Thursday, 7 June 2012

Pelepah bawah jatuh melayang


Pelepah bawah yang hampir masa untuk jatuh melayang. Pelepah atas jangan pula bersorak 

Salam Dato, Skot dan sahabat yang dihormati,

Sebelum kita ketajuk diatas, baik juga pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini dan didalam bulan Rejab yang tuan tuan sedia maklum akan kemulian dan kelebihannya, marilah sama sama kita bermuhasabah diri dengan sentiasa memperingatkan diri yang bahawasanya kita semua sekiranya kita tidak mahu menyebut akan mati, mungkin akan diberi nafas baru menjadi muda belia balik semula akan tetapi di-alam yang lain iaitu alam barzakh. Sebab Allah menjadikan mati ialah: 'Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2) Juga, 'Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 21:35). Namun bagi mereka yang tak menginginkan mati, jangan berdukacita kerana ada ayat yang khas untuk mereka mereka ini, 'Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya. (Faatir 35:36). Maka, 'Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:57) Sadaqallahul 'Azim. 

Rasulullah SAW didalam menghadapi golongan yang tegal itu, juga telah diperingatkan oleh Allah : 'Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).(Al-Ghaasyiyah 88:22 dan 23. Maka anda telah diperingatkan jadi janganlah pulak nanti, 'Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. 'Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?". Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! " (Al-Mulk 67: ayat 7, 8 dan 9) Sadaqallahul 'Azim.

Cukuplah sekadar itu bagi fahaman orang orang yang berilmu yang penuh yakin yang mereka akan kembali bertemu dengan Tuhan mereka dan mengetahui bahwasanya : (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (At-Taghaabun 64:9) Amin ya Rabbal 'Alamim.

Dalam membicarakan mengenai anomaly gaji yang sedang kita usahakan, element yang utama untuk diterapkan oleh jawatankuasa bertindak yang akan meneraju didalam tuntutan perkara anomaly gaji ini bagi diketengahkan kapada ahli ahli majlis didalam Majlis Angkatan Tentera adalah dengan menekan aspek keadilan dan ehsan sebagaimana tafsiran mengikut hadith yang telah diperjelaskan. Sama sekali tidak tertumpu hanya khusus kepada perbahasan, pendapat atau persepsi terhadap tarikh kuat kuasa 'personal to holder' didalam skim TSAR itu sahaja. Keadilan adalah subjective mengikut pertimbangan orang yang mengadili. 'Seorang pengembala telah membawa binatang ternakannya dekat dengan sempadan tanah orang, lalu binatang binatang ternakan itu telah mencerobuh dan memakan serta merosakkan pohon tanaman orang itu. Nabi Daud a.s. telah memutuskan supaya binatang ternakan orang tersebut diberi kepada tuan punya tanaman sebagai ganti rugi kepada segala pohon tanaman yang telah musnah dek binatang ternakan itu'.

Manakala Nabi Sulaiman a.s pula telah membuat perhitungan bahawa binatang ternakan itu diberi kepada tuan tanah untuk dimanfaatkan selama mana tuan punya binatang ternakan dikehendaki membaik pulih segala pohon tanaman yang rosak dan apabila segala pohon tanaman tersebut telah kembali elok seperti sedia kala maka hendaklah dipulangkan balik akan semua binatang ternakan itu semula kepada tuannya. Maka dengan asas keadilan ini, kalau diambil perkiraan terhadap tuntutan kapada anomaly tersebut, seharusnya mesti melibatkan perkiraan kos yang tidak ketara atau intangibles selain pertimbangan compensation atau ganjaran yang sesuai seperti bayaran one of atau mempertimbangkan memberi skim pencen bagi mereka yang menamatkan perkhidmatan awal kerana ketidak puasan mengenai anomaly gaji tersebut dan inilah maksud ehsan atau perfection pada pemberian atau kelulusan yang dituntut atas penghargaan perkhidmatan yang telah disumbangkan.

Permasalahan atau anomaly gaji tersebut mempunyai erti kata yang luas dan didalam kesempatan atau peluang semasa diusulkan kepada Majlis Angkata Tentera nanti InsyaAllah, jawatankuasa bertindak harus juga mengambil kira mereka yang telah relegated kepada Skot 23 kerana mereka ini mengangkat sumpah semasa mula 'berkhidmat' atau diterima menjalani latihan bersama Skot 22. Skot 23 dan yang kemudian seterusnya sebagaimana kita ketahui, tiada terlibat didalam anomaly gaji tersebut. Juga bagi mereka yang telah didischarged tetapi kemudiannya menyertai dan dimobilised kedalam Askar Wataniah. Ada diantara mereka ini yang telah ditauliahkan oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong telah berkhidmat melebehi 21 tahun namun selain boleh diambil kira terlibat didalam anomaly gaji, mereka juga tidak mendapat pencen dan adalah penuh 'ehsan' sekiranya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Persepsi saya, oleh kerana anomaly gaji ini melibatkan pegawai didalam beberapa peringkat iaitu TJT14, TJT15 , TJP21, 22 dan seterusnya, sebagaimana yang telah kemukakan dahulu termasuklah pegawai Navy yang menjalani latihan yang panjang, agar tuntutan ini kita usul dan buat secara satu kumpulan sebagai satu option yang lain. Umpamanya sekiranya diambil perkiraan purata setiap 403 orang yang terlibat dikira berkhidmat selama 10 tahun (ini mengambil kira bahawa ada satu skim gaji lagi selepas skim gaji TSAR selepas itu yang telah selaraskan gaji bagi semua anggota tentera) ianya membawa erti, kita secara berkumpulan telah menyumbang selama 4,030 tahun, curah bakti yang telah kita sumbangkan terhadap keselamatan dan kesejahteraan tanah air or what makes Malaysia is today. Sekiranya dibayar RM10,000 setahun sebagai asas pertimbangan dan kelulusan yang mengambil kira anomaly gaji itu sendiri dan segala compensation dan ganjaran atas semangat ehsan itu, maka jumlah keseluruhan tersebut ialah RM40,300.000 dan dibahagi purata 403 orang yang terlibat akan berjumlah RM100,000. seorang secara purata. Sebagaimana yang saya nyatakan itu hanya merupakan satu option, mungkin ada pandangan yang lebeh baik daripada itu, Wallahu'alam,

Sebagai makluman dan pengetahuan, AKSPA telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Cawangan Tenaga Kerja, UGAT dan JRP telah diarah untuk membuat perbincangan bersama bertujuan untuk membuat kemasukkan anomaly gaji tersebut kedalam MAT. Sayugia diharap agar Dato Dato dan tuan tuan yang didalam jawatankuasa bertindak untuk liasse dan berbincang dengan ketiga tiga warheads ini agar hasrat tuntutan kita dapat disempurnakan dengan sebaik baiknya. Ibarat pelepah bawah jatuh melayang jangan pula pelepah yang diatas bersorak. Suatu hari mereka juga akan bersama kita yang ada yang sudah mula dilupakan orang dan segala kerjasama, sokongan dan amal bakti mereka akan kita sanjung dan semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT, InsyaAllah.

On a different note, sebagai exKP dan expert dalam masak memasak atau catering, sila lihat as attached gabungan masakan hasil dari Bagan Datuk iaitu rendang pedas udang galah yang saya dapat semasa memancing bebaru ini dan ramuan dan bahan dari pasar tani Batu Kikir iaitu sambal tempoyak petai dan segala ulam termasuk pucuk cengkering, gulai lemak cili api ikan keli salai, goreng anak ikan lais dan seluang dan macam macam lagilah. Dalam erti kata yang lain, Masak memasak serah pada ku.

Wassalam,

Z

Penyedap Selera

Daun Cengkering

Riverine Ops : Memancing udang galah di Sungai Dulang, Bagan Datok

Sila lihat chronology melalui email..

Date: Tue, 5 Jun 2012 07:00:53 -0700
From: zainalana@yahoo.com
Subject: Synopsis
To: yunus230@hotmail.com

Salam Dato,

With ref to our O gp today and to assist you for an abridgment or condensation of a work in pursuant to the pay anomaly as discussed at Warung Mak Jah, kindly find a docu on the second attachment that should be of everybody's interest.

Wassalam,

Z


From: yunus long
To: Zainal Skot22
Sent: Wednesday, 6 June 2012, 7:59
Subject: RE: Synopsis


Salam Zainal,

Terima kasih. Jika boleh, can I have the synopsis.

Regards
YunusLong


Date: Tue, 5 Jun 2012 19:03:49 -0700
From: zainalana@yahoo.com
Subject: Re: Synopsis
To: yunus230@hotmail.com

Dato,

Please find attached info. To streamline, as discussed you are at the liberty to 'copy paste' out of my previous emails, website and attachments as been provided.

If any other matters that I can be of help, do not hesitate to contact. Trust the exKPs.. just shout and I will be more than happy to assist. 'Berkhidmat kepada Semua'.


Tengok pada Gambar Raja Dollah.. macam he's in heaven atau mungkin jugak sedang dialun oleh Cik Pah.

Wassalam and have a great day,

Z

Warung Mak Jah : Zainal, Dato Yunus Long, Dato Salleh Ismail dan Raja Abdullah.


LATAR BELAKANG

Pada 1 August 1972 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya pegawai yang ditauliahkan sama ada didalam cawangan unit tentera Darat, tentera Udara dan tentera Laut telah mengguna pakai satu skim bayaran gaji yang dikenali sebagai Tan Sri Abdullah Report (TSAR) dan skim bayaran gaji ini walau pun telah memberi anjakkan kebaikan kepada sebahagian besar anggota tentera semasa itu namun dukacita ianya juga mempunyai anomaly atau permasalahan. Ketika itu Jabatan Perkhidmatan Awam telah dan mengujudkan ‘tribunal’ bagi menyelesaikan sebarang masaalah pelarasan gaji dan tuntutan kakitangan awam.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) ialah bahagian yang bertanggung jawab dan hal ehwal gaji didalam ATM dan pasokan ATM inilah pada hakikatnya yang telah mengesyorkan kepada kerajaan dalam hal tuntutan kenaikan gaji untuk dipertimbangkan oleh panel TSAR yang telah diluluskan pada 1 August 1971 dan tuntutan kenaikan gaji Kabinet yang dibuat selepas itu. Kementerian Pertahanan atau khususnya UGAT bukan sahaja gagal untuk mendengar dan menyelesaikan permasalahan atau anomally tersebut apalagi untuk diusul dan bentangkan didalam Majlis Angkatan Tentera atau kepada pihak tribunal yang diujudkan oleh JPM ketika itu.

Perkara asas mengenai anomally tersebut melibatkan kepincangan didalam mengujudkan keadilan terhadap para anggota yang telah pun bersumpah dan diterima berkhidmat sebagai anggota tentera yang ditakrif sebagai ‘active service’ tetapi mereka ini masih lagi sedang mengikuti latihan didalam instituisi sebagaimana dalam keterangan berikut :

ASAS TUNTUTAN

Pada 1 Aug 1972, mereka yang terlibat didalam kepincangan kenaikan gaji didalam TSAR tersebut yang terdiri daripada Pegawai Cadet dan Midshipment sedang mengikuti latihan didalam beberapa instituisi dan akademi ketenteraan seperti berikut

Royal Military Academy at Sandhurst, United Kingdom
Indian Military Academy at Dehra Dunn
Pakistan Military Academy at Kakul
Officer Cadets School at Portsea, Australia
Britannia Royal Naval College at Dartmouth, United Kingdom
Royal Military College at Sungai Besi, Malaysia
Naval Cadet School at Woodland, Singapore.

Definasi terhadap active service yang dimaksudkan kepada Pegawai Kadet and Midshipmen tersebut adalah sebagai berikut : ‘As Officer Cadets and Midshipmen defined and treated as serving officers under the Royal Malay Regiment Enactment 1933 for army and air force cadets and Naval Discipline Act 1957 for the naval cadets and midshipmen.We were receiving pay and allowances as serving officers’.

Tangga gaji bulanan mengikut skim kenaikan gaji TSAR adalah RM712.00, RM$757.00, RM$935.00 dan RM1,130.00 untuk Lt Muda, Kapten dan Mejor namun mereka yang didalam maktab latihan diatas dan ditauliahkan selepas tarikh 1 Aug 1972, hanya menerima gaji RM500.00 untuk Lt Muda, RM $600.00 bagi Leftenan, $700.00 sebagai Kepten dan hanya $950.00 apabila dinaikkan kepangkat Mejor. Kekurangan perbezaan sebanyak kira kira 30% selama tahun berkhidmat.

Semasa TSAR dilaksanakan terdapat kira kira 90% pegawai terdiri dari pangkat Lt Muda hingga keMejar dan mereka ini diletakkan didalam status quo scale dipanggil ‘personal to holder’ dan menikmati skim gaji RM720 bagi Leftenan Muda, RM760 bagi Leftenan, RM950 untuk Kapten dan RM1,150 bagi yang menjawat pangkat Mejor. Seramai 404 pegawai yang terlibat didalam anomally tersebut dan dengan ini memohon dan menuntut pelarasan dan perkiraan tunggakan yang sewajarnya dikira dan dibayar untuk diselaraskan seperti perkiraan mengikut status quo scale personal to holder didalam TSAR tersebut termasuk apa juga perkiraan yang dikira adil dan perpatutan mengenai pampasan, ganjaran dan sebagainya. Bilangan ini tidak termasuk mereka yang relegated dari TJP22 ke TJP 23 dan juga mereka yang didischarge akan tetapi menyertai dan ditauliahkan kedalam askar Wataniah.

Mereka yang terlibat terdiri daripada Pegawai Kadet yang cermerlang iaitu Tauliah Jangka Tetap (TJT) 14 yang dihantar keRMA Sandhurst dan ditauliahkan ada yang beberapa hari sahaja lewat dari tarikh 1 Aug 1972 yang ditetapkan oleh SAR, TJT15 yang asalnya dari Tauliah Jangka Pendek (TJP )19 dipilih untuk menjadi TJP atau regular Cadet. TJP19 yang telah ditauliahkan sebelum tarikh 1 Aug 1972 dan menikmati skim GAJI sebagai personal to holder dengan gaji RM720 manakala TJP15 hanya menerima RM500 kerana ditauliahkan selepas 1 Aug 1972. Perbezaan sebanyang RM220. Sebahagian besar yang lain ialah TJT16, TJP21 dan TJP22 yang berada semasa itu diMaktab Tentera DiRaja dan Kem Sebatang Karah. TJP 21 ditauliahkan pada bulan Nov 1972 manakala TJT15 dan TJP22 ditauliahkan pada 20 April 1973. Juga beberapa orang dari dari TJP 22 yang telah relegated ke TJP23.

Segala maklumat dan perincian terhadap tuntutan mengenai pegawai yang terlibat diatas yang hampir semuanya telah bersara atau menamatkan perkhidmat bolehlah diperolehi dengan kerjasama dari Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) dan UGAT. Semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan gaji baru SSM mengantikan SBPA kakitangan awam baru baru ini, beliau menyatakan bahawa kerajaan amat perihatin mengenai hasrat dan permintaan rakyat dan atas asas ini jugalah agar permintaan dan tuntutan ini diberi perhatian positif dan diluluskan. Ayahanda beliau iaitu Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pertahanan semasa itu selain dari Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Sultan Kedah sekarang ini yang menjadi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong semasa itu jugalah yang menanda tangani watikah apabila TJT15, TJT16, TJP21 dan TJP22 ditauliahkan.

Sekian,

ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ZAIN
No Tentera 411338. TJP 22
Kor Perkhidmatan Di Raja

From: yunus long
To: Zainal Skot22
Sent: Thursday, 7 June 2012, 7:39
Subject: RE: Synopsis

Salam Zainal,

Terima kasih, I think that synopsis is good.

Regards
YunusLong

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites