Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Mengandungi 159 tajuk kecil yang menghimpunkan kisah dan sejarah ketenteraan iaitu keperwiraan dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa di-zaman insurgensi,

Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Turut mengandungi bingkisan coretan kenangan dan nostalgia serta bimbingan agama dengan dimuatkan ayat ayat al Quranul Karim sebagai renungan dan puluhan selingan lagu lagu, clip video dan website info.

Penyerahan buku dan CD, Inilah Barisan Kita Skot 22 kepada Mejar Jeneral Dato` Nordin Bin Haji Rahok, Ketua Pengarah dan Pengerusi Kor Perkhidmatan DiRaja

Inilah Barisan Kita Skot 22

Inilah Barisan Kita Yang Ikhlas Berjuang

Monday, 22 July 2013

Merchant of Faith

Renungan : Sebaik baik perkataan ialah kitab Allah, sebaik baik petunjuk ialah petunjuk Mohamad, sejahat jahat perbuatan ialah bida’ah. Bida’ah sesat, sesat masuk neraka. Mafhum Hadith.
 
SSC 22 atau TJP 22 yang ditauliah bersama Regular atau TJT15 ialah kumpulan pertama terdiri dari beberapa pegawai yang ditauliahkan menempa sejarah kerana terus berkhidmat didalam Rejimen Gerak Khas atau Komando. Mereka ialah Brig Jen Harun Hitam dari Regular 15 dan dari Skot 22 pula terdiri daripada Lt Kol Nik Omar alHadad, Lt Kol Anuwa, Mej Azizan, Mej Che Weld, Mej Adnan dan diikuti oleh Lt Kol Dul Ngajis dan Mej Rajasaikaran enam bulan kemudian. Pada masa sebelumnya pegawai pegawai yang ditauliahkan kena terlebih dahulu memasuki dan berkhidmat didalam Rejimen dan unit didalam Tentera Darat sebelum layak untuk mengikuti kursus asas Komando dan seterusnya menyertai pasukan elit tersebut sekiranya lulus. Teringat saya a junior officer, bekas lepasan sekolah ACS, Ipoh dan seorang pemain hoki yang baik iaitu Chang Kee King Jurutera, dengan kaki yang pucat dan pecah pecah dan muka yang kecewa sedang mengemas haversack satelah gagal pada kali keduanya, balik dari kursus Asas Komando tersebut.

Ada beberapa fasa didalam kursus tersebut namun perkara itu mungkin Skot Komando kita lebih berpengalaman untuk menceritakannya.  Apa yang ingin dikongsi dan diutarakan disini ialah fasa sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah ini yang telah memasuki fasa kedua iaitu 'pengampunan' atau maghfirah.  Tidak dinafikan yang kita sanggup dan boleh berjemur dan berpanas kena lanyak semasa didalam latihan, ketika berkursus dan apabila membuat operasi semasa berkhidmat demi untuk negara, bangsa, agama dan tanah ayer namun untuk berdiri seketika dengan penuh khusuk untuk membuat ibadat malam atau qiyamulail dan istiqamah denganya is a different matter altogether . Dengan umur  kita yang sudah pun melewati senja, memang berat dan ditambah pula dengan half past six atau setakat cuma certificate of attendance sahaja dalam penguasaan ilmu alQuran misalannya dan sekiranya kita menjadi ma’amum akan menguap mengalahkan hippo kerana tidak dapat focus atau dilain perkataan untuk mendapat khusuk dan tawaduq or with humility semasa melaksanakan ibadat malam. Tidak boleh tidak kenalah usholi detaili atau memaksa dan meriadhahkan diri samada berzikir, membaca al Qur'an serta tekun atau istiqamah melakukan ibadat setakat yang upaya dengan mengharap keredhaan Allah bagi mengisi amal ibadat didalam bulan yang penuh berkah ini.

Pengalaman saya semasa beribadat dibulan Ramadhan ditanah suci khasnya diMasjidil Haram, setiap malam menyaksikan jemaah penuh sesak hingga keatas bumbung masjid dan pada malam 27 Ramadhan juga  malam khatam alQur’an pula, muslimin dan muslimah melimpah hingga beratus meter dijalan raya dan dikawasan lapang diluar masjid walau pun semasa solat tahajjud dengan solat sunat witir dan qunut nazilahnya pada pukul satu tengah malam membawa hampir kepukul tiga pagi. Namun lain nampaknya ditanah ayer, belum pun masuk setengah bulan Ramadhan, masjid ditempat saya ini sudah pun kurang dari separuh, MasyaAllah.  Apabila break empat rakaat pada solat tarawikh untuk tazkirah akan ada lagi satu platun yang membuat Houdini’s or disappearing act. Melihat akan demikian kita pun mula nak jadi macam kambing biri biri, Seekor melompat semua nak ikut melompat.

Perlu dinyatakan bahawa website ini tidak mampu dan sesuai untuk membicara perkara hukum hakam dan hakikatnya we are all basically trained to kill. Kita diajar dan dilatih dengan berlandaskan discipline untuk menerima perintah and execute them. Tazkirah pada selang solat tarawikh telah dipertikaikan dan pihak berkuasa telah pun melarangnya maka kita turutilah sahaja, period.  Dinegeri Selangor ini kita sedia maklum akan asas untuk mereka adakan juga namun kita juga tahu akan agenda disebaliknya. Hampir kesemua kereka yang menyampaikannya akan menagih sumbangan dengan merujuk kepada ayat ayat yang bersangkutan akan fadhilatnya bagi tujuan sama ada hendak membina maahad tahfiz, derma anak yatim, pembinaan surau dan sebagainya. Alhamdulillah itu semua kita amat peka dan penuh prihatin akan ganjaran pahalanya. Walau pun kita tidak mahu mempertikaikan akan hasrat murni mereka namun dari impression mereka atau didalam istilah kerohanian, 'nan lahir pedoman nan batin' itu, adakah mampu mereka melaksanakan mengikut peraturan dan aspek keselamatan yang hendak didirikan itu. Tidakkah elok sekiranya perkara itu diselaraskan dengan pihak berkuasa supaya mengikut perundangan dan peraturan dan diatas segalanya akan mendapat pembiayaan sepatutnya dari pihak berwajib i.e Jabatan Agama Islam negeri, Baitulmal dan sebagainya. Tanah runtuh yang menimpa sebuah penempatan anak yatim diMadrasah alTaqwa baru baru ini rupa rupanya dari kumpulan ajaran sesat. Berapa banyak sekolah maahad tahfiz yang kita dengar telah terbakar.

Juga apabila ucapan mereka didalam tazkirah pula adalah lebih kepada bercerita dengan membuat ibarat ibarat dan cemuhan serta meleret kapada perasangka yang keterlaluan bagi mendapat popularity maka ianya telah menyimpang jauh dari kehendak dan maksud and just not dignified. Saban waktu, hari, bulan dan tahun mereka ini menggunakan rumah Allah seolah memperdagangkan agama bagi tujuan selain daripada tujuannya. Rasulullah SAW pun pernah mengembala kambing, berdagang dengan berkabillah dan berjihad dalam peperangan dan mendapat menafaat akan ghanimahnya. Pernah dikeluarkan buah korma yang telah berada didalam mulut cucunya yang disumbangkan oleh orang dengan sabda baginda, ‘tidakkah engkau tahu bahawasanya keturunan Abu Mutalib tidak boleh menerima sedeqah?’ Untuk berjumpa dan berbicara dengan baginda afdalnya memberi sedeqah kepada fakir miskin disekitar masjid terlebih dahulu.

Allah SWT menyuruh kita bekerja dan berusaha ;  [77] “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.Surah al Qasas dan " Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Surah Hud ayat 61. Bukan sekadar hidup ala padri gereja atau sami or monk Buddha yang kesana kemari mengutip dan mengambil dari hasil kerengat dan usaha orang lain.

Pernah didalam tazkirah, dibacakan ayat berikut : ‘Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman’ 2:08 dan didalam ulasannya kita tahulah siapa yang ditohmah dan disindir oleh mereka. Astaghfirullahal 'Azim, begitukah cara ajaran didalam al Qur’an? Kita pun dah naik cemuih dengan sikap mereka ini dan kemungkinan jemaah pun tiada lagi Gung Ho untuk mengikuti agenda yang sedemikian dan tidak hairanlah mereka berbondong bondong keluar dan tidak lagi mengimarahkan masjid. Apa hendak dikatakan kerana mereka berkuasa dan kuasa itu diberi sokongan oleh golongan yang menolak untuk menegak hukum Islam itu sendiri. Padahal golongan kafir didalam pakatan mereka yang akhir akhir ini cenderung kepada tindakan untuk mengugat kesucian Islam bukan kata hendak dijihadkan malah dijentik sikit pun tak berupaya. “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)”. 41:40. "Setiap kata ada jawabnya, setiap gayung ada sambutnya. Segala penyakit ada ubatnya, asal tak hasad pokok pangkalnya".
 
 
[95] Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui. [96] (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. [97] Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. Sadaqallahul ‘Azim. Surah anNahl.
 




[127] “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Surah Asy Syu’araa.

On another note, sebagai seorang yang pernah menjawat Pegawai Pemerintah atau OC unit Bekalan and well versed didalam catering, mari kita cerita pula tentang hal makan untuk juadah berbuka puasa. Senang cerita sila lihat dan hayati gambar gambar mengenai hal makan dan masakan yang disertakan dibawah ini.

Didalam kotak dibelakang Tok Mami itu ialah buah kurma medjool yang besar seperti kurma ambar.  Gambar semasa lawatan diJerico, Baitul Maqdis.
 
 Perahan ayer delima semasa melawat diMount of Temptation, diJerico
Caviar yang dijual di Grand Bazaar, Istanbul. Sudahlah mahal kena frost pack untuk dibawak balik
 
Dalam circle itu ialah ikan herring. Best kalau di-grill.

 Segala jenis kaki haiwan yang dibersih puteh dipasar Istanbul. Buat soup atau stew.
Tanda iklan Saffron dan aneka jenis rempah diIstanbul Spice Market. Saffron yang didatangkan dari Iran dan sungguh berqualiti tapi mahal.
 
 
Menu yang lazat disebuah retoren diLembah Musa, Petra Jordan
 
Masakan tempatan : Ikan tengalan dan cicahnya dan gulai lemak terong
 
Aneka anak ikan sungai dan pekasam anak ikan sungai digoreng rangup sebagai appetizer
 
Simple menu kalau Mak Andeh malas masak : Rencah Mee Bandung Segera dari Muar
 
Best dari tanah suci. Nasi briyani dengan curry kambing atau beef dan baby bendi


 
Sekali sekala makan gulai lemak ikan baung dan terong tahun serta jelatahnya.


Ikan keli bakar diPasar Ramadhan Kuala Kangsar


Gulai kemahang dan gulai lemak ikan jelawat.
Santapan balik dari solat tarawikh : pulut dan durian

Kueh limas atau kueh pelita.
 

SEKITAR PERKEBUMIAN HJH SAKINAH BALU KPD ALLAHYARHAM 3021 PW2 HUSSAIN BIN AHMAD (IBU BAPA MERTUA).

Kembali keRahmatullah pada hari Khamis 18 July 2013 bersamaan 6 Ramadhan 1434 H
Jemaah dan anak beranak serta sanak saudara selesai solat jenazah diMasjid Kampung Selayang Indah. Ucapan aluan dan wasiat dari anak sulong lelaki iaitu Dato Ahmad Husni Bin Hussain, KP UKAS.
 
Bacaan tahlil dan talkin ditanah perkuburan Kampung Selayang.[2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Al Mulk.

 
Anak perempuan sulong Hjh Hussainah Bte Hussain (Tok Mami) sedang menjurus ayer mawar dipusara bonda tersayang.
 
 
Majlis tahlil aruah dan turut hadhir ialah Menteri diJabatan Perdana Menteri, Senator Dato Seri Abdul Wahid Omar
 

3021 WO2 Hussain Ahmad (bapa mertua), RSM Pak Long 4th from left and 3060 WO2 Mohd Zain, my father, is on the extreme right. Gambar diambil pada tahun 1966, 4 RMR Majidee Camp, Johore Bahru.



 



Thursday, 11 July 2013

TAZKIRAH RAMADHAN – THE NIGHT GOLIATH CRIED



Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. 9:109

Salam.. Dato, Skot dan sahabat yang diRahmati Allah dan warkah ini tentunya menemui tuan tuan didalam ketekunan dan tetap istiqamah menunaikan amalan amalan ibadat puasa dibulan Ramadhan Kareem 1434H ini. Mengharapkan yang mana pada bulan yang mulia ini, awalnya merupakan Rahmat, dipertengahnya Maghfirah atau keampunan dan dipenghujungnya nanti terlepas dari siksa neraka, Alhamdulillah. Sabda Rasulullah SAW, ramai dari umatku yang berpuasa tetapi tiadalah mereka mendapat kecuali lapar dan dahaga. MasyaAllah sekiranya kita hayati mafhum hadith tersebut dan menyingkap akan kehidupan semasa kita didalam latihan untuk menjadi pegawai tentera dan pada umur remaja diketika kita mula berkhidmat dahulu, melainkan segelintir sahaja diantara kita namun majoritinya mungkin tergulung didalam kejahilan tersebut. Saya yakin bahawasanya kita semua sekarang ini tentunya sudah arif serta berilmu bagi menilaikan yang baik untuk diri sendiri serta membimbing keluarga tersayang masing masing dalam perkara perkara amal ibadat.
 
Salah satu cara untuk menimba ilmu dalam perkara amal ibadat ialah dengan mengikuti majlis ilmu dan tazkirah dimasjid atau surau yang berdekatan ditempat kita. Namun apa pandangan tuan tuan sekiranya surau itu berkeadaan show of force seperti didalam gambar diatas. Persoalannya adakah ianya khas kepada satu satu golongan atau parti sahaja. Dukacita dikatakan demikian kerana surau tersebut pernah menganjurkan solat hajat setiap malam jumaat dan mendoakan agar Allah menghancurkan sesama bangsa yang tidak sehaluan dengan ideology mereka. Tazkirah dan ilmu yang menafaat sebagai intisarinya dan didalam landasan ingat mengingati sesama kita dalam mengharapkan keredhaan dan Rahmat Allah tentulah baik serta akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Namun Rahmat apa yang hendak kita harapkan sekiranya semasa break empat rakaat didalam soleh terawih dengan membuat kenyataan didalam tazkirah, “ada sebuah negeri yang diperintahkan oleh orang Melayu tetapi kita tidak tahulah sama ada dia orang itu Islam atau tidak kerana mereka tidak membenarkan tazkirah dibuat pada solat tarawih”. Diperkuatkan pula bahawasanya dibulan Ramadhan diturunkan alQuran. Ujar beliau lagi, “ulamak dan ustat mereka pula mendiamkan diri tidak bersuara kerana takut tak ‘masuk’. Persoalannya elokkah sifat beradu domba seperti itu terutamanya didalam bulan yang mulia ini? Adakah ianya mengikut ciri dan dasar  taqwa sebagaimana ayat 109 surah at Taubah itu. Allah menjelaskan salah satu maksud taqwa seperti didalam ayat berikt :


Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. Sadaqallahul ‘Azim. Surah alBaqarah ayat 177. Juga perhatikan ayat berikut :


[18]Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Sadaqallahu ‘Azim. Surah at Taubah atau alBara’ah.

Salah satu gist didalam firman Allah repeat firman Allah SWT didalam kedua ayat diatas ialah “orang orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”. Ada beberapa hadith bagi menerang dan menjelaskan ciri orang orang yang dimaksudkan itu : Daripada Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith yang lebih berat dari itu : “Tidak akan masuk surga orang yang memutus tali silaturahmi (HR al-Bukhari) dan beberapa himpunan hadith yang bersangkutan.Salah satu contoh klasik yang menghendaki supaya kita berhemah didalam menyampaikan ilmu dan peringatan ialah mafhum ayat perintah Allah kepada Nabi Musa dan saudaranya Nabi Harun untuk bertemu Firaun dan membawa mukjizat dan perintah Allah :


[42] "Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku. [43] "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. [44] "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Sadaqallahul ‘Azim. Surah Tho-ha.

Kalau dengan Firaun yang mengaku dirinya tuhan itu pun kena berbicara dengan kata kata yang lemah lembut inikan pula kepada kita sesame bangsa dan agama. Mengapa Allah tidak menyuruh sahaja, ‘wahai Musa pergilah kamu bertemu Firaun dan tongkat sebagai mukjizat yang ada pada kamu itu, kamu libas dia cukup cukup’. Senang cerita..

Sekiranya tuan tuan pernah mendirikan solat sunat terawih diMasjidil Haram juga diMasjidil Nabawi maka kita Alhamdulillah melaksanakannya sebagai ma’mum dengan mengerjakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan ayat ayat alQuran oleh Imam lengkap satu juzuk dan itulah tazkirahnya yaini apa yang terkandung didalam juzuk tersebut. Sekira misalannya malam tersebut ialah malam nuzul alQuran, tentulah imam telah sampai kepada juz 18. Menyatakan akan kelemahan diri saya terhadap bahasa alQuran maka disiang harinya saya akan sedaya yang boleh membaca serta cuba memahami akan terjemahan ayat ayat didalam juzuk tersebut dan apabila mendengar Imam menbacanya semasa solat terawih pada malamnya maka dapatlah saya menangkap sedikit sebanyak memahami jalan cerita atau makna ayat yang dibacakan itu.

Pernah suatu masa dahulu saya berdiri solat diantara seorang Arab yang tinggi dan sasa macam Jalut (Goliath) dan disebelah kanan pula seorang Arab yang kecil dan nampak dhaif. Kulit beliau kehitaman dan kaki beliau kasar dan merkah mungkin seorang Arab Dusun. Tiba tiba mereka berdua walau pun seorang yang tinggi gagah dan seorang pula kecil dan dhaif boleh menangis tersesak dengan berlinang ayer mata dan Imam pula membaca ayat Allah tersebut dengan tersedu sedu akan tetapi saya dan mungkin kebanyakan jemaah melayu lain, rilek sahaja sebab tidak dapat menghayati ayat ayat yang dibacakan itu kerana tidak mengetahui akan maknanya. Apa nak dikatakan lagi.. masa muda muda dulu mengalahkan peraun dan telah mensia siakan masa dalam keseronokan hal keduniaan. Maka seharusnya tak sudah sudahlah kita patut beristifar dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Apa pun syukurlah Alhamdulillah kerana Allah telah memberi petunjuk dan hidayah.

 Ya Tuhanku ampunilah kami, Rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakan kami dengan kemurahan Mu dan ampunkanlah segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau adalah sangat Maha Mulia lagi Maha Terpuji. Amin.


[10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

[13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Sadaqallahul ‘Azim. Surah alHujurat.

Sama samalah kita meningkatkan amalan ibadat dengan pengetahuan ilmu dan tiadalah peluang yang lebih baik dan afdal dari mengerjakannya didalam bulan puasa yang penuh keberkatan (al Mubarak) ini.

Kesejahteraanlah terhadap kamu dengan Rahmat Allah serta KeberkatanNya.

THE WEEK THAT WAS

Kenduri kahwin anak Mej Ameri MP (B) pada hujung bulan Sya’aban yang lepas.
 
Salah seorang tetamu, Dato Seri Lt Kol Abdul Rahman MP (B). Puteri beliau Aishah, berkahwin dengan alMarhum DYMM Sultan Selangor dan pernah menjadi DYMM Raja Permaisuri Agong.
 
Makan gulai tempoyak ikan patin diTemerloh dua hari sebelum mula Ramadhan.
 
Ramainya yang menunggu untuk menikmati gulai tempoyak ikan patin.


Monday, 1 July 2013

Lambaian Ka'abah - Surah Pencen



Permandangan selepas solat subuh didataran dihadapan Kaabah pada suatu pagi Ramadhan beberapa tahun yang lalu.
Masuk bulan Sya’aban 1434 yang lepas, saya telah dimaklumkan bahawa Embassy Arab Saudi tidak lagi mengeluarkan visa sebulan bagi jemaah yang hendak mengerjakan umrah mulai dari tarikh tersebut dan hanya dibenarkan untuk tempuh 15 hari sahaja. Pengumuman tersebut dukacita telah memutuskan momentum yang telah saya amalkan bertahun tahun untuk beribadat sebulan penuh dalam bulan Ramadhan ditanah suci Madinah alMunawarrah dan diMekah, Makkatul Mukarramah. Begitulah Kehendak Allah SWT dan menyingkap pengalaman semasa diTanah Suci yang silam (5-6 tahun yang lampau) serta semangat dan rangsangan sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia pada sedikit hari lagi, sila hayati dan renungi posting dibawah. Walau pun ianya sekadar sorotan dan pandangan, ingin juga ditegaskan bahawa sekiranya tuan tuan mempunyai nas atau dalil yang lebih tepat maka tuanlah yang betul. Coretan ditujukan specifically among Skot maka diatas keakraban dan kekitaan tersebut maka tulisan itu dibuat begitu rupa and may not augurs well dengan orang lain. Apa pun kita ambil sahalalah mana yang menafaat.
 
  
Skot dan sahabat yang diRahmati Allah, Semasa melakukan ibadah diMasjidil Haram, saya teringat bagaimana Allah memuji umat Nabi Mohamad SAW didalam firmanNya : 'Kamu wahai (umat Mohamad) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kapada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kapada Allah'. Sila lihat ayat atau link dan audio pada petikan ayat dan surah yang disertakan. Dengan pengikhtirafan yang sebegitu rupa dan yang datangnya pula dari yang Maha Esa, saya merasa ketika itu seolah kita bagaikan ditauliahkan untuk memikul amanat seperti mana yang dikehendaki didalam ayat tersebut. Kemudian dengan mengimbas kembali segala latihan yang telah kita lalui mahu pun pada peringkat awalnya diSebatang Karah kemudian in RMC and so on, saya merasa kita pula mempunyai kelebihan yang istimewa jika kita dibandingkan dengan orang orang awam yang lain. Yaitu bahawasanya kita adalah golongan yang terlatih, descipline with the kind of training to be a leader atau pemimpin dan dengan perasaan kebanggaan itu, telah melonjakkan semangat saya untuk mengisi setiap ruang dan masa untuk melaksanakan sebanyak ibadah dengan semampu dan sepenuh yang terdaya.
Dalam erti kata yang lain dan bagi mengelak dari riak atau bangga diri, cukuplah sekadar saya nyatakan disini bahawa sepanjang bulan Ramadhan itu, saya telah membuat banyak kali ibadat umrah, banyak kali tawaf sunat, banyak kali qiyammulail termasuk didalam Hijir Ismail dan banyak kali mengucup hajar aswat serta hari hari membaca atau mentela'ah alQur'an. So much so that considering the amount of money spent for the trip against the cost per umrah can be calculated as just a mere few hundred ringgit. Demi Allah satelah saya pulang, Allah telah menggantikannya balik dengan berkali kali ganda dari itu. Alhamdulillah.
Walaupun mengucup hajar aswat itu biasanya tidak diambil berat lazimnya oleh jemaah Malaysia kerana cukup sekadar istilam sahaja dan oleh kerana tuan tuan pun sedia maklum tentang kesesakannya namun tetap saya usahakan dan setiap kali saya menghampirinya, saya selamkan didalam hati dengan menyatakan, 'tiadalah aku mengusahakan ini ya Allah melainkan berazam serta berikhtiar dan mengharap akan RahmatMu' and again as I said we are different dan istemewa. Allah tentunya mengetahui sekiranya kita tidak mempunyai kesanggupan namun perlulah ditanamkan hasrat dan keinginan dan berikhtiar terlebih dahulu, bukan begitu? Kerana amat kurangnya tidur dan dengan melakukan sa'i (berjalan) semasa membuat umrah tersebut serta berbuka pula dengan makan ala kadar, I shed almost 20 lbs or another way of saying, you feel 20 years younger and with full of spring. Alhamdulillah.
Muslimah, OKU serta orang orang tua dan mereka yang uzur aside, of course there were the also ran type yang hanya berpuas hati sekadar melakukan sekali dua sahaja ibadat umrah dan solat pun kadang kala dikerjakan didalam bilik, didalam lobi hotel atau diatas jalan dihadapan hotel semasa malam malam akhir pada bulan Ramadhan tersebut, terutama pada malam 27 yang mana kita terpaksa berada didalam Masjid dari awal pagi lagi sehinggalah kemalam bagi mendapat tempat yang strategic lagi hampir dengan ka'abah untuk solat fardhu dan solat sunat terawih, apalagi sekiranya hari Jumaat. Kemudiannya pula kena datang awal lagi sebelum pukul satu malam bilamana solat tahajud secara jemaah pula akan dilaksanakan. Solat tahajud 10 raka’at ini berakhir sekitar pukul 2.30 pagi. Balik untuk bersahur kemudian pada sekitar pukul 4 pagi, azan pertama pun berkumandang sebagai warning for solat subuh yaini sejam kemudian.
 
Ada pula antara mereka yang suka menghabiskan masa bersembang dan menghisap rokok disebelah malam, bercerita perkara dan hal hal keduniaan serta tak habis habis mencemuh dan mengumpat apalagi dalam menegakkan ideoloji sempit mereka. Perlu diingatkan, walau pun fadhilat mengerjakan ibadat diMasjidil Haram dan ditanah suci itu boleh menjangkau hingga 100,000 darjat fadhilat kebaikan, namun bahananya pun, adalah sama juga. Pendek kata kalau kita berniat, 'sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya', bagi golongan ini, mungkinlah niat mereka pula: sahaja aku melancong dan tidak berihram dengannya. Avoid this and as I said that we are the special breed maka seharusnya kita patut berbangga dan mempertahankannya sama ada dari segi perilaku, ucapan atau didalam amalan. (min qaulin, aufiqlin, au'amal) sebagaimana kita berdoa, 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Mu syurga dan nikmatnya dan daripada apa apa juga perkara yang menghampirkan aku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan dan amalan'. Begitu jugalah sebaliknya jika kita memohon perlindungan daripada Allah daripada neraka.
 
Semangat berlumba lumba untuk mengerjakan ibadah ini dan diatas segalanya pula adalah untuk mengharap Rahmat Allah, saya lakukan selagi terdaya dengan tahap umur serta kemampuan yang ada sekarang. Akan tiba masanya nanti bahawa kita tidak akan lagi mampu serta berupaya membuat sesuatu perkara amalan ibadah kerana keuzuran yang lazimnya dihadapi apabila kita menjangkau umur tua. Sekarang ini pun kita telah mula merasai perkara perkara yang telah luntur dan terhakis dari kita dibandingkan dengan kebolehan serta keupayaan pada umur kita semasa 20-30 tahun yang lalu atau di lain perkataan semasa remaja dahulu dan itulah hakikatnya dan bertafakurlah seketika bagi merenungkannya.
 
Allah telah bersumpah dengan empat perkara termasuklah salah satu diantaranya ialah kota (balad) Mekah yang aman itu, bagi menyatakan betapa manusia itu telah dijadikan dengan sebaik baik kejadian (ahsanni taqwim) namun manusia itu dengan sendirinya pula meletakkan diri mereka pada serendah rendah tempat (neraka). Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang mereka itu akan diberi pahala yang tidak putus putus (continuity). Dalam erti kata yang lain, dulu semasa muda serta bersemangat dan berdaya, kita mampu membuat amalan amalan terutama yang melibatkan physical akan tetapi apabila sudah tua dan lemah, kita tidak akan lagi terlarat dan berupaya, namun Allah tetap juga akan memberi pahala walaupun hanya berdaya untuk membuat keazaman didalam hati sahaja. Maka berbahagialah mereka mereka, terdiri daripada pendidik dan pendakwah yang menyampaikan ilmu yang bermenafaat dan menerap kefahaman Islam serta mereka yang berjuang membela tanah ayer serta ugama selagi tegaknya nur atau cahaya Islam di-negara Malaysia yang tercinta ini. Itulah yang berupa pencen bagi orang yang seperti saya ini yang saya harapkan dari Allah SWT dan sekali kali tidak dari kerajaan no matter siapa yang memerintah. Sila amati janji Allah kapada Rasulullah SAW melalui mukadimah surah al Qalam yang disertakan dibawah ini.
 
 
[110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. Surah Ali Imran.



[1]Demi buah Tiin dan Zaitun, [2] Dan Gunung Tursina, [3] Serta negeri (Makkah) yang aman ini, (itulah empat perkara yang dinyatakan) [4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). [5] Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, [6] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. [7] (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? [8] Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? Sadaqllahul ‘Azim. Surah at Tiin
 
 

[1] Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, [2] Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
[3] Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. [5] Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, [6] Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. [7] Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. [8] Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). Sadqallahul ‘Azim. Surah al Qalam.

Saya tidak pernah dengar, correct me if I’m wrong, yang mengatakan Rasulullah SAW mahu pun sahabat sahabat baginda, ada menerima pencen. Itu kalau kita hendak membicarakan sunnah dan saya tidak mengatakan bahawa ianya haram, makruh atau sebagainya. We inherit it from those who colonised us dan kita pun sudah merdeka. Lainlah hal ideology, umpat dan maki hamun pun tak apa. Buat lah.., namun sebaliknya, lihat pula perbandingan ayat 125 surah An Nahl yang disertakan ini. Mana lebih mulia, kitab karangan dan pandangan serta persepsi manusia atau firman Allah?


[125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Sadaqallahul ‘Azim. Surah an Nahl.

 
Sekiranya diambil kira hayat Rasulullah SAW yaini 63 tahun (anything more than that is considered subsidy) diambil sebagai perbandingan, maka kebanyakan kita insyaAllah mempunyai hanya boleh dibilang hari sahaja lagi atau mungkin dah expired. Begitu punya hampir dan dengan nikmat syurga yang telah Allah janjikan dengan sebegitu rupa itu, let me ask you a very frank and honest question. Kenapakah kita masih lagi leka dengan angan angan pada hal hal keseronokan dunia ini dan mengapa kita mengambil sambil lewa sahaja terhadap offer yang telah Allah janjikan sebagai fadhilat bulan Ramadhan dan segala fadhilat ibadat ditanah suci? Bukan sedikit yang hendak kita cover up. Saya mengatakan ini kapada diri saya sendiri. Fikir fikirkanlah bersama. 'Ya Allah berikan kapada kami perkara perkara yang telah Engkau janjikan melalui perantaraan rasul rasul Mu dan janganlan Engkau hina dan kecewakan kami diakhirat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah Engkaulah pelindungku didunia dan perlindungku diakhirat dan ketemukan aku dengan mereka mereka yang soleh. Ampunilah aku dengan RahmatMu. Berikan kami kebahagian didunia dan kebahagian diakhirat dan hindarkanlah kami dari azab api neraka dan masukkanlah kami kedalam syurga bersama sama orang yang berbuat kebajikan Ya Aziz, Ya Ghafar, Ya Rabbal 'Alamin.' Selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem serta beramal dan semoga tuan tuan sentiasa didalam kesejahteraan, aqulihaza, astaghfirullah hal'azim liwalakum, Assalamualaykum wbt.
 
 
 
[15]Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; [16] Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. [17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, [18] Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. [19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. [20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, [21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. [22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, [23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [24] (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. [25] Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; - [26] Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain). Sadaqallahul ‘Azim. Surah al Waqi’ah.
 
Update on Skot dan Sahabat :

 
Mendengar cerita dan kelohan orang lama. Brig Jen Abdul Ghani Mahludin Recce  dan Mej Basri RMR (B). Mej Basri was the 2IC of 13 MTA, Penang when 6 Brigade put up a team and invited him to play against the Kedah team in memory of Capt Hardev Singh, the IO of 6 Bde who was killed in a MT ambush by the Communist Terrorist in Gubir in 1975. Nowadays I don’t think anyone can imagine a Bde Intelligence Officer can get killed during an operation. Perhaps even the Director of Military Intelligence or DMI will be busy in the bunker chipping their misery away.
 
Breakfast on Father’s Day : with Brig Jen Dato Isa Hassan and Lt Jen Dato Mohd Salleh Ismail Ex DMI.


Breakfast roti canai dipekan Karai dengan Mej Hashim TA (B)


Kenduri kahwin anak Skot Lt Kol Ahmad Fuad MP (B). Fuad ialah orang yang pertama dinaikkan pangkat kepada Lt Kol among Skot 22. Duduk ialah Dato Azhar dan dibelakang ialah Lt Kol Fuad, Kol Ariffin Agam KPD (B), Zainal dan saudara Abdullah Shahedan. Melainkan Col Ariffin Agam, yang lain itu adalah sama sama dalam satu kelas diKlipot dan Fuad sebagai class monitor.. sebab orang lain tak ndak. Bila bebudak dalam kelas riuh bersembang semasa Che gu tak ada, Fuad akan menulis nama nama mereka dipapan hitam untuk dilapurkan kepada guru mungkin untuk dikenakan detention class. Bila guru kelas hampir masuk, Fuad cepat cepat memadamkannya. Berani dia nak report.. gertaklah macam mana pun.. tak peduli dek deme. Kenangan semasa remaja.. memang buas.

 
Pengantin perempuan iaitu anak kepada Skot Fuad. Dukacita beliau mengidap cancer dan sama samalah kita doakan agar adik Nurul Wahida dapat dan cepat sembuh.
 
Note : Adik Nurul Wahida telah kembali keRahmatullah dalam setahun lebih selepas perkahwinan mereka, Semoga rohnya bersama mereka yang solehin.

 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites