Saturday, 27 April 2013

Udang bawak tombak kura kura bawak perisai



Renungan :
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. Al Baqarah Ayat 265.
Assalamulaikum wbrt dan salam sejahtera. Alhamdulillah begitu subur dan berkembang akan menafaat serta fadhilatnya akan ganjaran lantaran derma, sedeqah dan zakat yang kita sumbangkan untuk jalan bertujuan kerana mendapat keredaan Allah namun bagaimana pula kiranya sumbangan kita itu digunakan untuk tujuan memecah belah sesama umat. Saudara tentunya boleh membuat rumusan dan andaian sendiri mengenai tabung fisabilillah digambar atas, anjuran sebuah masjid didalam negeri Selangor yang dikuasai oleh pihak pembangkang.
Menjelang Pilihanraya Umum atau GE13 yang akan berlangsung sedikit hari lagi kita telah menyaksikan beberapa bekas panglima ATM yang telah membuat kritikan terhadap ATM dan seterusnya menyertai pembangkan dan akan bertanding sebagai calon pada GE13 nanti. Malaysia is a democratic country and everyone is entitles to his opinion. Perhaps it’s also another way of saying, “It’s your funeral”. Salah seorang dari Skot kita yang bergerak aktif berkempen untuk pihak pembangkang ialah Skot Lt Kol Abang Hamdan (B) Rjr. Mengenalinya dan duduk bersama didalam barrack semasa Pre Octu diKem Sebatang Karah, beliau begitu disenangi sekali oleh Skot yang lain. “Aku marah bila aku baca Global Witness”. Itulah katanya yang menyebabkan beliau menyertai pembangkang. Apa pun kita kenalah mendengar dari kedua pihak. Kalau nak ikut marah, baru baru ni aku lagi menyirap sebab Tok Mami kena saman RM300 diBangi kerana bawak 104 KM di tempat had laju 90KM. Siap dengan gambar gambar sekali. Kuasa memilih ditangan kita!! Gunalah dengan sebijaknya dan bukan dengan emosi.
Seorang lagi iaitu orang lama yang saya temui dirumah beliau yang tiada rahsia lagi  menyertai pembangkang ialah Brig Jen Abdul Ghani Mahludin (B) Recce. Beliau menceritakan bahawa semasa pergi membuat rawatan diklinik kepunyaan arwah Dr Lo’ Lo’ ahli parlimen dari PAS, antara borang yang perlu ditanda tangani termasuk diselitkan borang untuk menjadi ahli PAS. Dr Lo’ Lo’ menalipon Tan Sri Sani mantan PAT yang juga merupakan ahli PAS and ‘instructed’ him to sign. Itu macam pun ada. Brig Jen Abdul Ghani yang berasal dari Kuala Kubu ialah abang ipar kepada Fuzil@Fazhil atau Pa Klipot yang peronah teman tulis dalam subject The Chuarian – Pa haji Salleh Din dalam buku teman Inilah Barisan Kita Skot 22.
Persepsi saya sebagai bekas seorang yang pernah berkhidmat untuk negara apalagi sekiranya kita yang telah berjaya menjawat pangkat yang tinggi, sebagai seorang panglima misalan didalam ATM, apa jua fahaman ideologi yang kita condong dan sokong, kita seharusnya kenalah meletakkan atau position diri kita itu diatas segalanya. Bertindak didalam satu ‘force’ demi menentukan keadilan dan kesejahteraan yaini sebagai pasukan pendamai dan neutral. Sekiranya UMNO dan PAS yang keduanya merupakan umat Islam bertelingkah sehingga bergaduh dan berperang sebagai mana Arab Spring yang terjadi dinegara timur tengah, ayat Allah berikut tentunya tidak ditujukan kepada kedua mereka yang berpecah itu tapi khusus kapada pihak yang ketiga atau neutral force sebagai pendamai yang saya maksudkan itu. Ianya juga adalah satu dakwah yang sepatutnya kita kena terap dan suburkan.



Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sadaqallahul ‘Azim. Surah al Hujurat.

Sia sia sahajalah perngorbanan yang telah kita sumbangkan semasa berkhidmat kerana mengejar ganjaran yang sedikit sedangkan janji Allah SWT terhadap fisabilillah yang telah kita laksanakan, making what Malaysia is today itu tentunya lebih besar, mulia dan murni dan sebaliknya memilih untuk bersekongkol dengan orang yang mengangap perjuangan Mat Indera lebih baik dan membuat pakatan dengan mereka yang terang terangan menolak hukum Islam yang hendak diperjuangkan dan mempersendakannya pula. Kita khuatiri sekiranya apa jua fisabilillah yang telah kita beri khidmat itu terbatal dari mendapat Rahmat Allah SWT, na’uzubillah min zalik.  Apakah kita jenis bekas askar yang mempunyai tombak tapi cepat bingkas kebelakang atau reverse thrust dari maju kedepan serta gelabah apabila ada krisis dan pertahanan atau perisai yang lembab dan dipikul kesana kemari yang tak lebih dari ibarat udang dan kura kura. Calmness in crisis is one of the principles of leadership. Pekiau pekiau le..


 
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. Sadaqallahul ‘Azim. Surah Ali Imran. Ayat 159.

Bersama Lt Kol Abang Hamdan (B) Renjer
Brig Jen Abdul Ghani Mahludin (B) Recce semasa berpangkat Lt Kol

Fuzil@Fadhil atau Pa Hj Salleh Din
Lt Jen Dato Salleh mantan DMI, Skot Lt Kol Lutfi (B) RAMD, Lt Kol Raja Abdullah (B) Arty dan Zainal. Kalau nak tahu perkembangan politik diKedah bolehlah tanya Skot Lutfi. Beliau ialah GM Kelab Golf DiRaja Aloq Staq

Bersama Mej Tajuddin (B) RAMD of Regular 15. Berkhidmat selama 18 tahun yaini 2 tahun short untuk mendapat pencen. “Aku berhenti askar sebab dah tak ada challenge kerana Chin Peng dah letak senjata!!”. Sekarang tawkey ikan diPasar Borong, Aloq Staq dan bilal Masjid

Mej Tajuddin dua dari kiri diPasar Aloq Staq
Lepas makan diRestoran Asam Pedas diKamunting bersama Skot Mej Mokhtar Razak (B) Arty. Skot Mokhtar dua dari kiri sekarang giat dan bekerja kuat untuk GE13 di Bukit Gantang
Bersama Mej Maharom (B) KPD, melawat Capt Farouk Signal of Regular 14 diIJN. “Bini aku dia jadi jaga.. takut aku merayau keluar pergi mengorat nurse”. “Hai engkau dah jadi OKU, pencen pun tak ada.. ada ke orang nak’, kata Maharom. “Padan muka”, jawab orang rumah Farouk
Mej Maharom sedang melihat ikan Patin Buah yang berharga RM100 sekilo di Pasar Tani Kuala Krau, Pahang. You got to be really pregnant to swallow that.
The KPDs with Dato Ahmad Husni KP UKAS semasa majlis pertunangan anak beliau. Bakal menantu InsyaAllah, orang Terengganu.
Tok Mami kanan, Datin Zainab dan sebahagian adik beradik menunggu kedatangan rombongan datang meminang. Landak sesama landak
.
Dia datang.. rombongan dari Terengganu
Diapit ibu dan bakal ibu mertua. Jadi.., jangan tak jadi.

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites