Permandangan selepas solat subuh didataran dihadapan
Kaabah pada suatu pagi Ramadhan beberapa tahun yang lalu.
Masuk bulan Sya’aban 1434 yang lepas, saya telah
dimaklumkan bahawa Embassy Arab Saudi tidak lagi mengeluarkan visa sebulan bagi
jemaah yang hendak mengerjakan umrah mulai dari tarikh tersebut dan hanya
dibenarkan untuk tempuh 15 hari sahaja. Pengumuman tersebut dukacita telah
memutuskan momentum yang telah saya amalkan bertahun tahun untuk beribadat
sebulan penuh dalam bulan Ramadhan ditanah suci Madinah alMunawarrah dan
diMekah, Makkatul Mukarramah. Begitulah Kehendak Allah SWT dan menyingkap
pengalaman semasa diTanah Suci yang silam (5-6 tahun yang lampau) serta semangat dan rangsangan sempena
menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada sedikit hari lagi, sila hayati dan
renungi posting dibawah. Walau pun ianya sekadar sorotan dan pandangan, ingin juga
ditegaskan bahawa sekiranya tuan tuan mempunyai nas atau dalil yang lebih tepat
maka tuanlah yang betul. Coretan ditujukan specifically among Skot maka diatas keakraban dan kekitaan tersebut maka tulisan itu dibuat begitu rupa and may not augurs well dengan orang lain. Apa pun kita ambil sahalalah mana yang menafaat.
Skot dan sahabat yang diRahmati Allah, Semasa melakukan
ibadah diMasjidil Haram, saya teringat bagaimana Allah memuji umat Nabi Mohamad
SAW didalam firmanNya : 'Kamu wahai (umat Mohamad) adalah umat terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh kapada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang
mungkar, dan beriman kapada Allah'. Sila lihat ayat atau link dan audio pada petikan
ayat dan surah yang disertakan. Dengan pengikhtirafan yang sebegitu rupa dan
yang datangnya pula dari yang Maha Esa, saya merasa ketika itu seolah kita
bagaikan ditauliahkan untuk memikul amanat seperti mana yang dikehendaki
didalam ayat tersebut. Kemudian dengan mengimbas kembali segala latihan yang
telah kita lalui mahu pun pada peringkat awalnya diSebatang Karah kemudian in
RMC and so on, saya merasa kita pula mempunyai kelebihan yang istimewa jika
kita dibandingkan dengan orang orang awam yang lain. Yaitu bahawasanya kita
adalah golongan yang terlatih, descipline with the kind of training to be a
leader atau pemimpin dan dengan perasaan kebanggaan itu, telah melonjakkan
semangat saya untuk mengisi setiap ruang dan masa untuk melaksanakan sebanyak
ibadah dengan semampu dan sepenuh yang terdaya.
Dalam erti kata yang lain dan bagi mengelak dari riak
atau bangga diri, cukuplah sekadar saya nyatakan disini bahawa sepanjang bulan
Ramadhan itu, saya telah membuat banyak kali ibadat umrah, banyak kali tawaf
sunat, banyak kali qiyammulail termasuk didalam Hijir Ismail dan banyak kali
mengucup hajar aswat serta hari hari membaca atau mentela'ah alQur'an. So much
so that considering the amount of money spent for the trip against the cost
per umrah can be calculated as just a mere few hundred ringgit. Demi Allah
satelah saya pulang, Allah telah menggantikannya balik dengan berkali kali
ganda dari itu. Alhamdulillah.
Walaupun mengucup hajar aswat itu biasanya tidak diambil
berat lazimnya oleh jemaah Malaysia kerana cukup sekadar istilam sahaja
dan oleh kerana tuan tuan pun sedia maklum tentang kesesakannya namun tetap
saya usahakan dan setiap kali saya menghampirinya, saya selamkan didalam hati
dengan menyatakan, 'tiadalah aku mengusahakan ini ya Allah melainkan berazam
serta berikhtiar dan mengharap akan RahmatMu' and again as I said we are
different dan istemewa. Allah tentunya mengetahui sekiranya kita tidak
mempunyai kesanggupan namun perlulah ditanamkan hasrat dan keinginan dan
berikhtiar terlebih dahulu, bukan begitu? Kerana amat kurangnya tidur dan
dengan melakukan sa'i (berjalan) semasa membuat umrah tersebut serta berbuka
pula dengan makan ala kadar, I shed almost 20 lbs or another way of saying, you
feel 20 years younger and with full of spring. Alhamdulillah.
Muslimah, OKU serta orang orang
tua dan mereka yang uzur aside, of course there were the also ran type yang
hanya berpuas hati sekadar melakukan sekali dua sahaja ibadat umrah dan solat
pun kadang kala dikerjakan didalam bilik, didalam lobi hotel atau diatas jalan
dihadapan hotel semasa malam malam akhir pada bulan Ramadhan tersebut, terutama
pada malam 27 yang mana kita terpaksa berada didalam Masjid dari awal pagi lagi
sehinggalah kemalam bagi mendapat tempat yang strategic lagi hampir dengan
ka'abah untuk solat fardhu dan solat sunat terawih, apalagi sekiranya hari
Jumaat. Kemudiannya pula kena datang awal lagi sebelum pukul satu malam bilamana
solat tahajud secara jemaah pula akan dilaksanakan. Solat tahajud 10 raka’at
ini berakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Balik untuk bersahur kemudian pada
sekitar pukul 4 pagi, azan pertama pun berkumandang sebagai warning for solat
subuh yaini sejam kemudian.
Ada pula antara mereka yang
suka menghabiskan masa bersembang dan menghisap rokok disebelah malam,
bercerita perkara dan hal hal keduniaan serta tak habis habis mencemuh dan
mengumpat apalagi dalam menegakkan ideoloji sempit mereka. Perlu diingatkan,
walau pun fadhilat mengerjakan ibadat diMasjidil Haram dan ditanah suci itu
boleh menjangkau hingga 100,000 darjat fadhilat kebaikan, namun bahananya pun,
adalah sama juga. Pendek kata kalau kita berniat, 'sahaja aku mengerjakan Umrah
dan berihram dengannya', bagi golongan ini, mungkinlah niat mereka pula: sahaja
aku melancong dan tidak berihram dengannya. Avoid this and as I said that we
are the special breed maka seharusnya kita patut berbangga dan
mempertahankannya sama ada dari segi perilaku, ucapan atau didalam amalan. (min
qaulin, aufiqlin, au'amal) sebagaimana kita berdoa, 'Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon daripada Mu syurga dan nikmatnya dan daripada apa apa juga perkara yang
menghampirkan aku kepadanya sama ada dengan perkataan,
perbuatan dan amalan'. Begitu jugalah sebaliknya jika kita memohon
perlindungan daripada Allah daripada neraka.
Semangat berlumba lumba untuk
mengerjakan ibadah ini dan diatas segalanya pula adalah untuk mengharap Rahmat
Allah, saya lakukan selagi terdaya dengan tahap umur serta kemampuan yang ada
sekarang. Akan tiba masanya nanti bahawa kita tidak akan lagi mampu serta
berupaya membuat sesuatu perkara amalan ibadah kerana keuzuran yang lazimnya
dihadapi apabila kita menjangkau umur tua. Sekarang ini pun kita telah mula
merasai perkara perkara yang telah luntur dan terhakis dari kita dibandingkan
dengan kebolehan serta keupayaan pada umur kita semasa 20-30 tahun yang lalu
atau di lain perkataan semasa remaja dahulu dan itulah hakikatnya dan
bertafakurlah seketika bagi merenungkannya.
Allah telah bersumpah dengan
empat perkara termasuklah salah satu diantaranya ialah kota (balad) Mekah yang
aman itu, bagi menyatakan betapa manusia itu telah dijadikan dengan sebaik baik
kejadian (ahsanni taqwim) namun manusia itu dengan sendirinya pula meletakkan
diri mereka pada serendah rendah tempat (neraka). Kecuali mereka yang beriman
dan beramal soleh yang mereka itu akan diberi pahala yang tidak putus putus
(continuity). Dalam erti kata yang lain, dulu semasa muda serta bersemangat dan
berdaya, kita mampu membuat amalan amalan terutama yang melibatkan physical
akan tetapi apabila sudah tua dan lemah, kita tidak akan lagi terlarat dan
berupaya, namun Allah tetap juga akan memberi pahala walaupun hanya berdaya
untuk membuat keazaman didalam hati sahaja. Maka berbahagialah mereka mereka,
terdiri daripada pendidik dan pendakwah yang menyampaikan ilmu yang bermenafaat
dan menerap kefahaman Islam serta mereka yang berjuang membela tanah ayer serta
ugama selagi tegaknya nur atau cahaya Islam di-negara Malaysia yang tercinta
ini. Itulah yang berupa pencen bagi
orang yang seperti saya ini yang saya harapkan dari Allah SWT dan sekali kali
tidak dari kerajaan no matter siapa yang memerintah. Sila amati janji Allah
kapada Rasulullah SAW melalui mukadimah surah al Qalam yang disertakan dibawah ini.
[110] Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman)
itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. Surah Ali Imran.
[1]Demi buah Tiin dan Zaitun, [2] Dan
Gunung Tursina, [3] Serta negeri (Makkah) yang aman ini, (itulah
empat perkara yang dinyatakan) [4] Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai
dengan keadaannya). [5] Kemudian (jika ia panjang umur
sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke
serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, [6] Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang
tidak putus-putus. [7] (Jika demikian kekuasaanKu), maka
apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar)
mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan
kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? [8] Bukankah
Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? Sadaqllahul ‘Azim. Surah at Tiin
[1] Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, [2] Engkau
(wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang
gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang
yang bijaksana).
[3] Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. [5] Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, [6] Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. [7] Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. [8] Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). Sadqallahul ‘Azim. Surah al Qalam.
[3] Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. [5] Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, [6] Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. [7] Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. [8] Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). Sadqallahul ‘Azim. Surah al Qalam.
Saya tidak pernah dengar,
correct me if I’m wrong, yang mengatakan Rasulullah SAW mahu pun sahabat
sahabat baginda, ada menerima pencen. Itu kalau kita hendak membicarakan
sunnah dan saya tidak mengatakan bahawa ianya haram, makruh atau sebagainya. We inherit it from those who colonised us dan kita pun sudah merdeka. Lainlah hal ideology, umpat dan maki hamun pun tak apa. Buat lah..,
namun sebaliknya, lihat pula perbandingan ayat 125 surah An Nahl yang
disertakan ini. Mana lebih mulia, kitab karangan dan pandangan serta persepsi
manusia atau firman Allah?
[125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan
berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk. Sadaqallahul ‘Azim. Surah an Nahl.
Sekiranya diambil
kira hayat Rasulullah SAW yaini 63 tahun (anything more than that is considered
subsidy) diambil sebagai perbandingan, maka kebanyakan kita insyaAllah
mempunyai hanya boleh dibilang hari sahaja lagi atau mungkin dah expired. Begitu punya
hampir dan dengan nikmat syurga yang telah Allah janjikan dengan sebegitu rupa
itu, let me ask you a very frank and honest question. Kenapakah kita masih lagi
leka dengan angan angan pada hal hal keseronokan dunia ini dan mengapa kita
mengambil sambil lewa sahaja terhadap offer yang telah Allah janjikan sebagai
fadhilat bulan Ramadhan dan segala fadhilat ibadat ditanah suci? Bukan sedikit
yang hendak kita cover up. Saya mengatakan ini kapada diri saya sendiri.
Fikir fikirkanlah bersama. 'Ya Allah berikan kapada kami perkara perkara yang
telah Engkau janjikan melalui perantaraan rasul rasul Mu dan janganlan Engkau
hina dan kecewakan kami diakhirat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Ya Allah Engkaulah pelindungku didunia dan perlindungku diakhirat dan ketemukan
aku dengan mereka mereka yang soleh. Ampunilah aku dengan RahmatMu. Berikan
kami kebahagian didunia dan kebahagian diakhirat dan hindarkanlah kami dari
azab api neraka dan masukkanlah kami kedalam syurga bersama sama orang yang
berbuat kebajikan Ya Aziz, Ya Ghafar, Ya Rabbal 'Alamin.' Selamat menyambut
bulan Ramadhan Kareem serta beramal dan semoga tuan tuan sentiasa didalam kesejahteraan,
aqulihaza, astaghfirullah hal'azim liwalakum, Assalamualaykum wbt.
[15]Mereka
duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan
permata;
[16] Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang
tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka,
[18] Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh
serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang
mengalir. [19] Mereka tidak merasa pening kepala dan
tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. [20] Dan juga
(dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, [21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. [22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan
sebaik-baiknya. [24] (Semuanya itu) sebagai balasan bagi
(amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. [25] Mereka
tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula
sesuatu yang menyebabkan dosa; - [26] Mereka hanya
mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Sadaqallahul ‘Azim. Surah al Waqi’ah.
Update
on Skot dan Sahabat :
Mendengar cerita dan kelohan orang lama. Brig Jen Abdul
Ghani Mahludin Recce dan Mej Basri RMR
(B). Mej Basri was the 2IC of 13 MTA, Penang when 6 Brigade put up a team and
invited him to play against the Kedah team in memory of Capt Hardev Singh, the
IO of 6 Bde who was killed in a MT ambush by the Communist Terrorist in Gubir
in 1975. Nowadays I don’t think anyone can imagine a Bde Intelligence Officer
can get killed during an operation. Perhaps even the Director of Military Intelligence or DMI will be busy in the bunker chipping their misery away.
Breakfast on Father’s Day : with Brig Jen Dato Isa Hassan
and Lt Jen Dato Mohd Salleh Ismail Ex DMI.
Breakfast
roti canai dipekan Karai dengan Mej Hashim TA (B)
Kenduri kahwin anak Skot Lt Kol Ahmad Fuad MP (B). Fuad ialah orang
yang pertama dinaikkan pangkat kepada Lt Kol among Skot 22. Duduk ialah Dato
Azhar dan dibelakang ialah Lt Kol Fuad, Kol Ariffin Agam KPD (B), Zainal dan saudara Abdullah
Shahedan. Melainkan Col Ariffin Agam, yang lain itu adalah sama sama dalam satu kelas
diKlipot dan Fuad sebagai class monitor.. sebab orang lain tak ndak. Bila
bebudak dalam kelas riuh bersembang semasa Che gu tak ada, Fuad akan menulis
nama nama mereka dipapan hitam untuk dilapurkan kepada guru mungkin untuk
dikenakan detention class. Bila guru kelas hampir masuk, Fuad cepat cepat
memadamkannya. Berani dia nak report.. gertaklah macam mana pun.. tak peduli
dek deme. Kenangan semasa remaja.. memang buas.
Pengantin perempuan iaitu anak kepada Skot Fuad. Dukacita
beliau mengidap cancer dan sama samalah kita doakan agar adik Nurul Wahida dapat dan cepat
sembuh.
Note : Adik Nurul Wahida telah kembali keRahmatullah dalam setahun lebih selepas perkahwinan mereka, Semoga rohnya bersama mereka yang solehin.
0 comments:
Post a comment