Tuesday, 17 July 2012

Munajat


Budi yang tidak diminta balas, kalau dikenang apa salahnya


Salam Skot dan sahabat yang dihormati,





He said, "I only complain of my suffering and my grief to Allah , and I know from Allah that which you do not know. (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. Surah Yusuf ayat 86. Sadaqallahul’azim.

Ayat diatas tersebut ialah sebaik pengertian mengenai munajat. Menjelang datangnya akan bulan Ramadhan 1433 dan menyingkap kisah Brave Men don't cry yang lepas or more popular phrase, Boys don't cry, saya tidak menyangka mendapat reaksi sebagaimana yang telah diluahkan oleh sahabat sahabat kita yang telah memasuki alam persaraan. Walau pun comment saya lebih kapada memberi rangsangan kearah untuk perkara yang positif didalam kehidupan ini, it doesn't mean that saya tidak peka dan tidak berperasaan untuk memahami apa yang dialami oleh kawan kawan kita. 'Aku lagi le menyirap dengan sebahagian dari sebahagian gelagat askar ni.. usahkan nak masuk Mindef or RSAT for that matter, pandang sebelah mata pun aku tak ingin'. In all aspect of what Johar and Basri has raised.. you are damn right, brother! They think my very short years of service, I do nothing but banged balls. Aku bukannya marah.. nasehat. On a sentimental note: Sungguh melati senang dipetik. Harumnya mashor seluruh alam. Sungguh pun budi hanya sedikit, langit dan bumi ada didalam. Atau seperti lagu orang negori : Ke gunung pasir, jeramnya luas. Tempat bermain rakyat jelata. Budi yang tidak diminta balas, kalau dikenang apa salahnya. Didalam Lagu Mak Inang : Kalau tidak selendang Bali, selendang Pelangi bolehlah juga. Kalau tidak kenang sekali, kenang sedikit ada jua. Pulau Pandan jauh ketengah. Dibalik pulau Angsa Dua. Hancur badan dikandung tanah. Budi yang baik dikenang juga.

Walau bagaimana pun Skot, dengan kewarasan jika kita fikir fikirkan, tak ada faedahnya pun and let just say that the grape is sour. Apa jua keburukan dan kemarahan yang kita luahkan ibarat seperti kita meludah kelangit. Mengapa terdorong oleh perasaan, Kalau turutkan hati, diri menjadi korban. Tiada yang dapat lari dari masaalah diri. Hadapilah dengan tenang, tiap cabaran yang datang. Atasinya dengan keimanan. Cantik senikata lagu tersebut namun apa pun: ’Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang orang yang menjauhi dosa dosa besar serta perbuatan perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (kerana perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. Ash-Shura ayat 37. Sekiranya kita membicarakan ilmu kerohanian atau lebih tepat apa yang dikatakan orang ilmu Tasauf, kesabaran dan menangis itu menjadi sari pati dalam membentuk jiwa untuk mendekati kita pada Allah SWT. Dengan keinsafan terhadap musibah dan ujian yang telah kita alami itu akan meninggikan kefahaman kita dalam mengenali Allah semasa munajat kita dengan Nya.

Menangislah dengan penuh keinsafan dengan perasaan penuh ubudiah dan keabdian terhadap Allah SWT ketika didalam kesunyian malam semasa mengerjakan qiyamulail atau ibadat malam dengan istiqamah serta tekun melaksanakan sholat tahajjud dan munajat. Pengertian munajat ini bolehlah kita ambil dari sifat nabi Yaakob a.s terhadap rintihan beliau kepada Allah SWT semasa mengetahui anak beliau Bunyamin telah ditahan dan juga kesedihan beliau diatas kehilangan nabi Yusuf a.s sehingga mata beliau buta didalam kisah nabi Yusuf a.s didalam surah Yusuf ayat 86 diatas. Tak payahlah duduk didalam gua dan betapa, lagi afdal duduk dihadapan Ka'abah merafaqkan syukur dan keinsafan.

Didalam al Qur'an, Allah telah berfirman dan memerintahkan nabi Ibrahim a.s untuk membina dan 'sucikanlah rumahKu ini bagi orang orang yang thawaf, dan orang orang yang beribadat dikelilingnya. Dan berserulah kapada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kapadamu dengan berjalan kaki dan mengendari unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka mempersaksikan berbagai manfa'at dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kapada mereka'. Surah al Hajj ayat 26, 27 dan 28.

Cerita diluar alQur'an pula, nabi Ibrahim berkata, Ya Allah, untuk menyeru manusia, itu perkara mudah tapi macam mana hendak mendatangkan mereka. Allah berfirman, 'tugas kamu hanyalah untuk menyeru sahaja dan yang mendatangkan mereka itu ialah Aku'. Maka apabila kita mula untuk membuat ibadat thawaf dan apabila sampai diMaqam Ibrahim, kita berdoa seraya berkata : 'Ya Allah, sesungguhnya disini berdirinya nabi Mu, nabi Ibrahim a.s yang telah Engkau perintahkan untuk mendiri dan mensucikan rumahMu ini dan memerintah untuk menyeru manusia untuk datang membuat ibadah Haji. Maka inilah aku Ya Allah, hambaMu, dengan inayah, petunjuk dan hidayah serta limpahan rezeki yang telah Engkau kurniakan padaku, datang dan menyahut seruan Mu'. Sekiranya kita dapat memahami dengan tidak semena mena diatas kejahilan dan dosa yang lepas serta kedhaifan kita dalam ilmu ibadat akan tetapi menyedari bahawa Allah telah melimpahkan RahmatNya dengan memilih kita untuk menjadi salah seorang dari berjuta juta manusia sebagai tetamuNya semasa melakukan ibadat umrah lebih lagi semasa mengerjakan ibadah haji, maka tahulah kita bahawa Allah masih mengasehani kita dan dengan yang demikian telah menyentuh hati dan perasaan lalu berlinanglah ayer mata dengan hiba bila mengenangkannya. Having understood that, then you are on the right track untuk memahami ilmu kerohanian atau rahsia hati yang cuba saya terangkan ini.

Apabila seorang dari anak Rasulullah SAW meninggal dunia kerana sakit, salah seorang sahabat memerhati serta berkata kapada baginda, 'menangis engkau wahai rasulullah'. Rasulullah SAW lalu menjawab, 'orang yang tidak mengasihani, tidak akan dikasehi'. Jika kita tidak ada sifat belas kasihan macam mana pula kita mahu mengharapkan Allah SWT untuk mengasihani kita. Didalam sebuah hadith yang lain, rasulullah SAW bersabda, 'sabar itu adalah pada pukulan yang pertama'. Maksudnya kita perlu berbanyak sabar semasa mula mula menerima musibah atau ujian tersebut. Kalau dah lama satelah ditimpa bencana, apa pun dah tak ada.. kemudian baru berkata, 'aku redha, apa nak buat, ini semua kuasa tuhan', itu orang yang pergi Batu Caves pun tahu.

Pada cerita yang lain, seorang ibu tua dimaklumkan bahawa seorang dari anak lelakinya telah gugur syahid dimedan pertempuran. Beliau menerima berita itu dengan tenang sambil mendoakan bagi anaknya itu. Selang beberapa lama kemudian, pembawa berita yang sama memaklumkan kapada ibu tua itu bahawa anaknya yang kedua juga telah gugur syahid. Ibu tua itu tetap dengan tenang juga mengucap qalu inna 'dari Allah kami datang dan kepadaNya kami dikembailikan' lalu beliau mendoakan anaknya itu. Lama kemudian, datang lagi orang tersebut memaklumkan kapada ibu tua itu bahawa anak ketiganya pula gugur syahid. Kali ini ibu tua itu menangis perlahan sambil mendoakan agar Allah mencucuri RahmatNya serta menempatkan anaknya itu dikalangan para shuhada. Orang itu bertanya kapada ibu tua itu, mengapa dia menangis kali ini sedangkan dua kematian pada anaknya yang lepas, tidak. Adakah dia menyayangi anaknya yang ketiga ini lebih dari yang lain itu. Ibu tua itu menjawab, 'tidak, aku menangis kerana aku tiada lagi anak lelaki yang boleh ku sumbangkan untuk pergi berjihad fisabilillah'. Hah.. itu pulak.

'Dan tiada (pula dosa) atas orang orang yang apabila mereka datang kapadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperolehi kenderaan untuk membawa mu", lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan'. at Taubah ayat 92. Maksudnya mereka bersedih hati kerana tidak mempunyai harta yang akan dibelanjakan dan kenderaan untuk membawa mereka untuk pergi berperang. Bukan menangis kerana tak dapat sambung jadi jurulatih atau Timb. Komandan PLKN or being promoted either to Col or General. So it’s OK to cry, so long bersesuaian pada keadaannya. Cuma jangan menangis tak berlagu.. sudahlah.

And whatever you have of favor - it is from Allah . Then when adversity touches you, to Him you cry for help. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.

Then when He removes the adversity from you, at once a party of you associates others with their Lord. Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

So they will deny what We have given them. Then enjoy yourselves, for you are going to know.  (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu). Sadaqallahul’Azim Surah al-Nahl (Lebah). Ayat 53, 54 dan 55.

Selamat menyambut Ramadhan Kareem semoga segala amalan ibadat yang menyertainya nanti, InsyaAllah akan mendapat: "Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka". Mafhum Hadith.


Wassalam,

Z


Tempat tempat dan ketika yang afdal untuk berdoa dan bermunajat. Sebahagiannya iaitu semasa membuat umrah dan ibadat haji



Ditengah malam diRaudhah, Masjidil Nabawi diMadinah 


Split second selepas bermunajat di Multazam


Dihadapan Ka'abah didalam Hijir Ismail

Berdoa semasa tawaf dikeliling Ka'abah. Gambar jemaah sedang tawaf dalam keadaan memakai ihram secara ikhtiba' iaitu memakai ihram dengan menampakkan bahu kiri.


Update on Skot dan Jalan Jalan cari makan kali ini kita pergi ke Kuching, Sarawak:

With Skot Lt Kol Abang Hamdan (B) Renger and Haddy Jurutera diKuching


Seperti kayuh sampan dari tebing Sungai Perak di Kuale ke Sayong, menyeberang dari Waterfront Kuching untuk pergi ke kilang kek lapis Sarawak

Nakhoda kapal bersusah hati
Hendak ku bawak perahu ku sempit
Hendak ku tinggal.. tak sampai hati..


Tok Mami borong kek lapis Sarawak


Telur dan ikan terubuk masin Sarawak


Tok Mami bersama puteri-puteri Melayu, Bidayuh dan Iban diWaterfront Kuching. 
Manis sik ada dapat di lawan.. anak dak dewa turun kayangan


Pucuk Paku Uban dan Pucuk Midin


Pulut dalam Periuk Kera


Bakul Sarawak


Sulaman Sarawak. Mahal.., ada selendang yang berharga RM3,000.00


Tenunan yang biasa kita lihat dari orang Iban


Pekan Koboi Serikin, Bao Sarawak


Ayat Khat yang dipahat pada sekeping kayu Jati yang dijual di Serikin




.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites