Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Mengandungi 159 tajuk kecil yang menghimpunkan kisah dan sejarah ketenteraan iaitu keperwiraan dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa di-zaman insurgensi,

Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Turut mengandungi bingkisan coretan kenangan dan nostalgia serta bimbingan agama dengan dimuatkan ayat ayat al Quranul Karim sebagai renungan dan puluhan selingan lagu lagu, clip video dan website info.

Penyerahan buku dan CD, Inilah Barisan Kita Skot 22 kepada Mejar Jeneral Dato` Nordin Bin Haji Rahok, Ketua Pengarah dan Pengerusi Kor Perkhidmatan DiRaja

Inilah Barisan Kita Skot 22

Inilah Barisan Kita Yang Ikhlas Berjuang

Monday, 25 February 2013

THE LONG AND WINDING ROAD

Ikan Gelama biasa dengar. Gelama Pisang biasa dapat semasa memancing tapi gambar diatas dikatakan ikan Gelama Musang yang dijual dipasar Parit Jawa, Muar.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Sadaqallahul’azim. Surah al Hajj. Ayat 46. 

Sebagai renungan, diatas adalah sebahagian dari beberapa ayat yang terdapat didalam al Qur’anul Karim yang menganjurkan kita untuk berpejalanan atau merantau dimuka bumi ini untuk melihat akan tanda tanda dan kekuasaan Allah SWT. Semasa sarapan dan sembang sembang at Pasar Maluri pada hari Ahad 17hb Feb yang lepas, Dato Yunos Long handed over to me a courier’s slip confirming that  a letter was sent to the Panglima Angkatan Tentera requesting for an audience with the PAT in regards to our pay anomaly. The draft letter that was emailed to me earlier also specifies the list of names representing the various groups.

Terdengar pula yang beliau bercerita dengan Raja Abdullah hal mengurut and I told them: saya tahu tempat mengurut diJengka dan kalau nak pergi kenalah pada hari Isnin sebab ada pasar tani diKuala Krau dan kemudian sebelum balik bolehlah mudik untuk makan gulai tempoyak ikan Patin diTemerloh sambil mengembara sekali sekala tengok tempat orang dan menyaksikan tanda tanda kekuasaan Allah SWT. Maka esoknya tu.. moh le weh.. kami pun berangkatlah untuk sarapan dan membeli ikan dan segala ulaman kampung dipasar tani Kuala Krau.. saya pula mencari ikan seluang dan bila digoreng rangup sedap as appetizer.


Sarapan diPasar Maluri : Mej Jen Dato Yunos Long, Lt Kol Abdullah Arty dan Lt Jen Dato Mohd Salleh Ismail mantan DMI

Dato Yunos Long dan Raja Abdullah diPasar Tani, Kuala Krau, Pahang


Beli Ikan Patin Sangkar hidup


Saudara Razali dari Jengka 12 sedang mengurut. Baik untuk angin dan kelancaran perjalanan darah. Daun sembung disumbat kehidung untuk melegakan sinus


Bersama Lt Kol Dato Che Dan KPD, dua dari kanan yang turun dari Kuantan untuk berjumpa dan makan bersama gulai ikan Patin diRestoren yang terkenal diPaya Pulai, Temerloh. Dato Che Dan walau pun telah bersara sebagai Setiausaha kepada YAM Tengku Mahkota Pahang akan tetapi masih bekerja dengan baginda


Sebelum balik singgah diGerai Pak Usop diTemerloh, bungkus gulai tempoyak patin untuk bawa pulang dan makan bersama keluarga


Setiba dirumah, orang rumah pula memaklumkan yang dia telah dilantik untuk memberi ceramah iaitu Kursus Transformasi Minda anjuran JPA  pada hari Rabu berikutnya dan akan  bermula diMelaka. Semasa perjalanan pergi, kami keluar melalui Exit 223, Pedas Linggi Rembau dan terus keKundur utk makan nasi gulai lemak cili padi Negori dan ikan sembilang salai. Orang disini menyebut ikan keli sebagai ikan sembilang. Satelah sampai diMelaka, esoknya selepas subuh, since my wife will be busy the whole day conducting the kursus, I left our hotel in Melaka and headed for Muar untuk sarapan pagi dipasar Maharani. Selalunya ada ikan sembilang laut hidup dipasar Muar tapi dukacita tiada terdapat kali ini kerana bukan musim. Selain dari pasar Muar yang saya tahu ada satu lagi pasar yang ada menjual ikan sembilang hidup iaitu dipasar Simpang, diTaiping. Kemungkinan sebab ianya dekat dengan Port Weld atau dipanggil Kuala Sepetang yang terkenal dengan Mee Udangnya while diMuar pula terkenal dengan Mee Bandung Muar dan gulai asam pedas ikan sembilang. DiMuar terdapat juga ikan patin.. cantik, mata macam Rozita Che Wan. Harga pun murah.. cuma RM5 sekilo berbanding dengan RM14 diKuala Krau tetapi yang diMuar dah mati dan lombong punya.


Alhamdulillah dengan perlantikan beliau sebagai penceramah dimerata tempat, dapatlah saya mengambil kesempatan to go through that road again and taking opportunity to visit Skots, rakan dan sahabat. Dari Muar saya ke Kg Sg Nibong, diSemerah yang dekat dengan Batu Pahat, Johor. Alamat rumah orang diSg Nibong menggunakan nombor tiang lampu jalan dan tujuan saya kesana ialah untuk bertemu Haji Sukiman sebagai mengganti majlis kenduri kahwin anak beliau yang saya tidak dapat hadhir yang diadakan pada cuti hariraya Cina yang lepas. Wak Sukiman ialah salah seorang jamaah yang menginap satu bilek bersama saya semasa membuat ibadah Haji beberapa tahun yang lepas. Sebelum tiba Wukuf dan semasa berjalan menuju Masjidil Haram untuk mengerjakan solat subuh dan kemudian untuk keTana’em untuk bermiqat bagi membuat umrah, Wak Sukiman pernah menyatakan yang itulah pertama kali yang dia datang ketanah suci Mekah dan sebelumnya beliau telah berdoa agar diketemukan dengan orang yang dapat memimpin dan menunjuk ajar beliau untuk menjalani ibadah haji semasa ditanah suci tersebut dan mengatakan alhamdulillah telah dapat dan menemui iaitu.. sayalah orangnya!!. Sungguh pun saya dah berpengalaman didalam mengerjakan ibadat ditanah suci dan pada masa itu pula ialah haji yang kedua bagi saya, Subhanallah saya tersentak bila mendengarnya dan kemudian saya amat terharu bila teringat akan satu peristiwa dizaman Rasulullah SAW.


Seorang sahabat yang bernama Ubay bin Ka'ab didatangi oleh baginda Rasulullah SAW lalu baginda mengatakan yang beliau datang untuk belajar cara membaca alQur’an. (Kita mengetahui bahawa baginda ialah rasul yang ummi yaini tidak tahu membaca dan menulis). Ubay berkata, takkan lah beliau pula yang nak ajar rasul Allah? Baginda menjawab yang Allah menyuruh baginda untuk belajar dengannya. Ubay berkata lagi, ‘adakah Allah menyebut nama ku?’ Rasulullah SAW lalu berkata, ‘Ya.., Allah menyebut nama mu’. Mendengar akan itu Ubay Bin Ka'ab tersungkur lalu sujud dan bersyukur. Dalam hal yang lain, alhamdulillah sekiranya kita berselawat, Allah SWT juga akan berselawat atau memberi kesejahteraan kepada kita. Dalam erti kata yang lain Allah tentunya dekat dan bersama kita maka dengan itu perbanyakkanlah berselawat dan berzikir serta membuat amalan amalan soleh yang lain semasa dalam mengharungi sisa sisa hidup kita ini, InsyaAllah..


Saya memperingatkan jemaah sebilik supaya sama sama tumpu perhatian sepenuhnya dalam membuat ibadah ibadah terutamanya semasa Wukuf.  Ada perkara mistri terjadi kepada Wak Sukiman. Semasa diMuzdalifah dia duduk membelakangi saya ditengah padang sementara bermabit sebelum bertolak keMina. Dari lepas waktu Isya’ bertolak dari Arafah keseparuh malam lazimnya jemaah memperbanyakkan mengingati Allah diMasy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), sebagaimana anjuran ayat 198 dalam Surah al Baqarah. Dikesempatan yang sama mengumpul anak batu bagi tujuan untuk melontar diJamrah. Dalam pada itu saya perasan dan mendengar Wak Sukiman asyik sahaja dan tak henti henti bersembang dengan seorang muslimah, krung krang, krung krang dalam bahasa Jawa dan dari bunyi sembang mereka semacam mereka sekampung. Pada hari kedua tasriq saya ingin membuat korban diMuassem dan Wak Sukiman juga ingin untuk mengikut sama. Dia menyatakan sekian ekor untuk dibuat bagi dirinya dan tanggungan dan seekor untuk membayar dam. Saya tanya apa kesalahan yang dia lakukan hingga nak kena bayar dam sampai seekor. “Semasa diMudzalifah tempuh hari, sedang saya asyik bersembang dengan perempuan tu, saya kalih kebelakang untuk melihat Haji Zainal dan terus teringat akan peringatan yang Haji ingatkan dan bila saya kalih semula kehadapan, perempuan itu alih alih dah hilang”.  Dia kesal kerana alpa dan terpedaya dan untuk menyedapkan hati berniat untuk membayar dam dengan seekor kambing. Syaitanlah tu.. siapa lagi !!


Semasa diperjalanan balik saya singgah diParit Jawa dan tidak melepas peluang untuk makan tengah hari dengan masakan asam pedas yang terkenal diMedan Asam Pedas, Parit Jawa. Juga membeli ikan dan udang segar dipasar yang dinaikkan dari pengkalan nelayan disitu. Pada pagi esoknya, sebelum meninggalkan Melaka saya singgah dipekan kecil Durian Tunggal dan berjumpa serta bertanya khabar akan seorang bekas Komando dikedai runcitnya. Beliau ialah  S/Sgt Ahmad @ Jantan yang tidak bernasib baik, telah putus kaki terkena jerangkap samar didalam insiden diGubir pada tahun 1976. Beliau merupakan casualty pertama didalam Ops tersebut dan antara lain kemudiannya telah melibatkan gugurnya sebelas perwira negara didalam tragedi pesawat Nuri diGubir. Nukilan tersebut telah saya abadikan didalam posting: ‘Whatever Happened to Baton One’.


Begitulah dari Melaka dan sebelumnya diPahang dan singgah diJohor mengenai perjalanan saya kali ini. Kena juga ambil tahu akan hal pasar dan tempat tempat makan ini dan bersilaturrahim sebagai untuk transformasi minda jugaklah. ‘Kalau baik hati nanti orang pun sayang’. Semoga ketemu lagi InsyaAllah dan untuk mengambil pelajaran, marilah kita hayati akan ayat Allah berikut :

[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; [191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [192] Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; [193] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; [194] Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.

[195] Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.

[196] Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). [197] (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. [198]  Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). Sadaqallahul ‘Azim. Surah Ali Imran.

Saudara Anuar dengan ikan sembilang salai dan juga burung puyuh diKg Kundur.
Tok Mami sedang conduct kursus Transformasi Minda dan Hala tuju Negara ke Arah Menjana Kesejahteraan
 
Sebahagian daripada peserta kursus dari kumpulan S17/N17 (taraf perkeranian) namun ada dikalangan mereka yang memiliki ijazah

Dari kanan: Wak Sukiman, dan rakan sebilik, arwah L/Kpl Pak Yop Latip diMekah
Tiga sekawan sedang bermabit diMuzdalifah

Mengutip anak batu dengan mengkais tanah untuk melontar diJamrah


Membuat ibadah korban diMina Muassem


Didalam pesawat bersama Haji Halim Wahid semasa balik dari menunaikan haji pada tahun yang sama . Ayah beliau ialah Haji Wahid yang terkenal diJohor Bahru dengan Mee Rebus Haji Wahid diPlaza Angsana. Haji Halim juga pemain rugby yang pernah mewakili Malaysia. ‘Wah.. engkau main rugby.. senanglah scramble untuk pergi kucup hajar aswad’. ‘Tak dapatlah Haji..!!


Gerai Asam Pedas Pak Yahya diParit Jawa.


Simple menu : Asam pedas ikan Jefri Din (termenung atau kembong), telur dadar dan sambal belacan.

With arwah S/Sgt Ahmad @ Jantan. First casualty during Ops Gubir in April 1976. Sekarang ini beliau menjalani haemodialysis 3 kali seminggu.


Ini lagi satu cerita Mistri :

From : Zainal Abidin (zainalana@yahoo.com)

To : Raja Ne (tengku.z.azmir@gmail.com)

Subject : Misteri Lubok Mak Anjing

Salam Nay,

Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mak Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mak Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada budak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut.

Arakian tersebutlah sebuah kisah seorang pengail yang hendak memancing ikan dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mak Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Nasibnya baik bila tiba tiba penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan dijawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula kedalam ayor dan bila muncul.. kali ini dipegang ditangannya sebilah golok perak dan bertanya kat orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, sipengail itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Maka Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang dialaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup nak makan pun susah.. kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,' rungut bininya. Orang tu pun menasihat bininya supaya sabor dan kena jujor. Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mak Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas. Bila Yong nya tak balik balik, SiPengail tu pun pergi le kelubok tersebut untuk mencari bininya. Kainnya ada ditepi tebing tapi orangnya tak mandang.. ape he? Dia pun seru le Jin penunggu lubok Mak Anjing itu.. untuk tolong mencari Yong kesayangannya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan bertelanjang bolin dengan bulu mata palsunya yang melentik dan Jin pun bertanya ke orang itu, 'ini ke bini mika ? Maka terus je dijawab dek SiPengail, 'Ya Ya..', dengan penuh teruja!!

Cerita diatas tu.. teman pinda dan ubah suai dari apa yang mika certa semasa kita jumpa diKGPA sempena launching of Old Clffordian portal. Boleh le mika masukkan kedalam portal tersebut sebagai sumbangan terulong dan memperlawa orang orang lama untuk memberi ulasan tentang the moral of the story. Kalau idak pun boleh le deme nengok gambor Rozita Che Wan yang teman attach bersama ini. Teman pun baru dengor nama dia dari mika. Fawzi masa mika bercerita.. ngeronyin je. Dia kene kut..

Budak kelas teman yang expert pase artist artist ni ialah Dato Zainal Nazri yang kahwin memole dengan Lidyawati.. lepah tu dengan Suliza Salam. Lan Bintang budak kelas 5A2, bila teman bagi tahu yang Zainal Nazri buat tak kene dengan kenkawan sekelas berkata, 'ngkome sape.. nak kawan dengan dia.. aku sendiri.. kawan baik dia masa dikampung dulu pun.. sekarang bila jumpa.. dia buat tak pandang.. masa balik raya diPadang Rengas'. Marah benor Lan kat dia.

Pada awal 80'an, masa teman keroje dengan Bas MARA Ekspres dulu, dua tiga orang bebudak kerani teman mintak kebenaran nak keluor pejabat dan bila deme balik.. dua tiga orang lagi pulak nak mintak juga kebenaran yang sama. 'Engkau orang apahal macam kambing biri biri.. sekor melompat, yang lain pun nak melompat juga'. 'Encik Zainal tak tahu ke.. sekarang diPejabat Tanah WP orang ramai pergi sebab ada pembukaan tanah.. rame orang pegi nak mintak'. 'Ya ke..' Lepah tu teman pun melompat juga le jadi kambing bebiri. Memang betul.. bila teman sampe, ada photostat borang dan pelan juru teris.. lot lot tanah untuk dipilih, siap diletak dikaunter dan bayaran pendaftaran 15 ringgit untuk setiap permohonan. Kawasan tanahnya ialah diChubadak, Hot Spring Setapak, Datuk Keramat dll. Dalam pada itu, teman perati didalam pejabat tu ada kelibat sesaorang yang teman perasan macam kene. Bila balik kepejabat, teman tanya budak kerani yang lakinya bekeroje dipejabat tanah itu. 'Kamu tanya laki kamu.. ada tak kawan dia sesama pejabat yang nama Zainal Nazri'. 'Oo itu kawan husband saya.. dia SO Pejabat tanah WP'. Teman pun mintak contact number dan call le siZainal. Pendek cerita dia ajak teman kerumah dia diSelayang yang kebetulan dekat dengan rumah yang teman sewa.

Zainal Nazri sewa dibelakang rumah tuan punya rumah tersebut.. duduk dengan anak bininya, seorang kakitangan kerajaan juga. 'Mana ada tanah diWilayah ni.. semua permohonan kena ada kelulusan Exco bukan aci boleh mintak je..' Zainal bagi tahu ke teman dan dia pun bercerita le panjang lebor hal tanah ni. ‘Aku hari hari ikat tiga empat bandut borang permohonan dan lepah itu aku campak kedalam setor.. kita dah bagi tahu kat orang ramai.. tak ada tanah tapi deme nak mintak juga.. apa nak dibuatkan'. Sembang sembang lagi dengan dia.. rope ropenya dia dulu memole keroje diPejabat Tanah Telok Anson.., pindah keManjung.. lepah tu datang ke KL.

Sorang lagi budak kelas kita yang jadi SO Pejabat Tanah iaitu diSlim River ialah Raja Nahar. Tapi dia tak le pande macam Zainal Nazri. Cerita orang keroje dengan pejabat tanah yang jadi kaya raya masa dulu.. biasa le. Tambah lagi kalau diWP dan Selangor. Ada cerita kaki tangan biasa yang dijumpai duit berjuta dalam but kereta dia pun ada. Raja Nahar dan budak kelas 5A2 iaitu Al Karib Shah dan Zul, main takraw wakil sekolah untuk Perak. Raja Nahar dan Zul main sebagai tekong dan Raja Nahar sebenornya dalam regu teman termasuk Nasa. Keme sebagai pemain apit tak dipilih utk wakil Perak sebab Nasa lipat sampe rabak net masa lawan SDAR. Itu le hebat tak hebatnye Nasa budak Grik mantan ACP dalam FRU. Zul macam aruah Sabri, pande main gitar dan Chegu Rahim (Dato dan mantan Principal sekolah VI) peronah puji dia.. sebab Zul bayor duit school fees dari titik peloh main kugiran masa perayaan sebulan Hari Jadi DYMM Sultan Idris dulu. Masa tu keramaian diBukit Chandan memang hebat.. macam macam ada. Getah buku orang orang kampung pun banyak hilang masa tu.

Dihostel masa tu ada juga le sorang dua yang ada dan boleh le sikit sikit main gitar. Zul peronah datang kehostel dan demo intro lagu Tum Bin. Nasa mesti syok dengor lagu ni. Macam macam perangai bebudak Klipot masa bersekolah dulu. Teman cuma tulis ngajak menkome mengenang kisah kisah yang lalu je.

Wassalam,

Z

Clifford School Class of 1968 : Mej (B) Anuar Kamaruddin Arty, Raja Zainal (Ku Nay), Raja Fihir (MCKK) dan gambar bawah RCW.


Disclaimer:
Kandungan dan cerita di atas adalah rekaan semata mata. Tidak ada kaitan dengan mereka yang hidup atau pun yang dah qalu..

Monday, 11 February 2013

Hibbik min albi ya albik


Renungan : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (Al-Maidah 5:27) Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi .(Al-Maidah 5:30) Sadaqallahul ‘Azim.

Bagi memulakan marilah kita hayati serta membaca surah al Fatihah dan kali ini kita sedeqahkan kepada Skot kita yang telah sampai giliran beliau pula untuk meninggalkan anak isteri, saudara mara serta kita semua dan kembali keRahmatullah pada 7hb Feb 2013 yang lepas. Belum pun mendap tanah kubur arwah Skot Mat Hazir, kini sampai pula ajalnya. Beliau ialah 370319 Skot Mej Dzulkifly Bin Kaliwan TUDM yang mengidap barah usus. Semasa menerima berita kematian beliau, saya menghubungi beberapa orang Skot kita untuk mendapat maklumat mengenai arwah dan salah seorang ialah Skot Aminudin Klipot yang duduk disebelah capoi beliau semasa diKem Sebatang Karah dahulu. Skot Amin  juga mengalami komplikasi penyakit dan selain dari mengidap batu karang dan kehilangan sebelah mata kerana diabetis beliau juga berkemungkinan mempunyai masaalah pada usus.  Alhamdulillah Skot Shariman memaklumkan bahawa pembedahan barah usus beliau telah berjaya dan sekarang beransur pulih. Juga Skot Lt Kol (Wataniah) Mahmood Arshad yang dimasukkan dalam ICU, Ya Mahmud telah pun sihat walafiat sepenuhnya.

Ada persamaan cerita diantara arwah Skot Dzulkifly, Skot Amin dan Skot Osman Mohamad. Mereka semua telah pun bekerja sebelum masuk askar. Arwah Dzul pernah bekerja sebagai Postal Clerk, manakala Skot Amin dan Skot Osman pula bekerja sebagai merinyu kesihatan diKementerian Kesihatan diKuantan dan mempunyai diploma dari Amerika dalam bidang itu. Abang pada Skot Osman iaitu Abdullah Mohamad (Rtd Dato Brig Jen TUDM) yang telah memberi perangsang kepada adiknya Skot Osman dan juga Skot Amin untuk masuk berkhidmat didalam TUDM.

Arwah Mejor Dzukifly Kaliwan inset dan sebelah kiri.

Once a high-flyer. Attending Staff College in Thailand

Skot Mej Aminudin Klipot/TUDM, Skot Hamzah Panjang dan Skot Mejor ST Leong Signal (B) semasa diSungai Petani, Kedah.

Berbagai andaian dan kiasan serta ikhtibar yang boleh dibuat dan diambil dari gambar keadaan rupa buah cempedak dan pisang abu diatas. Mungkin pada keadaan diri kita sendiri sekarang ini, keadaan persembahan ibadat yang telah kita laksanakan dan harapan serta keadaan perkara yang kita usahakan. Ayat Allah yang disertakan adalah sebagai parable pada satu sudut peringatan, amalan dan ibadah. Selalu diselitkan didalam blog ini akan perkara ingat mengingati sesama kita terutama dengan perumpamaan dan ayat ayat Allah.



Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sadaqallahul’Azim. Surah al Kahfi ayat 45

Mari kita lihat akan nilai dan kesannya (dakwah) melalui balasan emel dari seorang Skot kita :

From: Major N Rajasaikaran Naguran
To: Zainal Abidin
Sent: Wednesday, 9 January 2013, 18:50
Subject: Re: Drama Melayu - Kambing Hitam

Terima kasih didalam mengemaskinikan keadaan semasa, only good friend will do that, semoga Tuhan Yang Esa sentiasa melindungi saudara sekeluarga sihat walafiat hendaknya. Perjuangan yang ikhlas sentiasa mendapat rahmat dari Tuhan Yang Maha Kuasa kemungkinan cepat atau lewat. Hope for the best

salam salam 
tq skot
Mejar Raja (B)  


From: Zainal Abidin
To:
Sent: Wednesday, 30 January 2013, 22:30
Subject: Hibbik min albi ya albik

விரும்பு Ane,

மிகவும் நன்றி nandri for your kind இனம் message மின்னஞ்சல்-செய்தி. Aku ingat nak cakap tamil terus dengan engkau tapi takut orang lain tak paham. Sorry for not replying to your message much earlier sebab விட்டு விடு. Aku pagi tadi pergi pasar Selayang.. lalu Batu Caves dan teringat kat engkau dan elok jugak sebab boleh aku bagi latest update on kita punya anomaly.

Esok Khamis 31 Jan 2013, 1000 Hrs, Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan bersidang dan antara lain InsyaAllah, perkara anomaly gaji 404 pegawai yang terlibat akan disebut didalam 'Lain Lain Perkara'. Meaning it is not in the main agenda but nonetheless will be tabled. This is what been told by Brig Gen Rahim the MA to the Menteri Pertahanan.

Selari dengan itu, sebahagian dari tuan tuan tentunya telah menerima SMS mengenai pihak Mohicans blowing their horn and requested to help settled RM40,000.00. At this point of time, I am in no position to comment but Mej Joe Sandhurst told me : the statement that their "paper will be table for Cabinet approval at the end of the month" is not from him.

Will throw more light when I post the above subject in my website soon. As a warning order sila siapkan jubah masing masing. Also to inform, tomorrow precisely at 310830Hrs I will be InsyaAllah at Tg Ipoh, near Kualo Pilah on the way to Rompin. Reason: berhenti untuk breakfast roti canai and telor ayam kampong setengah masak. Best classic no 6.. nalla warkuk அனைத்துக்கும் மேலான

இதயபூர்வமான வாழ்த்துக்கள்,

Z

Mejor Juhari Sandhurst seperti juga Skot Amin dan Skot Osman Mohammad TUDM pernah bekerja sebagai Merinyu Kesihatan diMajlis Perbandaran Kuantan sebelum memasuki tentera. Hari Sabtu yang lepas bagi tujuan penyatuan dan kerjasama serta mengelak pertindihan though it was reminded, Dato Mej Jen Yunos Long (B) menghubungi Joe Sandhurst untuk mendapat status terkini mengenai anomaly yang dah lebih kurang macam rupa buah cempedak dan pisang abu digambar atas. Kesimpulannya semasa perjumpaan bersama Lt Jen Dato Salleh dan Raja Abdullah, I have provided Dato Yunos the synopsis  to assist him for an abridgment or condensation of a work in pursuant to the pay anomaly to be forwarded to the Panglima Angkatan Tentera for the purpose to expedite.

Best classic number six : teh halia dengan cube halia ori didalamnya, roti canai dan telur ayam kampung setengah masak. Sarapan pagi diwarong En Sidek diTanjong Ipoh, Kualo Pilah

Pantun orang Kualo Pilah :

      Nak tahu podehnye lado (jang oi)
      Dibolah bolah digiling giling
      Nak tahu banyaknyo jando
      Kuala Pilah ket Senaling

                             Kejelobak kejelebu
                             Tuai padi tigo tangkai
                             Kok kono komek Jelobu
                             Tak mati.. badan merasai

      Buah rambai buah rambutan
      Buah duku masak putih
      Entah lobai entah imam
      Kalau dah pakai jubah putih

                   Hibbik Min Albi ya Albik.. Wadduh.. Majruh  



 Update on Skots dan KPD Officers :



Bersama Mej Aziz Yahya di kedai dobi beliau. Inset is Skot Lt Kol (Wataniah) Mahmood Arshad.

Yop Ir. Radzi Klipot/MCKK, Skot Mej Jen Dato Fazlurrahman (B), Zainal dan Dato Ismail Kijo mantan ADUN Ampang. Sembang sembang hal semasa diRestoren Kayu Ampang Jaya


Sekitar kenduri anak perempuan Mej Hamzah Lazim KPD (B)

Tersenyum lebar menerima menantu. Mej Dr Hamzah Lazim (right) bersama bekas anggota D’ Semenggos KPD

Bersama Lt Kol Kudri Hj Siraj (B) dan Brig Jen Badran KPD

Dari Kanan: Zainal, Brig Jen Dato Nordin Alwi, Brig Jen Rahman Jabir JLJ dan Mej Omar (baju hitam). Mej Omar dan saya mewakili KPD dalam sukan Hoki in the mid 70’s

Penyeri Majlis : Tok Mami, Datin Habibah isteri kpd Dato Nordin Alwi dan Puan Rohaya isteri kpd Brig Jen Rahman Jabir. Ibarat bunga pakma kembang berdentum.

Bunga pakma kembang berdentum
Kembang berdentum di tengah hari
Puan umpama bunga se kuntum

Kemana pergi orang memuji


Anak angkat saya, Essam (T shirt merah) bersama anak beliau Rital dan Isteri serta ibu dan adik beradik datang berkunjung dari Mekah. Mereka menetap diMisfallah, Mekah. Dukacita beliau memaklumkan bahawa guru saya, Tuan Guru Bimat Berhaq yang berasal dari Jawi atau Pattani telah kembali keRahmatullah didalam musim haji 1433 yang lepas dan telah dikebumikan diperkuburan Ma’ala diMekah. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat

Dari kanan, Saudara Khasim dan sebelah beliau ialah tuan guru Bimat semasa Hari Raya Aidil Fithri diMisfalah, Mekah pada tahun 2011. Kiri sekali ialah Yop Hj Mohd Nor yang mempunyai gred tinggi dan boleh mengajar classical piano. Tapi sekarang dah ditinggalkan segalanya dan mahir pula dalam ilmu alQur’an..  Alhamdulillah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites