan tinggi. Maka dengan ciri dan sifat sifat yang sedemikian itulah terjadinya jenis dosa yang kedua yang tidak akan mendapat keampunanNya apalagi golongan orang kafir yang mensekutukan Allah, Na’uzubillah min zalik yang tetap megah sombong dengan sikap mereka yang tidak mahu sujud atau kow tow sikit pun kepada Allah SWT. Mereka yang akan sama tergulung adalah mereka yang tidak ikhlas yang menyebabkan mereka tersesat mengikut godaan Iblis dalam amal ibadat dan menggunakan serta menjual akan ayat Allah bagi kepentingan selain dari tujuannya yaini hanyalah sebagai peringatan untuk semua manusia. Senang cerita : [102] Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. [103] Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam. Surah al Mukminun. Sebaliknya, "Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka". Sadaqallahul;Azim Surah al Ahqaaf Ayat 16.
Begitulah sekilas pandangan yang tercetus dari selintas suasana keamanan didalam Masjidil Haram ditanah suci Mekah ini bagi sama sama kita renungi. Akhir kata kepada warga Skot 22, anggota dan bekas anggota ATM serta sahabat dan rakan taulan yang mengikuti blog ini dan tidak terlalu awal saya mengucapkan :

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ
اَجْمَعِيْن
Ya Allah,
menjelang bulan Syawal yg mulia ini, muliakan akan saudara ku ini, sayangilah saudara aku ini
sekeluarga. Berkatilah keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkanlah rezekinya,
kuatkanlah imannya,. Berikan kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah daripada fitnah
dan penghinaan. Suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta
taqwa, Amin.. Ya Rabbal a'alamin.
Zainal Abidin
dari
Masjdil Haram, Mekah28 Ramadhan 1434 H
Menunggu
waktu berbuka didataran Masjid Nabawi. Ada nasi beriyani
Selesai berdoa diRaudah sekitar pukul 2 pagi. Perhatikan carpet hijau dikawasan Raudhah

Ziarah
Masjid Quba’
Ziarah
makam Syuhada’ Uhud. Dibelakang ialah Bukit Pemanah yang terjadi peristiwa turunnya
ayat 3 Surah Saff
Perjalanan dari
Madinah ke Kota Suci Mekah dan bermiqat diBir Ali untuk membuat umrah. Tok Mami
bersama Puan Patehanum (ex-MAS)
Tok Mami selesai berdoa dihadapan Makam Ibrahim
selepas tawaf
Selesai membuat Tawaf
dan menunggu untuk berbuka puasa dengan dua gelas air zam zam, gahwa dan beberapa biji
buah korma rotab di dataran dihadapan Ka’abah sebelum membuat Sa’i
Kemudian menuju dan mula untuk membuat Sa'i

Sempurna membuat Sa’i dan siap untuk solat Isyaq
dan tarawikh dihari pertama diMasjidil Haram
Selesai
solat subuh pada hari kedua
Miqat diAishah atau Tanaem. Tanda sempadan tanah haram dan tanah halal
Anak angkat kami, Essam dan ibu serta anak beliau Ritaal datang ziarah dibilik hotel. Rasulullah SAW datang membuat umrah dalam erti kata termasuk juga menziarahi sanak saudara. Itulah maka sebagai sunnah saya jadikan saudara Essam dan keluarga orang Jawi atau Patani yang duduk diMisfallah sebagai anak angkat
Selesai solat tahajjud dan
Witir sekitar pukul 3 pagi. Balik keHotel untuk bersahur dan siap untuk
mengerjakan umrah selepas solat subuh. Jam besar diZam Zam Tower dihadapan Masjidil Haram.
Beginilah ramainya jemaah yang
baru keluar dari Masjidil Haram selepas solat tahajjud dan Witir
Not for the soft and faint hearted. Berebut
rebut untuk menaiki bas untuk pulang selepas balik dari solat subuh
Deretan Bas untuk jemaah pulang selepas solat tarawikh sekitar
pukul 11 malam. Oleh kerana banyak bangunan hotel disekitar Masjidil Haram diruntuh untuk pembangunan semula, ramai Jemaah yang menginap jauh dan terpaksa menaik bas untuk berulang alik keMasjidil Haram
Balik dari solat Jumaat yang merupakan Jumaat
terakhir bagi bulan Ramadhan 1434H ini
The heavens open. Alhamdulillah seakan Allah
memperkenankan doa hambaNya, pada petang Jumaat sebelum masuk waktu Asar, bumi Mekah telah diRahmati dengan hujan yang
turun dengan lebatnya. Adakah ianya petanda malamnya merupakan malam Lailatul
Qadar,. Walahu’alam
Solat
Tahajjud diDataran Masjidil Haram pada malam 27 Ramadhan
Video Qiamulail Malam 27 Ramadhan (click to view)
-
0 comments:
Post a comment