And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and
offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous." Surah al-Furqan ayat 74. Children reciting the al Qur'an just before dusk during Ramadhan in Masjidil Nabawi.
Salam Skot dan Sahabat yang dihormati,
Saya teringat semasa sampai dengan keretapi malam dari
Kuala Lumpur dan hendak melapur diri untuk menjalani kursus Kor Perkhidmatan,
Junior Officer Course atau JOC diTaiping pada tahun 1973 dan sampai di-stesyen
keretapi Taiping pada sekitar waktu subuh. Didalam suasana kelam dan keheningan
subuh tersebut terdengar azan mengalun, ‘asholaa
tukhairun minan naum’, dari masjid yang berdekatan. Subhanallah dan
menyatakan kebenaran didalam kehidupan yang tengelam didalam kegelapan iman,
itulah kalimat yang kembali saya dengar sejak sekian beberapa tahun dari mula
menjalani latihan sehinggalah ditauliahkan malah tidak malu saya nyatakan lebih
lama dari itu semasa megah dan bangga berkhidmat sebagai seorang pegawai
tentera. Kebanyakan kita tentunya faham akan maksud ungkapan tersebut maka
kepada Allah SWT kita kembali dalam erti kata bertaubat nasuha 66:8 dan
beristifar sebanyak banyaknya. Sekiranya sehingga kini pun masih tiada berubah maka tidak perlulah membaca akan penulisan ini seterusnya kerana diyakini tidak akan mampu untuk difahami malah jauh untuk dapat dihayati.
Walau pun pada zaman tersebut adalah era insurgency, sebenarnya
Bandar Taiping aman damai dengan Taman Tasik dan Lake Clubnya dan unit serta
pasukan yang berpengkalan diTaiping lazimnya keluar menjalankan operasi
dikawasan sempadan Perak/Kelantan/Kedah dan Perlis. Seperkara yang unik
mengenai Bandar Taiping ialah mengenai hujan. Taiping terletak
di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448
meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling
kerap menerima hujan yang
lebat, hampir 320 hari setahun. Berbeza pula keadaannya dikawasan padang pasir
seperti ditanah suci Mekah atau Madinah yang mana hujan kadang kala tidak turun
sehingga berbulan bulan lamanya. Apabila turun ianya merupakan Rahmat yang
besar seperti banyak yang dijelaskan didalam alQur’an akan Kekuasaan Allah SWT.

‘Dan Dia lah yang menurunkan hujan
dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis
tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau,
Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan
dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan)
tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan)
kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk,
rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya
apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang
beriman’. Sadaqallahul ‘Azim. Surah al An’aam Ayat 99.
Didalam posting yang lepas saya telah menceritakan
bahawa bumi Mekah telah dilimpahi Rahmat dengan turunnya hujan sebelum waktu
Asar pada hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan 1434H. Ada mereka bertanya kenapa
Tok Mami seorang sahaja yang memakai payung dan tidak berkasut? Dari ribuan Jemaah Malaysia malah jutaan jemaah yang datang ketanah suci Mekah, bolih dikatakan hanya kami sahaja yang mempunyai payung!. Biarlah cerita itu menjadi misteri kerana takutilah kamu tentang firasat orang orang mukmin, kerana orang mukmin itu melihat dengan cahaya Allah. Semasa gambar itu
diambil, hujan sudah pun mulai reda dan kerana hendak mengejar waktu Asar yang sudah hampir, kami terpaksa
meredah ayer dan hujan sejauh kira kira 200 meter sebelum sampai kedataran
tersebut. Sukacita diturunkan gambar gambar berikut untuk penjelasan seterusnya
dan oleh kerana bulan Syawal ini adalah merupakan bermulanya bulan haji,
sukacita juga saya imbaskan kembali kisah dan kenangan silam disatu peristiwa
yang sama sewaktu turunnya hujan pada musim haji tahun 2009 bersamaan 1430H didalam
tajuk diatas untuk renungan bersama.
Lenjun dan berkaki ayam kerana kasut terpaksa
ditanggalkan untuk meranduk air
Sampai didataran diluar perkarangan Masjidil
Haram. Kasut dan stocking berada didalam bag. Orang lain kebanyakannya memakai
slipper maka tidak perlu ditanggalkan
Hari Sabtu berikutnya yaini selepas waktu Asar
pun hujan telah turun juga tetapi hanya seketika. Para jemaah yang berlindung
dipintu Zam Zam Tower berdoa semasa menyaksikan hujan turun
Al kisahnya semasa sampai diMadinah alMunawarah pada
awal Ramadhan pada tahun 2009, tanah suci Madinah terutama disekitar Masjidil
Nabawi telah dilimpahi Rahmat dengan turunnya hujan sehinggakan jemaah terpaksa
mengangkat semula hidangan untuk berbuka puasa terutama ditempat yang berpayung
kerana tempias didalam Masjid Nabawi itu. Beberapa hari kemudian setibanya saya
diMasjidil Haram, Baladil Amin kota suci Mekah pula disirami seketika dengan hujan
yang renyai renyai namun itu sajalah bagi tanah suci yang aman ini, menyaksikan
turunnya hujan.
Saya menyatakannya demikian kerana semasa saya datang
semula untuk mengerjakan haji pada tahun yang sama dan selepas beberapa hari
tiba diMekah untuk menunaikan ibadah haji tersebut, Imam Masjidil Haram telah
membuat pengemuman supaya jemaah kembali semula keHaram selepas syuruk pada
keesokan harinya untuk membuat sembahyang 'istiqa' iaitu untuk memohon kapada
Allah SWT supaya menurunkan hujan kerana Mekah dan sekitarnya tidak mengalami
hujan sejak sekian lama malah keadaan telah berjerubu. Pernah pada bulan
Ramadhan pada suatu tahun sebelumnya solat istiqa’ ini juga telah diadakan
namun sebulan dalam bulan Ramadhan tersebut tidak menyaksikan walau setitik pun
turunnya hujan. Berbeza dengan zaman sekarang, kebanyakan mutawif (tour guide) semasa
itu terdiri dari orang orang Patani. Saya teringat seorang mutawif ketika itu
dengan penuh dukacita dan kesalan terhadap pihak berkuasa Saudi yang menangkap
orang orang Patani dan kemudian menyaksikan mulanya susut akan kegiatan atau pekerjaan
mereka sebagai mutawif dan beliau mengatakan bahawa itulah dosa yang dilakukan
terhadap mereka lantaran maka Allah tidak menurunkan hujan pada sekian lama.
Sekarang ini rata rata pekerjaan mutawif telah diambil alih oleh orang orang
Indon.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT pada tahun
2009 itu, sedang ramai jemaah mula bertolak pada 8 Zulhijjah keArafah untuk
berWukuf pada esoknya, iaitu tanda mulanya ibadat haji, Masjidil Haram dan
jazirah Mekah telah dilimpahi Rahmat dengan turunnya hujan, mulai sejak masuk
sahaja waktu Zohor hinggalah kewaktu Asar, seolah menyahut dan menerima akan
seruan hamba hambaNya dengan talbiah, 'hamba mu datang untuk menyambut
panggilan Mu ya Allah, hamba Mu datang dan tiada sekutu bagi Mu. Sesungguhnya
segala kepujian, segala nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu dan tiada sekutu
bagi Mu.. kami datang menyambut panggilan Mu ya Allah..' dan guruh bersahutan
diikuti hujan yang sekali sekala lebat. Jemaah didalam Masjidil Haram menadah
tangan melebihi diatas kepala dan ada yang sujud.. merafaqkan syukur dengan
kalimat doa dan harapan masing masing.
Ramai jemaah dari negara asing yang sudah pun mulai bergerak
dengan berjalan kaki sejak selepas waktu subuh lagi untuk keArafah dan saya
yakin menyatakan bahawa mungkin tidak ada jemaah dari maktab saya yang ada
didalam Masjidil Haram yang sudah agak lengang ketika itu untuk menyaksikan
peristiwa tersebut kerana semua mereka telah diperingatkan supaya bersiap sedia untuk berangkat keArafah untuk
tujuan wukuf mengikut giliran menaiki bas mulai waktu Asar. Oleh kerana jarak
jauhnya maktab tersebut dari Masjidil Haram dan peri pentingnya akan wukuf,
kebanyakan mereka telah bersiap sedia sejak sebelum masuknya waktu zuhur lagi.
Malah ada jemaah swasta yang telah sampai diArafah sejak waktu zuhur dan
khabarnya mereka telah ditimpa angin dan hujan semasa memasuki khemah diArafah.
Selepas sahaja menunaikan solat Asar diMasjidil Haram saya bergegas kembali
keMaktab dan semua rakan sebilik telah siap memakai ihram dan menunggu
kedatangan bas dilobby dan semasa kami sampai diArafah sekitar waktu Maghrib
keadaan gelap gelita kerana lampu telah terpadam disebabkan ada wayar letrik
yang terendam didalam air dan kembali pulih dan terang semula sekitar waktu masuk Isyaq.
Selesai sahaja Wukuf pada hari Khamis itu, mulai dari
waktu Maghrib, jemaah Maktab 80 dan 81 mula bergerak menuju Mina melalui
Mudzalifah.''Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya''. Alhamdulillah langit diMudzalifah diliputi bintang bagi jemaah
berMabit dikawasan lapang yang tiada mempunyai khemah, sambil mengingati Allah
sebanyak banyaknya sebagai mana yang telah dianjurkan didalam kitab suci Allah didalam surah alBaqarah ayat 198 tersebut.
Sebaik sahaja selesai separuh malam, puluhan bas mulai bergerak untuk membawa
jemaah keMina untuk jadual ibadat seterusnya. Saya terus sahaja keJamratul
Qubra untuk melontar pada hari Nahar dan setelah selesai, saya pun kemudian
beramai ramai dengan jemaah yang lain, berjalan balik keMakkah dan menuju
keMasjidil Haram tetapi hanya sempat untuk mengikuti khutbah Hari Raya Eid ul
Adha yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Selepas selesai solat Jumaat pada
hari itu , saya pun mengerjakan tawaf Ifadah atau tawaf haji dan apabila semasa
didalam pusingan ketiga, hujan gerimis telah turun seolah merestui akan doa
hamba hambanya. Hampir sejam barulah selesai tawaf tersebut kerana ramainya
jemaah dan diikuti pula dengan membuat Sa’i.
Setiap kali selesai melontar, saya balik keMakkah pada siang hari dan kembali semula keMina untuk bermabit selepas selesai solat Isyak dengan membawa makanan untuk berkongsi makan dengan jemaah lain diMina terutama untuk sarapan pagi pada keesokannya, kerana diMina jemaah hanya disajikan dengan Mee segera sahaja sedangkan saya membawa nasi beriyani ayam dan roti arab. ‘Amalan yang terbaik didalam Islam ialah menjamu orang (yang soleh) makan dan memberi salam. Mafhum hadith juga, ‘salah satu untuk mendapat haji yang ‘mabrur’ ialah dengan memberi orang makan’. InsyaAllah. Setelah menyaksi dan membuat korban diMina Muassem, selepas melontar pada hari Tasriq kedua iaitu pada sekitar waktu Dhuha, saya pun terus membuat niat Nafal Awal dan balik terus keMekah dan sempat untuk solat Zohor diMasjidil Haram. Maka alHamdulillah, sempurnalah ibadat haji bagi saya.. hanya menunggu untuk pergi keMadinah dikemudian hari untuk mengunjungi makam Rasullullah SAW dan menziarahi kota suci Madinah al Munawarah, InsyaAllah.
Setiap kali selesai melontar, saya balik keMakkah pada siang hari dan kembali semula keMina untuk bermabit selepas selesai solat Isyak dengan membawa makanan untuk berkongsi makan dengan jemaah lain diMina terutama untuk sarapan pagi pada keesokannya, kerana diMina jemaah hanya disajikan dengan Mee segera sahaja sedangkan saya membawa nasi beriyani ayam dan roti arab. ‘Amalan yang terbaik didalam Islam ialah menjamu orang (yang soleh) makan dan memberi salam. Mafhum hadith juga, ‘salah satu untuk mendapat haji yang ‘mabrur’ ialah dengan memberi orang makan’. InsyaAllah. Setelah menyaksi dan membuat korban diMina Muassem, selepas melontar pada hari Tasriq kedua iaitu pada sekitar waktu Dhuha, saya pun terus membuat niat Nafal Awal dan balik terus keMekah dan sempat untuk solat Zohor diMasjidil Haram. Maka alHamdulillah, sempurnalah ibadat haji bagi saya.. hanya menunggu untuk pergi keMadinah dikemudian hari untuk mengunjungi makam Rasullullah SAW dan menziarahi kota suci Madinah al Munawarah, InsyaAllah.
Saya telah berdoa untuk kesejahteraan bersama, maka
sama samalah kita mengharap agar Allah memperkenankannya, Amin ya Rabbul
'alamin.. Allahu’akbar Allahu’akbar Allahu’akbar, sekiranya segala pengalaman
yang telah saya lalui semasa menunaikan haji ini adalah petanda akan Allah
merestui akan doa dan hajat saya terhadapNya maka tersungkurlah saya didalam
sujud memuji dan membesarkan KeAgongan serta RahmatNya yang dengan inayahNya
telah menganugerahkan petunjuk, hidayah dan rezekiNya serta NIKMAT yang tidak terhingga
kepada ku dan kemudian telah menjadikan saya salah seorang dari jutaan manusia
dijemput khas untuk diperlihatkan tanda kekuasaan Allah yang Maha Esa.
Allahu’akabar !!
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau
sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Surah ad Dhuha.Wasalam,
Z
Makkah, 14 Zulhijjah bersamaan 011000Hrs Dec 09
Hujan turun dengan lebatnya diwaktu Zuhor sehari
sebelum D Day atau hari wukuf
Begini keadaan sewaktu hujan hampir reda dan
jemaah meneruskan ibadah tawaf disekeliling Ka’abah atau Baitullah
Keadaan diluar Masjid pada waktu Asar selepas
hujan lebat
Menjamu
sesama jemaah diMina dengan makanan yang saya bawa dari Mekah
Menyaksi
dan membuat korban diMina Muassem
Waktu
pagi sebelum subuh diMina. Jemaah beratur untuk ‘ya qadzial hajat’.
Melihat
jemaah beratur untuk membuat tahalul semasa diperjalanan balik kehotel, diMekah
Membuat
aqiqah semasa mendapat cucu Zahra
Zahra
(kiri) sekarang berumur 4 tahun bersama adiknya Sofea.
Saudara Mohd Ali dan En Borhan@Bob TNB. Selesai
membuat tawaf wida’ untuk berangkat pulang keMalaysia. Saudara Ali seorang
arkitek dari JB juga orang kuat YB Datuk Shahril Samad pernah duduk sebilik
dengan saya semasa membuat ibadah haji pada tahun 2009 itu. Pada tahun tersebut saya menunaikan haji secara berkelana atau seorang dan mengulanginya dengan Tok Mami pada tahun 2011.
Mak Nenek dressed to kill. Tok Mami bersama Hjh
Patehanum dan suami, Hj Fadilah menunggu bas dihadapan Hotel Le Meridien untuk
kelapangan terbang diJeddah pada hari terakhir ditanah suci Mekah
Lawyer Tuan Sheikh Mohamad, Mamu Ismet dan Abuya
Fadilah semasa diterminal Haji diJeddah menunggu jadual pesawat SV untuk
kembali ketanah air
Kembalinya keRahmatullah seorang rakan. Aruah saudara Abdul Wahid B. Abdul Wahab yang berasal dari Grik yang duduk sesama diHostel Klipot. Saya sempat melawat beliau diIJN apabila diberitahu oleh ACP Nasa sebelum berangkat menunaikan umrah tempuh hari . Itulah pertama kali saya berjumpa aruah Wahid sejak keluar dari sekolah. Beliau seorang pesara Pos Malaysia dimaklumkan oleh isteri, meninggal dirumahnya diGrik pada hari Khamis 15 Ogos yang lepas. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat, al Fatihah dan kaedah membacanya
Open House 11 Syawal bersamaan 18 Ogos 2013
Farrah bersama bonda
Hasbullah Halliburton bersama tok besan Hj. Hizan dan Hjh. Siti Fatimah
Bersama Dato' Ahmad Husni dan keluarga
0 comments:
Post a Comment