Monday, 17 September 2012

Once bitten, twice shy

 With Dato Seri Shamsul, Dato Ishak dan En. Md Isa

Salam Skot,

Responding to Skot Lt Kol Nasir Signal's email below, pleased to attach beberapa gambar semasa dimajlis perkahwinan anak Skot Kamaludin Recce diMedan Gopeng Ipoh on Sunday 9 Sep 12. Ada dua jemputan sebenarnya dan yang satu lagi ialah diBukit Meru juga diIpoh pada hari dan tarikh yang sama maka saya hanya sekejap saja ditempat Skot Kamaludin dan hanya sempat berjumpa dengan Skot Zainal Bahrain dan Skot Mohd Nor Sohor (from 21). Terima kasih Skot kerana menjemput dan semoga majlis diRahmati Allah dan makanan terutama nasi dan cendawan memang best klasik. Menyesal makan sikit.

Jemputan seterusnya dan semasa diMajlis kenduri Dato Seri Shamsul Baharin mantan SUK Perak, aku jumpa la dengan orang rumah dia yang hang kata orang kampung hang diPerlis. Nama isteri dia kebetulan sama dengan nama orang rumah aku dan menantu perempuan depa orang Siam. Ramai jemputan terdiri daripada rakan rakan bekas kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semasa mereka diJalan Spooner dekat dengan lake garden KL. Aku kenai dengan depa depa ni semenjak selepas kita commission dalam sekitar tahun 73 sebab aku dok pi mengorat orang rumah aku yang semasa itu bekerja disitu. Ramai yang depa depa ni mula masuk bekerja dengan SPA dan kesudahannya ada yang menemu jodoh dan berkahwin sesama officemate mungkin sebab cinta pandang pertama dan salah seorang ialah Dato Ishak Mohamad (Pak Sako) yang sekarang ialah tuan pengusaha stesyen minyak Petronas dihighway PLUS Simpang Pulai yang dari Ipoh menghala keKL. Orang rumah dia Datin Yati sesama kerani diSPA dan depa bersama orang rumah aku masa itu pi belajaq untuk ambil HSC. Alhamdulillah sampai la ni aman bahagia dan banyak kenangan manis dan nostalgia dizaman itu. Salah satunya ialah mereka mereka yang bekerja dipejabat pejadat kerajaan disekitar tasik perdana, selepas pukul 4 suku petang balik berderet dari office dan ada yang berjalan didalam terowong dekat dengan British Council untuk menuju kestesyen bas Klang atau diBangkok Bank/Malacca Street. Masa tu bangunan Daya Bumi dan pejabat Pos Besar itu pun belum ada lagi. Stesyen Bas Malacca street kemudian berpindah kePuduraya.

Ramai orang dok tanya kat aku sapa dia Skot kita yang baru kahwin lagi. Lihat dibawah ini reaksi dari tuan yang ampunya badan. Aku bila balik dari Mekah selalu dok bawak balik bermacam jenis kopiah, tasbih (koka), serban, dan bermacam macam khazanah untuk nak bagi pada adik beradik, sahabat dan kawan kawan termasuklah ayat khat dan sebagainya. Selalunya bila sapa sapa mai aku jamu dengan ayaq zam zam dan buah kurma Nabi atau ajwa selain dari orang rumah aku masak kari kambing resepi Mekah yang dia belajaq disana.

Tak kurang jugak depa yang mai mintak ayaq penawar dan semasa aku diMekah ada jugak depa mintak doakan. Aku habaq kat depa.. 'hampa doalah sendiri apa yang hampa hajat dan aku semasa ditempat tempat yang afdal berdoa samaada ditanah suci Madinah atau semasa beribadat diMasjidil Haram akan selami dengan doa' : "Ya Allah apa jua yang dipohon oleh sahabat ku iaitu hamba Mu sipolan sipolan maka Engkau perkenankan lah", Tak tau pulak kata yang salah sorang Skot kita yang gatal nak kahwin lagi.. Tu yang hang tengok dia punya amin panjang sampai 14 harqat. Macam kawat mara mengadap jugaklah.. 14 satu dua. Apa pun semoga kekal abadi hingga akhir hayat.

Wassalam,

Z

From: xxxxxxx@xxxxx
To: Zainal Abidin
Sent: Friday, 7 September 2012, 11:01
Subject: Re: Once bitten, twice shy


Wasallam skot, kita harus bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.
aminnnnnnnnnnnn
----- Forwarded Message -----
From: GM Operasi/Pemasaran KWM
To: Zainal Abidin
Sent: Friday, 7 September 2012, 9:43
Subject: Re: Once bitten, twice shy


SALAM SDRA. VERY INTERESTING DISCUSSION. BUAT MASA SEKARANG INI NAMPAKNYA TAK ADA REZEKI LAGI LAH. BUT, KALAU NAK DISCUSS AND TAKE IT AGAIN TO MINDEF I AM ALL FOR IT. BY THE WAY, NAMA SAYA PUN TIDAK ADA DALAM THE MOHICANS LIST!

Aku berkenan sangat dengan kopiah hang tu! Member kita yang menikah dua tu baru2 ni kah?

 Bapa Pengantin, Skot Kamaludin

Skot Mohd Nor

Skot Zainal Bahrain

Tok Mami bersama Ibu Bapa Pengantin

Geng SPA. Macam senarai simpanan SPA untuk temuduga jawatan bidan kampung je.
Dato Ishak pulak macam 'Asisten supervisor to the replanting officer'. Bunyinya kata orang Parit, 'susu tin terpelantin' dibawah meja.

Tok Mami bersama mempelai


Sent: Friday, September 07, 2012 8:48 AM
To: undisclosed recipients:
Subject: Once bitten, twice shy

Salam Skot,

Sorry lambat sikit to response to your email kerana kebelakangan ini ada sibuk sikit. Alhamdulillah saya pun dah selamat balik ketanah ayer dua Jumaat selepas hari raya aidil fithri yang lepas. Tak payah laaa cemburu sebab saya berpendapat bagi sdra untuk pergi membuat umrah pada bulan Ramadhan tentunya tidak ada masaalah. Sebaliknya ramai Skot yang sepatutnya lagi laaa cemburu kat sdra. Patut le selalu je sdra pergi Indonesia. Rupa rupanya ada juga cawangan Hyper Market tu kat sana. Apa pun diucapkan seoga berkekalan sehingga akhir hayat.

On an another note, saya mendapat berita semasa ditanah suci bahawa the Strategic Lawsuit dari pihak 1 Mohicans, dukacita telah ditolak oleh mahkamah with cost (RM40K). Beberapa orang Skot yang hadhir diMahkamah tempuh hari ada juga memaklumkan kepada saya yang ada dikalangan mereka yang akan mengambil option lain sebagai tindakan seterusnya which I foresee as let just say tak smart. They may think it's better for them to work with the devil they know. Mind you that statement was mentioned in the subject 'Bravemen don't cry' which was written over five years ago. Sepatutnya *once bitten, twice shy. Kesudahannya dan hakikatnya apa yang kita dapat ?? Itulah akibatnya apabila kemarahan dan hasad mengatasi kebijaksanaan dan hikmah. "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". Surah An Nahl ayat 125.
      
Saya berpendapat adalah lebih baik for everybody to close rank and rally with me through the scope of what I have highlighted in the subject : Warkah dari Tanah Suci yang lepas. Lets O gp and talk sense to the JRP, Cwg Tenaga Kerja and UGAT who I suspected are the enemy within. Perhaps we can all work together selepas 16 Sep ini sebab dia orang semua sekarang tentunya sedang sibuk untuk menyambut Hari Malaysia. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Surah Toha Ayat 44. 'Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka'. Sadaqallahul 'Azim. Surah An Nisaa' Ayat 64.

Sekiranya itu juga tidak berhasil kemungkinan kita boleh pula memikirkan untuk mengambil tindakan legal proceedings against them. Those kalau you tanya Mej Mahmud Kamsani.. he refered him as the culprit (dalam slang Badang Kelantan) and one of the high rankings among us have lambasted them as moron. Whatever it is, this time we have nothing to worry about any 'time bar' or what have they as the failure to comply and to execute the last orders given by the Defence Minister and AKSPA thus denying untuk di-buat kemasukkan kedalam MAT adalah masih baru lagi.

Kenyataan diatas tersebut mungkin banyak bertentangan dengan penderian saya sebelum ini terutama mengenai aspek kerohanian yang banyak telah disentuh. Pendirian saya tetap tidak berubah dan saya sentiasa mengingati akan ayat ayat Allah yang seumpamanya seperti : 'Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi 58:19. Maka saya akan tetap beristiqamah dalam ertikata : 'Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu". 41:30. alhamdulillah, InsyaAllah. Didalam kita berikhtiar dan berusaha.. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". 2:45

Nama sdra dan saya (411338) langsung tidak tercatit (no data) didalam my Mohican list. Dari Regt Number 411337 Yusof Azzudin terus lompat ke 411339 Zurid Karim. Kepada yang lain yang tiada termasuk didalam senarai tersebut.. baguslah. Sekiranya mereka yang teribat dengan memberi persetujuan itu can live with it, then its alright but considering who we are and if you talk about pride atau perkara yang lebih tinggi atau mulia lagi seperti maruah umpamanya, sedarkah kita akan kesan akibat atau padahnya akan keputusan mahkamah tersebut ? It is not just about losing the case. Dalam kita memperjuangkan akan maruah kononnya, kita lupa yang orang pun mempunyai maruah juga. Menuduh orang menipu, konspirasi dan sebagainya adalah berat. I am not in the good book of those Merak Kayangan of Skot 22 for calling them losers. Losers dalam ertikata khoshirin (rugi) yang sepatutnya kita mengambilnya sebagai peringatan dan kesedaran. 'Rabbana zalamna anfusana wa'ilamtarfirlana watar hamna lanakunnana minal khoshirin. Yaini, 'Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku ini, sekiranya Engkau tidak mengasihini akan diri ku ini Ya Allah, niscaya tergulunglah aku kapada orang orang yang rugi'. Maka tetaplah mereka itu didalam kemegahan dan bangga diri sendiri. "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang" Surah al Israq ayat 37. In contrast, those they have implicated and accused adalah orang kenamaan yang juga menjunjung keluhuran perlembagaan dengan sumpah taat setia semasa menerima tugas dari DYMM SPD Yang diPertuan Agong. Perhaps it's their wisdom that they don't retaliate. The court's judgement itself is.. auzubillahmin zalik, as Skot Johar once said of pride and honour, I don't think it's appropriate also to mention it here. Kita ulas kemudian akan keadaan 'pulang paku buah keras' ini.. InsyaAllah. Or maybe not as there are other more sensible and important things to do in this Wonderful World.
Wassalam,
Z

.....................................................................................................................

From: xxxxxxx@xxxxx.com
Subject: Re: Warkah dari Tanah Suci
To: "Skot Zainal Hj"zainalana@yahoo.com
Date: Friday, 10 August, 2012, 9:36 AM
 
Assalam skot hj Zainal, saya doakan sdra dan keluarga dipelihara Allah sihat dan selamat mengerjakan ibadah umrah ditanah suci dibulan Ramadan ini. Saya rasa sangat laaa cemburu kerna sdra telah dikurniakan Allah rezeki dan kesempatan sekali lagi (dah byk kali dah pon) utk menunaikan ibadah umrah dibulan Ramadan.

Saya memohon sdra doakan supaya saya juga akan mendapat kerahmatan dan peluang spt sdra ya InsyaAllah aminnnnn. Mohon juhga sampai kan salam Assalamualaikum saya kepada Nabi Mohd SAW jika sdra ke Raudah lagi ya.

Terima kasih dan maaf dari saya jika ada apa2 kesalahan diantara kita ok.

Wassalam
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Solat Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan diAnnex yang masih dalam pembinaan.

Pemandangan di Masjidil Haram Annex yang baru. Masjid lama yang dihadapan

Balik dari Solat Jumaat... Sesak dan Panas


Pagi hari raya rumah keluarga angkat diMekah. Circirled dan tiga dari kiri ialah Hj Abdul Ghani, Imam Masjid Melayu di Misfalah, Mekah.

Mengambil air penawar (Zam Zam) dari tuan guru pada hari raya kedua.

Makan shurba, husban dan tegatik dengan Kapt Zakaria KP semasa diMekah. Ada cadangan untuk buka perniagaan diMalaysia.

Belajar nak jadi saudagar minyak wangi. Kanan sekali ialah sdr Zainal @ Ibrahim alQuraishi. Berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi kalau tak beli pun akan dapat juga akan kewangiannya.

Gambar atas dan bawah. Makan tengahari di Masjid Terapung ditepi laut merah diJeddah



Tok Mami dengan khazanah dari Tanah Suci. Nasib baik tak kene bayar excess baggage
Dengan cucu sebaik sampai rumah

Satu lagi jenis kopiah

The video server is currently down so regretfully unable to post.


.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites