Sunday, 24 March 2013

Dimana Mereka Sekarang

The MPs : Skot Megat and arwah Akhir Klipot
 
If your picture appears on top of my Blog, it's something like you are in the front page of Time Magazine or perhaps a tribute. 

When I received an email from Skot Megat MP bidding farewell and for years working and having somebody breathing down his neck, I felt somewhat touched as I have gone through all those  a couple of times myself however syukur alhamdulillah of what I have endured and eventually achieved now. Here’s a caption of what he wrote : (click on those blue words to access to those links)

“As Salam and Dear Ladies & gentlemen, Friends and fellow Colleagues,

It is time for me to move on and bid goodbye to Petronas. Without realising it, my two year employment contract which began on 1st April 2011 will end this  31st March 2013.

I am very thankful to Allah s.w.t. for giving me the opportunity to be reemployed by Petronas at the twilights of my career which I strongly believe to be with purpose. As for me, it was an opportunity for me to pay back the employer which had facilitated and given me the soft entry back to the “civil street” immediately upon my early retirement from the military service way back in 1991 (I was appointed as the Section Head of IR of Petronas HQ at the 22nd Floor in Dayabumi). Oh how I cherish my first job as a civilian with Petronas ; a life so contrast with my earlier military days. InshaAllah, again come this 1st April 2013, I will  go through my 4th retirement ( 1st from the military in 1991, twice from UMW Group in 2008 and 2011 respectively) . Frankly, hitting 60,  I’m now eagerly looking forward to a retirement in the true sense of the word i.e. without having to hold a regular job and having ample time to spend at home with loved ones particularly with my five grand-children”.

Like it was just yesterday when I was young, we both were together from Stardard 5 and 6 at Sekolah Temenggong Abdul Rahman and from Form 1 to Form 2 at Sekolah Dato Jaafar in JB and oh how we cherished the days. We were last together in Terendak  Mess when I was the OC Supply before I left the service in 1978 and alone again naturally. Megat has his roots from Kg Karai, Kuala Kangsar and music is among others that we shared in common and one of those Skots that interact and responded to my email regularly. Semasa Tan Sri Jen Zain Hashim kembali keRahmatullah, I wrote an email atas tajuk ‘Dimana mereka sekarang ?’ and Megat responded and I’m pleased to share it here untuk diabadikan didalam Blog ini :

The Big Guns : Duduk empat dari kiri, Tan Sri Jen (B) Zain Mahmud Hashim diikuti enam dari kiri, Jen Tan Sri Datuk Ungku Nazarudin dan disebelah beliau ialah  Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail dan Jen Tan Sri Dato’ Haji Mohd Sani Bin Haji Abdul Ghafar mantan Panglima Angkatan Tentera. 

From: Megat Noor Ishak 
To: Zainal Abidin
Sent: Wednesday, July 20, 2011 9:39 AM
Subject: Re: Dimana mereka sekarang 


W'salam Nal,
 


Bila mika sebut Allahyarham Jen Zain Hashim, aku terkenang satu incident semasa beliau menjadi JB Garisson Commander. Aku diberinya duty officer seminggu kerana mengikutnya aku telah menari terlalu “intimate” dengan partner aku disatu majlis rasmi. I was then a 2nd Left & a Detachment Commander of an MP unit in JB. 

Walau pun Gen Zain tak banyak cakap, tapi dari dulu lagi aku admire personality dia sebagai General. Sebenarnya aku pon dulu memang ada inspirasi nak jadi General, tak kesampaian. Mujor le dapat juga jadi Group "General" Counsel diUMW dan bukan jadi "General" worker.. he he. Shukor Alhamdulillah.. 

Aku masih admire gambor "the big gun" yg mika posted. Ada dua orang tokoh yg aku ada berpeluang berinteraksi semasa svc atau selepas svc dalam ATM. 1st personality yg aku kagum, ialah Jen Jaafar Onn. I met him last 2 yrs ago at Shah Alam where he resides. Still the smart-looking gentlemen although he is far into his 70s. Beliau juga happen to be our Skot Hashim panjang punya father-in-law. Jen Jaafar minat aku sebab according to him I am one of the best guy around that can sing the song "my way" to his liking. So he feature me in the ATM grand silver jubilee royal concert in UKM hall. The occasion was so grand attended by our Kings & statesmen. We were backed by full orchestra. As a perfectionist Jen Jaafar made us rehearse almost every night for a month. 

One day I can't take it and absent myself from the rehearsal. Guess you can imagine how furious he was and summon my CO & directed him to give me 1 week duty officer. I explained to my CO my problem and he understood my predicament & told me that although my punishment will be publish in duty roaster, I don't have to actually perform it. That's how fearful people were towards Jen Jaafar.  On hind sight, I admire Jen Jaafar. He has a mind of his own and; didn't kowtow to anyone if things were to run counter to his principles. I don't think he ever took advantage of his elder brother, the then PM, Tun Hussein Onn while in service. Now if we were to meet one another, we can chat like old friends forgetting how many pips we used to have on our shoulder. How nice. 

I can recognise few more Generals in the photo (Gen Zain, Gen Freddy, Gen Abdullah, Kol Abu etc) but I can't relate any stories involving them as they do not know me in person and we never had the oppurtunity for personal interaction. We may have had a brief encounter on some official matters, that is about all.

Meg







From:  Zainal Abidin
To:  Megat MP
Sent: Friday, July 22, 2011 10:19 AM
Subject: Dimana mereka sekarang



Salam Yop dan Sahabat yang dihormati,

Mika suka admire orang.. gamaknya kalu orang tua teman jadi Jeneral pun mika akan admire.. sebab dia pun smart juga. Zaman dulu siapa nak jadi pegawai askar mesti masuk jadi rekrut dahulu dan kemudian dari situ mereka sama ada akan dipilih untuk direct commission as Lt, masuk SSC diPort Dickson atau juga untuk mengikuti latihan selanjutnya sama ada ke Eaton Hall atau ke Sandhurst bagi mereka yang nak jadi Regular tapi untuk rank 2nd Leftenen hinggalah sampai boleh jadi Jeneral kalau excel dalam perkhidmatan dengan ATM. Jalan lain ialah melalui kursus RQMS dan boleh ditauliahkan jadi QM tetapi cuma dapat pergi setakat pangkat Mejor sahaja. Kebanyakan Jeneral masa era dalam gambo 'the Top Guns' tersebut adalah sezaman dengan orang tua teman. Antaranya, Jen Zain dan Jen Abdullah (Koperal) dan ramai lagi yang juga peronah jadi rekrut. Itulah maka teman dah kabor yang pegawai zaman dulu rapat dan respect orang bawah mereka sebab mereka hentak kaki dan training bersama semasa dalam rekrut.

Orang tua teman pun sebenornya peronah juga pergi interview untuk selection jadi pegawai tetapi dukacita tidak berjaya dan cerita dari beliau.. OC dia semasa itu, iaitu seorang Mat Salleh was unhappy that he has failed however assured my father that in the next selection he himself will be chairing the panel. Dulu dulu pun dalam askar.. dah ada politik juga. Lepas tu bila mula datang orang Melayu ganti Mat Salleh selepas merdeka maka faham faham saja le.. Alhamdulillah selepas bersara dari berkhidmat selama 21 tahun dalam ATM beliau telah berjaya didalam FELDA dan bersara lagi sekali sebagai Senior Manager bila berumur 55 tahun. Semasa dia pencen askar.. umur dia tak sampe pun 40 tahun. Meaning he sang 'my way' twice.

Petang semalam teman pergi melawat orang lama 4 Melayu iaitu Mej (B) Zulkafli Daud yang terkenal dengan nama Zul Den Tera. Terror dalam slang negori le. Oleh kerana Skot Nik Ibrahim pun peronah jadi CO 4 Melayu, maka teman call dan pass kat pak cik Zul. Isteri Skot Zakaria Log yang bersama kita semasa disekolah Temenggong dulu dan juga ipar dia, Kol (B) Muzammil Kdo, ialah saudara Mej Zul.

Also some gambo of my late father so for you to admire. Sikit punya smart ke orang Chuor.. siapa lagi kalau tak kita yang patut puji dan angkat bapa kita sendiri. Jangan le marah.. mengkeme nak puji.. puji le orang tua kome masing masing. Maksudnya dalam lain perkataan, mendoakan akan orang tua kita sebagai tanda syukur kerana telah mendidik dan membesorkan kita walau pun zaman dulu dibandingkan zaman sekarang jauh berbeza perihal susah payah nya. Mej Zul memberitahu Nik bahawasanya bebaru ni apabila 4 Melayu nak buat gathering, CO sekarang telah detail seorang Capt yang datang complete dengan uniform bersama staff car bagi menjemput dia. 'Den teraso den macam Jeneral dan Capt tu bagi tau apo yang di pesan oleh CO., ekau poe jomput Zul Den Tera.. jago dio.. kalau dia jatuh.. siap ekau !'. Seronok dengor dan berlabun dengan orang orang lama dan mengimbau cerita lama dan dia orang ni pun suka kalau kita datang. Zul remarked, 'bukan den nak kato.. setahu den.. jeneral jeneral pun tak tuleh cerito dan buek buku macam ekau ni...'

Perhaps that should also be a challenge atau perangsang untuk mika sebab teman tengok mika pun ada jargon untuk buat auta atau autobiography untuk tatapan generasi anak cucu masa depan. InsyaAllah.

Wassalam,

Z

Dari kiri Aziz, Ibrahim, WO 2 Mohd Zain (ayah saya), Mejar Sidek, diikuti Ungku Nazarudin semasa mantan Pegawai Memerintah itu membuat lawatam ke 4 RAMD, diKem  Majidee, Johor Bahru.
Semasa kita ditauliahkan, Lt Kol Abdul Aziz Bin Hj Saif ialah Pegawai Memerintah, 4 RAMD manakala Mej Ibrahim pula ialah QM, 1 Wokshop JLJ. Kedua unit tersebut semasa itu berpengkalan di Sg Besi.

Bersama Kol Muzzamir (B) KDO

WO 2 Mohd Zain orang tua teman, bersama Rahman ‘rimau’ (tengah) dan Malik ‘perang’ mantan Provost Mashall. Semasa kita baru ditauliahkan, Lt Kol Abdul Rahman Lassim ialah CO, 15 RAMD dan sekarang ialah Kol (B) Dato’ dan menetap diSeremban, Negeri Sembilan

Gambar bersama mem diambil diNAAFI pada 16 Feb 1954 dan sebagai KSM


Zaman Mat Salleh


Kita terus ke episod seterusnya didalam subject dimana mereka sekarang dan pada zaman kita masih dipertengahan sekolah rendah diTemenggong dulu , 4 Melayu terkenal dengan disiplin-nya. Pada satu ketika anggota LLP yang hendak keluar dimestikan memakai tali leher dan tongkat yang kena beli melalui PRI dan harga tali leher, 8 ringgit dan harga tongkat, 4 ringgit. Itu yang bila pergi bandar JB dan makan satay.. hujung tali tie masuk kedalam kuah satay dan orang awam diluar pulak.. perli dengan mengejek, 'pakai tali jamban', sehingga menjadi kecoh hampir menjadi rusuhan yang melibatkan juga RSM Othman yang dikenali dengan RSM Pak Long dengan orang awam terutama sekali dengan budak budak ala hippies diJB. Semasa itu alMarhum Sultan Iskandar ialah Raja Muda Johor dan beginda yang mempunyai kilang kayu MADOS diBakar Batu, pernah dengar khabarnya menangkap budak budak ini dan menyapu gam kayu dirambut mereka. Yang memakai seluar ketat drain pipe pula terus digunting. Itu yang menaikkan semangat RSM Pak Long dan mengerahkan anggota untuk berentap dengan orang awam. Mereka keluar dengan memakai perman tapi memakai boot dan ada yang membawa bayonet. 'Hang pi tibai', kata Pak Long. Sebelum 4 RAMD berpengkalan diJB mereka bertempat diKem Mentakap dan sebelum itu diTapah. Semasa diTapah, 4 RAMD juga pernah bergasak dengan anggota Balai Bomba. Mereka pulak menyindir dan berkata, 'kami tak ada senjata.. cuma ada ayer je'. Kesudahan ceritanya semasa insiden diJB itu, 'kita orang kena 28 hari CB.. Pak Long, apah pun tidak", kata bekas Pegawai Warrant Sheikh Omar yang berpangkat Kpl semasa bersama Bn tersebut semasa itu. Peristiwa tersebut kemudian hingga mendapat perhatian Osman Saat, MB Johor dan majlis berdamai telah diadakan dengan membaca Yaasin sebelum makan melibatkan ribuan orang termasuk orang awam. Zaman itu sudah mula menular bibit bibit budaya kuning, ikutan oleh anak muda dan sekarang ini langsung sudah tidak terkawal. Anggota keselamatan, baik askar mahu pun Polis sudah tidak dapat tempat yang sepatutnya dari aspek kehormatan dari orang awam.

RSM Pak Long kemudian bertukar ke LATEDA dan disitu.. bagi NCO yang pernah pergi kursus UDI dan Drill and Duty atau D&D, tentunya kenal dengan seorang lagi orang lama iaitu RSM Suppiah atau Supayah, seorang India dari Recce Regiment. Mereka berdua ini pernah pergi kursus kawat diEngland termasuklah kemudian, RSM semasa kita diRMC iaitu RSM Ahmad Joe. Mej Zul Den Tera memberitahu, Pak Long.. kalau dia stare atau mula tenung orang dengan mengecikkan mata dia.. mahu tumbang askar!! Seorang lagi RSM yang terkenal ialah RSM Abu Zarin @ rimau berantai yang pernah jadi Drill Sarjan semasa zaman  Tan Sri Jen Sani dan beberapa orang lama yang lain ketika menjadi cadet diPort Dickson dahulu. RSM Abu Zarin ialah abang kepada Mej (B) Zulkafli Daud.

Gambar dibawah memperlihatkan orang tua teman paling kanan.. meniarap dengan Bren Gun yang diambil pada tahun 1947. Didalam satu operasi, Bren Gun group ini yang diketuai seorang Lance Koperal telah di-arah untuk menyeberangi sebatang sungai dan sebaik menghampiri tebing disebelah sana, mereka telah ditembak oleh musuh. L/Kpl tersebut telah terkena tembakan musuh dikaki dan mengerang.. 'Adohhh', dengan kuatnya didalam hutan rimba tersebut. Orang tua teman gelak semasa mencerita peristiwa ini, though they were pinned down by the enemy fire. Seterusnya dia menceritakan tentang kehebatan Platun Comdr dia.. yang menembak grenade dengan senjata EY rifle, hanya beralaskan bahu kearah musuh yang membolehkan mereka, to take position dan membalas tembak dengan Bren Gun tersebut kearah musuh. 'Nampak bergulung gulung bandit yang jatuh kena tembakan disebelah bukit tempat persembunyian mereka dan setelah pertempuran reda ada terdapat satu baju uniform berpangkat tinggi, orang besor bandit yang berlumuran darah. Platun Comdr yang menembak dengan senjata EY rifle itu lah.. Mat Salleh yang kemudian jadi OC beliau and recommended my father for selection untuk jadi pegawai. Gitulah cerita kenangan orang dulu dulu.

RSM Pak Long (depan) dan gambar di bawah ialah 3873 Mej Zulkafli Daud


Anggota 4 RAMD berpakaian kemas dengan tali leher

3060 Mohd Zain meniarap paling kanan bersama senjata Bren Gun

Skot Megat bersama isteri semasa Majlis Perkahwinan anak mereka dan gambar bawah bersama ayah bonda dan adik beradik


The Warrant Officer and family outing at the Sergeant Mess
 
Fourth generation Chuarian
 
WO 2 Sheikh Omar. Sekarang berumur 82 tahun
 
 




 
 
 


 

 

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites