Saturday, 8 June 2013

The Ship is more than the Crew.




Ikan lelaih yang hanya sebesar ikan bilis kecil. Keistimewaan masakan orang Kuale dan tidak terdapat dimana mana tempat lain. Gambar pais ikan lelaih, ikan lelaih goring dan beberapa bungkus  ikan lelaih hidup yang hanya terdapat selalunya bila ayor besor diSungei Perak. Dijual diLembah ditepi sungai pekan Kuale pada hari Sabtu dan Ahad semasa jualan Pasar Tani. Ate., moh le.. Ce le cuba tere pandu rase.

Tak iye nye seluang melaut, dipukul ombak balik kepantai. Bidalan atau peribahasa tersebut walau pun lebih kepada sifat angan atau hayalan sesaorang yang tidak mengikut keupayaan dirinya tetapi boleh le juga kita andaikan kepada sesaorang yang dah merantau jauh melalui segala liku hidup, susah senang namun naluri kecil dalam hatinya masih teringat dan ingin kembali kepada tempat asal atau kampong halamannya. Ibarat setinggi tinggi terbangnya bangau, akhirnya kepelimpahan (kubang) juga atau balik kebelakang kerbau juga. Begitu juga le dengan teman dan sejak kebelakangan ini teman asyik terkenang dan selalu balik kekampong menjenguk romah teman diKg Sayong, Kuala Kangsar, Bandar Di-Raja dengan hajat hati untuk dibaik pulih dan kemungkinan besor InsyaAllah akan duduk dan menetap disana. Alamatnya pun cantik, 101 Persisiran Sayong sebab dah ada water front dengan Chalet dan Restoren ditepi sungei Perak dibawah romah teman tersebut. Masjid dekat.. kubor pun dekat. Apa lagi nak dikejor dalam hidup ni pun.

Tok Mami didepan romah keme di Kg Sayong Lembah



Moh le balik keSayong dengan bot dari pekan Kuale


River cruise dan disebelah sana ialah water front Persisiran Sayong. Permandangan dari jeti diLembah, pekan Kuale

 In the red circle itu ialah ikan seluang. Goreng rangup bagi cucu makan, macam keropok.
 

Budak jual buah kantor diPasar tani Kuale

Permandangan awal pagi untuk kepekan Kuale melalui jambatan yang merentangi Sungei Perak dari romah teman. Sebelah sana ialah pekan Kuala Kangsar Bandar diRaja
Moh le pulak kita cerita akan tajuk diatas dan perkataan the Ship is More than the Crew tersebut  ialah motto bagi Sekolah Clifford, Kuala Kangsar yang dah ujud lebih kurang 116 tahun. Pada 25 May yang lepas,  Persatuan Old Cliffordians telah mengadakan  Reunion Dinner di Royal Lake Club dan tetamu jemputan ialah DYTM Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah serta permaisuri baginda Raja Puan Besar  Zara beserta beberapa kerabat diRaja Perak. Kesudian Tuanku mencemar duli untuk hadhir bersama telah menyerikan lagi majlis. Salah seorang yang teman jumpa malam tersebut ialah saudara Mohamad Rauff Nabi Bax, school captain, classmate dan most glamorously.. teammate dalam hockey mewakili sekolah. Rauff sekarang ini masih the Vice President,  Legal Division of Petronas. Classmate yang lain yang ada malam itu termasuk Dato Azhar yang sekarang menjadi Timbalan President Persatuan dan G1 bagi majlis Reunion Dinner tersebut  termasuk yang turut sama hadhir ialah saudara Mazlan Jurutera dan Zawawi Museum.

Mengambil petekan yang menarik dari ucapan Tan Sri President, beliau mengimbau kembali betapa dizaman persekolahan era kita dahulu, bebudak atau murid murid Klipot belajar dan bermain bersama sama tidak kira bangsa, dengan mesra dan bersatu hati, lawat melawati sesame mereka dengan penuh perpaduan. Kenyataan Tan Sri Mustaffa tersebut mungkin menyentuh dan berkaitan akan keadaan dizaman sekarang terutamanya implikasi serta tunjuk arah dari keputusan PRU 13 yang baru lepas yang mana semangat perpaduan tersebut nampak menyerlah akan tanda kemerosotannya dan fahaman rasis telah mula menular dan hebat diperkatakan. Pengacara majlis malam itu ialah Dato Ishak yang diimport khas dan berase dari Parit. Mungkin sekampung dengan Dato Azhar maka banyak le lawak orang Parit pada malam tersebut. Teringat teman pada Yunos, budak Parit. Zaman dulu ada school fees dan bila ditanya oleh Che gu bila dia nak bayor school fees tersebut kerana dah lewat, "I'm not syue, sir". Sure dalam slang Parit.
Though a motto expresses the aims, character, or guiding principles of a person, group, or institution namun rasanya tak ramai yang mungkin dapat menghayati dan memahami akan tajuk diatas yang juga motto bagi sekolah Clifford, Kuala Kangsar. Kalau dari persepsi teman dan mengambil kiasan dari poetry, 'a song in storm ianya macam cerita ikan seluang itu jugalah, iaitu dari kisah teman sendiri atau juga mengkeme yang telah menempuh badai didalam kehidupan. Secara nakal pernah juga teman tulis suatu ketika dulu emphasizing on the word 'more' pada motto tersebut. 'More' bukan dalam istilah banyak atau quantity tetapi pada makna : yang lebih utama, penting atau lebih berkuasa. The 'more powerful' British once colonised Tanah Melayu. Kesedaran pembesar melayu memahami akan peri pentingnya pelajaran dan memohon pada kerajaan British untuk membina sekolah bagi mendidik anak bangsa diKuala Kangsar, dizaman lebih seratus tahun dahulu. Mereka mendirikannya namun disebalik ujudnya sekolah tersebut kena jugalah faham bahawa ibarat sebuah kapal, anak kapal atau crew boleh datang dan pergi, akan tetapi kapal tetap utuh berada disitu sebagai symbol secara seni akan keujudan dan kekuasaan pemerintahan serta kemegahan mereka sampai bila bila didalam lipatan sejarah. Cerita itu kome nak percaya.. boleh percaya, tak ndak.. udah. Apa pun sila lihat penerangan pada info sejarah sekolah Clifford atas tajuk kecil cogankata
.



Old Cliffordians’ Reunion Dinner at Royal Lake Club, Kuala Kumpur.



Classmate : Saudara Mazlan, Zainal, Rauff, Zawawi dan Dato Azhar.


Dato Ishak @ Pak Sako bersama Class of 62, Mej Hashim TA (B), En Japlus dan En Zainuddin.


Kebanggaan budak Klipot : Dato Abdullah Nordin pemain bola sepak terkenal dalam era kegemilangan bola sepak tanah air pada zaman enam puluhan


Keberangkatan pulang baginda tuanku.
 Menunggu untuk bersalaman dan menjunjung kasih terhadap baginda. Tiga dari kanan ialah Dato Brig Jen Roslan Hanafiah Renjer (B). School Captain 1969.









.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites