Masjid Quba’ diMadinah alMunawarah. Masjid yang pertama
dibina semasa hijrah dan yang berasaskan taqwa. Solat sunat 2 rakaat menyamai
fadhilat mengerjakan umrah.
Salam sejahtera dari tanah suci Mekah dan sebagai memulakan
warkah ini dan diatas ingatan tulus ikhlas dan kasih sayang saya terhadap semua
Skot dan rakan taulan elok rasanya bersempena dengan bulan Ramadhan Kareem yang
mulia lagi penuh barakah dan yang telah memasuki malam malam akhir ini, mari kita
ikuti ayat ayat berikut sebagai mukadimah bagi merangsangkan dan atas ingat
mengingati sesama kita dalam mengharungi kehidupan didunia ini agar kita juga
tidak melupakan bahagian kita diakhirat.
Dan segeralah kamu
kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan
kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang
yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka
segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya
tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang
demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang
beramal. Sadaqallahul'Azim. Surah Ali Imran
Tidak
dinafikan semua posting dari kisah ‘Buah Perah Buah Kepayang’ hinggalah ketajuk
‘Munajat’ yang lepas, sekiranya tuan
tuan membacanya between the line dan memahaminya, ianya menjurus kapada dan
berlatar belakangkan hal mengenai anomaly atau permasalahan laporan gaji TSAR of
Aug 1972. Apa jua proses tindakan strategic legal suit yang sedang dilakukan
oleh 1 Mohicans perlu ditegaskan disini, ‘it’s up to the court to decide’.
However and I must stress to say, the has been and withholding the principle as
a soldier and it’s Esprit de Corps , you don’t
forsake your brother when they are engaged with a common enemy. Itu adalah sebagai
sumpah keramat perwira and by all counts we are all part of the 404 officers yang telah teraniaya and
the approach that I took and initiated is to strive for continuity and the
persistence to achieve our goal. As also the has been of the true meaning of the word SAFFAN, as a mission statement and prefered values of this website as in the verse of As Saff ayat 4.
Maka perhatikan pula akan ayat ayat Allah yang telah disertakan sebagai nas atau dalil as quoted earlier on, juga termasuk seperti yang tersurat diatas yang menganjur sebagaimana kita diperintahkan untuk memaafkan dan berserah kepada Allah. Itulah sahaja konsep yang membezakan diantara kita yang ketara didalam pendekatan dan tindakan yang saya ambil dalam mengharapkan barakah serta pertolongan dari Allah SWT, InsyaAllah. Sekiranya tidak kesampaian untuk menghasilkannya didunia ini dan mungkin ada hikmahnya, InsyaAllah kita sama sama mengharapkan RahmatNya diakhirat nanti. ‘Kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa’. Sadaqallahul ‘Azim. Surah Toha ayat 132
Maka perhatikan pula akan ayat ayat Allah yang telah disertakan sebagai nas atau dalil as quoted earlier on, juga termasuk seperti yang tersurat diatas yang menganjur sebagaimana kita diperintahkan untuk memaafkan dan berserah kepada Allah. Itulah sahaja konsep yang membezakan diantara kita yang ketara didalam pendekatan dan tindakan yang saya ambil dalam mengharapkan barakah serta pertolongan dari Allah SWT, InsyaAllah. Sekiranya tidak kesampaian untuk menghasilkannya didunia ini dan mungkin ada hikmahnya, InsyaAllah kita sama sama mengharapkan RahmatNya diakhirat nanti. ‘Kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa’. Sadaqallahul ‘Azim. Surah Toha ayat 132
Dari
dari segi kerohaniannya pula, ‘dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang
dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang’, Surah An Nur ayat 22. Maka, ‘dan hendaklah kamu
meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan
yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu
sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada
tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu
berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat. Sadaqallahul’Azim.
Surah Hud ayat 3. Sesungguhnya kamu hanya memberi
peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut
kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah
mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. Surah Yaasin ayat 11.
Membicara tentang
perkembangan anomaly gaji tersebut dan sebagai makluman, sebelum saya berangkat ketanah
suci, saya telah menerima surat berikut dari Pejabat Menteri Pertahanan:
Jawapan
yang mendukacitakan namun saya telah menyusul semula kepada YAB Perdana
Menteri dan menegaskan bahawa penjelasan
surat tersebut is nothing new dan adalah didalam pengetahuan semua kita yang
terlibat. Itu cerita lama, zaman jumud dan kejahilan yang mana anggota tentera
zaman tersebut masih berseluar pendek dan didalam Mes pegawai masih ada Bar dan
pegawai yang muslim pula ada yang menjadi Wine Member didalam Mess Committee.
Adakah mereka yang terlibat didalam permasalahan atau anomaly gaji ini diberi
peluang untuk didengar sebelum apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Gaji Kabinet
atau Skim Tangga Gaji Sheikh Abdullah Report yang sebelum itu yang telah mencetuskan
permasalahan tersebut? Elaun KUP yang dinyatakan tersebut dinikmati hanya dari beberapa
hari ke beberapa bulan sahaja depending on which intake semasa menjalani latihan yaini kenaikan elaun latihan dari RM200 ke RM400 sahaja.
Namun kita menanggung kerugian hampir 10 tahun sehinggalah apabila gaji semua
anggota tentera diselaraskan melalui Jawatankuasa Gaji Kabinet mengikut tarikh
ditauliahkan pada pegawai yang terlibat iaitu bagi TJT 14, TJT15, TJT16, TJP21 dan TJP22 atau keseluruhan
mereka termasuklah sahabat kita didalam tentera laut..
Surat
atas tajuk Susulan Ehsan Anomaly Gaji Pegawai Tentera yang yang telah saya alamatkan kepada
YAB Perdana Menteri dan agihan kepada YB Menteri Pertahanan antara lain juga
telah diserahkan kepada YM Dato Skot Tunku Aziz Bendahara selaku Juruiring
kepada Kebawah Duli Sultan Kedah yang sekarang menjadi DYMM SPB Yang diPertuan
Agong untuk tindakan beliau sebagaimana dibincangkan bersama semasa pertemuan kami
diAlor Star sebelum bulan Ramadhan ini. Surat tersebut adalah jawapan dan
penjelasan sebagai membalas surat dari pejabat Menteri Pertahanan diatas.
Skot Razali SRT EON, YM
Dato Tunku Aziz Bendahara dan Zainal semasa diAlor Star.
Penyerahan surat
Susulan Ehsan Anomaly Gaji Pegawai Tentera kepada YM Dato Tunku Aziz Bendahara.
Dikiri ialah Skot Mej Che Murad (B) RMR.
Diperjelaskan melalui surat tersebut dan membezakan keadaan semasa dahulu, sekarang telah
banyak anjakan perubahan dan kemajuan didalam ATM dan sebagai mengambil contoh pada tahun
1972 dahulu misalnya masih belum ada KAGAT yang bekas Pengarahnya pula sekarang
mendapat kepercayaan sehingga menjadi Menteri. Sekiranya dahulu ada pegawai
yang berwibawa seperti itu mewakili Kementerian Pertahanan untuk berunding
tentunya perkara yang lebih positif dapat dicapai kerana perkara permasalahan
ini is merely an anomaly yang boleh diselesai melalui rundingan yang berhemah
atas dasar dan asas hormat menghormati.
‘Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu
keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, karena tanaman itu dirusak oleh
kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang
diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada
Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka
telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan
burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya.
Surah al Anbiya ayat 78 dan 79.
Definasi Ehsan juga telah diperjelaskan sebelum ini dan
sayugia kita meyakini bahawa YAB Perdana Menteri is well learned, amat peka dan prihatin mengenai
perkara diatas dan maka itulah kita telah menerima surat dari En Ammir, Setiausaha
Sulit Kanan beliau sebagaimana yang beliau telah diarah dan ditujukan kepada En Hamzah Hussin, Setiausaha Sulit
Kanan kepada YB Menteri Pertahanan melalui Surat JPM: PPM(T)600-8/5/14 Jld7 (8)
bertarikh 17hb Mei 2012 untuk diberi perhatian dan PERTIMBANGAN selanjutnya kepada permohonan kita itu. Sekiranya kita ambil penghayatan didalam ibadat umrah atau haji, apabila kita
mengerjakan sa’i antara Safa dan Marwa, salah satu yang kita perlu terapkan
didalam hati semasa berlari anak berulang alik semasa melaksanakannya ialah
perasaan cemas akan keadaan timbangan amal kebaikan kita dihari akhirat nanti. Dalam pada itu semasa kita membuat ziarah diMakam Rasulullah SAW selain daripada memberi
dan menyampaikan salam, antaranya kita berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT agar kita diterima
sebagai salah seorang dari ummat Nabi Muhamad
SAW yang akan mendapat syafa’at daripada baginda. Sebagaimana yang kita maklum bahawa betapa kasihnya
baginda terhadap ummatnya, sehinggakan pada hari timbangan amal diakhirat kelak
ialah sekira timbangan amal kita itu ringan, baginda akan mencukupkan beratnya
sama ada meletakkan cincin atau serban baginda untuk dimanfaatkan,
Wallahu'alam.
Begitulah sepatutnya
maksud dan pengertian PERTIMBANGAN
yaini condong kepada memberi keutamaan dan kebaikan dan bukannya menolak begitu
sahaja. Arahan dari Menteri Pertahanan kepada AKSPA ialah supaya membuat
semakan dan buat kemasukan kedalam MAT sebagaimana maklumat yang telah dimaklumkan
oleh Brig Jen MD Rahim, Penasihat Ketenteraan kepada YB Menteri Pertahanan kepada Lt
Jen Dato Salleh mantan DMI. Ayat akhir itu merupakan last orders and any
ordinary soldier tahu dan sepatutnya mengikuti akan arahan last orders tersebut.
Juga pesanan ringkas atau SMS dari seorang anggota AKSPA juga memaklumkan
bahawa Yang Berbahagia Dato AKSPA juga telah memberi arahan kepada JRP, Cwg Tenaga Kerja dan UGAT untuk membuat perbincangan bersama dan the last orders juga ialah bertujuan untuk
dimasukkan ke dalam MAT. Semua reference atau maklumat rujukan
mengenai perkara perkara tersebut telah pun dimuatkan didalam posting posting
yang lepas. Perkataan ‘rayuan’ yang ditokok kepada tajuk surat diatas juga
dipersoalkan. Kita tidak merayu 'per say' terhadap keputusan Jawatankuasa Gaji
Kabinet tersebut malah JPA jugalah yang mengesyorkan kita untuk merujuk kepada
MAT dan bertitik tolak dari situlah pendekatan yang telah dirangka dan diambil
sebagai lambaran baru dari ketetapan yang telah diputuskan oleh JPA tersebut. So it's all up to the MAT to give the endorsement and for the next higher authority perhaps the Cabinet (PM and his Ministers) to approve.
Selain dari itu kita juga berharap dan meletakkan asas permohonan kita dengan mengambil kesempatan dalam
keadaan semangat Slogan 1 Malaysia yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang telah banyak menyalurkan pemberian yang
mendatangkan kebaikan dan menafaat kepada rakyat jelata demi mengutamakan kepentingan
rakyat dan diharap supaya semangat pemberian yang serupa dilimpahkan juga kepada kita. Antara yang ketara ialah kelulusan skim SSM bagi gaji kakitangan awam, pemberian BRM1 Malaysia dan banyak lagi projek yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri bagi kepentingan rakyat.
Juga nostalgia dari zaman Tun Abdul Razak ayahanda beliau dan pertabalan
menaiki takhta Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shan yang sekali lagi menjadi DYMM
SPB Yang DiPertuan Agong yang telah mentauliahkan kita sebagai pegawai untuk
berkhidmat didalam ATM disentuh to add weight bagi menyerikan lagi kepada hasrat murni ini,.
YAB Perdana Menteri telah menyarankan supaya kakitangan
kerajaan bertindak mengikut amalan Cepat, Tepat dan Integriti atau
CTI. Tindakan pantas YB Menteri Pertahanan dengan membuat arahan segera kepada
AKSPA seharusnya dipuji. Wakil kita Mej Jen Yunus Long bersama Lt Jen Dato
Salleh sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan Pengarah JRP dan Cawangan Tenaga
Kerja dengan harapan untuk bekerjasama dalam merangkakan tindakan yang
sewajarnya namun dukacita ini telah diketepikan begitu sahaja dan tidak kesampaian
dan mereka telah mengambil tindakan yang paling mudah dengan merujuk sahaja
sepertimana kandungan surat diatas yang nyata bersifat authoritative thus exhibit
a lackluster attitude yang jelas tidak Tepat dan Berintegriti. Tindakan
tersebut telah menidakkan perkara ini dari dibentangkan kedalam MAT. Sayugia
tentunya Kumpulan Pengurusan dan Ahli Ahli Tetap Majlis Angkatan Tentera
tersebut lebih matang dan berwibawa untuk membuat penilaian dan keputusan dibandingkan dengan
kesimpulan yang telah dibuat oleh mereka itu.
Namun atas segalanya apalah sangat yang telah saya ikhtiar dan berusaha
selain berdoa dan bermunajat kehadrat Allah SWT dan dimana lagi tempat yang
paling afdal selain ditempat tempat ditanah suci seperti diRaudhah diMasjidil
Nabawi, diMadinah dan diMultazam serta semasa membuat tawaf dan ibadat lain dikeliling
Baitullah semasa mengerjakan ibadat umrah sekarang. Ibadat umrah yang dilakukan
pada bulan Ramadhan sebagaimana tuan tuan sedia maklum menyamai fadhilat
seperti mengerjakan haji berserta dengan rombongan Rasulullah SAW dan segala
ganjaran ibadat yang dikerjakan diMasjidil Haram ini pula digandakan sehingga 100,000
ganjaran, alhamdulillah. Bayangkan sekiranya segala amalan ibadat itu
dilaksanakan, InsyaAllah bertepatan dengan malam Lailatul Qadr dan tahukah kamu
apa dia malam Lailatul Qadr itu?
Itulah dia hakikat dan tujuan sebenar bagi mereka yang mengetahui akan
keberuntungan selain mengharap Rahmat Allah SWT. 'Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridhaan Allah; dan mereka
itulah orang-orang beruntung'. Surah ar Rum ayat 38.
Didoakan agar mereka yang tiada semangat setia kawan yang
diharapkan ini, dibuka akan pintu hati mereka agar jangan menjadi seperti shooting
target 11/59. Apabila satu section menembak tepat kepadanya, mukanya tejegir
dan kalau semuanya wash out sekali pun, ia tetap juga menunjukkan muka yang tejegir
memandang kepada kita. Sekiranya perkataan yang demikian itu dianggap sebagai kasar,
perhatikan pula akan firman Allah ini : ‘Dan kalau
Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan)
ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa
nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia
menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga
menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka
berfikir’. Surah Al-A'raaf ayat 176
Maka setelah itu mari bandingkan pula akan sifat dan nilai murni suri
teladan yang terdapat pada diri Rasulullah SAW :
‘Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu
sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan
keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang
mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah
Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan
Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung’. Sadaqallahul”Azim. Surah at
Taubah ayat 128 dan 129. Fikir fikirkanlah serta mengambil pedoman.
Aqulihaza Astaghfirrullahal'Azim liwalakum. Wabillahitaufiq wal hidayah dan kesejateraanlah terhadap kamu dengan Rahmat Allah dan KeberkatanNya.
Z

Ziarah makam Rasulullah SAW serta berdoa agar Allah menjadikan kita sebahagian dari umat baginda yang mendapat syafa’at darinya diakhirat kelak
Suasana menanti berbuka puasa diMasjidil Nabawi, MadinahJuadah berbuka puasa diMasjidil Nabawi. Ada roti dan yogurt
Juadah berbuka puasa diMasjidil Haram. Tiga gelas ayer zam zam, gahwa dan buah kurma Rotab
Miqat diTanaem atau Aisyah
Ladang Unta diHudaibiyah
Miqat di Hudaibiyah

Selesai membuat tawaf
Suasana berbuka diMasjidil Nabawi
Berdoa dan Munajat di tengah malam di Raudah
Ziarah makam Rasullullah SAW
Ziarah dan Solat di Masjid Quba
Hari pertama sampai di Masjidil Haram
Berdoa di Multazam
0 comments:
Post a comment