Renungan :
Dan bandingan orang-orang
yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan
(iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun
di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua
kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun
(cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa
yang kamu lakukan. Al Baqarah Ayat 265.
Assalamulaikum wbrt dan
salam sejahtera. Alhamdulillah begitu subur dan berkembang akan menafaat serta
fadhilatnya akan ganjaran lantaran derma, sedeqah dan zakat yang kita sumbangkan
untuk jalan bertujuan kerana mendapat keredaan Allah namun bagaimana pula
kiranya sumbangan kita itu digunakan untuk tujuan memecah belah sesama umat.
Saudara tentunya boleh membuat rumusan dan andaian sendiri mengenai tabung
fisabilillah digambar atas, anjuran sebuah masjid didalam negeri Selangor yang
dikuasai oleh pihak pembangkang.
Menjelang Pilihanraya Umum
atau GE13 yang akan berlangsung sedikit hari lagi kita telah menyaksikan
beberapa bekas panglima ATM yang telah membuat kritikan terhadap ATM dan
seterusnya menyertai pembangkan dan akan bertanding sebagai calon pada GE13
nanti. Malaysia is a democratic country and everyone is entitles to his
opinion. Perhaps it’s also another way of saying, “It’s your funeral”. Salah
seorang dari Skot kita yang bergerak aktif berkempen untuk pihak pembangkang
ialah Skot Lt Kol Abang Hamdan (B) Rjr. Mengenalinya dan duduk bersama didalam
barrack semasa Pre Octu diKem Sebatang Karah, beliau begitu disenangi sekali
oleh Skot yang lain. “Aku marah bila aku baca Global Witness”. Itulah katanya
yang menyebabkan beliau menyertai pembangkang. Apa pun kita kenalah mendengar
dari kedua pihak. Kalau nak ikut marah, baru baru ni aku lagi menyirap sebab
Tok Mami kena saman RM300 diBangi kerana bawak 104 KM di tempat had laju 90KM.
Siap dengan gambar gambar sekali. Kuasa memilih ditangan kita!! Gunalah dengan sebijaknya dan bukan dengan emosi.
Seorang lagi iaitu orang
lama yang saya temui dirumah beliau yang tiada rahsia lagi menyertai pembangkang ialah Brig Jen Abdul Ghani
Mahludin (B) Recce. Beliau menceritakan bahawa semasa pergi membuat rawatan
diklinik kepunyaan arwah Dr Lo’ Lo’ ahli parlimen dari PAS, antara borang yang
perlu ditanda tangani termasuk diselitkan borang untuk menjadi ahli PAS. Dr Lo’
Lo’ menalipon Tan Sri Sani mantan PAT yang juga merupakan ahli PAS and
‘instructed’ him to sign. Itu macam pun ada. Brig Jen Abdul Ghani yang berasal
dari Kuala Kubu ialah abang ipar kepada Fuzil@Fazhil atau Pa Klipot yang
peronah teman tulis dalam subject The Chuarian – Pa haji Salleh Din dalam buku
teman Inilah Barisan Kita Skot 22.
Persepsi saya sebagai bekas
seorang yang pernah berkhidmat untuk negara apalagi sekiranya kita yang telah
berjaya menjawat pangkat yang tinggi, sebagai seorang panglima misalan didalam
ATM, apa jua fahaman ideologi yang kita condong dan sokong, kita seharusnya
kenalah meletakkan atau position diri kita itu diatas segalanya. Bertindak
didalam satu ‘force’ demi menentukan keadilan dan kesejahteraan yaini sebagai
pasukan pendamai dan neutral. Sekiranya UMNO dan PAS yang keduanya merupakan umat Islam
bertelingkah sehingga bergaduh dan berperang sebagai mana Arab Spring yang
terjadi dinegara timur tengah, ayat Allah berikut tentunya tidak ditujukan
kepada kedua mereka yang berpecah itu tapi khusus kapada pihak yang ketiga atau
neutral force sebagai pendamai yang saya maksudkan itu. Ianya juga adalah satu dakwah yang sepatutnya kita
kena terap dan suburkan.
Dan jika dua
puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara
keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah
puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali
patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),
serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil. Sadaqallahul ‘Azim. Surah al Hujurat.
Sia sia sahajalah perngorbanan
yang telah kita sumbangkan semasa berkhidmat kerana mengejar ganjaran yang
sedikit sedangkan janji Allah SWT terhadap fisabilillah yang telah kita
laksanakan, making what Malaysia is today itu tentunya lebih besar, mulia dan murni dan sebaliknya memilih
untuk bersekongkol dengan orang yang mengangap perjuangan Mat Indera lebih baik
dan membuat pakatan dengan mereka yang terang terangan menolak hukum Islam yang
hendak diperjuangkan dan mempersendakannya pula. Kita khuatiri sekiranya apa jua fisabilillah yang telah
kita beri khidmat itu terbatal dari mendapat Rahmat Allah SWT, na’uzubillah min
zalik. Apakah kita jenis bekas askar yang
mempunyai tombak tapi cepat bingkas kebelakang atau reverse thrust dari maju
kedepan serta gelabah apabila ada krisis dan pertahanan atau perisai yang lembab dan
dipikul kesana kemari yang tak lebih dari ibarat udang dan kura kura. Calmness
in crisis is one of the principles of leadership. Pekiau pekiau le..
“Maka dengan sebab rahmat
(yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah
bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan
kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.
Sadaqallahul ‘Azim. Surah Ali Imran. Ayat 159.
Bersama
Lt Kol Abang Hamdan (B) Renjer
Brig Jen Abdul Ghani Mahludin (B) Recce semasa berpangkat Lt Kol
Fuzil@Fadhil
atau Pa Hj Salleh Din
Lt Jen Dato Salleh mantan DMI, Skot Lt Kol Lutfi (B) RAMD, Lt Kol Raja
Abdullah (B) Arty dan Zainal. Kalau nak tahu perkembangan politik diKedah
bolehlah tanya Skot Lutfi. Beliau ialah GM Kelab Golf DiRaja Aloq Staq
Bersama Mej Tajuddin (B) RAMD of Regular 15. Berkhidmat selama 18 tahun
yaini 2 tahun short untuk mendapat pencen. “Aku berhenti askar sebab dah tak
ada challenge kerana Chin Peng dah letak senjata!!”. Sekarang tawkey ikan
diPasar Borong, Aloq Staq dan bilal Masjid
Mej
Tajuddin dua dari kiri diPasar Aloq Staq