Saturday, 1 October 2011

Labbaikallah 1432 H - Part 2


Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Al-Baqarah 2:281) Sadaqallahul 'Azim.

Ayat diatas ialah satu satunya ayat yang turun diMina. Jemaah bertolak dari Arafah mulai selepas waktu Maghrib pada 9 Zulhijjah sebaik sahaja selesai berwukuf dengan mengerjakan solat Maghrib dan Isyaq secara jamak (tamam) dan terus menuju keMudzalifah dan semasa diMudzalifah tersebut kita juga disarankan untuk mengingati Allah sebanyak banyaknya melalui ayat berikut :


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. (Al-Baqarah 2:198) Sadaqallahul 'Azim.

Selesai mabit diMudzalifah selain aktiviti mencari batu untuk tujuan melontar diJamrah, pada lebih kurang pukul satu pagi, kami telah dibawa keMina untuk jadual amalan ibadat seterusnya termasuklah melontar diJamrah Aqaba pada hari Naharl (10 Zulhijjah, Hari raya Korban) dan diJamrah lain pada hari hari tasriq.

Selepas melontar pada hari Nahar tersebut saya dan isteri telah balik keMekah dengan menaiki van awam untuk solat hari raya Eidul Adha dan semasa khutbah kami pun mengerjakan tawaf ifadah atau tawaf haji dan kemudian membuat Sa'i haji. Selepas solat Asar pada hari itu, kami pun bertolak kembali keMina untuk bermabit dan setelah cukup separuh malam, kembali semula keMekah.

Tawaf Ifadah semasa Khutbah Hari Raya

Melontar Jamrah Aqabah


Terowong


Hari Tasriq Pertama


Mabit di Mina


Jamratul Qubra (dibawah) semasa bermabit


Korban

Maka kira selesai lah ibadat ibadat besar semasa membuat haji tersebut.. cuma menunggu untuk melontar pada hari hari tasriq dan membuat korban di Mina Muassem. Daging korban (setengah bahagian setiap ekor) tersebut.. selain diberi kepada fakir miskin Mekah juga telah saya bawa balik keMekah untuk diberi kepada keluarga angkat saya diMisfalah manakala sebahagian lagi saya tinggalkan diMina kerana saya telah membuat nafal awal untuk di-jamu kepada jemaah yang sesama didalam satu khemah. Syukur alhamdullah saya diberitahu yang mereka semua telah dapat makan daging tersebut yang telah dibuat nasi kambing mandi oleh pihak dapur diMina pada malam itu. Alhamdulillah, salah satu untuk mendapat haji yang mabrur ialah dengan memberi orang makan, InsyaAllah.

Selain itu, kenangan semasa diMina ialah dengan menjadi Imam bagi khemah yang saya duduk dan lead takbir raya sesama dengan jemaah dengan penuh perasaan.

Wassalam,

Z

.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites