Wednesday, 16 January 2013

Drama Melayu - Kambing Hitam

Yang kena seret ini bukannya kambing tetapi kibas berkepala hitam. Cerita dan nasib kambing hitam selanjutnya di bawah

Drama Melayu – Kambing Hitam.
Sutradara oleh Zainal
Music Scores by Ron Goodwin.

Awal mula pertama mula, marilah kita sedeqahkan al Fatihah kepada aruah 370402 Skot Mej Mat Hazir Ahmad TUDM yang telah kembali keRahmatullah pada awal bulan Jan ini. MasyaAllah at the demise rate of one after another among our Skot 22, it will be in no time that the whole Skot will all go into history. Yang tinggal pun kebanyakannya udah toben kata orang Perak. Tak lama lagi ada yang jalan mengesut dalam rumah dan akan dipanggil Tok Cair. Zaman British dulu orang sebut kerusi.. chair. Itu yang jadi Tok Cair atau Opah Cair. Duduk atas kerusi je..

‘Apabila melapur diri ke Batallian keenam Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kluang, Johor pada tahun 1974, satelah ditauliahkan, saya ditanya oleh pegawai-pegawai kanan saya, berapa gaji saya – saya menjawab “RM 500.00 tuan”. Saya terus ditengking, diherdik, dicaci, dimaki, dihamun dan banyaklah lagi. Lain kali jawab ½ ribu.. faham. Itulah penghinaan pertama saya dapat akibat daripada laporan gaji oleh Tan Sri Sheikh Abdullah (Laporan TSAR). Rupa rupanya akibat daripada laporan TSAR banyak tsunami tsunami  yang melanda kami iaitu 404 pegawai muda (Lt Muda) yang ketika laporan TSAR dikuatkuasakan, adalah pegawai pegawai kedet yang sedang menjalani latihan sama ada diMalaysia atau pun diluar negara’

The above is word by word writen by Mej Juhari Hj Ishak (R) RAMD. Sebahagian dari content yang terkandung didalam surat beliau kepada YAB Perdana Menteri yang bertajuk : ‘Rintihan dan keluhan seorang bekas pegawai tentera’. Begitulah ghaflahnya keadaan young officer dahulu, when they first reported for duty after being commissioned. The next para and the rest of another 18 pages highlighted what we all have already know and are all about, the Brave Mohicans or recently changed to 1 Mohicans. It is in 4 other subjects namely, 404 Kambing Hitam, Status Laporan TSAR, Takrif Pegawai Kadet dan Midshipment and lastly, Gaji Expatriate. Sedih dan hiba bila mendengarnya namun bukanlah rintihan dan kelohan yang beliau tulis itu tetapi ialah keadaan akan saudara Juhari Hj Ishak itu sendiri, dari apa yang telah beliau ceritakan:  a business that gone under and on top of it rumah (without been insured) pula terbakar. A broken family and now a taxi driver. Together with Mat Rashid Ashaari, retired Mej Jen Dato, they both are of Regular 16, trained and were commissioned from the Royal Military Academy in Sandhurst UK.

MasyaAllah apa yang hendak kita katakan melainkan ingat mengingati sesama kita : “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Sadaqallahul ‘Azim al Baqarah Ayat 155 dan 156. Manusia sama sahaja, miskin atau pun kaya. Jasa yang baik tentu tidak kan hilang.. pasti tetap dikenang. So while going through the monotonous xerox pages and to add a sentimental feelings into it, I return to paradise.

No surprise as most of the documents from Mej Juhari are manifest of the Mohicans as he worked closely with Tuan or now Tengku Zainal, its Chief Sitting Bull. Bizarre as it is alhamdulillah, somehow AKSPA responded positively with a letter bertajuk LAPORAN 404 'KAMBING HITAM' OLEH SEORANG BEKAS PEGAWAI TENTERA  to the Menteri Pertahanan for consideration and the following are some of the interesting caption in that letter : “Dalam penggamatan saya, isu  tuntutan ini telahpun  melalui proses pengadilan  di mahkamah sivil  dimana keputusannya  berpihak kepada kerajaan. Oleh yang  demikian,  tiada alasan untuk pihak kerajaan  melayan akan tuntutan  kumpulan ini lagi.  Namun, sekiranya,  diperhatikan  dari sudut  tindak tanduk kumpulan ini, berkemungkinan besar isu ini  tidak akan berakhir  begitu saja malahan  akan sentiasa  menjadi ‘api dalam sekam’ dan ‘duri dalam daging’ bagi kedua-dua belah pihak. Justeru, saya berpandangan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menangani  isu ini secara bijaksana. Beberapa langkah penyelesaian  mungkin dapat diusahakan  oleh pihak kerajaan bagi menggelak  isu ini  dari dieksploitasikan dan dimanipulasikan oleh pihak –pihak tertentu untuk dijadikan modal politik mereka bagi memburukkan  kerajaan. Tambahan pula, sekiranya diteliti dan diperhalusi asas tuntutan kumpulan ini, ianya agak logik dan munasabah untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan”.

Though it is a belakang pusing from the Mohicans, the Warong Mak Jah Council in our meeting earlier this month decided that we have no qualm or whatsoever over it so long as perkara anomaly gaji ini dapat amicably diselesaikan sebagaimana yang diharapkan. The only concern and doubt are the wayang played by AKSPA. There is an element of fear factor being mined or jerangkap samar in the above letter which may not augur well either by the Menteri or MAT while deliberating it on the legal point of view. Contrary, the approach under Ehsan Anomaly Gaji Pegawai Tentera which I have infact initiated have the go ahead from JPA for us to refer it directly to the Majlis Angkatan Tentera or MAT. The YAB Perdana Menteri Malaysia have given the blessing and requested Mindef to beri PERTIMBANGAN. The Menteri Pertahanan likewise minuted it and instructed AKSPA to buat semakan dan buat kemasukkan kedalam MAT. Ironically even AKSPA himself telah mengarah Cawangan Tenaga Kerja (CTK) dan Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP) untuk mengatur perbincangan dan seterusnya untuk dibawa ke MAT yang akan datang.  So why in heaven that they do not refer to that ? Please refer to Brave Men don’t cry.

Apa pun alhamdulillah sekiranya apa yang telah diusulkan oleh AKSPA itu mendapat perhatian Menteri Pertahanan dan seterusnya dapat diadakan pertemuan antara Mindef dan kita semua maka bolehlah diperbincangkan segala aspek mengenai anomaly tersebut termasuklah implikasi kewangan berikut, a stark difference from what we have calculated yang sedikit menimbul pertanyaan dan resah dari ramai yang saya temui :

KEMBARAN A  KEPADA MATM/BPA- AKS PA /1152  BTH        DIS 2012
            IMPLIKASI KEWANGAN SEKIRANYA PERMOHONAN
KUMPULAN INI DILULUSKAN OLEH KERAJAAN 


Bil

Pengambilan
Kadet

Bilangan
terlibat

Jumlah bagi Seorang

Jumlah mengikut  Pengambilan

(a)
(b )
( c)
(d)
(e)

1.

Tauliah Tetap 14

4

27,595.00

110,380.00

2.

Tauliah Tetap 15

25

21,945.00

548,628.00

3.

Tauliah Tetap 16

25

 17,915.00

447,875.00

4.

Tauliah Jangka Pendek 21

106

22,415.00

2,375,990.00

5.

Tauliah Jangka Pendek 22

161

20,905.00

3,365,705.00

6.

Pengambilan Laut 2-8

83

15,400.00

1,278,200.00



JUMLAH

404



8,114,775.00

Personally I do not like to be referred to as either the Mohicans let alone a Kambing Hitam and believed that I was never the fall guy or the scape goat. The staff at the Menteri Pertahanan asked me, ‘apa pulak nama Kambing Hitam?’ and I replied, ‘entah’. I told her that I am an officer and a gentleman. I am proud to have inherited it and lead a life as such and have never stood low and only demanded what deems  right. Let see if you understand the meaning of Kambing Hitam in this Bloody Foreigners who fought valiantly in the Battle of Britain but their homeland was given to the communist Russia when the war was eventually won.

As Salam Nal,

I have been reserving my comments all these while about the case simply because I do not wish to offend any affected parties. Personally, as I’ve told you in the past, our case is nothing more than just a salary review anomaly. But when the legal suit was launched, I detected that there were more to it. There was allegation of fraud, abuse of power etc. on the part of the government and its staff. As a former military investigator and legal practitioner, I decided not to support the suit and disassociated myself from such actions as I knew from the start that not only it was generally premised on baseless allegations but more importantly it is extremely difficult to prove such allegations, period.

Without dwelling into the details, I am now told that the case has been thrown out by the court and to my understanding it is now essentially fait accompli (irreversible). The Plaintiffs never had the right footing to the case in the first place and as the saying goes, “garbage in garbage out”, that’s what you get. The Government are the pronounced victors to the case. The case could no longer be reopened on any ground what so ever. The government has got the right to be bitter with the Plaintiffs for wrongly alleging many parties as “conspirators”. I know the Plaintiffs  are disheartened by the court judgement, especially those who have been given false hope and rosy promises by certain parties.

Although going to the Courts means we are submitting ourselves to a “zero-sum” game, some of us still harbours hope for a compromise. To me, the prospect is “Yes” and “No”.

No, in the light of their legal victory, the government can now ignore any further appeals from affected parties. Yes, the Government can still entertain appeal by affected parties on their own terms and condition. Should the government chose the later, the government’s stance should be endorsed by nothing less than the PM (to be backed by his cabinet perhaps) making it a pure executive decision. The Plaintiffs to the case have lost their bargaining chips, if any. They are literally at the mercy of the government. If at all, any quantum of consolation or token  to be paid, it may be fixed by the government unilaterally on a “take it or leave it” basis.

That being the current position, all affected parties should not be seen as divided or trying to make believe that there are other legitimate means to seek justice. Lobbying through mid-level government officials with multiple proposals should be stopped immediately. As it is now, the PM’s direction should be the ultimate decider. Advisors to the PM, including the Defence Minister may be persuaded to pick a favourable package for those affected by the judgment. That’s about all.

I personally feel that an ultimate closure to this case is very much desired from both sides of the equations. A swift and equitable scheme may be devised. We must accept the fact that the unity of all affected parties may never be secured 100%. However, we should play by the “Majority Rule”. If a scheme is offered and it majority accepts it in good faith, solution may be on the way. For the disgruntle minority, in the absence of legal recourse, what other options do they really have? Do they want to wait until the current government be changed? We all should be mindful that the legal judgement staring at us ought to be obeyed by any government of the day.

Regards,

Megat MP

Mej Zul Q Rjr, Brig Jen Dato Sukur Haminuddin TUDM, Lt Kol Abdul Rahman TaibTUDM, aruah Mej Mat Hazir TUDM, Skot Nazri Klipot, Lt Kol Abang Hamdan (hidden) Rjr, aruah Mej Zakaria Omar RMR, Mej Zurid Karim KPD and Mej Zainal Bahrain RJR semasa latihan diKem Sebatang Karah.

Mej Johari Hj Ishak (R) sedang membaca laporan 404 Kambing Hitam dari AKSPA.

Juhari Sandhurst and his taxi

Warong Mak Jah : Lt Jen Dato Salleh (B), Lt Kol Abdullah Mustaffa SPB Mindef, Zainal, Lt Kol Raja Abdullah (B) and Skot Kol Kamaruddin Lat

With Chairman of Skot 22, Lt Col Dul Ngajis RGK (R) and Skot Syed Ikmal Hashim Rjr/KPD. Anxious to know the progress of the pay anomaly

 Cerita pasal kambing teringat akan gambar dan peristiwa diatas. Kibas kepala hitam disembeleh semasa ditanah suci Mekah untuk menjamu jemaah dengan nasi Arab kambing mandi semasa mengerjakan haji

Beberapa tahun dahulu pernah saya menulis melalui email juga dalam tajuk Drama Melayu iaitu mengenai bulan atau moon. Kalu dah tak ade keroje.. mari kita hayatinya kembali :
Drama Melayu – Bulan
Dear Skot,

Earlier in the week, Skot Mej Kasmuri KPD provided us info mengenai bulan yang terbelah sebagai tanda mukjizat Rasullullah SAW. Rasul rasul terdahulu juga banyak menunjukkan mukjizat kapada umat umat mereka. Ada yang hingga boleh menghidupkan orang yang sudah mati namun tetap juga manusia masih tidak mahu beriman dan kufur dengan tanda tanda kekuasaan Allah.

Selain ada surah al Qamar atau bulan, terdapat 284 perkataan berkaitan bulan didalam al Qur'an. Kalau tak percaya baca dan kira sendiri. Science telah membuktikan bahawa pasang surutnya ayer laut has all got to do with the moon. See attachment - moon. Dalam pada itu banyak lagi perkara perkara mistri yang terdapat pada bulan yang mempengaruhi manusia. Tahu berapa banyak lagu P. Ramlee yang menyebut bulan..? 'Bulan dan juga Angin, Engkau laksana Bulan, Malam Bulan dipagar Bintang and guess nama lagu ini yang ada senikata: 'Ku harapkan, kuntum mu teratai.., hai.. tiada bederai..oh oh oh oh.., senantiasa kembang ala sayang, oh oh oh oh.. dibulan teraaang..' Tahu ke..?

Orang yang jiwa-jiwa, kesuburan perempuan, kalau kena gigit binatang yang berbisa; tengok keadaan bulan pada masa itu. Teruk dan sakitnya mungkin bertambah  kalau silap silap bulan. Orang yang bercinta tentunya inginkan bulan terang tapi orang yang RTM, tunggu bayaran pencen, memang sentiasa menunggu bulan gelap yaini hujung bulan. Masaalah dengan Ah Long pun kena tengok bulan jugak. Namun disebalik perkara ini, sukacita saya turunkan drama berikut for your reading pleasure. Ceritanya mengenai bulan dan drama ala twilight zone ini best dari filem 'The Da Vinci Code'

Cerita disekitar tahun enam puluhan berkisar disebuah kampung nelayan dimuara sungai dan penduduk penduduknya kebanyakan ialah nelayan pantai yang mencari ikan dengan memukat, jala, belat, bubu dsb. Sebuah warung kopi menjadi tumpuan pemuda pemuda disitu dan topik hangat sembang sembang mereka bukan pasal RMK 9, kenaikan harga minyak atau isu ekonomi atau politik semasa tapi pasal seorang janda muda. Biasalah macam cerita drama drama melayu yang lain.

Karektor utama dalam drama ini ialah Ali, lakunan Salleh Kamil a typical crook filem melayu dengan sikapnya yang pemalas dan panas baran juga seorang kaki judi. Isteri beliau, Joyah dan namanya sahaja sudah cukup untuk kita bayangkan wataknya i.e mulut becuk, cemburu dsb. Ali dan isterinya Joyah ini hidup ala kadar dengan kerja kampung dan hasil laut dan kerana sikap Ali yang tidak mahu bersungguh sungguh didalam apa jua yang di-usahakannya, ditambah pula dengan selalu menghabiskan duit dimeja judi, membuat Joyah selalu berleter dan membebel dan mereka tidak sunyi dengan bertengkar yang kadangkala berakhir dengan pelempang dan sepak terajang.

Kamarudin atau dipanggil K sahaja ialah seorang pemuda anak dagang yang disebut sebut mempunyai hubungan intim dengan seorang janda muda yang kebetulan bernama Siti Nurhaliza, baru sahaja pulang dari laut dan singgah sebentar diwarung kopi. Sambil minum beliau meluahkan rasa dukacitanya yang mana dia berkata bahawa pukat, bubu dan rawainya telah dicerobuhi dan ikan ikannya mungkin telah dicuri orang. Cerita beliau ini telah disambut oleh beberapa orang yang lain yang mengalami keadaan yang sama dan perkara sebegini telah menggangu keamanan kampung itu dan mereka tidak dapat mengesyaki siapa yang empunya durjana.

Selang beberapa ketika, pada suatu malam bulan terang, semasa itu ayer surut hampir pasang, sedang Ali mendayung sampan koleknya dan memeriksa bubu dan jaring disitu tiba tiba beliau dikejutkan oleh suara Kamarudin dengan berkata: 'Ali., aku nak pergi dibalik sana, kejap lagi ayer pasang.. boleh tak engkau ambil aku dengan sampan. Aku nak pasang umpan tajor aku sementara ayer surut ni. 'Pertanyaan itu terus dijawab secara reluctant oleh Ali, 'Baik lah..' 

Ada perkara yang bermain didalam kepala Ali ketika itu. Beliau sebenarnya berada dikawasan orang lain dan adakah mungkin Kamarudin menyedari bahawa beliau sedang memeriksa dan mencuri tangkapan orang. Sekiranya perkara ini diketahui, tentunya rahsia Ali selama ini akan terbongkar dan beliau akan mendapat malu besar. Maka dengan prasangka yang mendadak, syaitan pun memainkan peranannya. Ali mendayung sampannya ka arah Kamarudin dan apabila Kamarudin melompat naik dan duduk sahaja., Ali menghayunkan goloknya ka tengkok Kamarudin dan beliau rebah didalam sampan itu. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil melihat pada bulan purnama itu, Kamarudin berkata : 'Tiadalah yang menjadi saksi atas perbuatan zalim kamu ini Ali.. melainkan bulan itu sahaja!!' Ali kemudian menarik mayat Kamarudin ketepi tebing dan menanamnya dekat perdu mengkuang dipersisiran ayer.

Kampung yang sebelumnya aman damai itu telah dikejutkan dengan kehilangan seorang pemuda dan diwarung kopi terdapat cerita cerita andaian mengenai kehilangan Kamarudin. Ada yang mengatakan mungkin dia terjatuh dan lemas dan dihanyut ayer, ada yang berkata mungkin telah dibaham buaya dan tak kurang juga mengatakan beliau telah membawak diri kerana cintanya mungkin telah ditolak oleh Siti, janda muda dikampung itu.

Pada malam bulan terang berikutnya, sedang Ali duduk di-anjung rumah atap nipahnya, sambil menggulung rokok daun nipah, radio grundig kepunyaannya mengalun lagu..: "Diwaktu malam.. bulan purnama, angin laut.. meniup niup tenang..' Sedang dia mengelamun melihat bulan dan tersenyum seorang diri tiba tiba suara Joyah isterinya memecah syahdu malam itu, 'Apa lah yang tersenyum tu.., itu tak lain mesti tengah berangan pasal janda Siti tu!!'. Joyah membuat andaian terhadap Ali dan mula berleter perkara lain yang bersangkutan dengan perangai suaminya. Ali lantas menyuruh Joyah untuk diam dan supaya jauh dari situ dan untuk mematikan keadaan tersebut beliau berkata, 'Engkau jangan nak cari pasal dengan aku.. engkau tahu Kamarudin yang hilang tu.. hah.. akulah yang melenyapkan dia dan mayatnya pun aku tanam dekat pokok mengkuang sana. Jadi kamu jangan nak buat bising bising disini.., karang nahas nanti..’ Mendengar itu Joyah  sentap lalu menarik muka masam dan terus masuk kedalam, tidak mahu mencari pasal.

Pada ketika itu, Joyah langsung tidak mahu percaya dan tidak hendak menyangka sama sekali yang suaminya benar benar berani melakukan pembunuhan keatas Kamarudin dan mengangap itu hanyalah sikap suaminya yang cepat panas baran dan cuma mengertaknya supaya dia diam dan tidak cemburu terhadap suaminya yang beliau prasangka ada membuat hubungan dengan Siti, janda muda itu. Joyah lebih mempercayai bahawa Kamarudin sudah keluar dari kampung itu kerana gagal bercinta dengan Siti yang sekarang hendak 'tackle' suaminya pula. Begitulah sikap perempuan kalau dah cemburu.

Selang beberapa hari, mereka yang sedang duduk diwarung kopi kampung itu telah terkejut melihat telatah Joyah dengan pakaian yang tidak ter-urus serta rambutnya yang kusut masai berlari dan menangis sambil cuba ditenteramkan oleh Tok Sidang (Ketua Kampung) yang kebetulan lalu disitu. 'Kenapa kamu ni Joyah.., tak habis habis bergaduh.. pergi lah balik,' kata Tok Sidang itu kapadanya. Joyah bingkas menjawab dengan meratap ratap dengan berkata yang beliau tidak mahu lagi untuk balik kerumahnya kerana Ali telah mengugut hendak membunuhnya bila dia mendapat tahu yang Ali telah mencuri gelang emasnya untuk mengorat Siti.

Semua orang disitu tahu yang kebelakangan ini, Ali selalu menghabiskan masa dan kalah teruk bermain judi dan mungkin wang tersebut hasil dari jualan gelang emas kepunyaan Joyah. 'Tak apa,' sambung Tok Sidang, 'pergilah balik.. tak kan lah Ali berani nak bunuh kamu..biar aku ikut kamu balik sekali dan nasihat Ali'. Joyah tetap bertegas dan meronta ronta. Disini tiba tiba Joyah melatah dan menyebut, 'Ya.. dia nak bunuh saya.. dulu pun dia ada kata dia yang bunuh Kamarudin..!

Perkataan itu walau pun diluah sebagai saja untuk menambah dan menyebut keburukan terhadap Ali, namun telah menarik perhatian mereka mereka yang mendengarnya dan siasatan lanjut yang dilakukan mendapati perkara itu benar. Mayat Kamarudin telah dijumpai dan disemadikan. Ali didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Begitulah kuasa misteri bulan yang menjadi saksi terhadap peristiwa itu yang kemudian mendorong kapada terlaksananya keadilan. Pelajaran lain yang dapat kita ambil ikhtibar ialah supaya mengelak dari perbuatan prasangka. Sila lihat ayat Qur'an surah al Hujurat ayat 12 as attached.

Ada cara sekiranya Skot nak buat perkara yang sulit dan rahsia yang tidak akan terbungkar! Nak tahu ilmu itu, boleh datang jumpa saya!! Pengkerasnya boleh dirunding. Drama ditaja oleh Greenpatch Aerospace. 'Jack of all Trades' and Master of Some.. bukan None.

Z

What are Lunar Tides?
Tides are created because the Earth and the moon are attracted to each other, just like magnets are attracted to each other. The moon tries to pull at anything on the Earth to bring it closer. But, the Earth is able to hold onto everything except the water. Since the water is always moving, the Earth cannot hold onto it, and the moon is able to pull at it. Each day, there are two high tides and two low tides. The ocean is constantly moving from high tide to low tide, and then back to high tide. There is about 12 hours and 25 minutes between the two high tides. 



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Sadaqallahul 'Azim. al Hujurat
From: Zainal Abidin

To: Undisclosed recipients

Date: Saturday, 20 August, 2011, 6:35 PM

Subject: Warkah dari Tanah Suci – Bulan Mengelilingi Kaabah
Salam Dato, Skot, Sahabat yang dimuliakan,

Alhamdulilah maka malam semalam telah masuk kepada malam ke 20 akan amalan ibadat puasa kita pada bulan Ramadhan Kareem bagi tahun ini dan malam nanti bermulalah diMasjidil Haram ini solat sunat tahajjud yang akan dibuat secara berjemaah bermula pukul 0100 Hrs dan akan tamat sekitar pukul 0230 Hrs. Solat tahajjud ini dibuat sebanyak 10 rakaat sahaja dan disusuli solat sunat Witir selepas itu. Namun apa yang berlainan atau uniknya ialah pada tiap tiap rukun firli (rukun perbuatan) yaini semasa rukuq, qiam, sujud dan sebagainya, dibuat dengan jangka masa yang agak panjang iaitu sekitar lama.. sekiranya kita membaca zikir tasbih : subhanallah, walhamdulillah, wala'ila ha'ilallah walahu'akbar wala haulawala quwata'illa billahil 'aliyil 'azim, sebanyak kira kira 10 kali.



Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Al-Qamar 54:17)  Sadaqallahul 'Azim. Di-ulang sebut sebanyak empat kali iaitu didalam ayat 17, 22, 32 dan 40 akan ayat diatas didalam surah al Qamar sebagai saranan Allah terhadap kita untuk mengambil peringatan dan pelajaran daripada al Qur'an.

Sengaja teman quoted ayat dari surah al Qamar atau bulan tersebut kerana menyambut pertanyaan Skot Kamaluddin Recce yang memberitahu bahawa terdapat SMS berlegar diMalaysia yang bulan akan mengelilingi Kaabah pada 200325 Hrs diMekah Mahkatull Mukaramah atau baladin Amin yaini kota yang aman ini sebagaimana Mekah ini disebut didalam mukadimah surah at-Tin bahawa Allah telah bersumpah dengan empat perkara bagi menyatakan betapa manusia telah dicipta dengan sebaik baik kejadian atau ahsani taqwim 95:4.

Jadi untuk mengetahui akan kebenaran terhadap fenomena bulan yang kononnya terjadi sekali sejak 10 juta tahun dahulu, (zaman dinosaur dan zaman nabi Musa a.s pun baru ribuan tahun BC), sukacita teman attached bersama ini gambo gambo untuk tuan tuan sendiri menilainya.

Gambar dari mula teman keluar sejak pukul satu pagi untuk membuat qiamulail atau ibadah malam dan kemudian membuat tawaf sunat sehingga selesai solat subuh selepas balik untuk sahur. Pada teman apa yang terjadi terhadap bulan tersebut, sekiranya benar ialah tanda tanda kekuasaan Allah dan yang lebih penting ialah untuk melaksanakan amal ibadat dengan mengharap Rahmat dari Allah SWT. Pada jam 0325 yang dikatakan bertepatan akan termakbulnya doa itu, teman semasa itu berada didalam Hijir Ismail membuat pelbagai solat sunat, munajat dan doa, InsyaAllah. Wallahu 'Alam

Wabillahi taufiq wal hidayah..

Wassalam,

Z

Gambar atas mula mengerjakan qiamulail pada pukul 0110 Hrs dan gambar bawah kedudukan bulan dipenjuru Kaabah semasa berada didalam Hijir Ismail sekitar pukul 0300 Hrs



Kedudukan gambar bulan di atas pada pukul 0315 dan gambar bawah pada pukul 0335 Hrs sebagaimana tertera di Jam



Gambar satelah selesai mengerjakan qiamulail dan kembali ketempat penginapan untuk bersahur dan datang semula untuk menunaikan solat subuh

Langit biru selepas syuruq. Perhatikan bulan di-antara menara Zam Zam dan Masjidil Haram


Gambar keindahan Kaabah di waktu subuh














.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites