Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang
didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan
Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya
di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang
membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi
hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. 9:109
Salam.. Dato, Skot dan sahabat yang diRahmati Allah dan
warkah ini tentunya menemui tuan tuan didalam ketekunan dan tetap istiqamah
menunaikan amalan amalan ibadat puasa dibulan Ramadhan Kareem 1434H ini. Mengharapkan
yang mana pada bulan yang mulia ini, awalnya merupakan Rahmat, dipertengahnya
Maghfirah atau keampunan dan dipenghujungnya nanti terlepas dari siksa neraka,
Alhamdulillah. Sabda Rasulullah SAW, ramai dari umatku yang berpuasa tetapi
tiadalah mereka mendapat kecuali lapar dan dahaga. MasyaAllah sekiranya kita
hayati mafhum hadith tersebut dan menyingkap akan kehidupan semasa kita didalam
latihan untuk menjadi pegawai tentera dan pada umur remaja diketika kita mula berkhidmat
dahulu, melainkan segelintir sahaja diantara kita namun majoritinya mungkin
tergulung didalam kejahilan tersebut. Saya yakin bahawasanya kita semua sekarang
ini tentunya sudah arif serta berilmu bagi menilaikan yang baik untuk diri sendiri
serta membimbing keluarga tersayang masing masing dalam perkara perkara amal ibadat.
Salah satu cara untuk menimba ilmu dalam perkara amal
ibadat ialah dengan mengikuti majlis ilmu dan tazkirah dimasjid atau surau yang
berdekatan ditempat kita. Namun apa pandangan tuan tuan sekiranya surau itu berkeadaan
show of force seperti didalam gambar diatas. Persoalannya adakah ianya khas kepada satu satu
golongan atau parti sahaja. Dukacita dikatakan demikian kerana surau tersebut
pernah menganjurkan solat hajat setiap malam jumaat dan mendoakan agar Allah
menghancurkan sesama bangsa yang tidak sehaluan dengan ideology mereka. Tazkirah
dan ilmu yang menafaat sebagai intisarinya dan didalam landasan ingat mengingati
sesama kita dalam mengharapkan keredhaan dan Rahmat Allah tentulah baik serta
akan mendapat ganjaran pahala yang besar.
Namun Rahmat apa yang hendak kita harapkan sekiranya
semasa break empat rakaat didalam soleh terawih dengan membuat kenyataan
didalam tazkirah, “ada sebuah negeri yang diperintahkan oleh orang Melayu
tetapi kita tidak tahulah sama ada dia orang itu Islam atau tidak kerana mereka
tidak membenarkan tazkirah dibuat pada solat tarawih”. Diperkuatkan pula
bahawasanya dibulan Ramadhan diturunkan alQuran. Ujar beliau lagi, “ulamak dan
ustat mereka pula mendiamkan diri tidak bersuara kerana takut tak ‘masuk’. Persoalannya
elokkah sifat beradu domba seperti itu terutamanya didalam bulan yang mulia ini?
Adakah ianya mengikut ciri dan dasar
taqwa sebagaimana ayat 109 surah at Taubah itu. Allah menjelaskan salah
satu maksud taqwa seperti didalam ayat berikt :
Bukanlah
perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah berimannya
seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala
Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia
menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang
miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang
meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang
akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan
orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan
juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang
demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan
mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
Sadaqallahul ‘Azim. Surah alBaqarah ayat 177. Juga perhatikan ayat berikut :
[18]Hanyasanya
yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak
takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka
adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Sadaqallahu
‘Azim. Surah at Taubah atau alBara’ah.
Salah satu gist didalam firman Allah repeat firman Allah SWT didalam kedua ayat diatas
ialah “orang orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”. Ada beberapa
hadith bagi menerang dan menjelaskan ciri orang orang yang dimaksudkan itu :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata
baik atau diam. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barang siapa beriman dengan Allah
dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith yang lebih berat dari itu : “Tidak akan masuk surga orang yang memutus tali silaturahmi (HR al-Bukhari) dan beberapa himpunan
hadith yang bersangkutan.Salah satu contoh klasik yang menghendaki supaya
kita berhemah didalam menyampaikan ilmu dan peringatan ialah mafhum ayat perintah
Allah kepada Nabi Musa dan saudaranya Nabi Harun untuk bertemu Firaun dan
membawa mukjizat dan perintah Allah :
[42] "Pergilah,
engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah
kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku. [43] "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia
telah melampaui batas dalam kekufurannya. [44] "Kemudian
hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia
beringat atau takut". Sadaqallahul ‘Azim. Surah Tho-ha.
Kalau
dengan Firaun yang mengaku dirinya tuhan itu pun kena berbicara dengan kata
kata yang lemah lembut inikan pula kepada kita sesame bangsa dan agama. Mengapa
Allah tidak menyuruh sahaja, ‘wahai Musa pergilah kamu bertemu Firaun dan
tongkat sebagai mukjizat yang ada pada kamu itu, kamu libas dia cukup cukup’.
Senang cerita..
Sekiranya tuan tuan pernah mendirikan solat sunat terawih
diMasjidil Haram juga diMasjidil Nabawi maka kita Alhamdulillah melaksanakannya
sebagai ma’mum dengan mengerjakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan ayat ayat
alQuran oleh Imam lengkap satu juzuk dan itulah tazkirahnya yaini apa yang
terkandung didalam juzuk tersebut. Sekira misalannya malam tersebut ialah
malam nuzul alQuran, tentulah imam telah sampai kepada juz 18. Menyatakan akan
kelemahan diri saya terhadap bahasa alQuran maka disiang harinya saya akan
sedaya yang boleh membaca serta cuba memahami akan terjemahan ayat ayat didalam
juzuk tersebut dan apabila mendengar Imam menbacanya semasa solat terawih pada
malamnya maka dapatlah saya menangkap sedikit sebanyak memahami jalan
cerita atau makna ayat yang dibacakan itu.
Pernah suatu masa dahulu saya berdiri solat diantara seorang Arab
yang tinggi dan sasa macam Jalut (Goliath) dan disebelah kanan pula seorang
Arab yang kecil dan nampak dhaif. Kulit beliau kehitaman dan kaki beliau kasar
dan merkah mungkin seorang Arab Dusun. Tiba tiba mereka berdua walau pun seorang
yang tinggi gagah dan seorang pula kecil dan dhaif boleh menangis tersesak
dengan berlinang ayer mata dan Imam pula membaca ayat Allah tersebut dengan
tersedu sedu akan tetapi saya dan mungkin kebanyakan jemaah melayu lain, rilek sahaja
sebab tidak dapat menghayati ayat ayat yang dibacakan itu kerana tidak
mengetahui akan maknanya. Apa nak dikatakan lagi.. masa muda muda dulu mengalahkan
peraun dan telah mensia siakan masa dalam keseronokan hal keduniaan. Maka seharusnya tak sudah sudahlah kita patut beristifar dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Apa pun syukurlah
Alhamdulillah kerana Allah telah memberi petunjuk dan hidayah.
Ya Tuhanku ampunilah kami, Rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakan kami dengan kemurahan Mu dan ampunkanlah segala apa yang Engkau ketahui.
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau
adalah sangat Maha Mulia lagi Maha Terpuji. Amin.
[10] Sebenarnya orang-orang yang beriman
itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang
bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12] Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
[13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu). Sadaqallahul ‘Azim. Surah alHujurat.
Sama
samalah kita meningkatkan amalan ibadat dengan pengetahuan ilmu dan tiadalah
peluang yang lebih baik dan afdal dari mengerjakannya didalam bulan puasa yang
penuh keberkatan (al Mubarak) ini.
Kesejahteraanlah
terhadap kamu dengan Rahmat Allah serta KeberkatanNya.
THE WEEK THAT WAS
Kenduri kahwin anak
Mej Ameri MP (B) pada hujung bulan Sya’aban yang lepas.
Salah seorang tetamu,
Dato Seri Lt Kol Abdul Rahman MP (B). Puteri beliau Aishah, berkahwin dengan
alMarhum DYMM Sultan Selangor dan pernah menjadi DYMM Raja Permaisuri Agong.
Makan gulai tempoyak
ikan patin diTemerloh dua hari sebelum mula Ramadhan.
Ramainya yang menunggu
untuk menikmati gulai tempoyak ikan patin.
0 comments:
Post a comment