Tuesday, 2 October 2012

Retro: The day the music died

ACP (B) Nasarudin Zahari dengan suku sakat dia semasa berkhidmat di Sierra Leone

Salam Yop Megat dan Yop Yop sekelian,

Alhamdulillah Skot Fuad MP memaklumkan yang dia telah diundang untuk menjadi tetamu Allah dan akan berangkat ketanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada hari Jumaat, 5hb Okt ini. Skot Fuad ialah classmate teman semasa Form 5 diKlipot manakala mika dan Skot Zakaria Log pulak, kita bersama semasa bersekolah rendah diJB. Pada hari Sabtu hujung minggu lepas Skot Zakaria telah mengadakan kenduri kahwin putera beliau dan sukacita teman selit beberapa gambor semasa dimajlis tersebut dibawah. Pada hari Ahadnya pula, Skot Nordin, Nasir, Paul, Mat Salleh, Dollah Panjang dan Feroze, keme sembang sembang dan makan kepala ikan diNZ Corner. Antara lain deme sentuh ialah hal pihak Mohicans yang menuntut contribution of RM1K lagi dan yang teman tak berapa sedap dengor ialah deme dah guna budak MCKK yang jadi ketua pembangkan untuk nak bawak masuk hal anomali gaji  kita kedalam parlimen!!. Teman bersependapat dengan pandangan negatif dari mika terhadap tindakan mereka itu. Kes yang telah ditolak oleh mahkamah itu dah habis.. full stop.. period atau udah ngelior kata orang Perak. Mika pun seorang lawyer.. tentunya berpengetahuan akan hal perundangan. Secara tidak langsong, YB PM pun sudah memberi go ahead kepada MINDEF supaya memberi pertimbangan kapada perkara tersebut. Ceritanya ada disini

Kita semua telah berkhidmat dan menabur bakti sebagai perajurit dalam mempertahankan negara. Nak kata kita sebagai pahlawan atau panglima pun boleh juga ler. Teman sendiri sekali kali tidak akan bersekongkol dengan mereka yang mengagongkan musuh komunis itu dari anggota keselamatan yang telah berjuang dan gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara. Mengapa kita mesti meletakkan diri kita serendah dan sehina yang sedemikian yang akan mengundang  implikasi dan kalau nak bercakap atau tulis banyak banyak pun tak sedap nak dengor dan tidakkah lebih baik kalau kita mengambil pendekatan supaya kita berbanyak bersyukur. Deme nak guling gelangtang atas jalan dan membuat sembah derhaka dan sebagainya.. itu lantak deme le.  Ibarat pokok getah yang datang musim luroh. Kes yang telah ditolak oleh mahkamah itu ibarat daun yang luruh itu ler. Takkan le setelah tinggal cabang dan ranting apabila daunnya semua gugur kita nak tebang pulak pokoknya. Ia akan menumbuh daun yang baru dan akan menyuburkan pokok itu kembali. Faham fahamkanlah akan kiasan tersebut. Renongkan pula akan perihal orang orang mukmin yang berserta dengan Rasulullah SAW: 'Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya'. Surah al Fath ayat 29.

On a lighter note, bila teman sebut pase mika, Skot Fuad, musim luruh daun getah dan zaman persekolahan dahulu, ianya telah mengimbau banyak kenangan semasa remaja. Mika pulak hebat juga menyanyi maka teringat teman satu coretan yang pernah teman tulis beberapa tahun yang lalu mengenai muzik yang tercetus dari kerenah mengenai Skot kita. Mari kita hayatinya kembali :
--------------------------------------------------------------------------

"Kenkadang sesuatu peristiwa yang terjadi mendatangkan ilham dan mengingatkan kita pada sesuatu perkara. Demikian jugalah apa yang terjadi kapada teman bebaru ini maka timbul ilham untuk menulis atas tajuk diatas sebagai sumbangan terulung bagi menyahut cabaran atau seruan Shafuan al Jamuani untuk menyumbang didalam laman sosial kita. Al Jamuani itu ialah gelaran yang dia buat sendiri sebab dia berase dari Kg Jamuan yang dekat dengan titi gerotak jambatan Iskandar bridge. Kalu kekelior sungei Perak sikit tentunya jadi alKote Lame le. Dato Azhar ada menyebut ungkapan dari Cikgu Mior Azam terhadap bebudak Kolit (MCKK) bagi membezakan harapan budak Klipot (Clifford) untuk mengurat budak budak perempuan GEGS. Dari tulisan email Shafuan, tahulah kita yang orang rumah beliau ialah bekas penuntut GEGS. Kita mengalahkan MCKK didalam pertandingan hoki diperingkat KK District dan bertemu sekali lagi diperingkat Perak Utara. Bermain dipadang Sekolah KE, kita sekali lagi mengalahkan MCKK. Apa yang menarek semasa pertandingan itu ialah budak budak perempuan TMGS menyokong Clifford. In soccer, Nasa Grik yang kemudian jadi ACP Polis laid the ball to me on top of the penalty box resembling the pass made by Pele to Carlos Alberto and I unleashed a stinging grounder into the net with their goal keeper clasping air and that golden goal end up the match with their players reeling to the ground. Pegi dah MCKK. Apahal pun itu zaman darah remaja dan teman pun dah buried the hatchet long since.

Cikgu Mior yang kemudian diganti oleh Cikgu Rahim ialah guru bahasa Melayu dan Sastera. Cikgu Rahim kemudianya Dato dan menjadi Principal sekolah VI. 'Habis kikis segala cintaku hilang terbang. Pulang kembaliku pada Mu'. Itu ungkapan sajak dari Amir Hamzah yang teman ingat ingat lupa semasa belajor sastera disekolah dulu. Tanya Isphahani dan Nasa, mereka pastinya akan ingat kapada Mior Tala'at yang duduk sesama dihostel. Dia suka bersembang telo dan typical style of orang Kuale, (ater, itu le dikaborkan). Mior Tala'at ialah adik kepada Cikgu Mior Azam.

Jadi apa hal nya dengan tajuk diatas. Teman bila menulis, suka dan selalu selitkan lagu lagu kerana teman suka pada music. Jadi bila teman buat tajuk 'the day the music died' dengan peristiwa yang terjadi itu, adakah bermaksud bahawa berakhirnya teman menulis. Ada juga yang tak baiknya mengenai music. Semasa teman balik dari membuat umrah pada bulan Ramadan yang lepas dan semasa sholat diMasjid berhampiran dengan lapangan terbang Jeddah, teman terbaca satu risalah 'fatwa' dari kerajaan Saudi bahawasanya ring tone music pada handphone adalah haram. Sila lihat attachment fatwa dibawah. Tafsir ayat 6 Surah Luqman yang menyebut 'perkataan yang tidak berguna' itu, dirujuk sebagai nyanyian atau muzik. See attachment surah Luqman and music. Kalau dah begitu kenapa teman masih selitkan lagu lagu didalam penulisan. Before Edmund Hillary conquered Mount Everest, another famous mountain climber long before him, George Mallory who attempted and died, is famously quoted as having replied to the question "Why do you want to climb Mount Everest?" with the retort: "Because it's there", which has been called "the most famous three words in mountaineering".

Likewise bila teman quoted lagu lagu didalam email atau penulisan.. because it is there dan selalunya for reason yang liriknya ada kena mengena dan dapat memberi penerangan dan penjelasan pada penulisan tersebut dan bukan tujuan untuk berkhayal sehingga melupakan keutamaan ibadat. Walau bagaimana pun kita tidak mahu membicarakan hal halal haram disini kerana perkara ini merupakan qhilaf and it is more about singing atau penyanyi bertujuan untuk 'mislead' orang daripada jalan Allah dan kita pula bukan pakar atau fakeh didalam bidang ini, cuma mengetahui bahasawanya Rasulullah SAW pernah membenarkan music semasa hari keramaian walau pun Saidina Omar r.a menyebutnya sebagai bunyian syaitan. Tepuk dada tanya iman dan nak baca al Qur'an pun kenalah juga ada lagu. Apa hadith yang menyebut perkara ini ? Mungkin Shafuan boleh ulas lanjut kerana malam itu teman peratikan yang beliau nampaknya ada 'melawan' bila membicarakan istilah ‘mutafaq alaih’. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW kapada para Muslimah yang telah mencapai taraf keimanan : 'dulu aku melarang kamu menziarahi kubur.. sekarang., pergilah..' Teman pun bukan bercakap atau menulis kapada orang Jahiliah.

Orang Sayong kata, ‘kalu dah tahu atau pande sembahyang.. tak payah le sembayang’. Kalau orang luar dengar ini tentunya mengatakan orang Sayong tu sesat dan dibuat pulak andaian yang deme tu sembahyang pakai niat sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan tahu atau pande (pandai) itu ialah ilmu dan bila dah berilmu maka 'tak payah' bermaksud senang, mudah atau sempurnalah amalan ibadat sembahyang itu. Kalau 'sirothal lazi naan am ta alaihim' pun tak tahu makna.. apa ke he nye? Ini musim haji dan didalam ruangan siaran radio semasa liputan bimbingan haji, intro siaran tersebut, talbiah (labbaikallah hum malabbaik) dibuat sebagai nyanyian.. lagi teror. Bayangkan kalau kita bertalbiah dengan tergedik gedik menyanyi 'kami sambut panggilan Mu ya Allah' mengikut rentak lagu tu.

Berbalik kita kapada tajuk diatas. Ianya adalah mengenai Buddy Holly. Mengkeme tahu ke siapa Buddy Holly ni. Kalau Halim (Janda-ku) Yatim and the Sangam Boys, pastinya Fuad MP, Yeop, Nasa dan peminat lagu Hindustan ingat dan tahu. Dan apa kaitannya Buddy Holly dengan Ritchie Valens dan Don McLean yang menulis lagu American Pie itu.

Semuanya itu dapat mengkeme hayati didalam attachment 'the day the music died'. The crux of this email is on those clips as it is self explainatory. Also another way of saying : ‘so I’ll have to say I love you 'in a song'. Ingat, teman quoted lagu lagu itu because they are there as lipatan kenangan sebagai ikhtibar terhadap peradaban dan perkembangan hal dunia ini. Harapan teman, cerita dan penulisan diatas boleh dibuat sebagai benchmark pada perkara silaturrahim serta ilmu dan terhadap sumbangan sumbangan dari mengkeme didalam E group kita, InsyaAllah".
Wassalam,
Z



 
Fatwa mengharamkan ringing tone music dalam handphone


Music

According to Quran and Sunnah
The Prohibition

The Noble Qur'an - Luqman 31:6


And of mankind is he who purchases idle talks (i.e. music, singing, etc.) to mislead (men) from the Path of Allah without knowledge, and takes it (the Path of Allah, the Verses of the Qur'an) by way of mockery. For such there will be a humiliating torment (in the Hell-Fire).

Ibn Masood (ra) said about this verse "I swear by the One other than Whom there is no God that it refers to singing [ghinaa].", and he repeated this three times. Ibn Abbaas (ra) said it refered to 'singing and the like' while Jaabir (ra) is reported to view its meaning to signify singing and listening to songs. Many taabi'oon such as Mujaahid, Ikrimah, Mak-hool and Umar ibn Shu'ayb viewed it as a censure of music and song.

Renong ma'rifat: Skot Megat MP dan arwah Akhir MP (hostelite Klipot)

Bebudak Klipot: Isphahani Hassan, Cikgu Shakri, Skot Fuad MP (Inset) dan ACP Nasa Grik 

Saudara Shafuan al Jamuani PERNAMA

Di majlis kenduri kahwin anak Skot Mej Zakaria Ali (B)


Lt Kol Ismail (B), Lt Kol Shanusi (B), Lt Kol Ramli Kinta KPD (B) dan Zainal

With Skot Nordin (Penjara / Body Builder / Citibank)

Lt Kol Nasir Signal (B) and Mej Feroze Khan Signal (B)

With Skot Mustapha @ Paul AIROD

Tok Mami with Zahra and Sofea

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites