Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Mengandungi 159 tajuk kecil yang menghimpunkan kisah dan sejarah ketenteraan iaitu keperwiraan dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa di-zaman insurgensi,

Buku Inilah Barisan Kita Skot 22

Turut mengandungi bingkisan coretan kenangan dan nostalgia serta bimbingan agama dengan dimuatkan ayat ayat al Quranul Karim sebagai renungan dan puluhan selingan lagu lagu, clip video dan website info.

Penyerahan buku dan CD, Inilah Barisan Kita Skot 22 kepada Mejar Jeneral Dato` Nordin Bin Haji Rahok, Ketua Pengarah dan Pengerusi Kor Perkhidmatan DiRaja

Inilah Barisan Kita Skot 22

Inilah Barisan Kita Yang Ikhlas Berjuang

Sunday, 29 January 2012

Buah Perah buah kepayang dan burung terbang balik ke sangkar

Salam Tan Sri, Dato, Skot, Yop Yop dan Sahabat yang dihormati,

Mengkeme peronah ke dengor dan makan buah perah ? Zaman teman kekecik semasa duduk dikampung dulu, peronah naik bukit dan masuk jauh kedalam hutan belantara dan cari buah ini. Buahnya seakan buah getah dan nak kena rebus dan mahu makan sehari dalam tong minyak gas barulah dia empok. Nak makan kena buang punatnya, kalu tidak.. kut tak ke jamban atau tak ke ayor karang, kata orang Chuor. Kalu tak ada tempoyak maka buah perahlah sebagai ganti kalu nak buat gulai ikan baung atau ikan patin. Susah juga nak mencarinya dan peronah deme yang pergi mencari buah perah ini.. balik saja dan buat pulak cerita ada mendengor bunyi rimau mengaum maka sampe kesudah le keme tak pergi dah untuk mencari buah perah. Mungkin cerita hal rimau itu dibuat buat oleh orang orang tua disitu sebab tak ndak anak anak deme pergi kedalam hutan kerana banyak lagi buah kayu yang boleh dimakan di-merata kampung selain membahayakan diri keme untuk masuk kedalam hutan untuk mencari buah perah.

Oleh kerana dah berzaman tak merasa makan buah perah dan terasa macam orang mengidam yang tengah mengandung anak sulung, bebaru ni teman pergi keKuala Krau, Pahang untuk nak cari buah perah. Semasa sampai diKarak dan seperti biasa bila pergi luar kawasan, teman cuba cari Skot dan kawan kawan yang berada disitu dan terus menghubungi Lt Kol Che Dan KPD (R) untuk bertanya khabar sama ada dia masih lagi menjadi Setiausaha Sulit, Tengku Mahkota Pahang. Paling akhir teman berjumpa Che Dan ialah diKuantan dan dia memaklumkan masa itu bahawa Skot Regular 15 sesama dia iaitu Lt Kol Salleh Anuar Renjer (R) sedang menderita sakit barah tulang. Selepas keme melawat beliau, beberapa minggu sahaja selepas itu Salleh kembali keRahmatullah. 'Hang macam tau tau yang aku memang nak call hang.. memang hang umuq panjang la Nul'. Itu reaksi Che Dan bila teman talipon kedia. 'Awatnya..' Maka Che Dan pun berceritalah bahawa Tuan Zainal, the chief Sitting Bull of the Mohicans nak file kes kat Mahkamah dan nak saman semua Perdana Menteri dari Tungku Abdul Rahman sampai ke Dato Seri Najib dan pegawai pegawai kanan kerajaan. Coming from a jovial and a joker like Che Dan as I know him, teman teringat lagu 'I started a joke'.

Apa yang kita semua telah dapat baca dalam lapuran surat khabar shows that the Mohicans really crack it and few days after they filed the lawsuit, like always Skot Ghani Zakat sent a message for everybody to pay up (or else) through his email as below. I must say that I know Tuan Zainal KPD, now Tengku Zainal and Skot Ghani Ordnance well, so much so that I can tell what's their hidden card by just looking at their faces when they call atau 'up or better' during a poker game. Though it is just a game where we spent just to past time and with a low stakes, tapi seronok kalau you manage to bluff and see them chicken out. That was actually the real kick or thrill and tak kan pegawai nak main terup keling. Ghani once tumpang my car and that's when he told me of the incident where Labuan was rocked with explosion when he was left to be in-charge of an Ammo Supply Depot on that island and he also reveals that he has a dotted line relationship with lawyer YB Rais Yatim on his case. It was also through that family relationship that he managed a business to supply kayu and papan to Felda untuk buat rumah rumah peneroka however for reason only best known to him, he told me that he went bust. Tuan Zainal and Ghani were both of Skot 21 however Ghani mungkin suka sangat makan nasi kawah RMC, stayed another six month to be commissioned with Skot 22. I last met Ghani few years ago selepas menunaikan solat asar disebuah mesjid and spoke with him outside the mosque. He told me that dia masa itu bekerja dengan PPZ Wilayah. My immediate response then was and jokingly to him, 'eh.. boleh percaya ke Ghani ?'. Serupa jugalah when I first met Skot Sanusi also of Ordnance selepas berpuluh tahun tak jumpa iaitu semasa a group of jemaah tabligh made a transit at a surau near my house and when he approach me with his battered appearence in jubah, janggut and everything, spontaneously I said, 'laa.. hang ka Sanusi.. bila hang masuk Islam ?'. We both then have a good laugh considering Sanusi during Sebatang Karah dahulu lead our boria presentation with his 'tunang dia.. dok pi tang mana', dalam rentak rambung Siam.

I once told Tuan Zainal that I wish to remain on the other side of the table as I have wrote and addressed the pay anomaly's issue a couple of times and anything beyond that which they spelt clearly in their website, my thought and perception is that it is not dignified as on the moral stand point atau dalam erti kata iaitu secara peribadi, ianya bagi saya bertentangan didalam aspect dan dari sudut kerohanian though I respect whatever the Mohicans are trying to prove. Looking at the newspaper's report on the new lawsuit, it goes back into the early days during the formation of Malaysia and even implicating all the Prime Ministers including Lee Kuan Yew of Singapore. What else should I said that you got to be joking when those that I met this few days and to name them : Lt Gen Dato Salleh Ismail (R) mantan DMI, Kol Mohd Podzi @Fauzi Abd Samad (R), Mej Hassan Sabri Ordnance (R) and Skot Lt Kol Rahman Besi (R), all gave hilarious remarks when we met after Friday prayer. Please see the Brave Mohican website : http://www.1mohicans.com/ , http://bravemohicans.tripod.com/ and http://bravemohicans.blogspot.com/

Laugh you may however let reserve some consideration and inject a positive adrenalin into their struggle. Tuan Zainal according to Che Dan and to his opinion has done a thorough and in-depth research before he managed to convince about a handful of those so called 403 officers that were affected by the pay anomaly and of course the lawsuit that they filed has nothing to do with that. A lawsuit of that magnitude should not rest on just one person's finding but should also consider the support and endorsement by other professionals in the field of laws especially in the constituitions and what have you. Just thinking it aloud, if Tuan Zainal with Skot Ghani Zakat that seem to be assisting him in his administrative can say that they got advice, collaboration and concurrent of Ghani's relative i.e Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.. then I will give an agi idup agi ngelaban support to them as the YB has been a minister in various ministries including Law and also a doctor in law. Kalu setakat nak test dengan hanya ada kad: jack, queen, king or ace dibawah dan mengharap to get a pair on any of those on the last card sedangkan orang lain dah ada terbentang open pair, then I pressume the legal process will be very intricate and will be forever. The stake however is high as it's also involved dignity and so is the pool.. RM3 Million for every Mohicans.

Beberapa hari sebelum itu teman berjumpa dengan Yop Farouk Mat Piah. Asal orang Parit Perak, Farouk Signal ni ialah Skot Regular 14 dan keme peronah bersama duduk diMes 2 Div sekitar tahun 1973 dahulu. Kalu nak cerita pasai pay anomaly.. dia dan seorang lagi iaitu Mej Razali Matasha KPD (R) ialah mereka yang teman rasa paling tidak bernasib baik dan boleh dikatakan teraniaya. An exBoys Wing of RMC, Farouk was their parade commander and joined the Cadet when he was shown the borang by the RMC Commandant while trying to sell Encyclopedia Britanica. Razali Matasha and him then was selected and was sent to RMA Sandhurst in UK for a two year course to be commissioned instead of just one year as for intakes after them.

On a day that they were to be commissioned, the Queen mother who was supposed to take the salute got ill and the passing out parade was postponed for about another three weeks. When they finally got their tauliah, it was two days after the tarikh keramat of 1 Aug 1972. Farouk got paid RM720 as a personal to holder like those Regular 14 and Skot 20 and all other Second Lieutenants that got commissioned before that. However after only two months, he was asked to repay back the difference as he is supposed to earn a salary of only RM500 as a Second Lieutenant for those commissioned after 1 Aug 1972 as stapulated in the Sheikh Abdullah pay scheme report.

In any pay review there's surely akan ada ketidak seimbangan. Many of those senior intakes benefit as they even earn backdated in pay and to have said their causes of action are fraud, conspiracy and flagrant abuse of office by a committee known as TSAR or Tan Sri Sheikh Abdullah Report of 1972 that was appointed by the Malaysian Cabinet of Tun Abdul Razak on 27th July 1971 on the Officer Corps may be very difficult to prove as Skot Yop Megat MP once commented that proving such "state of mind" is never easy. Well, he is also a lawyer. By right, UGAT and the whole senior administrators at that time who were taught and talk so much on welfare and morale should strive diligently so to take our plight to reach at least to the tribunal set up by the govt during that time to address all issues pertaining to pay anomaly. As fellow KP, I salute Tuan Zainal for taking the matters into his own hand in breaching the chain of command by writing directly to Hussen Onn, the PM at that time which ends up in him been called up by those which I termed them as the enemy within us and was punished inconsiderably. Dukacita, itulah sikap dan mentality sebahagian pegawai kanan askar.. dulu dulu.

Balik kepada kisah Farouk, serupa juga dengan teman, patah hati terus merajuklah diri.. tak tentu haluan or demoralised, he left the service and joined a private sector majoring in telecommunication and prospers. Kalau tidak manakan dia boleh duduk diTaman TTDI dan mempunyai harga rumah yang bernilai jutaan ringgit. Bila teman tanya dia mengenai tuntutan baru dari Mohicans, dia memberitahu yang dia tidak termasuk dalam 403 orang itu dan tidak mengambil kisah apa apa mengenai perkara tersebut. 'Dah tua tua sekarang ni, teman nak membetulkan wirid je', ujar beliau. Ada kebenaran kata Farouk tersebut dan teman teringat pada doa, Ya Allah jadikan aku berpuas hati terhadap segala pemberian Mu dan mana yang hilang dari ku itu, gantikanlah ianya dengan yang lebih baik', Amin Ya Rabbul'alamin.
 
Mari kita renung pula akan ayat ayat Allah ini :

 
 
[36] Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; [37] Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya; [38] Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; [39] Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). [40] Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. [41] Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. [42] Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. [43] Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). Surah Asy Syuura. Sadaqallahul'Azim.

Itulah yang teman maksudkan mengenai tuntutan kerohanian. Kebahagian didalam kehidupan dunia serta kelapangan rezeki adalah ketentuan Allah. Kearah kezuhudan dan taqarub atau pengharapan dan penyerahan diri serta kesyukuran terhadap Allah SWT adalah pendekatan yang mendekatkan kita kepadaNya. Juga mungkin atas kesedaran, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang pernah istihar telah membakar jambatan dan keluar parti dan nasib tidak menyebelahinya, beliau telah kalah dalam PRU atas tiket Semangat 46 dan kemudian kembali kepangkuan UMNO. Ironinya Tun Hussein Onn juga telah keluar parti dan Skot Hashim Panjang pernah bertanya kepada teman semasa itu, 'Engkau punya 'semangat' macam mana Nal ?' Memberi gambaran yang bapa mentua beliau yaitu Gen Dato Jaafar Onn (R), keluarga dengan Tun Hussein Onn mantan PM telah menyebelahi pembangkang. Atas ketabahan dan kesabaran, berserah diri dan bertawakkal kepada Allah SWT serta atas tekun berusaha tanpa mengharap kepada manusia, alHamdulilah sekarang teman tak payah susah susah untuk masuk kehutan belukar sama ada merajuk atau untuk cari buah perah. 'Hati yang panas, kembalilah sejuk. Burung terbang, sangkar.. balik ke sangkar'.

Pekiau pekiau le..

Please see clip on buah perah dan buah kepayang. Sayang-sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang.

Wassalam and regards,

Z

--- On Mon, 23/1/12, Mohd Ghani <mralghani@yahoo.com> wrote:
Subject: LAWSUIT UPDATE ON MOHICANS 2011

Salam and Selamat Sejahtera,

1) Please check at www.1mohicans.com and register to confirm joining the latest lawsuit on 6th Feb 2012. For further update please follow newspaper coverages as at today 22nd Feb 2012 about our lawsuit in Utusan Malaysia 3rd page. Other newspaper KOSMOS, EDGE and oversea paper USA. This lawsuit according to our lawyer TZ Abidin who has spent many years of research said that we go on fraudulent cases where this time there is no time bar limit that could hinder of lawsuit.

2) Please take note that should we win this lawsuit the court may only pay to those who have registered and gave their consent although this lawsuit we fought for everyones sake.

Please inform other squads about its

Regards,
Hj Ghani




Regular 15, Lt Kol Che Dan KPD (R) 4 dari kanan dan duduk ialah arwah Lt Kol Salleh Anuar Renjer (R) 

Lucky Skot 20 Mej Hassan Sabri Ord (R) and Skot 16 Col Fauzi RAMD (R)

Not so lucky Skot Regular 15 and Portsea trained, Lt Gen Dato Salleh (R) DMI

Mej Sanusi Taliban Ord (R)

Frust dan teraniaya, Capt Farouk and his lucky Skot Regular 14, Mej Mahbob Risek (R)

Buah Perah dan Buah Kepayang

Sunday, 8 January 2012

ENAM, LIMA RIAL.. HALAL

Street Peddlers menjual dagangan di tepi jalan di Makkah

Salam Tan Sri, Dato, Skot, Yop Yop dan Sahabat yang dihormati,

Trust this new year, find you all.. well and happy atau sihat dan bergumbira di-samping keluarga yang tersayang. Sambutan tahun baru, kenduri kendara kahwin saudara mara, sahabat dan jiran tetangga play center stage during the end of the year and during the last week or so.. tak kurang juga, like it or not with our age at dusk that surrounds atau keadaan senja yang menyelubungi our life now also witnessed those who are within our peers, one by one has called it a day. Maka itulah dua perkara yang teman nak kongsi bersama kali ini, kenduri kahwin dan kematian atau cerita Dewi Murni and 'one of the sixteen vestel virgins'. That last sentence should make you or 'the crowd called out for more'. Never mind that.. you'll understand it later as you all know my style and trade marks.

Skot Lt Kol Udara Abdul Rahman Taib (R) aka Rahman Besi was a happy and a proud father during the weekend of last year as his elder son got married. This ex Kolej Pertanian Serdang who suddenly got inspired to be a Pilot while looking at a helicopter flying above ketika sedang buat kerja dengan cangkul semasa berkursus to become a farmer. His colleague during that college days who was sitting at the same table with me told us that semasa kena panjat pokok getah during ragging, he got excited with the height and decided to join the Air Force which he did and become a trained Technician. He later went for the interview with me and few others like Skot Rashid Pas, pilot Skot Mansor Mahadi who both attended the kenduri and Skot Dato Mejor Jen Fazlur Rahman (R) among others for the Pre Octu training in Sebatang Karah. He was commissioned as a Fighter Pilot with the Air Force, flying the Tebuan before converting to Transport, bawak the flying coffin and we KPs yang kena tolak tong drum dan isi minyak di-forward loc. 'Kami dan orang romah dia sama sama asai dari Kepala Bataih dan kami dan masa muda dulu.. ramai yang sama sama mengorat.. tapi depa berdua dok pandai cakap Siam.. maka dapatkat Man la..' That college mate of him who dah beberapa tahun pencen from RRI told us.

Semasa kami masuk kedalam dewan dan disambut oleh Skot Man Besi, the nearest table was occupied with Skots termasuk Skot Zakaria Log who was with Platun 6, Jebat Coy with Man Besi dan teman semasa diSK dulu, while some were also standing around that table chatting jovially riuh rendah nonchalantly. As the lagu keroncong Kasih by Hetty Koes Endang instead of the usual lagu lagu Selamat Pengantin Baru melodially played on the air.. I thought a moment.. ini gathering Skot 22 ke ? I have been to that Dewan JPS at Ampang once before semasa attending AGM Old Klipot. Selain dari Tan Sri Presiden ada seorang lagi Tan Sri yang presided the voting iaitu Tan Sri Ramli Kushairi, brother to my CO, Dato Zulkifli Kushairi who was the OBJ of Perak in Parit Buntar. Kol Zul KP dan juga seorang lagi sahabat semasa sekolah dulu yang juga ada bersama semasa mesyuarat tersebut iaitu saudara Sabri yang macam juga dengan teman, played hockey for the school, both have since passed away. Aruah Sabri a guitarist juga terkenal dengan lagu 'Masa kecilku diKampung Karai', Lagu ni amused me but now bila dengor suara Sabri.. sedih dan berayor mata teman.

Minggu sebelumnya, menemukan teman dengan beberapa orang budak Klipot yang duduk sesama dihostel yang tak peronah berjumpa sejak lebih 40 tahun dahulu iaitu semasa kenduri kahwin anak saudara Zakaria Ansori diKg Kubu Gajah, Sg Buluh and surprisingly seorang lagi yang datang iaitu saudara Haron Helmi budak Form 5A2 yang juga duduk dihostel ialah seorang jurutera IR. Ingatkan bebudak Form 5A1 je yang pandai pandai macam Mazlan yang jadi jurutera atau juga yang as 'commercial animal' macam teman. 'Aku pun tak ada IR', kata Lan yang pencen dari JKR/Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mazlan dan Dato Azhar kedua duanya duduk diBalai Polis Kuale semasa mengaji diKlipot dulu dan kebetulan pergi haji bersama teman bebaru ini.

Cerita pasai lagu keroncong dan Skot Dato Mej Jen Fazlur Rahman (R), teringat masa teman suka pergi mancing udang galah diSungai Merchong dan diRompin, zaman tengah rajin dulu. Bersama dengan dua tiga orang yang lain yang kerap pergi memancing bersama ialah seorang pemandu diJKR Worksyop yang dipanggil dengan gelaran Ramli 'Memerang'. You can surely guess why he is known as memerang. Lazimya keme balik selepas solat Maghrib/Isyak secara jamak qasar dan bertolak dari Merchong diPahang dan singgah makan diMuazam Shah. Lewat malam semasa memandu iaitu dari pukul 10 malam hingga lewat ketengah malam, radio Johor, Best 104 memainkan lagu lagu keroncong. With due respect, saja seronok bercerita untuk mengelakkan dari mengantuk, Ramli secara berseloro berkata, 'Tuanku Sultan Johor iaitu alMarhum Sultan Iskandar minat lagu lagu keroncong. Tuanku nak tidor.. itulah sebab radio Johor kena mainkan lagu lagu keroncong'. Setiap kali keme balik dari pergi memancing selalu dengor dan mesti ada lagu Dewi Murni.

Sebelum itu, semasa baginda menjadi DYMM Yang diPertuan Agong, ada beberapa pemandu JKR yang bertugas di-Istana dan mengikut Ramli Memerang ada seorang diantara mereka yang pandai mengajuk cara Tuanku bercakap. Pada suatu malam semasa mereka sedang bermain judi with playing cards ditempat penginapan di-Istana, terdengar suara macam Tuanku menegur dan memarahi mereka. Thinking that it is his driver friend voice that imitates Tuanku, one of them sarcastically told him off. To his horror, bila dia kaleh kebelakang .. his face turned a whiter shade of pale. Rupa rupanya betul, memang Tuanku yang datang. Apalagi.. ''ampun Tuanku.. ampun Tuanku" !! Padan muka. Skot Dato Mej Jen Fazlur Rahman (R) yang macam juga Zakaria Ansori dan Jurutera Harun Helmi, berase dari Setiawan dan dengornya rapat dan telah dikurnia Dato oleh baginda semasa masih berpangkat Kolonel lagi. Bertuah le Yop. Tuah ayam kata orang, nampak dikaki. Buah salak diatas piring, mari diletak dihujung perahu. Se-ekor jalak , se-ekor biring, yang 'dapat naik pangkat' belum tahu. Setiap kali sebelum azan maghrib, radio Best 104 juga memainkan lagu instrumental Bunga Tanjung yang mengingatkan kita bila lagu itu di-mainkan oleh the Central Band ketika mengiringi baginda DYMM Sultan Kedah yang menjadi Yang diPertuan Agong semasa itu membuat pemeriksaan perbarisan tamat latihan bila kita ditauliahkan. Skot Tengku Aziz Bendahara sehingga kehari ini masih menjadi ADC baginda dan kehendak Allah sekarang baginda Sultan Kedah kembali menjadi Yang diPertuan Agong. Didalam kelam senja ditepi Sg Merchong tersebut, lagu bunga tanjung itu sungguh menyentuh kalbu.

Kebetulan sebelum menghadiri majlis kenduri kahwin Skot Rahman Besi, pagi itu teman pergi melawat jenazah mak saudara sebelah orang romah teman. Beberapa hari yang lepas seorang tokoh terkenal dalam bidang ekonomi iaitu Datuk Salleh Majid juga telah meninggal dunia. I met aruah Datuk Salleh sometime ago and wrote an email to him on a subject : 'What business is all about'. Talking of business, teringat kepada street peddlers semasa teman diMekah dan melihat akan gelagat dan kegigihan mereka menjaja dagangan yang kadang kala terpaksa bergegas dan lari dari ditangkap oleh Penguatkuasa disekitar tanah haram tersebut. Please find video clip atas tajuk yang sama mengenai street peddlers ini. Also the posting on 'What business is all about' below. The crowd called out for more, playing cards and one of the sixteen vestel virgins are some of the wordings dalam lagu A Whiter Shade of Pale, one of those songs zaman semasa dihostel dulu.

Sebagai renungan sila hayati ayat ayat berikut mengenai mati :


Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Al-Anbiyaa' 21:35) dan

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Al-Jumu'ah 62:8)

Sadaqallahul 'Azim

Wassalam,

Z

Bersama Bapak Pengantin Skot Rahman Besi dan 'Dewi Murni' masing-masing

Mazlan Zainal Dato Azhar dan Pengantin anak menantu Zakaria Ansori

Yop Klipot semasa di Zam Zam Tower Mekah

Skot Dato Tengku Aziz Bendahara, Lt Kol Udara Abdul Rahman Taib (R) and Zainal KP Skot



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites