Sunday, 2 October 2011

Labbaikallah 1432 H - Part 1

Assalammulaikum wbrt..,

Tan Sri, Dato, Skot dan sahabat yang diRahmati Allah,





Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku", (Al-Israa' 17:80) Sadaqallahul 'Azim


Gambar : Ikhtibaq keliling Ka'abah

Demikianlah kalimat ayat Allah diatas yang sering saya lafaz dan amalkan setiap kali menghampiri dan memasuki sesuatu ibadat sama ada semasa memasuki Masjidil Haram yang padat dan penuh sesak dan tempat tempat tertentu seperti diJamrah dan sebagainya semasa melaksanakan ibadah haji 1432 H yang lepas dan alhamdulillah segalanya telah pun selesai dan hanya dengan pengetahuan dan pengalaman sahajalah yang telah memberi ketenangan, kesenangan serta kemudahan yang telah Allah limpahkan terhadap saya dan isteri semasa kami melaksanakan ibadah haji kali ini seakan Allah telah meredhakan akan amalan kami.

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." Sadaqallahul 'Azim. Surah alMaidah ayat 3.

Begitulah ayat Allah yang merupakan ayat terakhir al Qur'an yang turun dibumi Arafah semasa haji wida pada zaman Rasulullah SAW dan kemungkinan besar ianya juga merupakan haji wida atau haji selamat tinggal bagi saya dan isteri kerana sekarang ini untuk mendaftar semula bagi menunaikan haji.. kami terpaksa menunggu lima tahun lagi dan giliran untuk menunaikan haji bagi mereka yang baru mendaftar sekarang ialah tahun 2041.



(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al-Baqarah 2:197)
Gambar : Mabit di Mudzalifah

Gambar : Wukuf

Gambar : Bersama Dato Azhar di Mudzalifah


Gambar : Berdoa dihadapan Makam Ibrahim


Video : Muzdalifah

Video : Wukuf di Arafah

Video : Multazam

Sadaqallahul 'Azim. Selain maksud membawa bekal dalam ertikata makanan dalam ayat diatas, ayat ini juga menyarankan agar jemaah membuat sebanyak banyak zikir dalam mengingati Allah semasa berwukuf diArafah agar amalan tersebut boleh dibuat ganjaran pahala, bekal untuk dihari akhirat. Zikir dan mengingati Allah serta berdoa semasa berwukuf diArafah tidak dapat di-samakan dengan berzikir dan mengingati Allah pada ketika dan masa masa lain kerana doa dan zikir diArafah semasa berwukuf akan mendapat nilai ganjaran yang paling tinggi dan setiap hamba Allah disarankan untuk yakin akan segala dosa di-ampun dan segala amalan diterima, InsyaAllah.

Bagi merakamkan peristiwa peristiwa semasa manasik haji yaini dari masa wukuf tersebut, sukacita saya attachkan bersama ini dan pada sequence emel emel berikutnya, gambar dan clip video sebagai kenangan dan walaupun ianya mungkin tidak sampai ketaraf DS Solution atau Pamplet T 1009 misalannya, namun menjadi harapan agar ianya dapat di-jadikan pedoman dan rangsangan kepada mereka yang bercita cita dan berhasrat untuk menunaikan haji, InsyaAllah.

Wassalam,

Z

.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites