Sunday, 2 October 2011

Haj 1432 - Warkah dari Madinah

Tan Sri, Dato, Skot dan Sahabat yang dihormati,

Alhamdulillah pada hari Rabu Okt 132300 Hrs 2011 yang lepas saya dan isteri telah selamat sampai diMadinah dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun ini, InsyaAllah. Syukur alhamdulilah kehadrat Allah SWT dan terima kasih yang tak terhingga kepada LUTH diatas kerjasama dan tindakan mereka yang membolehkan saya menunaikan haji kian kalinya pada tahun ini.

Dari mula diKomplek Tabung Haji diKelana Jaya lagi, petugas petugas LUTH telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam mengatur segala kelancaran, membuat jemaah begitu selesa dan terasa sekali dilayan begitu mesra dengan panggilan tetamu Allah dan ucapan agar dapat haji yang mabrur.

Menyentuh akan perkara ini sesungguh rata rata jemaah tentu sekali berharap dan sentiasa berdoa dan didalam banyak perkara supaya dipermudahkan segala urusan semasa menjalankan kerja haji yang hendak dilaksanakan ini. Maklumlah bukannya mudah apalagi bagi jemaah yang sudah lanjut usia dan tidak pernah menjejak kaki di-tanah suci to perform a very demanding pengorbanan dari segi daya dan tenaga. Apa pun jua, perkara ini dapat diatasi dengan semangat keimanan dan ketaqwaan.

Dari segi hakikatnya, apakah maksud matlamat dan tujuan sebenar untuk kita mengharap agar segalanya mudah untuk kita dalam masa mengerjakan ibadah haji tanpa sebarang kesusahan dan ujian? Marilah kita lihat dan renungkan akan doa berikut dan kita hayati akan perkara perkara yang tersirat didalamnya :

'Ya Allah bahawasanya aku memohonkan kepada Mu tentang nikmat itu - sempurnanya. Tentang perlindungan itu - lanjutnya, tentang Rahmat itu - sifatnya yang meliputi, tentang kesihatan itu - hasil bekasnya, tentang kehidupan - yang senangnya, tentang umur - yang seberbahagia bahagianya, tentang kebajikan - yang secukup cukupnya, tentang pemberian - yang paling luas kebajikannya, tentang limpah kurnia - yang sesedap sedapnya. tentang taufiq - yang sekarib karibnya.

'Ya Tuhan berada apalah kiranya pihak Engkau dipihak kami dan jangan dipihak lawan kami. Ya Tuhan tutuplah ajal kami dengan kebahagian dan buktikan pengharapan kami dengan tambah tambah dan sertakanlah pagi dan petang kami dengan kesihatan dan jadikan pulang dan kembali kami dengan Rahmat Mu. Tumpangkanlah dulang maaf Mu kapada dosa dosa kami. Berikanlah kami kemurahan dengan memperbaiki aib kami dan jadikanlah taqwa, bekal kami. Letakkanlah kegiatan kami dalam urusan Agama Mu dan tawakkal dan penggantungan kami kepada Mu. Ya Tuhan teguhkanlah penderian kami dijalam istiqamah dan lindungilah kami didunia ini daripada kejadian kejadian yang menimbulkan penyesalan dihari akhirat kelak.

'Kurangkanlah daripada kami keberatan tanggungan dan berilah kepada kami kehidupan seperti kehidupan orang yang baik baik. Peliharakan kami dan jauhkan kami daripada kejahatan orang yang jahat. Lepaskan diri kami dan diri ibu ibu, bapa bapa dan saudara kami dari neraka dengan Rahmat Mu, ya Tuhan yang berkuasa, yang memberi ampun.

Ya Tuhan Yang Pemurah, yang suka menutupi 'aib, Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang Perkasa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan yang ada Nya dahulu dari segala yang dahulu. Ya Tuhan yang bersifat "kemudian sekali" dari segala yang kemudian. Ya Tuhan yang mempunyai kekuatan yang sangat teguh, Ya Tuhan, Pengasih segala orang miskin. Ya Tuhan yang sepengasih pengasihnya di-antara segala yang pengasih! Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau bahawa kami terhitung orang-orang yang berbuat salah.

'Moga moga Allah memberi selawat kepada junjungan besar nabi Mohamad SAW, keatas keluarga dan sahabat sahabatnya dan segala pji hanya untuk Allah seru sekelian alam', Amin ya Rabbal 'Alamin.
Sukacita disertakan bersama ini video clip dan gambar sebagai kenangan dan diharap juga kira nya mahu diambil pelajaran dan panduan, InsyaAllah.

Haj Komplek Haji Kelana Jaya

Bersama Dato' Azhar

Process Imigresion di Lapangan Terbang Jeddah


Menghampiri Raudah (Taman Syurga)

 Ziarah Makam Rasulullah

Wassalam,

Z

.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites