Monday, 22 July 2013

Merchant of Faith

Renungan : Sebaik baik perkataan ialah kitab Allah, sebaik baik petunjuk ialah petunjuk Mohamad, sejahat jahat perbuatan ialah bida’ah. Bida’ah sesat, sesat masuk neraka. Mafhum Hadith.
 
SSC 22 atau TJP 22 yang ditauliah bersama Regular atau TJT15 ialah kumpulan pertama terdiri dari beberapa pegawai yang ditauliahkan menempa sejarah kerana terus berkhidmat didalam Rejimen Gerak Khas atau Komando. Mereka ialah Brig Jen Harun Hitam dari Regular 15 dan dari Skot 22 pula terdiri daripada Lt Kol Nik Omar alHadad, Lt Kol Anuwa, Mej Azizan, Mej Che Weld, Mej Adnan dan diikuti oleh Lt Kol Dul Ngajis dan Mej Rajasaikaran enam bulan kemudian. Pada masa sebelumnya pegawai pegawai yang ditauliahkan kena terlebih dahulu memasuki dan berkhidmat didalam Rejimen dan unit didalam Tentera Darat sebelum layak untuk mengikuti kursus asas Komando dan seterusnya menyertai pasukan elit tersebut sekiranya lulus. Teringat saya a junior officer, bekas lepasan sekolah ACS, Ipoh dan seorang pemain hoki yang baik iaitu Chang Kee King Jurutera, dengan kaki yang pucat dan pecah pecah dan muka yang kecewa sedang mengemas haversack satelah gagal pada kali keduanya, balik dari kursus Asas Komando tersebut.

Ada beberapa fasa didalam kursus tersebut namun perkara itu mungkin Skot Komando kita lebih berpengalaman untuk menceritakannya.  Apa yang ingin dikongsi dan diutarakan disini ialah fasa sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah ini yang telah memasuki fasa kedua iaitu 'pengampunan' atau maghfirah.  Tidak dinafikan yang kita sanggup dan boleh berjemur dan berpanas kena lanyak semasa didalam latihan, ketika berkursus dan apabila membuat operasi semasa berkhidmat demi untuk negara, bangsa, agama dan tanah ayer namun untuk berdiri seketika dengan penuh khusuk untuk membuat ibadat malam atau qiyamulail dan istiqamah denganya is a different matter altogether . Dengan umur  kita yang sudah pun melewati senja, memang berat dan ditambah pula dengan half past six atau setakat cuma certificate of attendance sahaja dalam penguasaan ilmu alQuran misalannya dan sekiranya kita menjadi ma’amum akan menguap mengalahkan hippo kerana tidak dapat focus atau dilain perkataan untuk mendapat khusuk dan tawaduq or with humility semasa melaksanakan ibadat malam. Tidak boleh tidak kenalah usholi detaili atau memaksa dan meriadhahkan diri samada berzikir, membaca al Qur'an serta tekun atau istiqamah melakukan ibadat setakat yang upaya dengan mengharap keredhaan Allah bagi mengisi amal ibadat didalam bulan yang penuh berkah ini.

Pengalaman saya semasa beribadat dibulan Ramadhan ditanah suci khasnya diMasjidil Haram, setiap malam menyaksikan jemaah penuh sesak hingga keatas bumbung masjid dan pada malam 27 Ramadhan juga  malam khatam alQur’an pula, muslimin dan muslimah melimpah hingga beratus meter dijalan raya dan dikawasan lapang diluar masjid walau pun semasa solat tahajjud dengan solat sunat witir dan qunut nazilahnya pada pukul satu tengah malam membawa hampir kepukul tiga pagi. Namun lain nampaknya ditanah ayer, belum pun masuk setengah bulan Ramadhan, masjid ditempat saya ini sudah pun kurang dari separuh, MasyaAllah.  Apabila break empat rakaat pada solat tarawikh untuk tazkirah akan ada lagi satu platun yang membuat Houdini’s or disappearing act. Melihat akan demikian kita pun mula nak jadi macam kambing biri biri, Seekor melompat semua nak ikut melompat.

Perlu dinyatakan bahawa website ini tidak mampu dan sesuai untuk membicara perkara hukum hakam dan hakikatnya we are all basically trained to kill. Kita diajar dan dilatih dengan berlandaskan discipline untuk menerima perintah and execute them. Tazkirah pada selang solat tarawikh telah dipertikaikan dan pihak berkuasa telah pun melarangnya maka kita turutilah sahaja, period.  Dinegeri Selangor ini kita sedia maklum akan asas untuk mereka adakan juga namun kita juga tahu akan agenda disebaliknya. Hampir kesemua kereka yang menyampaikannya akan menagih sumbangan dengan merujuk kepada ayat ayat yang bersangkutan akan fadhilatnya bagi tujuan sama ada hendak membina maahad tahfiz, derma anak yatim, pembinaan surau dan sebagainya. Alhamdulillah itu semua kita amat peka dan penuh prihatin akan ganjaran pahalanya. Walau pun kita tidak mahu mempertikaikan akan hasrat murni mereka namun dari impression mereka atau didalam istilah kerohanian, 'nan lahir pedoman nan batin' itu, adakah mampu mereka melaksanakan mengikut peraturan dan aspek keselamatan yang hendak didirikan itu. Tidakkah elok sekiranya perkara itu diselaraskan dengan pihak berkuasa supaya mengikut perundangan dan peraturan dan diatas segalanya akan mendapat pembiayaan sepatutnya dari pihak berwajib i.e Jabatan Agama Islam negeri, Baitulmal dan sebagainya. Tanah runtuh yang menimpa sebuah penempatan anak yatim diMadrasah alTaqwa baru baru ini rupa rupanya dari kumpulan ajaran sesat. Berapa banyak sekolah maahad tahfiz yang kita dengar telah terbakar.

Juga apabila ucapan mereka didalam tazkirah pula adalah lebih kepada bercerita dengan membuat ibarat ibarat dan cemuhan serta meleret kapada perasangka yang keterlaluan bagi mendapat popularity maka ianya telah menyimpang jauh dari kehendak dan maksud and just not dignified. Saban waktu, hari, bulan dan tahun mereka ini menggunakan rumah Allah seolah memperdagangkan agama bagi tujuan selain daripada tujuannya. Rasulullah SAW pun pernah mengembala kambing, berdagang dengan berkabillah dan berjihad dalam peperangan dan mendapat menafaat akan ghanimahnya. Pernah dikeluarkan buah korma yang telah berada didalam mulut cucunya yang disumbangkan oleh orang dengan sabda baginda, ‘tidakkah engkau tahu bahawasanya keturunan Abu Mutalib tidak boleh menerima sedeqah?’ Untuk berjumpa dan berbicara dengan baginda afdalnya memberi sedeqah kepada fakir miskin disekitar masjid terlebih dahulu.

Allah SWT menyuruh kita bekerja dan berusaha ;  [77] “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.Surah al Qasas dan " Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Surah Hud ayat 61. Bukan sekadar hidup ala padri gereja atau sami or monk Buddha yang kesana kemari mengutip dan mengambil dari hasil kerengat dan usaha orang lain.

Pernah didalam tazkirah, dibacakan ayat berikut : ‘Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman’ 2:08 dan didalam ulasannya kita tahulah siapa yang ditohmah dan disindir oleh mereka. Astaghfirullahal 'Azim, begitukah cara ajaran didalam al Qur’an? Kita pun dah naik cemuih dengan sikap mereka ini dan kemungkinan jemaah pun tiada lagi Gung Ho untuk mengikuti agenda yang sedemikian dan tidak hairanlah mereka berbondong bondong keluar dan tidak lagi mengimarahkan masjid. Apa hendak dikatakan kerana mereka berkuasa dan kuasa itu diberi sokongan oleh golongan yang menolak untuk menegak hukum Islam itu sendiri. Padahal golongan kafir didalam pakatan mereka yang akhir akhir ini cenderung kepada tindakan untuk mengugat kesucian Islam bukan kata hendak dijihadkan malah dijentik sikit pun tak berupaya. “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)”. 41:40. "Setiap kata ada jawabnya, setiap gayung ada sambutnya. Segala penyakit ada ubatnya, asal tak hasad pokok pangkalnya".
 
 
[95] Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui. [96] (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. [97] Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. Sadaqallahul ‘Azim. Surah anNahl.
 




[127] “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Surah Asy Syu’araa.

On another note, sebagai seorang yang pernah menjawat Pegawai Pemerintah atau OC unit Bekalan and well versed didalam catering, mari kita cerita pula tentang hal makan untuk juadah berbuka puasa. Senang cerita sila lihat dan hayati gambar gambar mengenai hal makan dan masakan yang disertakan dibawah ini.

Didalam kotak dibelakang Tok Mami itu ialah buah kurma medjool yang besar seperti kurma ambar.  Gambar semasa lawatan diJerico, Baitul Maqdis.
 
 Perahan ayer delima semasa melawat diMount of Temptation, diJerico
Caviar yang dijual di Grand Bazaar, Istanbul. Sudahlah mahal kena frost pack untuk dibawak balik
 
Dalam circle itu ialah ikan herring. Best kalau di-grill.

 Segala jenis kaki haiwan yang dibersih puteh dipasar Istanbul. Buat soup atau stew.
Tanda iklan Saffron dan aneka jenis rempah diIstanbul Spice Market. Saffron yang didatangkan dari Iran dan sungguh berqualiti tapi mahal.
 
 
Menu yang lazat disebuah retoren diLembah Musa, Petra Jordan
 
Masakan tempatan : Ikan tengalan dan cicahnya dan gulai lemak terong
 
Aneka anak ikan sungai dan pekasam anak ikan sungai digoreng rangup sebagai appetizer
 
Simple menu kalau Mak Andeh malas masak : Rencah Mee Bandung Segera dari Muar
 
Best dari tanah suci. Nasi briyani dengan curry kambing atau beef dan baby bendi


 
Sekali sekala makan gulai lemak ikan baung dan terong tahun serta jelatahnya.


Ikan keli bakar diPasar Ramadhan Kuala Kangsar


Gulai kemahang dan gulai lemak ikan jelawat.
Santapan balik dari solat tarawikh : pulut dan durian

Kueh limas atau kueh pelita.
 

SEKITAR PERKEBUMIAN HJH SAKINAH BALU KPD ALLAHYARHAM 3021 PW2 HUSSAIN BIN AHMAD (IBU BAPA MERTUA).

Kembali keRahmatullah pada hari Khamis 18 July 2013 bersamaan 6 Ramadhan 1434 H
Jemaah dan anak beranak serta sanak saudara selesai solat jenazah diMasjid Kampung Selayang Indah. Ucapan aluan dan wasiat dari anak sulong lelaki iaitu Dato Ahmad Husni Bin Hussain, KP UKAS.
 
Bacaan tahlil dan talkin ditanah perkuburan Kampung Selayang.[2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Al Mulk.

 
Anak perempuan sulong Hjh Hussainah Bte Hussain (Tok Mami) sedang menjurus ayer mawar dipusara bonda tersayang.
 
 
Majlis tahlil aruah dan turut hadhir ialah Menteri diJabatan Perdana Menteri, Senator Dato Seri Abdul Wahid Omar
 

3021 WO2 Hussain Ahmad (bapa mertua), RSM Pak Long 4th from left and 3060 WO2 Mohd Zain, my father, is on the extreme right. Gambar diambil pada tahun 1966, 4 RMR Majidee Camp, Johore Bahru.



 



.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites