The Enemy : "Bukankah
Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah
Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
Assalamulaikum
wbrt dan salam sejahtera. Sejak dari awal lagi semasa kita memulakan latihan
didalam bidang ketenteraan, yaini didalam ilmu medan perang dan sebagainya semasa
diPre OCTU, Maktab Tentera Diraja atau instituisi dan Kolej Pertahanan diluar
negara dan seterusnya semasa berkhidmat, kursus serta latihan yang kita jalani
sehinggalah ke keperingkat tertinggi atau turus, membicarakan perihal musuh dan
perkara mempertahankan negara dari ancaman musuh. Nama pun Kementerian
Pertahanan. Miskipun Kor Perkhidmatan DiRaja yang berperanan dalam bidang masak memasak atau
catering misalannya, ianya adalah bertujuan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota keselamatan untuk menghadapi musuh. Bayangkan akan implikasi atau akibat sekiranya pihak KPD gagal dalam tugasan untuk memberi bantuan dari segi peranannya
dalam bidang supply, pengangkutan, hantaran udara serta sajian kepada anggota keselamatan
dibarisan hadapan? Namun dengar ceritanya, beberapa tahun yang lepas cabang
catering atau sajian tiada lagi didalam potfolio KPD dengan alasan dah tiada
lagi peperangan maka anggota yang berkhidmat diLahad Datu sekarang disediakan
dengan tukang tukang masak pondan dari pihak swasta. Siapa punya kerja ni ?
Salah satu
strategi untuk melumpuh dan menewaskan musuh ialah dengan menyekat saluran bekalan dan makanan dan negara kuasa besar
menggunakan pengaruh dan kekuatan mereka terhadap dunia Islam dengan berbagai sekatan
atau sanction. Peristiwa pencerobohan pengganas Sulu diLahad Datu telah berjaya
dikekangkan dengan aspek strategi tersebut dan kita ucapkan syabas, tahniah dan well
done sebagai kata semangat dan perangsang terhadap perwira perwira tanah air
kita walau pun ada suara sumbang dari kalangan kita sendiri yang seakan meroyan macam kena talak. Sejarah tamadun Islam sejak wafatnya Rasulullah SAW dukacita telah
menyaksikan banyak persengketaan dan peperangan sesama Islam dalam perebutan
kuasa pemerintahan mahu pun dari segi ideoloji. Peperangan Jamal sehinggalah
ke Arab Spring baru baru ini penuh trajedi dengan kehilangan nyawa terutama kanak kanak dan para Muslimat yang tidak berdosa. Namun disebalik perkara tersebut kita gagal untuk berwaspada dan
bersiap siaga dari dalangnya yang sebenar yang sejak awal penciptaan manusia lagi
telah berazam dan berikrar dihadapan Allah : “Iblis
berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka
semuanya”, Surah Shaad Ayat 82. Dan Allah pula telah memberi go ahead dengan
firman berikut :
“Dan desak serta pujuklah
sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah
penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan
mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan
anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)".
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya
semata-mata”. Surah al Israq Ayat 64. Maka awas dan berhati hatilah dengan tipu daya dan ajakan serta hasutan syaitan. Berbanding dengan pengganas Sulu yang
mempunyai hanya kekuatan beberapa senjata assault dan tangkal dari ilmu hitam anjuran syaitan., musuh dalam ayat diatas mempunyai
complete infantry strength yaini askar berjalan kaki dan kavalri atau amor (yang
berkuda). Kavalri moden sebagaimana yang kita ketahui juga lengkap dengan
armoured vehicles. Inilah musuh kita yang nyata atau Innahu lakum aduwun mubin
sebagai yang dijelaskan oleh Allah dalam surah diatas iaitu Yaasin ayat 60.
Maka, "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai
di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah
sepatutnya kamu berfikir dan insaf? Ayat 62.
Allah berfirman: "Turunlah
kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi
musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian
jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut
petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita
azab sengsara. Surah Thaha ayat 123. Itu cerita Nabi Allah Adam dengan Idlis.
Persoalannya adakah kita telah mendapat petunjuk itu? “Kitab al-Quran ini, tidak
ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk
bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”; al Baqarah ayat 2. Itulah dia akan
petunjuk yang datangnya dari Allah maka marilah kita beriman kepadanya dan
menghayati ayat ayat dan peringatan Allah SWT, InsyaAllah. “Oleh itu berilah
peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan
itu berguna (dan sudah tentu berguna)”; Surah al A’laa ayat 9. Maka seharusnya hendaklah kita sama sama bersangka baik, merapatkan saf dan mengeratkan silaturrahim sebagaimana yang dianjurkan didalam al Qur'an :

" Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat)" Surah ar Raad ayat 21 Sadaqallahul A’zim.
Kesejahteraanlah terhadap kamu
dengan Rahmat Allah serta KeberkatanNya.
The KPDs : KSM Chamnat, Mejor Hussein Ahmad (R) dan En
Manap Ketering
Gambar diambil
pada tahun 1964 semasa bertugas diTawau. Mej Hussein dua dari kiri diikuti YM
Raja Kobat Klipot dan YM Tengku Sallehudin, kerabat Sultan Kedah
Supply
Kontraktor MINDEF : Capt Dato Nordin KPD dan En Shaharudin Rashid. Ayah En
Shaharudin ialah 450293 En Rashid KPD
Gambar
sekitar lawatan dipameran LIMA 2013 diLangkawi
Duduk : Zainal, Lt Jen Dato Mohd Salleh Ismail mantan
DMI, Mej Jen Dato Hashim Yahaya dan Mej Kamarudin at RUAG Chalet dipameran LIMA
2013. Berdiri ialah En Azmi dan Thomas Schilliger of RUAG.Aerospace Services
Germany
The IGP and the DMI. Discussing intelligence on G Matters, Staff level?
Dinner bersama Lt Kol Hanafi (R) KPD, Dato Salleh, Mej
Kamarudin dan Dato Hashim Yahaya beserta isteri
Melawat Skot Lt Kol Abdul Rahman Taib (R) TUDM diIJN.
Kena lepat labu terus baik dan discharged
0 comments:
Post a Comment