Tuesday, 25 December 2012

Nabataeans and the valley of Anbiya

Chestnuts roasting on an open fire
Exalted is He who took His Servant by night from al-Masjid al-Haram to al-Masjid al- Aqsa, whose surroundings We have blessed, to show him of Our signs. Indeed, He is the Hearing, the Seeing. Translated : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sadaqallahul ‘Azim.

Mukadimah dan mafhum ayat 1 dari surah al Israq diatas mencetuskan hasrat dan keinginan juga untuk melengkapkan ziarah pada ketiga tiga masjid besar didalam Islam yaini masjid al Aqsa diBaitulmaqdis atau Jerusalem dinegara yang dikuasai oleh Israel selain dari Masjid Nabawi diMadinah dan Masjidil Haram diMekah yang telah pun banyak kali saya lawati semasa menunaikan umrah dan haji selain menyaksikan tanda tanda kekuasaan Allah SWT . For the purpose of this write up let us just touch on the Bani Israel with less emphasive on the  Jew’s movement of Zionism. Bani Israel yang telah diangkat oleh Allah sebagai kaum yang terpilih semasa era keujudian para anbiya atau nabi nabi dan rasul dari golongan mereka dan fokus juga adalah pada ayat “yang Kami berkati sekelilingnya” bermaksud negara Jordan, Palestin dan Israel itu sendiri yang telah dilawati. Bani atau anak keturunan Israel yaini gelaran kepada nabi Yaakob a.s yang suka isra’ atau berjalan pada waktu malam. Beliau ialah generasi ketiga dari Nabi Ibrahim a.s selepas nabi Ishaq a.s. Bani Israel termasuklah kaum Nasrani, pengikut dari nabi Isa a.s. walau pun aqidah mereka tiada kena mengena dengan nabi Isa itu sendiri.

Rombongan terdiri dari 31 orang jemaah berlepas ke Amman Jordan pada 10hb Dec dikoordinasikan oleh Lt Kol Ramli Kinta KPD (R) yang mengusahakan Sakinah Travel &Tours dan digabungkan dengan jemaah dari Singapura semasa ziarah atau lawatan sekitar Baitulmaqdis. Sehari sebelum memasuki negara Israel itu rombongan telah dibawa melintasi wadi Musa ke Petra iaitu tempat kesan sejarah the Nabataeans dan melalui tempat pertempuran diMuktah yang diambil dari perkataan maut dan menziarahi masjid dan tempat makamnya tiga shahid Islam yang tekenal iaitu Zaid Haritha, Jaafar ibn Abi Talib dan Abdullah Ibn Rawahah. Jika kita amati alQur'an, kita akan dapati tidak ada nama sahabat rasulullah SAW yang disebut didalam-nya kecuali the champion Abu Lahab as tabbat yada abi lahabinn watab atau celakalah kedua tangan Abu Lahab. Namun anak angkat baginda yaitu Zaid Haritha telah disebut kerana baginda telah mengahwini isteri Zaid selepas di-ceraikan oleh Zaid. Kerana peristiwa ini maka tiada lagi nabi atau rasul selepas Nabi Muhamad SAW. Sila lihat surah al Ahzab ayat 37 dan 40.

Tempat tempat yang dilawati diJordan yang juga terkenal dengan panggilan lembah anbiya termasuklah gua ashabul Kahfi, kesan sejarah era Romani iaitu the Citadel, laut mati atau dead sea dan makam Nabi Shuaib a.s. “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”. Meaning every 300 tahun masehi adalah bersamaan dengan 309 tahun hijri. Demikian kekuasaan Allah yang terdapat didalam surah al Kahfi ayat 25.

Di Petra Jordan

 
Tan Sri Hashim Meon, Lt Kol Ramli Kinta, Ustaz Khushairi, En Shahrudin, Mej Jen Dato Hashim Yahaya, Capt Dato Nordin KPD, Brig Jen Rahman Jabir, Zainal dan Mantan Panglima TUDM, Tan Sri Jen Nik Ismail semasa melawat Ashabul Kahfi diJordan



Makam Jaafar ibn Abi Talib
Berendam dilaut mati atau dead sea
Pelancong melumurkan selut sebelum berendam dilaut mati
Rombongan memasuki Israel untuk keBaitulmaqdis dari sempadan Jordan pada sebelah senja. Seminggu lagi sebelum bertolak dari Malaysia, taklimat telah diadakan dirumah mantan KSU MINDEF iaitu Tan Sri Hashim Meon dan jemaah telah diperingatkan dengan penuh teliti akan procedure imigresen Israel untuk kelancaran kemasukan. Telah diberitakan ada pelawat atau jemaah yang telah ditahan antara 5 ke 7 jam dan 3 jam adalah jangkamasa minima dan pihak Yahudi will give you all sorts of problem. Segala puji bagi Allah yang telah memperjalankan rombongan kami dan bagi diri saya sendiri ianya mengambil hanya kira kira dua tiga minit sahaja and the whole process for the group took hardly an hour through three designated counters. Terbayang pada ruang wajah jemaah jemaah selepas itu dengan tanda kesyukuran akan doa yang telah dimakbulkan Allah dan menzahirkannya lebih lagi apabila the travel guide melaungkan tiga kali takbir dan bergemanya kalimah ALLAHUAKBAR yang penuh semangat dari para jemaah apabila bas melalui jalan dan pertama kali ternampak akan Masjidil Aqsa sebagai sunnah yang telah dilakukan oleh Saidina Omar alKhatab r.a semasa memasuki Baitulmaqdis. Dilaksanakan sekali lagi oleh Salahudin al Ayobi, sejarah ternyata membuktikan bahawa Jerusalem atau Baitulmaqdis dan khususnya Masjidil alAqsa adalah kepunyaan Islam sehinggalah apa yang diputuskan oleh PBB pada tahun 1948 selepas peperangan dunia kedua dan kekalahan negara Islam khususnya Mesir dan Jordan ditangan Israel pada tahun 1967 dan bermulanya kerakusan Israel terhadap bumi Palestin dan kezaliman mereka terhadap penduduk Palestin diBaitulmaqdis, diGaza dan diTebing Barat selepas itu. 

Sampai ditempat penginapan iaitu Hotel Holy City, hotel yang paling hampir kepada masjid al Aqsa kami disambut oleh Ustaz Tengku Mohamad Fouzy selaku mutawif and for the next four days sehingga hari Sabtu beliau telah membawa dan menerangkan dengan excellent akan segala peristiwa dan sejarah tempat tempat diBaitulmaqdis, termasuklah memasuki Hebron melalui tembok tinggi diBethleham yang dibina oleh pihak Yahudi dan diJericho, the oldest city in the world with precise timing and indepth informations. Atas segala galanya, alhamdulillah tercapailah hasrat dan impian saya dan isteri untuk mengerjakan sholat termasuk solat Jumaat diMasjidil alAqsa. Demi selagi jiwaku ditanganNya aku bermohon kepada Mu ya Allah, agar memberi pertunjuk dan kekuatan kepada golongan Islam untuk membebaskan bumi Palestin. Banyak yang hendak diceritakan namun adalah lebih baik sekiranya kita dilapangkan rezeki untuk berkunjung sendiri keBaitulmaqdis and I would strongly recommend Sakinah Travel and Tours, InsyaAllah.

Rombongan Sakinah Travel dihadapan Dome of the Rock atau Masjid Qubbat As-Sakhrah yang bersebelahan dengan Masjidil Aqsa. Dikanan sekali ialah Ustaz Fouzy

Selepas solat subuh diluar Masjidil al Aqsa

Di dalam Masjid Bouraq dan tempat yang dihikayatkan Rasullulah SAW menambat Bouraq. Berdoa disini dimakbulkan dengan pantas sebagaimana cepatnya terbang bouraq
Junjungan kita Nabi Muhamad SAW telah mengajak kita untuk sentiasa bersatu padu dan sentiasa menghampiri masjid al-Aqsa, menziarahi dan menunaikan solat didalamnya. Baginda mengajak mereka membawa minyak untuk pelita pelita di masjid al-Aqsa. Gambar telaga tempat simpanan minyak di Masjidil al Aqsa yang lama dibawah tanah


Di belakang ialah pohon zaitun yang berusia kira kira 2000 tahun

Jus Buah Delima di Jericho

The last leg of the itinerary is a two hours flight from Amman to Istanbul and spent 4 days touring and sightseeing. Tempat tempat bersejarah yang dilawati dari kesan Roman dan kegemilangan the Ottoman Empire ialah the Blue Mosque, Topkapi Palace Museum, Ayasofya, Makam Nabi Yusak to name a few and of course shopping in the Grand Bazaar that has about 4000 small shops and the Spice Market. The visit to the Dolmabache Palace dengan keindahan dan seni hiasan yang mahal yang melampau telah dikatakan permulaan kejatuhan of the Ottoman empire. Laid back in the romantic atmosphere of winter, I dedicated this holidays in Istanbul to my wife who got retired two years ago after almost 40 years service with the government. Bior pape Yop. Tak diikutkan karang.. kut dia guling gelantang macam cucu Zahra dan Sofea.

As it's nearing Christmas most hotels decorated their lobby with Santa and Christmas trees. Just for the occassion, bila nampak orang menjual buah berangan around the park at the Blue Mosque and Ayasofya and as in the caption on the top picture :chest nuts roasting   on an open fire, reminds me of that beautiful melody.  Satelah hampir dua minggu dan dah lama tak kena sambe belacan dan tempoyak walaupun hari terakhir sebelum terbang balik rombongan telah dibawa untuk bosphorus cruise, jemaah terutama keluarga Tan Sri Hashim Meon yang lebih kurang satu pertiga dari jumlah rombongan yang berasal dari Negori mula terkenang kekampuang.


Mimbar di dalam Blue Mosque di Istanbul

Turkey Ceramics

Your daddy's rich and your ma is good looking. Istanbul biggest leather factory showroom

Topkapi Palace Museum


Inside the Ayasofya 


Please click on the video during the bosphorus cruise on our last day in Istanbul

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites