Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Mengandungi 159 tajuk kecil yang menghimpunkan kisah dan sejarah ketenteraan iaitu keperwiraan dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa di-zaman insurgensi,

Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Turut mengandungi bingkisan coretan kenangan dan nostalgia serta bimbingan agama dengan dimuatkan ayat ayat al Quranul Karim sebagai renungan dan puluhan selingan lagu lagu, clip video dan website info.

Penyerahan buku dan CD, Inilah Barisan Kita Skot 22 kepada Mejar Jeneral Dato` Nordin Bin Haji Rahok, Ketua Pengarah dan Pengerusi Kor Perkhidmatan DiRaja

Inilah Barisan Kita Skot 22

Inilah Barisan Kita Yang Ikhlas Berjuang

Friday, 30 August 2013

RUFFLE THE PEACOCK'S FEATHERS


Menghadiri jemputan Sambutan Selamat Hari Raya Aidil Fithri Kor Perkhidmatan DiRaja di 91 Depot Bekalan Pusat, Batu Caves pada 25 Ogos 2013.


Salam Dato, Skot dan Sahabat yang dihormati.

Before I proceed and recollecting during attending a course, let’s have a little sketch or drama so to give a good vital force and a shot of adrenalin into the scenario. Early in the week in conjunction with the Merdeka celebration, the Utusan Malaysia highlighted a two page articles on Kor Amor DiRaja, it’s history and their heroic and courageous personnels that have contributed to the sovereignty of our beloved country. As the article also featured our Dato Mej Gen Yunos Long, and Kelab pesara Kor Armor or KEBAL and while enjoying the Tanglin’s wantan mee, I sms to him the following and cc it to couple of ex Generals and few retired KPD officers and colleagues:
Salam Dato, Ada cerita bersemangat didalam Utusan Malaysia on page 8 and 9. Cantik... Syabas. One up for the Peninjau !! Tapi kalau tak ada MSC Cook and Supply., kebal macam mana pun kena hantar Re-Sup jugak. Am now at Tanglin pekena wantan mee. Cheers. Wassalam Z.
With few acknowledgements received  I got one interesting message from Mej Gen Dato Hashim Yahaya : Semuanya penting Nal.Tak ada sapa yang boleh kata dia terer dari yang lain. Of course I don’t wish to argue with an Ex GOC and politely replied : You are certainly right Dato. Saja nak usik Dato Yunos. Jumpa Dato Capt Nordin KPD (diAirport Jeddah) masa  balik dari buat umrah pada Ramadhan lepas. Posted the cerita in my website. His reply : Roger. Salam Sejahtera. Alhamdulillah selamat. As both of them went solo, Dato Hashim Yahaya shared a room with Dato Nordin KPD during our expedition into Israel and visiting Baitulmaqdis in Dec last year.
As though to put thing into perspective the RAFOC’s Secretary, Lt Col Nawawi then replied with the following : Sdr Zainal, tq 4 d alert. Akan baca. Blm keluar rumah. Agreed – MSC pun hebat ! Kena tulis artikel juga. Selamat pekena wantan mee. Lama tak ke Tanglin pekena nasi lemak ! Salam – Nawawi. Well, with due respect, the crux is that perhaps everyone of us should participate and contribute and manifest our perjuangan so the Y Generation tahu and recoqnise our perngorbanan as it is now.. too much politikings. That was my brief comment and the end of a short episode : carik carik bulu ayam.. or more proudly and appropriately, ruffling the peacock's feathers.
 
Maj Gen Dato Hashim Yahaya, third from left and beside him is Dato Capt Nordin KPD followed by Brig Gen Rahman Jabir and yours truly.
 
Pada 25 Ogos yang lepas saya dan isteri telah dijemput untuk menghadiri jamuan rumah terbuka warga Kor Perkhidmatan diRaja dan oleh kerana itu adalah pertama kali saya dijemput pada majlis yang sedemikian sebagai courtesy, saya menghantar sms berikut kepada Kol Jaafar Marlan selaku Pengarah Kor : Salam Tuan, Thank you so much for inviting me and my wife to the KPD Selamat Hari Raya open house at the CSD today. We had a wonderful time, it's an occasion I'll never forget as it's the first time I've been invited to such an event since leaving the service in 1978. It sure brings back the fond memories and nostalgia and helped to know the existing officers and gentlemen in the Corps. The following are some pictures during the occasion.
 
Sudut tandatangan
 
With the current KPD’s Director of Supply and Transport, Col Jaafar Marlan
 

Ex KPD’s, Dato Lt Gen Mohd Salleh Ismail Ex DMI, Brig Gen Majid, Zainal and Col Nahu Juri
 
 
The Young and the Veterans : Col Badran, Col Shaffieq (Rtd), Zainal and Lt Kol from Jabatanarah KPD

 
Many thanks for the invitation.
 
Pada hari Khamis 29 Ogos yang lepas pula, Lt Kol Ramli Kinta KPD memaklumkan yang dia bersama isteri berhajat untuk datang berkunjung untuk berhari raya. Expert as I've been OC of Supply before, selepas solat Zohor saya pun pergi kePasar Tani, Kg Pandan untuk mencari segala bahan bahan untuk dimasak selain membeli lemang, ketupat dan buah buahan. Dalam masa kira kira tiga jam kemudian Tok Mami telah siap dan berjaya untuk menyediakan masakan dan hidangan sepert yang didalam gambar berikut. Saya telah memanggil beberapa sahabat untuk datang bersama dan alhamdulillah, Dato Salleh telah sudi hadhir.

 
Mee Udang, Nasi Tomato, rendang itek salai Negori Sembilan dan rendang udang besar orang Kuale, grilled salmon, ketam goring, ketupat palas dan lemang. For dessert : pengat deroyan dan pulut serta kek dan buah buahan limau tambun. Teh tarik and apple tea of Istanbul to wash it down untuk menyambut exKPD Lt Jen Salleh dan Lt Kol Ramli Kinta dan isteri for a private dinner sempena sambutan hari raya on 29 Aug 2013.
 
Puan Rahmah, Ramli, Dato Salleh, Zainal dan Haznor (menantu). Sembang punya sembang dari lepas Maghrib sampai hampir tengah malam !!


Selamat Hari Raya dan Selamat menyambut hari Merdeka !!

 

Wassalam/Mit freundlichen Gruessen/Best Regards/诚挚的问

Z

31 Aug 2013

 
 

 

Sunday, 18 August 2013

D Day Minus One – The Heavens Open

 

And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous." Surah al-Furqan ayat 74. Children reciting the al Qur'an just before dusk during Ramadhan in Masjidil Nabawi.

Salam Skot dan Sahabat yang dihormati,
 
Saya teringat semasa sampai dengan keretapi malam dari Kuala Lumpur dan hendak melapur diri untuk menjalani kursus Kor Perkhidmatan, Junior Officer Course atau JOC diTaiping pada tahun 1973 dan sampai di-stesyen keretapi Taiping pada sekitar waktu subuh. Didalam suasana kelam dan keheningan subuh tersebut terdengar azan mengalun, ‘asholaa tukhairun minan naum’, dari masjid yang berdekatan. Subhanallah dan menyatakan kebenaran didalam kehidupan yang tengelam didalam kegelapan iman, itulah kalimat yang kembali saya dengar sejak sekian beberapa tahun dari mula menjalani latihan sehinggalah ditauliahkan malah tidak malu saya nyatakan lebih lama dari itu semasa megah dan bangga berkhidmat sebagai seorang pegawai tentera. Kebanyakan kita tentunya faham akan maksud ungkapan tersebut maka kepada Allah SWT kita kembali dalam erti kata bertaubat nasuha 66:8 dan beristifar sebanyak banyaknya. Sekiranya sehingga kini pun masih tiada berubah maka tidak perlulah membaca akan penulisan ini seterusnya kerana diyakini tidak akan mampu untuk difahami malah jauh untuk dapat dihayati.
 
Walau pun pada zaman tersebut adalah era insurgency, sebenarnya Bandar Taiping aman damai dengan Taman Tasik dan Lake Clubnya dan unit serta pasukan yang berpengkalan diTaiping lazimnya keluar menjalankan operasi dikawasan sempadan Perak/Kelantan/Kedah dan Perlis. Seperkara yang unik mengenai Bandar Taiping ialah mengenai hujan. Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Berbeza pula keadaannya dikawasan padang pasir seperti ditanah suci Mekah atau Madinah yang mana hujan kadang kala tidak turun sehingga berbulan bulan lamanya. Apabila turun ianya merupakan Rahmat yang besar seperti banyak yang dijelaskan didalam alQur’an akan Kekuasaan Allah SWT.
 
Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman’. Sadaqallahul ‘Azim. Surah al An’aam Ayat 99.
 
Didalam posting yang lepas saya telah menceritakan bahawa bumi Mekah telah dilimpahi Rahmat dengan turunnya hujan sebelum waktu Asar pada hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan 1434H. Ada mereka bertanya kenapa Tok Mami seorang sahaja yang memakai payung dan tidak berkasut? Dari ribuan Jemaah Malaysia malah jutaan jemaah yang datang ketanah suci Mekah, bolih dikatakan hanya kami sahaja yang mempunyai payung!. Biarlah cerita itu menjadi misteri kerana takutilah kamu tentang firasat orang orang mukmin, kerana orang mukmin itu melihat dengan cahaya Allah. Semasa gambar itu diambil, hujan sudah pun mulai reda dan kerana hendak mengejar waktu Asar yang sudah hampir, kami terpaksa meredah ayer dan hujan sejauh kira kira 200 meter sebelum sampai kedataran tersebut. Sukacita diturunkan gambar gambar berikut untuk penjelasan seterusnya dan oleh kerana bulan Syawal ini adalah merupakan bermulanya bulan haji, sukacita juga saya imbaskan kembali kisah dan kenangan silam disatu peristiwa yang sama sewaktu turunnya hujan pada musim haji tahun 2009 bersamaan 1430H didalam tajuk diatas untuk renungan bersama.
 
Walau pun hujan dah seroyat atau reda namun air masih lagi turun dari kawasan tinggi. Kami memakai kasut maka terpaksa ditanggalkan semasa meranduk air
 
Lenjun dan berkaki ayam kerana kasut terpaksa ditanggalkan untuk meranduk air
 
Sampai didataran diluar perkarangan Masjidil Haram. Kasut dan stocking berada didalam bag. Orang lain kebanyakannya memakai slipper maka tidak perlu ditanggalkan

Hari Sabtu berikutnya yaini selepas waktu Asar pun hujan telah turun juga tetapi hanya seketika. Para jemaah yang berlindung dipintu Zam Zam Tower berdoa semasa menyaksikan hujan turun
 
 
Al kisahnya semasa sampai diMadinah alMunawarah pada awal Ramadhan pada tahun 2009, tanah suci Madinah terutama disekitar Masjidil Nabawi telah dilimpahi Rahmat dengan turunnya hujan sehinggakan jemaah terpaksa mengangkat semula hidangan untuk berbuka puasa terutama ditempat yang berpayung kerana tempias didalam Masjid Nabawi itu. Beberapa hari kemudian setibanya saya diMasjidil Haram, Baladil Amin kota suci Mekah pula disirami seketika dengan hujan yang renyai renyai namun itu sajalah bagi tanah suci yang aman ini, menyaksikan turunnya hujan.

Saya menyatakannya demikian kerana semasa saya datang semula untuk mengerjakan haji pada tahun yang sama dan selepas beberapa hari tiba diMekah untuk menunaikan ibadah haji tersebut, Imam Masjidil Haram telah membuat pengemuman supaya jemaah kembali semula keHaram selepas syuruk pada keesokan harinya untuk membuat sembahyang 'istiqa' iaitu untuk memohon kapada Allah SWT supaya menurunkan hujan kerana Mekah dan sekitarnya tidak mengalami hujan sejak sekian lama malah keadaan telah berjerubu. Pernah pada bulan Ramadhan pada suatu tahun sebelumnya solat istiqa’ ini juga telah diadakan namun sebulan dalam bulan Ramadhan tersebut tidak menyaksikan walau setitik pun turunnya hujan. Berbeza dengan zaman sekarang, kebanyakan mutawif (tour guide) semasa itu terdiri dari orang orang Patani. Saya teringat seorang mutawif ketika itu dengan penuh dukacita dan kesalan terhadap pihak berkuasa Saudi yang menangkap orang orang Patani dan kemudian menyaksikan mulanya susut akan kegiatan atau pekerjaan mereka sebagai mutawif dan beliau mengatakan bahawa itulah dosa yang dilakukan terhadap mereka lantaran maka Allah tidak menurunkan hujan pada sekian lama. Sekarang ini rata rata pekerjaan mutawif telah diambil alih oleh orang orang Indon.
 
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT pada tahun 2009 itu, sedang ramai jemaah mula bertolak pada 8 Zulhijjah keArafah untuk berWukuf pada esoknya, iaitu tanda mulanya ibadat haji, Masjidil Haram dan jazirah Mekah telah dilimpahi Rahmat dengan turunnya hujan, mulai sejak masuk sahaja waktu Zohor hinggalah kewaktu Asar, seolah menyahut dan menerima akan seruan hamba hambaNya dengan talbiah, 'hamba mu datang untuk menyambut panggilan Mu ya Allah, hamba Mu datang dan tiada sekutu bagi Mu. Sesungguhnya segala kepujian, segala nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu dan tiada sekutu bagi Mu.. kami datang menyambut panggilan Mu ya Allah..' dan guruh bersahutan diikuti hujan yang sekali sekala lebat. Jemaah didalam Masjidil Haram menadah tangan melebihi diatas kepala dan ada yang sujud.. merafaqkan syukur dengan kalimat doa dan harapan masing masing.
 
Ramai jemaah dari negara asing yang sudah pun mulai bergerak dengan berjalan kaki sejak selepas waktu subuh lagi untuk keArafah dan saya yakin menyatakan bahawa mungkin tidak ada jemaah dari maktab saya yang ada didalam Masjidil Haram yang sudah agak lengang ketika itu untuk menyaksikan peristiwa tersebut kerana semua mereka telah diperingatkan supaya  bersiap sedia untuk berangkat keArafah untuk tujuan wukuf mengikut giliran menaiki bas mulai waktu Asar. Oleh kerana jarak jauhnya maktab tersebut dari Masjidil Haram dan peri pentingnya akan wukuf, kebanyakan mereka telah bersiap sedia sejak sebelum masuknya waktu zuhur lagi. Malah ada jemaah swasta yang telah sampai diArafah sejak waktu zuhur dan khabarnya mereka telah ditimpa angin dan hujan semasa memasuki khemah diArafah. Selepas sahaja menunaikan solat Asar diMasjidil Haram saya bergegas kembali keMaktab dan semua rakan sebilik telah siap memakai ihram dan menunggu kedatangan bas dilobby dan semasa kami sampai diArafah sekitar waktu Maghrib keadaan gelap gelita kerana lampu telah terpadam disebabkan ada wayar letrik yang terendam didalam air dan kembali pulih dan terang semula sekitar waktu masuk Isyaq.
 
Selesai sahaja Wukuf pada hari Khamis itu, mulai dari waktu Maghrib, jemaah Maktab 80 dan 81 mula bergerak menuju Mina melalui Mudzalifah.''Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya''. Alhamdulillah langit diMudzalifah diliputi bintang bagi jemaah berMabit dikawasan lapang yang tiada mempunyai khemah, sambil mengingati Allah sebanyak banyaknya sebagai mana yang telah dianjurkan didalam kitab suci Allah didalam surah alBaqarah ayat 198 tersebut. Sebaik sahaja selesai separuh malam, puluhan bas mulai bergerak untuk membawa jemaah keMina untuk jadual ibadat seterusnya. Saya terus sahaja keJamratul Qubra untuk melontar pada hari Nahar dan setelah selesai, saya pun kemudian beramai ramai dengan jemaah yang lain, berjalan balik keMakkah dan menuju keMasjidil Haram tetapi hanya sempat untuk mengikuti khutbah Hari Raya Eid ul Adha yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Selepas selesai solat Jumaat pada hari itu , saya pun mengerjakan tawaf Ifadah atau tawaf haji dan apabila semasa didalam pusingan ketiga, hujan gerimis telah turun seolah merestui akan doa hamba hambanya. Hampir sejam barulah selesai tawaf tersebut kerana ramainya jemaah dan diikuti pula dengan membuat Sa’i.

Setiap kali selesai melontar, saya balik keMakkah pada siang hari dan kembali semula keMina untuk bermabit selepas selesai solat Isyak dengan membawa makanan untuk berkongsi makan dengan jemaah lain diMina terutama untuk sarapan pagi pada keesokannya, kerana diMina jemaah hanya disajikan dengan Mee segera sahaja sedangkan saya membawa nasi beriyani ayam dan roti arab. ‘Amalan yang terbaik didalam Islam ialah menjamu orang (yang soleh) makan dan memberi salam. Mafhum hadith juga, ‘salah satu untuk mendapat haji yang ‘mabrur’ ialah dengan memberi orang makan’. InsyaAllah. Setelah menyaksi dan membuat korban diMina Muassem, selepas melontar pada hari Tasriq kedua iaitu pada sekitar waktu Dhuha, saya pun terus membuat niat Nafal Awal dan balik terus keMekah dan sempat untuk solat Zohor diMasjidil Haram. Maka alHamdulillah, sempurnalah ibadat haji bagi saya.. hanya menunggu untuk pergi keMadinah dikemudian hari untuk mengunjungi makam Rasullullah SAW dan menziarahi kota suci Madinah al Munawarah, InsyaAllah.
 
Saya telah berdoa untuk kesejahteraan bersama, maka sama samalah kita mengharap agar Allah memperkenankannya, Amin ya Rabbul 'alamin.. Allahu’akbar Allahu’akbar Allahu’akbar, sekiranya segala pengalaman yang telah saya lalui semasa menunaikan haji ini adalah petanda akan Allah merestui akan doa dan hajat saya terhadapNya maka tersungkurlah saya didalam sujud memuji dan membesarkan KeAgongan serta RahmatNya yang dengan inayahNya telah menganugerahkan petunjuk, hidayah dan rezekiNya serta NIKMAT yang tidak terhingga kepada ku dan kemudian telah menjadikan saya salah seorang dari jutaan manusia dijemput khas untuk diperlihatkan tanda kekuasaan Allah yang Maha Esa. Allahu’akabar !!

 
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Surah ad Dhuha.

Wasalam,

Z

Makkah, 14 Zulhijjah bersamaan 011000Hrs Dec 09


Hujan turun dengan lebatnya diwaktu Zuhor sehari sebelum D Day atau hari wukuf

Begini keadaan sewaktu hujan hampir reda dan jemaah meneruskan ibadah tawaf disekeliling Ka’abah atau Baitullah

Keadaan diluar Masjid pada waktu Asar selepas hujan lebat
 
Menjamu sesama jemaah diMina dengan makanan yang saya bawa dari Mekah
 
Menyaksi dan membuat korban diMina Muassem

Waktu pagi sebelum subuh diMina. Jemaah beratur untuk ‘ya qadzial hajat’.
 
Melihat jemaah beratur untuk membuat tahalul semasa diperjalanan balik kehotel, diMekah

Membuat aqiqah semasa mendapat cucu Zahra

Zahra (kiri) sekarang berumur 4 tahun bersama adiknya Sofea.

 Saudara Mohd Ali dan En Borhan@Bob TNB. Selesai membuat tawaf wida’ untuk berangkat pulang keMalaysia. Saudara Ali seorang arkitek dari JB juga orang kuat YB Datuk Shahril Samad pernah duduk sebilik dengan saya semasa membuat ibadah haji pada tahun 2009 itu. Pada tahun tersebut saya menunaikan haji secara berkelana atau seorang dan mengulanginya dengan Tok Mami pada tahun 2011.

Mak Nenek dressed to kill. Tok Mami bersama Hjh Patehanum dan suami, Hj Fadilah menunggu bas dihadapan Hotel Le Meridien untuk kelapangan terbang diJeddah pada hari terakhir ditanah suci Mekah
 
 Lawyer Tuan Sheikh Mohamad, Mamu Ismet dan Abuya Fadilah semasa diterminal Haji diJeddah menunggu jadual pesawat SV untuk kembali ketanah air

Kembalinya keRahmatullah seorang rakan. Aruah saudara Abdul Wahid B. Abdul Wahab yang berasal dari Grik yang duduk sesama diHostel Klipot. Saya sempat melawat beliau diIJN apabila diberitahu oleh ACP Nasa sebelum berangkat menunaikan umrah tempuh hari . Itulah pertama kali saya berjumpa aruah Wahid sejak keluar dari sekolah. Beliau seorang pesara Pos Malaysia dimaklumkan oleh isteri, meninggal dirumahnya diGrik pada hari Khamis 15 Ogos yang lepas. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat, al Fatihah dan kaedah membacanya

Open House 11 Syawal bersamaan 18 Ogos 2013
 
 
Farrah bersama bonda
 
Farrah bersama suami, Haznor Hizan
 
Lt. Kol. (B) Shaharuddin, Mej Mokhtar dan saudara Adam
 
Hasbullah Halliburton bersama tok besan Hj. Hizan dan Hjh. Siti Fatimah
 
Bersama Dato' Ahmad Husni dan keluarga












 
 


Monday, 5 August 2013

Deception of Syajaratil Khuldi

[1] Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. al Asr. Jam menanda waktu waktu solat didinding masuk Majidil Nabawi diMadinah. Waktu solat Isyaq dilewatkan setengah jam diwaktu bulan Ramadhan



[80] Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”, Sadaqallahul ‘Azim. Surah al Israq.

Assalamualaikum wbrt. Pertamanya marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, inayah dan kemurahanNya telah memberi kita sebaik kesihatan dan kekuatan serta menemukan kita dan masih lagi tekun InsyaAllah melaksanakan amal ibadat difasa terakhir pada bulan yang mulia ini dengan penuh harapan agar kita tergulung dikalangan mereka ‘yang terlepas dari seksa neraka’. Selawat dan salam kita panjatkan keatas junjungan besar nabi Mohamad SAW serta kaum keluarga. Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim

Alhamdulillah dengan kalimat doa seperti ayat 80 surah al Israq diatas, pada 25 Jul bersamaan 16 Ramadhan 1434H yang lepas, saya dan isteri telah berangkat untuk menunaikan umrah dan satelah 3 hari diMadinah alMunawarrah kini telah selamat berada ditanah suci Mekah, baladilamin. Akhir Ramadhan sebagaimana yang dijanjikan ,‘terlepas dari seksa neraka’ dan sebab musababnya masuk neraka tentunya adalah lantaran melakukan dosa yaini mereka dalam golongan mujrimun. Nabi Mohamad, rasul Allah lahir didalam zaman dan dalam kalangan Arab Jahiliah or ignorant. Bukan maksud mereka tu bodoh atau bangang tetapi kerana mereka dalam context tidak pernah diberi dan mendapat petunjuk dan hidayah sebagaimana Bani Israel yang diturunkan kepada mereka akan rasul demi rasul dari Nabi Yaakub a.s. sampailah kepada Nabi Isa a.s. “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai”. Begitu firman Allah terhadap Rasulullah SAW melalui surah Yaa-Siin ayat 6 kerana orang Arab adalah dari salasilah Nabi Ismail yang tiada terdapat sebarang rasul pemberi peringatan sehinggalah lahirnya baginda nabi Mohamad SAW berbanding Bani Israel yang berasal dari Nabi Ishak yang telah lahir banyak zuriat dari para nabi dan rasul walau pun pada hakikatnya kedua mereka adalah anak dari Nabi Ibrahim a.s.

Melainkan  segelintir dari kalangan pakatan Abu yang kita kenali, seperti Abu Lahab, Abu Jahal dan yang seangkatan dengannya,  Arab jahiliah ini apabila diberi peringatan dengan petunjuk hidayah terhadap syariat ketuhanan atau tauhid, mereka lantas beriman dan bertaqwa berbanding dengan kaum Bani Israel yang banyak diceritakan didalam al Qur’an akan dolak dalik dan penentangan mereka terhadap nabi nabi sehinggakan ada yang mereka bunuh. Allah SWT telah menjanjikan umat nabi Mohamad SAW bermacam amalan ganjaran pahala untuk menyaingi umat nabi terdahulu yang mana mereka itu ada yang telah dilebihkan dari segi kekuatan dan umur. Salah satunya ialah ganjaran pahala amalan dimalam Lailatul Qadar  yang ganjaran pahalanya bersamaan amalan lebih baik dari seribu bulan. Alhamdulillah terdapat beberapa tempat ditanah suci yang fadhilat ganjaran pahalanya digandakan dan doa yang dimakbulkan. Tuan tuan tentunya sedia maklum mengenai tempat dan perkara tersebut termasuklah ganjaran pahala amal ibadat yang dilaksanakan didalam Masjidil Haram ini, maka kalikan sahajalah dengan seribu bulan sekiranya amalan tersebut bertepatan dengan malam tersebut, InsyaAllah. Semoga ianya dapat menjadikan rangsangan kepada kita semua bagi meningkatkan amalan kita dan kepadaNyalah kita berharap.

Manusia tiada terlepas dari membuat kesalahan dosa, jadi dosa apa yang boleh sampai terjerumus masuk neraka yang kita ingin dan harapkan agar terlepas darinya yang dijanjikan pada sepuluh akhir Ramadhan sekarang ini? Senang cerita dan mengenali sesama kita or we same same we, what to count dan didalam kesempatan yang ringkas ini, saya mengajak tuan tuan dan mari kita ambil fahaman atau approach mudah dengan merangkumkan jenis dosa itu kepada dua sahaja. 'Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. Surah al Baqarah ayat 35.   Buah dari pokok tersebut yang dinamakan oleh Iblis sebagai khuldi. "Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?” Surah Thoha Ayat 120. Kita sedia maklum akan kesudahan ceritanya iaitu sebab musababnya sehingga nabi Adam a.s. diturunkan kedunia.

Namun dengan Rahmat serta sifat pemurah lagi maha mengasihi  Allah, satelah Nabi Adam diturunkan kebumi, Allah telah memberi hidayah kapadanya dengan kalimat yang lazim kita baca, iaitu : 'Rabbana zalamna anfusana wa'ilamtarfirlana watar hamna lanakunnana minal qashirin' 7:23. Yaini, 'Ya Allah., sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku ini, sekiranya Engkau tidak mengasihini akan diri ku ini Ya Allah., maka tergulunglah aku kapada orang orang yang rugi'. Maka Allah mengampuni akan kesalahan atau dosa Nabi Adam a.s. Maka kesimpulannya dosa lantaran kesalahan dengan bertaubat dan meminta ampun kepada Allah SWT akan mendapat keampunan, InsyaAllah. Itu jenis dosa yang pertama.  [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [71] Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; Surah al Furqan dan 'tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); maka sesungguhnya Aku Maha Pangampun lagi Maha Penyayang. An Naml Ayat 11. Sadaqallahul 'Azim. 

[71](Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ” Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia – Adam dari tanah; [72]” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “. [73] (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, [74] Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir. [75] Allah berfirman: ” Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? ” [76] Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.[77] Allah berfirman: ” Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. [78] ” Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!” [79] Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) “. [80] Allah berfirman: ” Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh [81]” Hingga ke hari masa yang termaklum “.

[82] Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, [83]” Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “. [84] Allah berfirman: ” Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan [85]” Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya “ [86] Katakanlah (wahai Muhammad): ” Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada “. [87] Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam. [88] Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi. Sadaqallahul 'Azim. Surah Shaad.

Walau pun disebut bahawa Iblis itu dicipta dari Kekuasaan Allah namun perhatikan akan sifat sifat durhaka makhluk yang dilaknat itu didalam ayat diatas seperti sombong, takbur dan mengingkari atau menentang dan rebellious serta menganggap diri dari golongan tinggi. Maka dengan ciri dan sifat sifat yang sedemikian itulah terjadinya  jenis dosa yang kedua yang tidak akan mendapat keampunanNya apalagi golongan orang kafir yang mensekutukan Allah, Na’uzubillah min zalik yang tetap megah sombong dengan sikap mereka yang tidak mahu sujud atau kow tow sikit pun kepada Allah SWT. Mereka yang akan sama tergulung adalah mereka yang tidak ikhlas yang menyebabkan mereka tersesat mengikut godaan Iblis dalam amal ibadat dan menggunakan serta menjual akan ayat Allah bagi kepentingan selain dari tujuannya yaini hanyalah sebagai peringatan untuk semua manusia. Senang cerita : [102] Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. [103] Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam. Surah al Mukminun. Sebaliknya, "Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka". Sadaqallahul;Azim Surah al Ahqaaf Ayat 16.

Begitulah sekilas pandangan yang tercetus dari selintas suasana keamanan didalam Masjidil Haram ditanah suci Mekah ini bagi sama sama kita renungi. Akhir kata kepada warga Skot 22, anggota dan bekas anggota ATM serta sahabat dan rakan taulan yang mengikuti blog ini dan tidak terlalu awal saya mengucapkan :

 

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Ya Allah, menjelang bulan Syawal yg mulia ini, muliakan akan saudara ku ini, sayangilah saudara aku ini sekeluarga. Berkatilah keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkanlah rezekinya, kuatkanlah imannya,. Berikan kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah daripada fitnah dan penghinaan. Suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa, Amin.. Ya Rabbal a'alamin.

Zainal Abidin
dari Masjdil Haram, Mekah
28 Ramadhan 1434 H


Menunggu waktu berbuka didataran Masjid Nabawi. Ada nasi beriyani

Selesai berdoa diRaudah sekitar pukul 2 pagi. Perhatikan carpet hijau dikawasan Raudhah
 
Ziarah Masjid Quba’
 
Ziarah makam Syuhada’ Uhud. Dibelakang ialah Bukit Pemanah yang terjadi peristiwa turunnya ayat 3 Surah Saff

Perjalanan dari Madinah ke Kota Suci Mekah dan bermiqat diBir Ali untuk membuat umrah. Tok Mami bersama Puan Patehanum  (ex-MAS)

Selesai membuat tawaf dan sempurnakan doa diMultazam
 
Tok Mami selesai berdoa dihadapan Makam Ibrahim selepas tawaf
 
Selesai membuat Tawaf dan menunggu untuk berbuka puasa dengan dua gelas air zam zam, gahwa dan beberapa biji buah korma rotab di dataran dihadapan Ka’abah sebelum membuat Sa’i

Kemudian menuju dan mula untuk membuat Sa'i
 
Sempurna membuat Sa’i dan siap untuk solat Isyaq dan tarawikh dihari pertama diMasjidil Haram
 
 Selesai solat subuh pada hari kedua
 
One for the album with 'tahalul' look: Selesai berdoa dihadapan pintu Ka’abah atau Multazam

Miqat diAishah atau Tanaem. Tanda sempadan tanah haram dan tanah halal
 
Anak angkat kami, Essam dan ibu serta anak beliau Ritaal datang ziarah dibilik hotel. Rasulullah SAW datang membuat umrah dalam erti kata termasuk juga menziarahi sanak saudara. Itulah maka sebagai sunnah saya jadikan saudara Essam dan keluarga orang Jawi atau Patani yang duduk diMisfallah sebagai anak angkat
 
Selesai solat tahajjud dan Witir sekitar pukul 3 pagi. Balik keHotel untuk bersahur dan siap untuk mengerjakan umrah selepas solat subuh. Jam besar diZam Zam Tower dihadapan Masjidil Haram.
 
Beginilah ramainya jemaah yang baru keluar dari Masjidil Haram selepas solat tahajjud dan Witir
 
Not for the soft and faint hearted. Berebut rebut untuk menaiki bas untuk pulang selepas  balik dari solat subuh
 
Deretan Bas untuk jemaah pulang selepas solat tarawikh sekitar pukul 11 malam. Oleh kerana banyak bangunan hotel disekitar Masjidil Haram diruntuh untuk pembangunan semula, ramai Jemaah yang menginap jauh dan terpaksa menaik bas untuk berulang alik keMasjidil Haram

Balik dari solat Jumaat yang merupakan Jumaat terakhir bagi bulan Ramadhan 1434H ini

The heavens open. Alhamdulillah seakan Allah memperkenankan doa hambaNya, pada petang Jumaat sebelum masuk waktu  Asar, bumi Mekah telah diRahmati dengan hujan yang turun dengan lebatnya. Adakah ianya petanda malamnya merupakan malam Lailatul Qadar,. Walahu’alam

Solat Tahajjud diDataran Masjidil Haram pada malam 27 Ramadhan


Video Malam 27 Ramadhan (click to view)

Video Qiamulail Malam 27 Ramadhan (click to view)




 

 

  • 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites