Monday, 13 May 2013

Remembering Akbar

 
Arwah Brig Jen Akbar Din bersama Puan Zaleha semasa berkunjung pada hariraya Aidil Fithri ditahun lapan puluhan. Dibelakang ialah Tok Mami dan dikanan sekali ialah anak saya Farrah.

Sometime ago I read in a book that says, 'the battle of Waterloo was won in the playing field of Eton'. Buku tersebut ialah mengenai motivasi tetapi yang melucukan juga sekiranya saya kenang kenangkan ialah kerana ianya bertujuan untuk memberangsangkan supaya bersemangat untuk menjual sabun didalam perniagaan direct selling!! Setiap kita yang sekarang ini telah menjangkau umur pelupusan atau write off sekiranya dibuat stock taking, tentunya telah merasa the ups and downs didalam kehidupan and there were times when you feel neglected the day you walk out from the organisation that you have put your heart and soul for almost your entire life, apabila bersara umpamanya. As my service in the army was rather short, when I left, though it does not really concern me much as I am happy and comfortable with my new job but at times terasa juga that you have missed something as kita semua tahu yang tempat jatuh lagi dikenang ini kan pulak tempat kena short and sharp, hentak kaki.. julang senjata.

Kemudian selepas beberapa tahun menyendiri serta 'dilupakan', secara tidak sengaja diketemukan semula dengan teman teman yang sesama didalam Kor yang masih berkhidmat dan memendikkan cerita they menaged to solicit and psy-ops me untuk memasuki kumpulan mereka didalam perniagaan jualan langsung tersebut. The business aside maka kembalilah terasa akan keseronokan kekitaan tersebut especially for my wife so she can get busy and mendapat kawan as I left the service almost immediately selepas kami berkahwin. Kehidupan tentera tidak asing bagi beliau kerana Tok Mami dilahir dan hidup dizaman remaja didalam kem askar kerana bapa kami sama sama berkhidmat didalam Rejimen Askar Melayu DiRaja sebagai KSM sehingga bersara. Pegawai KPD yang bersama seperti Nordin Alwi, Akbar Din, Maharom Ali dan Skot kita yang lain seperti Ismail Haniffa/Aloya dan Tajul/Ani yang semasa didalam awal tahun lapan puluhan itu kebanyakan mereka berpangkat Mejor dan Capt dan sekarang alhamdulillah ada yang telah bersara dengan pangkat Brig Gen dan juga dikurniakan Dato. Semasa itu saya pun berasa pelik juga.. apa hal dah jadi dengan askar.. as army officers so to speak berkobar kobar menjual sabun. Kerap jugalah kami and family berjumpa semasa 'business meeting' selain merapatkan silaturrahim however setahun dua selepas itu, mungkin kerana mereka telah mendapat kenaikan pangkat, the business just fizzle away and there was a long lull after that and I am back into my 'disebut jangan dikenang jangan' with the Corp.

Isnad atau hierarchy didalam kumpulan kami diketuai oleh pasangan suami isteri Brig Jen Dato Nordin Alwi/Datin Habibah, Brig Jen Akbar Din/Puan Zaleha serta Mej Maharom/Puan Rahmah. Selalu jugalah kami mengadakan perjumpaan samaada dirumah Kak Bibah diKelana Jaya atau C flat MINDEF dirumah Akbar/Leha yang disertai oleh ramai lagi downline termasuk Mej Amin TUDM/Zai (arwah), Mej Sheikh Walid/Fidah dan lain lain. Known as the loving couple, pasangan Akbar dan Zaleha menjadi inspirasi dan juga terutamanya dikalangan isteri isteri kami kerana kegigihan membantu downline mereka walaupun didalam kesebukan bekerja serta urusan rumah tangga dan mendidik anak anak yang semuanya semasa itu masih kecil dan bersekolah. Namun semua itu tinggal kenangan dan pada hari Jumaat 10hb May 2013 bersamaan 29 Jamadul Akhir yang lepas, Puan Zaleha menghubungi Tok Mami dan dengan sedihnya memaklumkan bahawa suami beliau Brig Jen Akbar Din telah kembali keRahmatullah dan akan dibawa keMasjid Saidina Omar alKhatab diBukit Damansara untuk disolat jenazah dan seterusya akan disemadikan ditanah perkuburan Bukit Kiara. Al Fatihah

“Akbar.. baik, tak pernah marah ya Na”. Kata Puan Rahmah Maharom kepada Tok Mami semasa kami menghantar mereka pulang dari menziarahi jenazah. Solemnly I told my wife later on, “eloklah tu.. didunia ini Allah dah tunjuk, dia meninggal dan dikebumikan pada hari Jumaat, alHamduilillah”. Dibawah sedikit kenangan dari emel yang dihantar oleh arwah Brig Jen Akbar KPD.
From : “Akbar Din" akbar0196@yahoo.com
To : "Zainal Abidin"
Date : Sunday, 6 February, 2011, 10:41 PM

Salam Yop,

Dah due tahun tak jumpa Nazri. Sebenornya Leha dan teman mengarak dia kahwin dulu di Bagan Serai. Teman ingat lagi, kita rombongan askar masa itu zaman jahil lagi. Banyak Abu Dajal. Jadi bila nak masuk romah, dema suruh kita selawat dulu. Kami eskot "sword bearer" tau bawa pedang je bila suruh selawat, semua tegamam dan pucat. Untuk mengelakkan jadi huru hara, maka teman laongkan apa yang teman tau. Allah selawat macam kita tahayat akhir je teman bantai. Mujor orang romah benarkan kami masuk, kalau tidak hai tak jadi kahwin si Nazri kite.

Nah, sekarang dah jatuh sakit. Hai, kita ni dah tua-tua belaka dah nak tumpor orang kata. Romah dah kata pegi-pegi, kubo kata mari mari. Tapi eloklah kita jumpa-jumpa teman-teman yang sakit. Seronoknya dapat tengok gambo teman dan Leha ada dalam alburm mike. Baru benor rasanya, muka pun mude lagi. Sekarang rambut yang dulu tebal dah naik botak. Ape nak dikate. Kite bersyukur kerane masih di beri Allah swt kesihatan. Moga diberi keinsafan. Teman ada juga gambo kahwin teman dengan 8 Sword Bearers, semua geng Taiping dulu. Bila teman jumpe gambo tu teman kirimkan.

Akbar Din

From : "Zainal Abidin"
To : "Brig Jen (B) Akbar Din"
Date : Monday, 7 February, 2011, 6:51 PM

Salam Tuan Brig Jen Akbar,

Berbanyak terima kasih kerana sudi meluang masa mengukir ilham bercerita yang mengimbas dan mengembalikan kenangan masa silam.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara:

Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.).

Hadith itu tentunya mika dah selalu dengor. Jadi saranan mika supaya kita bersyukur dan terhadap kehidupan silam itu semoga memberi keinsafan, amat tepat sekali. Maka satelah kita muhasabah akan diri dan beristighfar serta bermohon ampun diatas kedhaifan, kejahilan, kesalahan dan apalagi akan segala dosa dosa, adalah diharap dapat memberi ketenangan semasa menghadapi Allah SWT nanti, InsyaAllah. [88] “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, [89]“Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. Sadaqallahul A'zim. Surah Asy-Asyu'ara’.

Kisah cinta kawan kita Nazri ni, bermula sejak keme duduk sesama di 2 Div Mess diSg Besi pada awal tahun tujuh puluhan lagi. Sekali tu bila teman pergi buat convoy ke Penang, dia beri teman 50 ringgit untuk beli minyak wangi, buat cenderahati atau present untuk buah hati yang hendak dia kahwin itu. Masa tu dapat pergi Penang memang seronok sebab Penang masih free port dan salesgirl kedai minyak wangi diPenang Road tu, syorkan jenama Revlon's Moon Drops, jenama yang top semasa itu. Selepas hantar 12 RAMD dari Sg Ara, bertolak tengah malam untuk masuk kedalam hutan, keme pun balik le keSungai Besi. Oleh kerana celoreng yang teman pakai tu dah dua hari tak salin.. teman pun sembor le sikit minyak wangi Revlon Moon Drops itu. Aje nge ye.. memang wangi. Teman posted out dari 20 Angkut diSg Petani dan jadi AO 3 Supply diKamunting, Taiping beberapa bulan sahaja, sebelum jadi OC 6 Supply diTerendak. Masa itu Bhagwan Singh Virik as OC 3 Supply, pergi course. Itu le pulak masa nye yang si Nazri ni nak kahwin dan teman kena detail jadi sword bearer. No 1 dress teman sejak commissioned pulak dah sendat.. tak boleh pakai.. jadi kena le tempah baru. Masa tu gaji Lt Muda berapa duit je.. mujor Lee, Panjang Tailor mahu terima post dated cheque. Itu le maka yang kita sesama pergi keBagan Serai kenduri.. kahwin Nazri. Teman dengor le mika berselawat semasa kita sampai tu dan teman ingatkan terror benor le mika sebab teman pun masa tu.. dari golongan Abu itu le juga.

Masa Nazri menghawinkan anak dia beberapa tahun yang lepas, teman tanya dia, 'mana orang romah mika ?'. Dia pun tunjuk.. 'yang itu.. yang lama (dah berpisah) dan yang inu.. yang baru'. Isteri dia yang telah berpisah itulah yang kita pergi susah payah mengarak dan bawak pedang semasa kenduri kahwin dia di Bagan Serai dahulu. Haru betoi le.. itu le sekali yang teman dapat pakai No 1 dress itu, sebab setahun dua lepah itu.. teman pun berhenti askar. Bila dah berhenti askar, bukannye boleh guna atau pakai No 1 dress tu.. buat noreh getah boleh le. Kalu tahu yang dia akan berpisah patutnye disembor kat drebar lori 3 ton yang dalam convoy je, minyak wangi yang teman usung kulu kelior masa bawak convoy tu dulu.

MasyaAllah, gitu le Yop.. kita merancang.. Allah yang menentukan. [25] Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. Surah al-Insyiqaq
 
[9] (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), – itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
[10] Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekal lah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[11] Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[12] Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

[13] Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri. Sadaqallah hul ‘Azim. Surah al-Taghabun


 
'Maaf dan ampunkanlah segala dosa ayahanda saya..' Selesai solat jenazah..

 
Khidmat jasa mu dikenang dari rakan seperjuangan KPD
 
Puan Zaleha Akbar, Tok Mami dan Tok Besan, Puan Siti Fatimah yang kebetulan sesama jemaah dikariah Masjid Saidina Omar alKhatab, Bukit Damansara selepas solat Asar dan solat jenazah.


 
Sebahagian Panglima, Dato dan sahabat yang hadir
 
Bersama Mej Sheikh Walid dan Puan Fidah semasa majlis tahlil dirumah beliau
 
Best of friends : Fidah, Tok Mami dan Leha beberapa hari sebelum kematian Brig Jen Akbar. Ditanya dimana Akbar ? Dia pergi Zimbabwe
 
Majlis tahlil dan doa selamat. Bersama Sheikh Walid dan Blogger Brig Jen Dato Arshad Raji

 
Farrah sekarang. Bersama suami, Haznor dan anak anak dikonvokesyen UITM satelah mendapat Ijazah Masters dalam bidang Engineering Management pada hari Ahad lepas. Baju, atok yang beli
 
Tok Mami (kiri) bersama adik beradik dizaman remaja diLong Row, Majidee Camp sekitar pertengahan tahun enam puluhan. Dua dari kanan ialah Dato Ahmad Husni, KP UKAS. Diatas bumbung kereta FIAT 600 ialah Bob dan Nun

.

3 comments:

Al fatihah to Leha and family.

Ucapan takziah kpd leha & kluarga banyakanlah bersabar dengan ujian dari Allah SWT
Juga Al-fatihah untuk arwah akbar semuga ruhnya ditempatkan dkalangan orang 2 yang soleh amin...

A friend who is one who knows you n love u just the same

Rafidah walid

Salam. Saya sedih sgt bila ketahui brigadier general akbar din dah passed away. Al fatihah utk arwah n family. Saya hanika n dah lost touch dgn kak leha. Saya sgt berharap kalau tuan dpt contact no kak leha. Sy dan keluarga amat2 sgt jumpa kak leha.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites