Monday, 25 February 2013

THE LONG AND WINDING ROAD

Ikan Gelama biasa dengar. Gelama Pisang biasa dapat semasa memancing tapi gambar diatas dikatakan ikan Gelama Musang yang dijual dipasar Parit Jawa, Muar.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Sadaqallahul’azim. Surah al Hajj. Ayat 46. 

Sebagai renungan, diatas adalah sebahagian dari beberapa ayat yang terdapat didalam al Qur’anul Karim yang menganjurkan kita untuk berpejalanan atau merantau dimuka bumi ini untuk melihat akan tanda tanda dan kekuasaan Allah SWT. Semasa sarapan dan sembang sembang at Pasar Maluri pada hari Ahad 17hb Feb yang lepas, Dato Yunos Long handed over to me a courier’s slip confirming that  a letter was sent to the Panglima Angkatan Tentera requesting for an audience with the PAT in regards to our pay anomaly. The draft letter that was emailed to me earlier also specifies the list of names representing the various groups.

Terdengar pula yang beliau bercerita dengan Raja Abdullah hal mengurut and I told them: saya tahu tempat mengurut diJengka dan kalau nak pergi kenalah pada hari Isnin sebab ada pasar tani diKuala Krau dan kemudian sebelum balik bolehlah mudik untuk makan gulai tempoyak ikan Patin diTemerloh sambil mengembara sekali sekala tengok tempat orang dan menyaksikan tanda tanda kekuasaan Allah SWT. Maka esoknya tu.. moh le weh.. kami pun berangkatlah untuk sarapan dan membeli ikan dan segala ulaman kampung dipasar tani Kuala Krau.. saya pula mencari ikan seluang dan bila digoreng rangup sedap as appetizer.


Sarapan diPasar Maluri : Mej Jen Dato Yunos Long, Lt Kol Abdullah Arty dan Lt Jen Dato Mohd Salleh Ismail mantan DMI

Dato Yunos Long dan Raja Abdullah diPasar Tani, Kuala Krau, Pahang


Beli Ikan Patin Sangkar hidup


Saudara Razali dari Jengka 12 sedang mengurut. Baik untuk angin dan kelancaran perjalanan darah. Daun sembung disumbat kehidung untuk melegakan sinus


Bersama Lt Kol Dato Che Dan KPD, dua dari kanan yang turun dari Kuantan untuk berjumpa dan makan bersama gulai ikan Patin diRestoren yang terkenal diPaya Pulai, Temerloh. Dato Che Dan walau pun telah bersara sebagai Setiausaha kepada YAM Tengku Mahkota Pahang akan tetapi masih bekerja dengan baginda


Sebelum balik singgah diGerai Pak Usop diTemerloh, bungkus gulai tempoyak patin untuk bawa pulang dan makan bersama keluarga


Setiba dirumah, orang rumah pula memaklumkan yang dia telah dilantik untuk memberi ceramah iaitu Kursus Transformasi Minda anjuran JPA  pada hari Rabu berikutnya dan akan  bermula diMelaka. Semasa perjalanan pergi, kami keluar melalui Exit 223, Pedas Linggi Rembau dan terus keKundur utk makan nasi gulai lemak cili padi Negori dan ikan sembilang salai. Orang disini menyebut ikan keli sebagai ikan sembilang. Satelah sampai diMelaka, esoknya selepas subuh, since my wife will be busy the whole day conducting the kursus, I left our hotel in Melaka and headed for Muar untuk sarapan pagi dipasar Maharani. Selalunya ada ikan sembilang laut hidup dipasar Muar tapi dukacita tiada terdapat kali ini kerana bukan musim. Selain dari pasar Muar yang saya tahu ada satu lagi pasar yang ada menjual ikan sembilang hidup iaitu dipasar Simpang, diTaiping. Kemungkinan sebab ianya dekat dengan Port Weld atau dipanggil Kuala Sepetang yang terkenal dengan Mee Udangnya while diMuar pula terkenal dengan Mee Bandung Muar dan gulai asam pedas ikan sembilang. DiMuar terdapat juga ikan patin.. cantik, mata macam Rozita Che Wan. Harga pun murah.. cuma RM5 sekilo berbanding dengan RM14 diKuala Krau tetapi yang diMuar dah mati dan lombong punya.


Alhamdulillah dengan perlantikan beliau sebagai penceramah dimerata tempat, dapatlah saya mengambil kesempatan to go through that road again and taking opportunity to visit Skots, rakan dan sahabat. Dari Muar saya ke Kg Sg Nibong, diSemerah yang dekat dengan Batu Pahat, Johor. Alamat rumah orang diSg Nibong menggunakan nombor tiang lampu jalan dan tujuan saya kesana ialah untuk bertemu Haji Sukiman sebagai mengganti majlis kenduri kahwin anak beliau yang saya tidak dapat hadhir yang diadakan pada cuti hariraya Cina yang lepas. Wak Sukiman ialah salah seorang jamaah yang menginap satu bilek bersama saya semasa membuat ibadah Haji beberapa tahun yang lepas. Sebelum tiba Wukuf dan semasa berjalan menuju Masjidil Haram untuk mengerjakan solat subuh dan kemudian untuk keTana’em untuk bermiqat bagi membuat umrah, Wak Sukiman pernah menyatakan yang itulah pertama kali yang dia datang ketanah suci Mekah dan sebelumnya beliau telah berdoa agar diketemukan dengan orang yang dapat memimpin dan menunjuk ajar beliau untuk menjalani ibadah haji semasa ditanah suci tersebut dan mengatakan alhamdulillah telah dapat dan menemui iaitu.. sayalah orangnya!!. Sungguh pun saya dah berpengalaman didalam mengerjakan ibadat ditanah suci dan pada masa itu pula ialah haji yang kedua bagi saya, Subhanallah saya tersentak bila mendengarnya dan kemudian saya amat terharu bila teringat akan satu peristiwa dizaman Rasulullah SAW.


Seorang sahabat yang bernama Ubay bin Ka'ab didatangi oleh baginda Rasulullah SAW lalu baginda mengatakan yang beliau datang untuk belajar cara membaca alQur’an. (Kita mengetahui bahawa baginda ialah rasul yang ummi yaini tidak tahu membaca dan menulis). Ubay berkata, takkan lah beliau pula yang nak ajar rasul Allah? Baginda menjawab yang Allah menyuruh baginda untuk belajar dengannya. Ubay berkata lagi, ‘adakah Allah menyebut nama ku?’ Rasulullah SAW lalu berkata, ‘Ya.., Allah menyebut nama mu’. Mendengar akan itu Ubay Bin Ka'ab tersungkur lalu sujud dan bersyukur. Dalam hal yang lain, alhamdulillah sekiranya kita berselawat, Allah SWT juga akan berselawat atau memberi kesejahteraan kepada kita. Dalam erti kata yang lain Allah tentunya dekat dan bersama kita maka dengan itu perbanyakkanlah berselawat dan berzikir serta membuat amalan amalan soleh yang lain semasa dalam mengharungi sisa sisa hidup kita ini, InsyaAllah..


Saya memperingatkan jemaah sebilik supaya sama sama tumpu perhatian sepenuhnya dalam membuat ibadah ibadah terutamanya semasa Wukuf.  Ada perkara mistri terjadi kepada Wak Sukiman. Semasa diMuzdalifah dia duduk membelakangi saya ditengah padang sementara bermabit sebelum bertolak keMina. Dari lepas waktu Isya’ bertolak dari Arafah keseparuh malam lazimnya jemaah memperbanyakkan mengingati Allah diMasy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), sebagaimana anjuran ayat 198 dalam Surah al Baqarah. Dikesempatan yang sama mengumpul anak batu bagi tujuan untuk melontar diJamrah. Dalam pada itu saya perasan dan mendengar Wak Sukiman asyik sahaja dan tak henti henti bersembang dengan seorang muslimah, krung krang, krung krang dalam bahasa Jawa dan dari bunyi sembang mereka semacam mereka sekampung. Pada hari kedua tasriq saya ingin membuat korban diMuassem dan Wak Sukiman juga ingin untuk mengikut sama. Dia menyatakan sekian ekor untuk dibuat bagi dirinya dan tanggungan dan seekor untuk membayar dam. Saya tanya apa kesalahan yang dia lakukan hingga nak kena bayar dam sampai seekor. “Semasa diMudzalifah tempuh hari, sedang saya asyik bersembang dengan perempuan tu, saya kalih kebelakang untuk melihat Haji Zainal dan terus teringat akan peringatan yang Haji ingatkan dan bila saya kalih semula kehadapan, perempuan itu alih alih dah hilang”.  Dia kesal kerana alpa dan terpedaya dan untuk menyedapkan hati berniat untuk membayar dam dengan seekor kambing. Syaitanlah tu.. siapa lagi !!


Semasa diperjalanan balik saya singgah diParit Jawa dan tidak melepas peluang untuk makan tengah hari dengan masakan asam pedas yang terkenal diMedan Asam Pedas, Parit Jawa. Juga membeli ikan dan udang segar dipasar yang dinaikkan dari pengkalan nelayan disitu. Pada pagi esoknya, sebelum meninggalkan Melaka saya singgah dipekan kecil Durian Tunggal dan berjumpa serta bertanya khabar akan seorang bekas Komando dikedai runcitnya. Beliau ialah  S/Sgt Ahmad @ Jantan yang tidak bernasib baik, telah putus kaki terkena jerangkap samar didalam insiden diGubir pada tahun 1976. Beliau merupakan casualty pertama didalam Ops tersebut dan antara lain kemudiannya telah melibatkan gugurnya sebelas perwira negara didalam tragedi pesawat Nuri diGubir. Nukilan tersebut telah saya abadikan didalam posting: ‘Whatever Happened to Baton One’.


Begitulah dari Melaka dan sebelumnya diPahang dan singgah diJohor mengenai perjalanan saya kali ini. Kena juga ambil tahu akan hal pasar dan tempat tempat makan ini dan bersilaturrahim sebagai untuk transformasi minda jugaklah. ‘Kalau baik hati nanti orang pun sayang’. Semoga ketemu lagi InsyaAllah dan untuk mengambil pelajaran, marilah kita hayati akan ayat Allah berikut :

[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; [191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [192] Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; [193] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; [194] Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.

[195] Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

[196] Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). [197] (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. [198]  Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). Sadaqallahul ‘Azim. Surah Ali Imran.

Saudara Anuar dengan ikan sembilang salai dan juga burung puyuh diKg Kundur.
Tok Mami sedang conduct kursus Transformasi Minda dan Hala tuju Negara ke Arah Menjana Kesejahteraan
 
Sebahagian daripada peserta kursus dari kumpulan S17/N17 (taraf perkeranian) namun ada dikalangan mereka yang memiliki ijazah

Dari kanan: Wak Sukiman, dan rakan sebilik, arwah L/Kpl Pak Yop Latip diMekah
Tiga sekawan sedang bermabit diMuzdalifah

Mengutip anak batu dengan mengkais tanah untuk melontar diJamrah


Membuat ibadah korban diMina Muassem


Didalam pesawat bersama Haji Halim Wahid semasa balik dari menunaikan haji pada tahun yang sama . Ayah beliau ialah Haji Wahid yang terkenal diJohor Bahru dengan Mee Rebus Haji Wahid diPlaza Angsana. Haji Halim juga pemain rugby yang pernah mewakili Malaysia. ‘Wah.. engkau main rugby.. senanglah scramble untuk pergi kucup hajar aswad’. ‘Tak dapatlah Haji..!!


Gerai Asam Pedas Pak Yahya diParit Jawa.


Simple menu : Asam pedas ikan Jefri Din (termenung atau kembong), telur dadar dan sambal belacan.

With arwah S/Sgt Ahmad @ Jantan. First casualty during Ops Gubir in April 1976. Sekarang ini beliau menjalani haemodialysis 3 kali seminggu.


Ini lagi satu cerita Mistri :

From : Zainal Abidin (zainalana@yahoo.com)

To : Raja Ne (tengku.z.azmir@gmail.com)

Subject : Misteri Lubok Mak Anjing

Salam Nay,

Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mak Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mak Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada budak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut.

Arakian tersebutlah sebuah kisah seorang pengail yang hendak memancing ikan dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mak Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Nasibnya baik bila tiba tiba penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan dijawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula kedalam ayor dan bila muncul.. kali ini dipegang ditangannya sebilah golok perak dan bertanya kat orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, sipengail itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Maka Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang dialaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup nak makan pun susah.. kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,' rungut bininya. Orang tu pun menasihat bininya supaya sabor dan kena jujor. Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mak Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas. Bila Yong nya tak balik balik, SiPengail tu pun pergi le kelubok tersebut untuk mencari bininya. Kainnya ada ditepi tebing tapi orangnya tak mandang.. ape he? Dia pun seru le Jin penunggu lubok Mak Anjing itu.. untuk tolong mencari Yong kesayangannya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan bertelanjang bolin dengan bulu mata palsunya yang melentik dan Jin pun bertanya ke orang itu, 'ini ke bini mika ? Maka terus je dijawab dek SiPengail, 'Ya Ya..', dengan penuh teruja!!

Cerita diatas tu.. teman pinda dan ubah suai dari apa yang mika certa semasa kita jumpa diKGPA sempena launching of Old Clffordian portal. Boleh le mika masukkan kedalam portal tersebut sebagai sumbangan terulong dan memperlawa orang orang lama untuk memberi ulasan tentang the moral of the story. Kalau idak pun boleh le deme nengok gambor Rozita Che Wan yang teman attach bersama ini. Teman pun baru dengor nama dia dari mika. Fawzi masa mika bercerita.. ngeronyin je. Dia kene kut..

Budak kelas teman yang expert pase artist artist ni ialah Dato Zainal Nazri yang kahwin memole dengan Lidyawati.. lepah tu dengan Suliza Salam. Lan Bintang budak kelas 5A2, bila teman bagi tahu yang Zainal Nazri buat tak kene dengan kenkawan sekelas berkata, 'ngkome sape.. nak kawan dengan dia.. aku sendiri.. kawan baik dia masa dikampung dulu pun.. sekarang bila jumpa.. dia buat tak pandang.. masa balik raya diPadang Rengas'. Marah benor Lan kat dia.

Pada awal 80'an, masa teman keroje dengan Bas MARA Ekspres dulu, dua tiga orang bebudak kerani teman mintak kebenaran nak keluor pejabat dan bila deme balik.. dua tiga orang lagi pulak nak mintak juga kebenaran yang sama. 'Engkau orang apahal macam kambing biri biri.. sekor melompat, yang lain pun nak melompat juga'. 'Encik Zainal tak tahu ke.. sekarang diPejabat Tanah WP orang ramai pergi sebab ada pembukaan tanah.. rame orang pegi nak mintak'. 'Ya ke..' Lepah tu teman pun melompat juga le jadi kambing bebiri. Memang betul.. bila teman sampe, ada photostat borang dan pelan juru teris.. lot lot tanah untuk dipilih, siap diletak dikaunter dan bayaran pendaftaran 15 ringgit untuk setiap permohonan. Kawasan tanahnya ialah diChubadak, Hot Spring Setapak, Datuk Keramat dll. Dalam pada itu, teman perati didalam pejabat tu ada kelibat sesaorang yang teman perasan macam kene. Bila balik kepejabat, teman tanya budak kerani yang lakinya bekeroje dipejabat tanah itu. 'Kamu tanya laki kamu.. ada tak kawan dia sesama pejabat yang nama Zainal Nazri'. 'Oo itu kawan husband saya.. dia SO Pejabat tanah WP'. Teman pun mintak contact number dan call le siZainal. Pendek cerita dia ajak teman kerumah dia diSelayang yang kebetulan dekat dengan rumah yang teman sewa.

Zainal Nazri sewa dibelakang rumah tuan punya rumah tersebut.. duduk dengan anak bininya, seorang kakitangan kerajaan juga. 'Mana ada tanah diWilayah ni.. semua permohonan kena ada kelulusan Exco bukan aci boleh mintak je..' Zainal bagi tahu ke teman dan dia pun bercerita le panjang lebor hal tanah ni. ‘Aku hari hari ikat tiga empat bandut borang permohonan dan lepah itu aku campak kedalam setor.. kita dah bagi tahu kat orang ramai.. tak ada tanah tapi deme nak mintak juga.. apa nak dibuatkan'. Sembang sembang lagi dengan dia.. rope ropenya dia dulu memole keroje diPejabat Tanah Telok Anson.., pindah keManjung.. lepah tu datang ke KL.

Sorang lagi budak kelas kita yang jadi SO Pejabat Tanah iaitu diSlim River ialah Raja Nahar. Tapi dia tak le pande macam Zainal Nazri. Cerita orang keroje dengan pejabat tanah yang jadi kaya raya masa dulu.. biasa le. Tambah lagi kalau diWP dan Selangor. Ada cerita kaki tangan biasa yang dijumpai duit berjuta dalam but kereta dia pun ada. Raja Nahar dan budak kelas 5A2 iaitu Al Karib Shah dan Zul, main takraw wakil sekolah untuk Perak. Raja Nahar dan Zul main sebagai tekong dan Raja Nahar sebenornya dalam regu teman termasuk Nasa. Keme sebagai pemain apit tak dipilih utk wakil Perak sebab Nasa lipat sampe rabak net masa lawan SDAR. Itu le hebat tak hebatnye Nasa budak Grik mantan ACP dalam FRU. Zul macam aruah Sabri, pande main gitar dan Chegu Rahim (Dato dan mantan Principal sekolah VI) peronah puji dia.. sebab Zul bayor duit school fees dari titik peloh main kugiran masa perayaan sebulan Hari Jadi DYMM Sultan Idris dulu. Masa tu keramaian diBukit Chandan memang hebat.. macam macam ada. Getah buku orang orang kampung pun banyak hilang masa tu.

Dihostel masa tu ada juga le sorang dua yang ada dan boleh le sikit sikit main gitar. Zul peronah datang kehostel dan demo intro lagu Tum Bin. Nasa mesti syok dengor lagu ni. Macam macam perangai bebudak Klipot masa bersekolah dulu. Teman cuma tulis ngajak menkome mengenang kisah kisah yang lalu je.

Wassalam,

Z

Clifford School Class of 1968 : Mej (B) Anuar Kamaruddin Arty, Raja Zainal (Ku Nay), Raja Fihir (MCKK) dan gambar bawah RCW.


Disclaimer:
Kandungan dan cerita di atas adalah rekaan semata mata. Tidak ada kaitan dengan mereka yang hidup atau pun yang dah qalu..

.

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites